Musim Syawal inilah masanya untuk kita menziarah sanak saudara yang sudah lama tidak dikunjungi.

Mungkin ada yang sebelum ini tiada anak, tiba-tiba dikurniakan si comel untuk menceriakan keluarga.

Dan bagi tetamu yang bertandang ke rumah mereka yan ada anak kecil, diingatkan untuk elak daripada mencium muka atau badan bayi kecil ini.

Artikel Lain: Pakai Baju Ketat Salah Satu Tip Dikongsi Pakar, Nak Beraya Tanpa Risau Badan Naik

Maklumlah pelbagai risiko jangkitan penyakit boleh menyerang tanpa kita sedari.

Perkongsian Dr Arisman memberitahu antara risiko jika kita berbuat demikian pada si comel ini.

IKLAN

Doktor Ingatkan Elak Cium Baby Waktu Raya, Risiko Terdedah Jangkitan Kuman Penyakit Berjangkit

Elak Cium Baby Waktu Hari Raya

Anda sebagai ibu bapa perlu tahu beberapa risiko yang boleh terjadi kepada bayi comel anda jika orang lain mencium muka atau badan bayi kecil anda, terutama hari raya ini.

Yang pertama.
Risiko terkena jangkitan kuman penyakit berjangkit. Misalnya? Covid-19. Penyakit kaki tangan dan mulut. Dan beribu lagi jenis kuman virus atau bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan kuman khususnya pada saluran pernafasan.

Jangkitan kuman pada bayi mudah berlaku dan sangat cepat kerana sistem imun mereka masih sangat rendah. Misalnya hari ni ada pengunjung datang, tengah malam atau esok pagi boleh jadi bayi dah timbul demam. Ibu bapa pasti tak mahu sambut raya di hospital kan.

IKLAN

Kedua.
Risiko allergi kulit. Paling sering kita jumpa adalah penyakit Ekzema. Berlaku kerana kulit bayi allergi dengan material tertentu misalnya lipstik, air liur atau terkena alat make up kita, pakaian kita, dan lain-lain.

Penyakit eczema ni boleh jadi teruk sehingga demam tau. Pernah nampak bayi dengan eczema teruk? Kesian. Bayi jadi kurang comel dah.. waktu tu ibu bapa je yang faham dan sakitnya perasaan. Jangan menyesal.

Artikel Lain: Ahli Kimia Kongsi Cara Mudah Cuci Bilik Air Guna Bahan Peluntur, Tanpa Bahaya

IKLAN
Selain itu:  Nafas Laju Simptom Sesak Nafas Paling Ditakuti, Semak 13 Sebab Utama & Cara Rawatan

Ketiga.
Anda pernah dengar penyakit Cold Sore? Atau Fever Blister? Ia disebabkan oleh ciuman yang membawa virus Herpes Simplex Virus 1. Ia boleh menimbulkan demam dan ada ruam blister pada tepi-tepi mulut. Kuman virus ini boleh menjadi teruk dan menjangkiti seluruh badan sehinggalah ke otak. Hati-hati ya.

Kalau ada pengunjung yang ada penyakit cold sore ini atau ulser pada bahagian bibir atau tepi mulut, elakkan dia mencium bayi anda ok. Take note.

Keempat.
Risiko bayi menangis kerana tidak selesa dan rasa terancam. Yang akan susah nanti si ibu atau bapa juga nak mendiamkan, menjaga. Raya pun jadi tak syok dah hehe.

Doktor Ingatkan Elak Cium Baby Waktu Raya, Risiko Terdedah Jangkitan Kuman Penyakit Berjangkit
.
Ok tu je dulu. Selamat menyambut hari raya semua.
Assalamualaikum.
Dr. Arisman, MD.

Artikel Lain: Hati-Hati Pilih Hidangan, Ini 6 Penyakit Sering ‘Menyerang’ Waktu Raya

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI