Ketika berada di dapur, perkakasan dalam penyediaan bahan makanan sangat penting bagi memastikan keselamatan terjamin.

Perkara ini jadi keutamaan supaya makanan yang dihidangkan juga tidak mengandungi bahan kimia berbahaya hingga boleh jejaskan kesihatan.

Dalam satu perkongsian, Pakar Kimia Dr. Fatimah Salim meneusi grup Makmal Makanan (MaMa) memberitahu penggunaan senduk warna hitam boleh membahayakan kesihatan jika digunakan dalam suhu tinggi.

Justeru beliau menasihatkan pengguna supaya menggunakan senduk jenis kayu kerana ia dikatakan lebih selamat digunakan.

Ayuh, ikuti perkongsiannya

Elak Guna Jenis Plastik

Merujuk kepada ss di bawah, biasanya peralatan memasak yang berwarna hitam diperbuat daripada bahan plastik polyamide (PA). Namun isunya timbul apabila barangan plastik hitam ini dikitar semula. Juga dikaitkan dengan kitar semula komponen plastik barangan elektronik seperti keyboard, komputer dan sebagainya.

IKLAN

Kajian menunjukkan terdapat potensi bocoran (leaked) bahan-bahan kimia seperti cadmium, chromium, mercury, antimony… ke dalam makanan yang dimasak, disamping bahan penebat api berbromin terutamanya apabila dipanaskan melebihi suhu 70 degree Celcius.

Interaksi dengan masakan berminyak, berasid dan bergaram tinggi juga meningkatkan risiko bocoran bahan-bahan kimia tersebut. Maka ELAKKAN penggunaan plastik jenis ini pada suhu yang hampir mendidih.

Guna Senduk Kayu Lebih Selamat

Sebagai alternatif, boleh gantikan dengan senduk yang lebih selamat yang diperbuat daripada besi, keluli tahan karat, kayu atau buluh, kaca dan seramik. Bergantung kepada kombinasi bahan binaan, senduk silikon juga boleh digunakan, namun kurang tahan apabila terdedah terus kepada haba memasak.

Rentetan daripada perkongsian senduk berwarna hitam, ada yang bertanya berkenaan risiko dalam menggunakan senduk kayu yang berkilat (gambar di bawah).

IKLAN

Benar, suatu masa dahulu, peniaga menggunakan bahan kimia berbahaya plumbum (lead) untuk mendapatkan rupa yang berkilat itu. Namun penggunaan plumbum telah diharamkan sejak tahun 1972 dalam produk yang melibatkan makanan.

Selain daripada rupa yang cantik, tujuan selaput berkilat ini adalah untuk membuatkan senduk kayu ini kalis air dan tidak mudah calar. Antara bahan selamat yang digunakan kini ialah minyak (mineral, Tung, Linseed, walnut), selaput sintetik (shellac, Polyurethane) dan lilin (beeswax, carnauba).

Sesetengah rawatan ini sememangnya menggunakan larutan organik untuk menggalakkan perlekatan maksima selaput kepada senduk, namun proses rawatan dan permunian akhir akan pastikan kesemua larutan ini meruap dan ianya selamat digunakan.

IKLAN

Mungkin juga, ada lagi peniaga yang tidak bertanggungjawab menggunakan bahan kimia plumbum sebagai bahan pengilat ini. Walaupun sedikit mahal, beli lah daripada peniaga yang ada reputasi baik dan kita yakini berkualiti.

Artikel Berkaitan:

Selain itu:  Rajin Join Aktiviti Hiking, 'Ubat Kurus' Paling Cepat Buat Wanita Ini Berjaya Turunkan Berat Badan

Lakukan Senaman Mudah Ini Untuk 20 Minit Je, Mampu Cergaskan Badan & Minda

5 Bulan Diet Eat Clean,Terus Berjaya Lenyapkan 18KG. Wanita Dah Tak Mengah Bila Berjalan!

Rajin DIY Masker Guna Putih Telur, Cara Laila Nasir Jaga Kecantikan. Walau Usia Cecah 50an!

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI