basuh telur

Masih ramai yang ragu-ragu cara penyimpanan yang betul, sebenarnya elok basuh dulu telur sebelum simpan atau masuk terus peti?

Mana satu fakta yang betul? Jom lihat penjelasan Doktor Kamarul Ariffin Nor Sadan, tentang kedua-dua pendapat ini.

“Doktor, betul ke kalau nak telur tak cepat rosak, jangan cuci telur tu?”

Ya, macam-macam pendapat keluar, ada yang kata basuh dulu sebelum simpan sebab nak elak pencemaran dari tahi ayam. Ada pula yang kata jangan basuh dulu sebab nanti telur cepat rosak.

JANGAN BASUH SEBELUM SIMPAN

Kalau kalian nak tahu, semasa proses bertelur ayam keluarkan sejenis cecair dikenali sebagai egg bloom atau cuticle.

Ia umpama protective layer yang melitupi liang-liang di seluruh permukaan telur untuk elak kemasukan kuman ke dalam telur selain bantu kekal kelembapan dengan cara mencegah air dari meruap keluar dari kulit telur.

Jika basuh sebelum disimpan protective layer ni akan menipis / hilang. Inilah asas kepada pendapat yang tak galakkan telur dibasuh sebelum disimpan.

IKLAN

Tapi… kalau ada najis pada kulit telur, takkan nak simpan terus? Kotor dan berkuman, kan?

BASUH SEBELUM SIMPAN

Najis dan kulit telur boleh tercemar dengan kuman seperti Salmonella, dan ia boleh berpindah kepada makanan lain yang disimpan dalam peti sejuk.

Walaupun peti sejuk berada suhu yang rendah (4°C ke bawah) yakni bebas dari zon suhu bahaya (5°C-63°C), kita tetap perlu beringat!

IKLAN

Pada suhu itu, kuman tidak mati. Mereka hanya dorman(kurang aktif). Maka, kerosakan pada telur boleh berlaku walaupun pada kadar yang rendah.

Jadi perlu basuh buang najis pada kulit telur agar bersih dan tiada kontaminasi silang. Kalau simpan diluar pula, telur lagi akan cepat rosak.

Selain itu:  Sakitnya Memang Tak Boleh Tahan. Kenal Pasti 10 Punca Utama Diserang Migrain Tiba-Tiba!

Basuh Dulu Telur Sebelum Simpan Atau Masuk Terus Peti? Ini Penjelasan Doktor

AMALAN MANA YANG BETUL?

IKLAN

Tak usah gaduh-gaduh. Dua-dua betul dan boleh diamalkan. Kita ambil sikap diplomatik dan dasar terbuka.

Kalau ada tahi yang jelas kelihatan, basuhlah telur-telur yang tercemar itu terlebih dahulu. Kita pun tak mahu peti sejuk kita dicemari kuman.

Tak perlulah sental kuat-kuat kulit telur tu sampai hilang semua protective layer-nya. Sekadar hilangkan najis. Kemudian simpan dalam bekas bertutup.

Bila nak memasak nanti, beri keutamaan pada telur yang telah dibasuh dahulu kerana ia lebih berpotensi dimasuki kuman dan rosak.

Telur yang tidak dibasuh sebelum simpan, hendaklah dibasuh sebelum digunakan. Nak sental sampai berkilat pun tak apa, asalkan tak guna wax kereta suami kalian.

Oh ya! Pastikan masak telur dengan sempurna untuk elakkan keracunan.

Semoga info ini bermanfaat buat anda yang suka beli telur banyak dan buat stok di rumah.

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI