Migrain merupakan sakit kepala yang menyerang secara berulang dan biasanya berlaku disebelah bahagian kepala sahaja.
Ia berlaku apabila saluran darah di kepala mengembang lebih besar daripada biasa. Urat saraf sensori yang mengesan rasa sakit pada dinding saluran darah menjadi terangsang dan menghantar isyarat sakit ke otak.
Pesakit akan merasai sakit kepala yang berdenyut-denyut, loya, muntah dan mereka akan menjadi sangat sensitif terhadap cahaya dan bunyi.
Apabila sudah sakit apa lagi, telan saja ubat bagi membantu serangan berkurangan. Namun, sebenarnya selain daripada penggunaan ubatan, anda juga boleh merawat migrain dengan bahan dan cara semula jadi.
Ini Yang Anda Boleh Buat:
1. Pilih diet yang sesuai
Terdapat beberapa jenis makanan dan minuman yang boleh mencegah serangan sakit kepala ini dan antaranya dalah seperti berikut:
– Makanan yang mengandungi kandungan nitrate yang tinggi seperti sosej, daging proses dan bacon
– Coklat
– Keju yang mengandungi tyramine seperti parmesan, cedar, swiss, feta
– Makanan yang mengandungi banyak monosodium glutamate iaitu perasa makanan
Ads
– Makanan yang terlampau sejuk seperti aiskrim atau minuman ais
– Makanan segera
– Kekacang
– Produk tenusu seperti susu mentega, krim masam dan yogurt
– Buahan kering
– Kafein dalam jumlah sedikit boleh melegakan migrain bagi sesetengah orang kerana kafein juga terkandung dalam sesetengah ubatan migrain. Namun, kafein yang berlebihan boleh mencetuskan serangan migrain
Ads
2. Sapu minyak lavender
Menurut kajian, minyak lavender dapat membantu mengurangkan simptom serangan migrain. Korang boleh titiskan beberapa titis minyak lavender ke dalam air dan menyemburkannya pada muka setiap beberapa jam. Korang juga boleh menyapu minyak lavender ke bahagian tepi kening dan dahi. Seterusnya, lakukan urutan secara perlahan-lahan.
3. Amalkan senaman regangan dan yoga
Yoga dapat membantu meningkatkan peredaran darah dan mengurangkan ketegangan otot, membantu pesakit migrain. Kajian membandingkan pesakit migrain yang engambil ubatan sahaja dengan pesakit yang mengambil ubatan serta yoga mendapati bahawa pesakit yang mengamalkan yoga mendapat kelegaan yang lebih cepat berbanding yang hanya mengambil ubat-ubatan.
4. Urutan pada leher
Urutan secara perlahan-lahan pada kawasan otot dibahagian leher dan bahu boleh mengurangkan tekanan dan mengurangkan sakit daripada serangan migrain. Urutan juga mampu menghilangkan tekanan.
5. Mengawal stres dengan baik
Tekanan merupakan antara punca utama korang boleh diserang migrain. Cari cara yang baik untuk mengawal tekanan seperti bersenam, bermeditasi, mendengar muzik atau berehat bersama keluarga bagi meredakan tekanan yang dialami.
6. Pengambilan makanan tambahan mengandungi magnesium
Kajian mendapati bahawa kekurangan mineral seperti magnesium boleh mencetuskan serangan migrain. Ia juga boleh menyebabkan aura iaitu gangguan penglihatan yang dialami sejurus sebelum serangan berlaku. Kajian juga menunjukkan bahawa pengambilan suplemen mengandungi magnesium dapat membantu mengurangkan kekerapan serangan migrain.
Ads
7. Pengambilan vitamin B kompleks
Ia berfungsi mengawal neurotransmitter iaitu sejenis protein dalam otak dan badan yang mengawal respons. Vitamin B juga dapat membantu mengurangkan tahap teruk dan kekerapan serangan migrain.
8. Amalkan minum air kosong secukupnya
Kurang minum air dan dehidrasi juga merupakan salah satu punca tercetusnya serangan sakit kepala dan migrain. Pastikan korang mengambil jumlah air yang secukupnya setiap hari, iaitu sebanyak 1 liter atau 8 gelas air.
9. Rehat yang secukupnya
Kekurangan tidur dan rehat juga boleh mencetuskan serangan. Pastikan korang mendapat sekurang-kurangnya sebanyak 6 jam setiap malam bagi merehatkan badan dan otak, mengurangkan stres serta mencegah serangan migrain. Jika korang sering berjaga lewat malam bagi menyiapkan kerja, cuba tukar jadual tidur dan amalkan tidur lebih awal. Keesokan paginya, korang boleh bangun sekitar jam 5 pagi dan menyambung tugasan.
10. Tuam dahi dan kawasan mata
Sesetengah orang apabila mereka menuam menggunakan tuala hangat ataupun sejuk pada bahagian kepala, ia dapat melegakan dan membantu mengurangkan sakit kepala. Korang juga boleh meletakkan tuala hangat dan sejuk sekitar kawasan mata bagi melancarkan peredaran darah serta mengurangkan sakit. Pastikan basahkan tuala dengan air suam dan bukannya air panas kerana ia boleh menyebabkan lecuran.
Walau bagaimanapun, sekiranya korang mendapat serangan migrain yang teruk dan berlanjutan, pastikan korang berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut dan nasihat daripada pakar.
Kalau akaun bank kena hack dengan scammer, anda patut tahu macam mana nak bertindak sebab setiap hari pasti ada sahaja cerita di internet mengenai akaun bank digodam oleh scammer. Risau!
Pastinya ini merisaukan orang ramai kerana takut duit yang disimpan untuk kegunaaan masa depan lesap dihilangkan oleh orang tidak bertanggungjawab.
Bagi yang menggunakan akaun Maybank, anda boleh menggunakan fungsi baharu yang diperkenalkan oleh Maybank iaitu Kill Switch.
Anda boleh mengaktifkan fungsi Kill Switch ini sekiranya akaun anda digodam oleh scammer atau ada transaksi yang mencurigakan.
Kalau Akaun Bank Kena Hack Dengan Scammer, Aktifkan Fungsi Ini
Cara-caranya:
1. Buka aplikasi MAE, pilih more di bahagian bawah kanan dan klik Kill Switch.
2. Pilih Deactivate M2U Access.
3. Baca terma dan klik Deactivate Now.
Setiap hari pasti ada sahaja cerita di internet mengenai akaun bank digodam oleh scammer. Itu sudah tentunya merisaukan orang ramai kerana takut duit yang disimpan untuk kegunaaan masa depan lesap dihilangkan oleh orang tidak bertanggungjawab.
Senang, bukan? Lepas ini anda bboleh cuba sekiranya akaun anda digodam oleh scammer. Dan mungkin ilmu ini anda boleh bantu rakan terdekat atau orang lain juga.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau nampak kereta calar, anda jangan mengeluh dan rasa sakit hati. Sebab sebenarnya ada teknik müdah nak hilangkan masalah ini.
Lebih memanaskan hati apabila kesan itu muncul tanpa disedari, mungkin bergesel dengan kenderaan lain ketika di ruang yang sempit.
Cara Hilangkan Masalah Kereta Calar
Melalui satu perkongsian di Facebook oleh Muhammad Faris Abdullah, ada dikongsikan cara untuk menghilangkan kesan calar tersebut.
Jika kesan calar itu tidak terlampau dalam, ikhtiar ini mungkin dapat membantu anda, tidak salah mencuba.
Jom kita lihat bagaimana tekniknya.
Magic sponge
Mula-mula dapatkan magic sponge dari kedai perkakasan (hardware).
Magic sponge in mengandungi bahan kimia dikenali sebagai Melamin untuk memudarkan kesan calar pada badan kereta anda.
Sediakan satu bekas air bersih, tidak perlu sabun. Rendamkan magic sponge ke dalam air bersih itu, selepas itu angkat dan perah keluar lebihan air di dalam magic sponge.
Sebelum ke langkah seterusnya iaitu menghilangkan kesan calar, pastikan anda memakai sarung tangan terlebih dahulu.
Tonyoh secara perlahan-lahan selama lima hingga 10 minit, dan kemudian lihat hasilnya.
Jika kesan calar itu tidak hilang sepenuhnya, ia sekurang-kurangnya dapat dikurangkan agar tidak kelihatan terlalu jelas dari jauh. Selamat mencuba! – Muhammad Faris Abdullah
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahukah anda hampir separuh (49%) daripada golongan wanita gagal mendapat tidur yang berkualiti dan sihat, berbanding dengan 41% daripada lelaki.
Wanita lebih cenderung menghadapi masalah tidur disebabkan oleh pelbagai faktor termasuk perubahan hormon, tanggung jawab penjagaan, dan tekanan mental.
Nak Tidur Berkualiti
Statistik yang membimbangkan ini membuktikan keperluan adanya inisiatif bagi mengatasi masalah berkaitan tidur dan menggalakkan amalan tidur yang lebih baik. Elemen yang paling penting untuk memastikan tidur yang berkualiti adalah tilam.
Memilih tilam yang tepat adalah penting untuk memastikan keselesaan tidur dan kesihatan tubuh, terutama bagi wanita. Berikut adalah 5 tips pemilihan tilam yang patut anda ambil tahu:
Pilih Saiz Yang Sesuai
Pastikan tilam mempunyai saiz yang mencukupi untuk menampung tubuh dengan selesa. Tilam yang terlalu kecil boleh menyebabkan ketidakselesaan semasa tidur.
Bahan Tilam
Pilih bahan tilam yang sesuai dengan keperluan anda. Tilam yang terbuat dari bahan yang alergenik atau tidak sesuai dengan kulit boleh menyebabkan masalah alergi atau ketidakselesaan. Bahan seperti lateks, busa memori, atau kapas organik biasanya menjadi pilihan yang baik.
Sokongan Tulang Belakang
Pastikan tilam memberikan sokongan yang mencukupi kepada tulang belakang anda. Tilam yang terlalu lembut atau terlalu keras boleh menyebabkan masalah pada tulang belakang dalam jangka panjang.
Kebolehbersihan
Tilam haruslah mudah untuk dibersihkan dan dijaga kebersihannya. Bahan tilam yang boleh dicuci atau dilap dengan mudah akan membantu mencegah penumpukan debu dan alergen.
Uji Keselesaan
Sebelum membeli, uji tilam untuk keselesaan anda. Ambil masa untuk berbaring di atasnya dalam kedudukan tidur anda dan pastikan ia memberikan sokongan yang baik dan tidak terlalu panas.
Jenama tilam terkemuka dari Singapura, Four Star Industries melancarkan debut yang dinanti-nantikan di Malaysia.
Bertempat di bilik pameran baharu mereka di Petaling Jaya, jenama ini memperkenalkan tiga siri tilam inovatif, di mana setiap satu daripadanya direka untuk mendefinisikan semula keselesaan dan meningkatkan kualiti tidur ke tahap baharu.
Tiga koleksi tilam inovatif yang diperkenalkan ialah :
DETENSE | Arcticsilk® Advanze Aire FlexTM: Direka dengan teknologi Advanze Aire FlexTM, siri ini menawarkan sokongan adaptif dan penjajaran tulang belakang yang unggul, menjamin sebuah pengalaman tidur yang menyegarkan.
Siri Chiro: Dihasilkan daripada kerjasama World Federation of Chiropractors, siri ini mengutamakan reka bentuk ergonomik dan sokongan khusus bagi mengurangkan ketidakselesaan berkaitan tidur dan mempromosikan kesejahteraan secara keseluruhan.
Siri Essential: Siri yang baru dinaik taraf ini direka untuk memberikan penyelesaian inovatif bagi sokongan belakang dan leher anda serta membantu anda tidur dengan selesa. Ini mengekalkan lengkungan semula jadi badan kita sepanjang malam.
Selain itu, Four Star Industries turut menawarkan saiz katil yang boleh diubahsuai, memastikan setiap individu dapat mencari padanan yang sempurna bagi keperluan tidur mereka. Jangan ingat pilih tilam tu tak penting, soal Kesihatan jangan di buat main. Jadi jom buat pilihan yang betul untuk tidur yang lebih berkualiti.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!