Jika sebelum ini pernah beratnya pernah mencecah hampir 83 kg disebabkan hamil anak pertama.
Tidak selesa dengan keadaan itu selepas melahirkan wanita ini nekad menurunkan berat badan.
Dia kemudiannya berusaha untuk diet dan berjaya turunkan 10 kg lagi sebelum stuck pada angka itu.
Kemudian mula berdiet dengan mengamalkan diet suku-suku separuh dan berjaya hilangkan 7 kg lagi.
Menurut Zya Farz dia hanya lakukan diet secara santai sahaja kerana terikat dengan kerja yang memerlukan dirinya memakai pakaian perlindungan (PPE) selama 7 jam hingga dapat mengeluarkan peluh yang banyak.
Dan dalam masa sama dia yang bertugas sebagai frontliner kini menjalani kuarantin apabila disahkan positif Covid-19.
Secara tak langsung beratnya juga kembali turun sedikit demi sedikit.
Bagi mereka yang masih mencari diet bersesuaian, boleh ikut cara wanita ini mengamalkan menu diet suku-suku separuh.
Ini Menu Diet Suku-Suku Separuh Diamalkan
1. Bawal goreng guna Air Fryer
2. Jemu Kalau Hari-Hari Nasi..
Ads
3. Ikan Jenahak Masak Halia
4. Sambal Bilis Petai + Keli Bakar + Telur Mata
5. Kangkung Goreng Belacan + Keli Berlado
6. Sup Dumpling + Ayam Bakar Air Fryer
7. Kueyteow Goreng + Chicken Katsu Goreng Guna Air Fryer
8. Pancake Banana Peanut.. Peanut Bagus Untuk Diet
9. Taugeh + Sambal Sotong
Ads
10. Tomyam Ayam
11. Sup Cendawan + Ikan Cencaru Sumbat Bakar Air Fryer
12. Bayam + Ikan Goreng Air Fryer
13. Sup Ayam + Telur Dadar Tanpa Minyak
14. Asam Pedas Ikan Tenggiri & Ayam Bakar
15. Ayam Bakar Guna Air Fryer
16. Whole meal Pakai Peanut Yang Sama (Peanut Diet)
Usaha untuk bersahur. Nafsu makan lebih terkawal ketika berbuka puasa.
Mula berbuka dengan makan sedikit. Lepas solat maghrib baru makan berat.
Bandingkan 2-3 jenis makanan dan pilih yang lebih rendah kalori. Beli sekadarnya.
Masuk tidur awal, dapat elak makan tengah malam dan tak bangun bersahur.
Makan perlahan dan ingatkan diri yang kenyang datang kemudian.
Aktifkan diri walau tak bersenam. Kalori masuk & keluar seimbang, berat badan tak bertambah.
Elak terus belasah makan banyak awal waktu berbuka puasa. Ia bantu kawal paras gula dan insulin dari naik mendadak. Nafsu makan jadi lebih bertenang, mudah nak kawal didi dan dapat elak makan berlebihan.
Cukukan minum air kosong. Bahagikan dari mula buka puasa sampli waktu moreh.
Berdoa juga sebelum azan. Pesan Nabi S.A.W ini waktu mustajab untuk doa. Minta pada Allah agar terus kuat semangat dan berjaya turut berat badan pada kali ini.
Ketika hamil seseorang itu ada kalanya berdepan dengan pelbagai masalah alahan atau sakit lain yang datang menyerang.
Antaranya adalah mengalami demam dan situasi akan jadi lebih teruk jika berlaku di akhir kehamilan.
Apakah risiko bakal ibu dan bagaimana untuk mengatasi masalah ini jika diuji dengan masalah demikian.
Perkongsian Dr Zubaidi Ahmad memberitahu kesannya jika wanita hamil diserang demam di awal dan di akhir kehamilan.
Demam yang dihadapi oleh wanita yang hamil, memang merisaukan. Demam ketika hamil adalah sesuatu yang cuba dielakkan namun apabila diuji dengan gejala demam, mahu atau tidak, wanita yang hamil harus menerima dengan hati yang redha.
Demam sebenarnya tindak balas normal badan terhadap sebarang jangkitan kuman dan penyakit-penyakit lain. Ia bukanlah satu penyakit tetapi gejala yang selalunya menandakan seseorang mempunyai sesuatu penyakit.
Suhu badan normal bagi seseorang yang sihat ialah 37°C. Jika melebihi tahap ini, anda akan dikira sedang mengalami gejala demam.
Adakah demam memberikan kemudharatan pada wanita yang hamil? Setakat ini belum ada kajian yang sahih mengenai kemudharatan demam dan suhu panas terhadap bayi dalam rahem.
Cuma saya mahu menarik perhatian pada satu penulisan di dalam Journal of Paediatric and Perinatal Epidemiology, yang mengatakan bahawa secara amnya, demam yang dialami oleh wanita hamil tidak memberikan apa-apa risiko kepada anak yang dilahirkan.
Ada kajian yang menunjukkan jika seorang wanita hamil mengalami demam melebihi 39.0 darjah Celcius sekurang-kurangnya tiga kali, yang disebabkan oleh jangkitan kuman pada pundi kencing (urinary tract infection), maka terdapat kemungkinan bahawa risiko bagi bayi yang dilahirkan mudah mengalami sawan adalah tinggi. Namun kajian ini agak lemah.
Walau bagaimanapun, janganlah terlalu risau kerana demam yang rendah (kurang dari 100.4 darjah Fahrenheit) adalah selamat dan tidak perlu dirisaukan walaupun masih lagi di awal kehamilan.
Namun demam yang agak tinggi (melebihi 103 darjah Fahrenheit atau 39.5 darjah Celcius) mungkin boleh memberikan kesan mudaharat pada bayi.
Ini kerana demam yang tinggi pada awal kehamilan, akan menjejaskan proses pembentukan fizikal bayi dan bayi yang dilahirkan mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat bayi yang mengalami masalah neural tube defects seperti spina bifida terutama jika demam itu berlaku ketika pembentukan saraf tunjang yang berlaku pada hari ke 20 hingga 28 selepas telur ovum disenyawakan.
Malah ada beberapa kajian yang agak lemah menunjukkan bahawa suhu badan terlalu tinggi akibat demam boleh menyebabkan keguguran. Hal ini juga boleh berlaku pada wanita yang mandi di dalam hot tubs atau sauna ketika hamil.
Di akhir kehamilan, perkembangan fizikal bayi telah terbentuk dengan lebih sempurna, maka gejala demam yang tinggi selalunya tidak membawa mudharat kecuali demam yang disebabkan oleh jangkitan dalam rahem (intrauterine infection).
Saya mencadangkan wanita hamil yang mengalami demam agar mengambil bacaan suhu yang betul. Adalah sukar untuk mengatakan seseorang wanita mengalami demam hanya dengan meletakkan belakang tapak tangan di dahi. Oleh itu gunakanlah thermometer agar dapat mencatat bacaan dengan lebih tepat.
Minumlah air suam kosong yang banyak. Demam akan membuatkan seseorang akan merasa cepat letih dan haus akibat dehidrasi. Oleh itu harus menambah jumlah air yang diambil ketika mengalami demam.
Jika demam bersama-sama dengan loya dan muntah, bolehlah minum air secara sedikit demi sedikit menggunakan sudu.
Selain itu, wanita hamil yang mengalami demam boleh menuam dengan tuala basah. Letakkan tuala basah pada dahi dan dada, membantu haba dari badan dikeluarkan dari tubuh dan mengurangkan demam.
Berjumpa dan berbincang dengan doktor yang merawat. Adakalanya punca demam dapat dikesan dengan pemeriksaan darah dan air kencing. Untuk meredakan demam dengan cepat, doktor mungkin akan memberikan ubat paracetamol yang selamat digunakan oleh wanita hamil dengan dos yang ditetapkan.
Bersabarlah ketika menghadapi ujian demam. #HealthDrZubaidi
Ada orang risau punya pipi tembam, sampai sanggup diet melampau semata-mata nak kuruskan bahagian muka.
Kononnya yang pipi tanpa isi terkeluar dari tudung itu lebih cantik dan manis. Eh, rasanya yang pipi tembam itulah nampak lebih comel!
Bila senyum, nampak pipi itu yang jadi penyeri. Malah rasa nak tarik-tarik pipinya sebab geram.
Menurut kajian, ini kelebihan berpipi tembam yang semua wanita harus banggakan.
Biasanya pipi yang tembam ini dianugerahkan menerusi genetik. Boleh jadi, keturunan anda sememangnya berpipi bulat. Okay cuba lihat ibu, ayah atau kedua nenek dan atuk. Nampak mereka jauh lebih muda daripada usia asal kerana penampilan pipi tembam itu berbanding yang cengkung macam sakit. Betul tak?
Sekarang mungkin anda rasa tak suka dengan penampilan pipi tembam, tapi bila wajah sudah semakin tua, pipi tembamlah menjadi penyelamat buat anda nampak muda.
Kalau pipi penuh, kedutan kurang nampak berbanding apabila anda memiliki pipi yang lebih tirus atau berahang tajam.
Beberapa kajian rambang telah dilakukan terhadap lelaki dan rata-ratanya menyatakan bahawa, wanita yang memiliki pipi bulat lebih menarik, dan comel.
Individu yang memiliki bentuk pipi penuh lazimnya lebih mudah didekati kerana mereka terlihat ramah dan mesra. Ini kerana jika diikut pada logik akal, wajah yang memiliki pipi tembam akan kelihatan lebih lembut berbanding wajah yang berpipi tirus.
Payah orang nak baca emosi negatif kerana sememangnya memiliki pipi tembam ini buat wajah serta-merta nampak natural dan ceria sentiasa. Tak senyum pun nampak manis.
Cukup sekali pandang orang akan terus ingat siapa anda. Mengikut pandangan sains, kita lebih mudah mengingati wajah seseorang apabila individu itu memiliki karakter atau struktur wajah babyface.
Jadi kenapa nak mengeluh punya pipi tembam kalau itu yang jadi ‘penarik’ dalam penampilan dan mampu memikat hati yang memandang?
Tapi kalau anda nak kontrol bahagian isi pipi yang keluar dari pipi, boleh cuba tip mekap macam ini ya. Jangan risau!
Hah, ada juga tip yang boleh selamatkan penampilan anda. Apa pun jangan rasa kurang yakin. Anda tetap nampak ‘booomm’ dengan pipi chubby! Jom raikan anugerah yang Tuhan bagi.