Kecantikan selebriti Korea sememangnya menjadi dambaan ramai wanita. Kulit mereka yang mulus dan cantik tentunya membuatkan ramai yang penasaran ingin tahu apakah rahsia kecantikan kulit mereka.

Malah ada yang sudah agak berusia tetap tampil anggun dan jelita. Nak cantik dan awet muda seperti mereka, 5 ratu K-Drama ini berkongsi petua cantik dan kekal muda!

  1. Jun Ji Hyun

Berusia awal 40-an, Jun Ji Hyun bintang My Love From The Star ini gemar melakukan senaman. Menurut majalah W, dia memulakan harinya seawal pukul 6 pagi dan melakukan senaman pernafasan sebelum bersenam. Ia diikuti dengan kardio panjang dan kelas Pilates tiga kali seminggu. Selain itu dia juga gemar mendaki, berbasikal, berenang dan berlari.

Usia Dah 40-an, Kulit Kekal Mulus & Awet Muda, Ini Rahsia Cantik 5 Selebriti Korea!

Ads

2.     Go Hyun Jung

Pernah menjadi naib juara Miss Korea pada tahun 1989. Go Hyun Jung yang kini berusia 51 tahun tetap tampil awet muda. Sering mengunjungi klinik perawatan kulit dan tidak kerap menyentuk wajah dengan jari antara petua yang dikongsikan oleh bintang ini dalam sebuah rancangan buat bicara The Guru Show. Petua paling penting yang diamalkannya adalah tidak menggunakan pemanas walaupun ketika musim sejuk kerana haba membuatkan kulitnya menjadi kering.

Usia Dah 40-an, Kulit Kekal Mulus & Awet Muda, Ini Rahsia Cantik 5 Selebriti Korea!

3.     Ha Ji Won

Persis wanita berusia 20-an walaupun usia sudah menginjak ke 43 tahun  , Ha Jin Won bintang utama Miracle On 1st Street ini mengamalkan tiga biji lemon setiap hari untuk mengekalkan kecantikan kulit supaya sihat dan berseri. Menurutnya dengan berbuat begitu ia memberikan efek menegangkan wajah dan menghalang kedutan. Selebriti ini juga menggunakan pupur wajah setiap hari.

Usia Dah 40-an, Kulit Kekal Mulus & Awet Muda, Ini Rahsia Cantik 5 Selebriti Korea!

Ads

4.     Han Go Eun

Memilih amalan Intermittent Fasting sebagai salah satu rutin untuk kekal sihat dan cantik, bintang berusia 47 tahun ini berjaya mengekalkan berat badan yang sama sejak berusia 17 tahun. Han Go Eun yang memulakan kerjaya sebagai model sebelum melangkah ke dunia lakonan, dia mengamalkan IF dan menggunakan produk berasaskan bahan semula jadi bagi mengekalkan kecantikan.

Usia Dah 40-an, Kulit Kekal Mulus & Awet Muda, Ini Rahsia Cantik 5 Selebriti Korea!

5.     Jang Nara

Bintang K-drama kecil molek ini memang awet muda. Sudah berusia 41 tahun, Membuat urutan wajah 10 minit sehari merupakan salah satu rutin yang membantunya kekal awet muda. Dia membersihkan wajah dengan pembersih jenis minyak sebelum memberi tekanan ringan dari garis rahang ke telinga. Menurutnya, rutin ini membantu mengurangkan sembap dan menganjalkan wajah.

Usia Dah 40-an, Kulit Kekal Mulus & Awet Muda, Ini Rahsia Cantik 5 Selebriti Korea!

Ads

Sumber: EH!

 

 

 

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI