Tidak dinafikan penjagaan untuk warga emas di rumah atau hospital memang agak sukar lebih-lebih lagi jika terpaksa memakai peralatan sokongan lain.

Antaranya adalah seperti pengunaan tiub atau kateter kencing yang digunakan untuk menampung pembuangan air kencing pesakit.

Jika tersalah penjagaannya akan menyebabkab kesakitan pada mereka, walaupun pesakit dalam keadaan tidak sedar dan penggunaannya boleh babitkan jangka panjang.

Perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad memberitahu penjelasaan lengkap mengenai penjagaan penggunaan alatan ini.

PENJAGAAN TIUB / KATETER KENCING DI KALANGAN WARGA EMAS

Tiub/Kateter kencing merupakan tiub yang dimasukkan ke dalam pundi kencing untuk megeluarkan air kencing dari pundi. Ini mungkin dilakukan kerana beberapa sebab seperti pesakit mempunyai kudis tekanan, masalah kesukaran kencing atau pengawalan kencing. Tiub ini mungkin diletakkan secara sementara atau jangka masa panjang.

IKLAN

TIP AM PENJAGAAN
1. Sentiasa catitkan jumlah air kencing dalam beg.
2. Sentiasa pastikan air kencing mengalir ke dalam beg tanpa sekatan.
3. Pesakit perlu minum cukup air untuk penghasilan air kencing yang cukup.
4. Beg kencing perlu berada di bawah paras pundi kencing untuk memastikan air kencing dalam beg tidak mengalir balik ke pundi dan menyebabkan jangkitan kuman.
5. Pastikan tiub dan beg berada dalam keadaan baik.
6. Jangan sekali-kali menarik tiub kencing.
7. Pesakit tidak sepatutnya duduk atau baring atas tiub kerana ia boleh menyebabkan sekatan.
8. Periksa bahagian sulit sekeliling tiub untuk tanda-tanda jangkitan kulit – kemerahan, kebengkakan atau discaj cecair.
9. Jangan letak bedak di bahagian tiub dari kemaluan.
10. Beg kencing perlu dikosongkan setiap 8 jam.

Air Kencing Berbau Kuat Bila Pakai Tiub. Doktor Terangkan Komplikasi Pada Pesakit Terlantar!

IKLAN

PEMBERSIHAN TIUB
1. Sebelum mula, beritahu pesakit apa yang anda akan lakukan. Ini penting khasnya kepada pesakit yang nyanyuk atau keliru untuk menenangkan mereka.
2. Cuci sekeliling tempat tiub masuk ke kemaluan dengan sabun 2 kali sehari.
3. Bersihkan kulit sekitar tiub setiap kali pesakit membuang air besar.

MENGELUARKAN KANDUNGAN BEG
Beg kencing perlu dikosongkan sekiranya penuh atau setiap 8 jam. Langkah-langkah termasuk :
1. Kandungan boleh dikeluarkan ke dalam tandas atau ke dalam bekas/baldi.
2. Cuci tangan dengan air sabun.
3. Catitkan jumlah air kencing.
4. Bukakan penyumbat beg kencing dan biarkan air kencing mengalir ke tandas atau bekas yang disediakan.
5. Jangan biarkan penyumbat tersentuh lantai (cuci dengan bersih sekiranya ini terjadi).
6. Setelah beg kosong, tutupkan semula penyumbat dan cuci tangan anda.

IKLAN

MASALAH TIUB KENCING
Sekiranya air kencing tidak mengalir dalam tiub :
1. Periksa sama ada tiub tersepit atau terpintal.
2. Pesakit mungkin terduduk atau terbaring atas tiub.
3. Pastikan beg kencing berada di paras bawah pundi.
Sekiranya tiub terkeluar atau bocor :
1. Letakkan tuala di bawah pesakit untuk melindungi perabot/tilam.
2. Jangan cuba memasukkan tiub semula (kecuali pesakit/penjaga telah diajar). Sila dapat bantuan daripada anggota kesihatan.
3. Perhatikan untuk tanda kebocoran seperti tiada penambahan dalam jumlah air kencing dalam beg atau tiada kencing dalam beg selepas 6-8 jam atau tilam/ pakaian pesakit basah dengan air kencing.

KOMPLIKASI TIUB
Dapatkan bantuan perubatan sekiranya:
1. Air kencing berbau busuk atau keruh.
2. Pesakit berasa demam.
3. Terdapat pembengkakan sekeliling tiub.
4. Tiada air kencing dalam tiub/beg walaupun tiada kebocoran atau pesakit dapat minum air dengan mencukupi.
5. Terdapat kebocoran dalam tiub/beg.
6. Terdapat pendarahan dalam tiub/beg.

Air Kencing Berbau Kuat Bila Pakai Tiub. Doktor Terangkan Komplikasi Pada Pesakit Terlantar!

Sumber : Portal Rasmi MyHEALTH
#HealthDrZubaidi
www.drzubaidi.com

Selain itu:  Wanita Kongsi Tip Lenyapkan 18 KG Dalam 6 Bulan. Hasilnya Wajah Terus Jadi Auto Runcing!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI