Selalunya kita membayangkan mereka yang bergelar pramugari mesti pandai menjaga kecantikan dan penampilan masing-masing.
Walaupun sudah berkahwin dan mempunyai anak, mereka ini akan memastikan bentuk badan sentiasa kekal langsing untuk terus bekerja.
Namun hakikatnya tidak semua begitu. Dek kerana proses melahirkan anak menyebabkan berat badan boleh jadi naik mendadak.
Ini yang dialami founder Go Fit With Me, dan juga bekas pramugari MAS, Fadillah Ab Rahman, 46 dan berasal dari Melaka.
Pernah mengalami kenaikan berat badan selepas melahirkan anak pertama dan kedua sehingga mencecah 80kg.
Disebabkan bimbang lagi berat akan naik bila mengandung anak ketiga, Fadillah bertindak pantas dengan mencari coach kurus online.
Namun begitu, selepas berjumpa coach yang sesuai dan berjaya turunkan 3kg,dia disahkan pula mengandung anak ketiga.
Ads
“Sebaik saya melahirkan anak ketiga, saya terus amalkan apa yang saya belajar. Dan dengan bimbingan coach ketika anak ketiga sambut hari jadi setahun, saya berjaya melenyapkan berat badan 22kg.
“Dan keadaan ini terus bertahan sehingga 9 tahun hinggalah kini. Kini berat saya maintain 55kg. Rahsia saya maintain ialah mengikut apa yang diajar oleh coach sebelum ini,” ujar Fadillah yang serik untuk mengalami kenaikan berat berlebihan kerana menyukarkan urusan harian.
“Untuk proses ini, saya melakukan amalan latihan senaman disukai tiga kali seminggu dan melakukannya secara konsisten.
Ads
“Selain itu saya juga sangat menitik beratkan pemakanan. Memilh diet eat clean yang lebih sihat dan selamat.
“Kebanyakan makanan menggunakan cara rebus dan grill saja. Apa yang pasti portion diambil adalah suku-suku separuh” tambahnya yang kemudian terpanggil untuk membuka kelas latihan Go Fit With Me bagi membantu mereka yang mengalami masalah kenaikan berat badan untuk kembali langsing.
Setakat ini sudah lebih 500 peserta program yang berjaya mendapatkan berat ideal dengan mengikut cara yang lebih sihat dan selamat.
Bukan mudah untuk seseorang itu menurunkan berat badan. Keinginan itu ada tetapi tanpa semangat dan usaha serta disiplin yang tinggi, pastinya impian hanya tinggal anganan.
Pelbagai faktor membawa kepada kenaikan berat badan, salah satunya selepas melahirkan anak selain tidak menjaga soal pemakanan.
Namun dek kerana kenaikan mendadak menyebabkan kita sanggup lakukan apa saja bagi mendapat berat ideal.
Seperti perkongsian wanita ini Rafina Rithsaqisya yang mengakui mengalami pertambahan berat mendadak selepas melahirkan anak.
Sebelum ini beratnya hanya sekitar 40-45 kg tetapi dalam masa dua tahun beratnya naik sehingga mencecah 22 kg.
Berkat keazaman yang kuat, dia cuba tekadkan hati melakukan diet dengan cara IF. Dan alhamdulillah misinya tercapai dalam masa ditetapkan.
1st time post sini untuk share kisah saya berjaya turunkan berat dan capai berat ideal dalam masa 4 bulan sahaja. Ya, 4 bulan dari obese class 1 to berat ideal!
Sebenarnya berat saya naik mendadak selapas saya bersalin anak bongsu pada tahun 2018.. Sebelum itu saya memeng kecil saja, berat around 40 – 45 kg saja. Tahun 2019 berat saya naik 10kg! Lepas itu tahun 2020 berat saya naik lagi 12kg! Jadi total berat saya naik sebanyak 22 kg dalam masa 2 tahun saja.
Bila dah tak larat nak bawak badan yang dah macam seladang ini, saya nekad. Nekad sangat-sangat. Masa itu termenung lepas tengok penimbang 67kg! Kalau saya tak buat sesuatu tak mustahil berat boleh jejak 70kg!
Masa itu terus azam.. Bulatkan tekad, cekalkan hati.. saya kena kurus! Terus buat if hari yang sama. Masa semangat tengah berkobar-kobar itu. Terus buat. Bila sudah nekad, sudah bulatkan hati, semua halangan, rintangan berjaya di tepis sebelah mata. Sebab masa tu terpandang goal saya nak kurus macam dulu-dulu balik jer. Saya mesti capai goal saya tu sebelum balik kg raya puasa nanti.
Tapi Alhamdulillah. Saya berjaya capai goal saya sebelum tempoh yang saya tetapkan. Saya sendiri tak sangka saya dapat kurus secepat ini. Syukur Alhamdulillah. Rasa segala apa yang saya buat selama ini tak sia-sia.
Menangis tau saya masa dapat sarungkan balik baju saya semasa bertunang dulu. Akhirnya saya dapat buktikan kepada semua yang pernah mengutuk, menghina saya masa saya gemuk dulu saya boleh kurus, saya dah berjaya kurus.
Kalau saya boleh kurus, kawan-kawan semua pun boleh!! Yakin boleh. Tiada yang mustahil jika kita berusaha bersungguh-sungguh.
Statistik Permulaan Saya: Umur: 40 tahun 1 bulan Tarikh Mula: 1 Oktober 2020 Berat: 67 kg Tinggi: 147 cm (ketot jek ) BMI : 31 (OBESE CLASS 1) Size baju : Xl, L Size seluar : 34 Statistik Terkini: Umur: 40 tahun 6 bulan Tarikh kini: 2 Mac 2021 ( capai berat ideal masa Feb 2021… Tapi baru nak share.. ) Berat: 46.5 kg BMI : 21.5 (NORMAL!!) Size baju : Xs, s Size seluar : 27, 26
Protokol IF Pilihan: 1. OMAD- Setiap hari omad dari hari pertama IF sampai sekarang. 2. Minimum IF 20 jam. Walau 20 jam tetap omad makan sekali jek. Tapi jarang sangat 20 jam. Sampai sekarang mamang selesa buat 24 jam. Kadang-kadang lajak 30 jam.. 3. Selalu buat EF Selalu buat 48 jam, 72 jam dan 96 jam Pernah buat BTB 48 jam 3 circle saja
Cara Diet Saya: – Pertama sekali saya memang cut sugar dalam diet harian saya. Tak ambil minuman manis dan sebarang kuih muih manis. Selama 4 bulan itu saya tak pernah miss walau sehari pun buat IF. Dan tak pernah cheat day. Memang pulun hari-hari buat tanpa jemu sampai sekarang. Jiwa dah sebati dengan IF. Memang tak dapat dipisahkan lagi.
– Cara pemakanan saya, saya buat suku suku separuh walaupun saya omad. Pastikan setiap hidangan itu mencukupi la. Beras saya tukar kepada beras perang.
– Bermula 14 Feb 2021 saya mula amalkan lazy keto. Walau pun dah kurus, sudah dapat berat ideal, saya masih ber IF dan berlazy keto untuk saya kekal sihat dan kurus. Untuk fasa maintain ini saya tak boleh selesa sangat, kalau tak jaga pemakanan nanti berat naik balik.
Pelan senaman saya: – Saya pastikan akan buat workout paling kurang 3x seminggu. Wajib! Memang paksa diri buat. Fokus goal. Terus bersemangat. Setiap hari peruntukan 2 jam untuk workout. Biasa saya buat Leslie walk, zumba, briswalk dan weight training.
Tapi bila dah kurus ini malas pulak nak bersenam. Just IF + lazy keto saja
Kalau ikutkan saya malu nak share sini. Tp ok la untuk naikkan semangat IF warrior yang lain kan. Mana tau bila ada yang baca, terus semangat nak buat kan. Lagi 1 bila share di tempat lain yg org tak faham dan tak buat IF ini, ramai pula yang mengata.
Pedulikan apa yang orang lain nak kata. Kita buat kita dapat. Semoga hati ini terus istiqomah! #ifforlife
Lokasi merupakan salah satu faktor yang boleh membuatkan kita rasa lebih seronok dan bersemangat nak buat aktiviti.
Dikongsikan beberapa lokasi yang boleh membuatkan anda rasa seronok melakukan aktiviti kecergasan.
Tahukah anda bila kita lakukan aktiviti di pelbagai lokasi, mood dan juga aktiviti yang kita buat pastinya berbeza.
Boleh ke taman rekreasi yang berdekatan. Kawasan ni tak sunyi dan selamat sebab ini tempat tumpuan keluarga membawa anak-anak mereka beriadah. Di taman rekreasi selalunya ada fasiliti yang sesuai untuk beriadah. Ada trek joging atau berjalan kaki, berbasikal dan lain-lain.
Sekiranya kita rancang untuk buat aktiviti secara berkumpulan dan beramai-ramai dengan kawan-kawan atau kenalan, adalah lebih baik kita lakukan di kawasan lapang seperti di padang. Tak mengganggu orang lain .
Berjalan kaki mengelilingi tasik pastinya menenangkan. Sambil berjalan, sambil tengok tasik. Tak adalah rasa jauh sangat perjalanan bila ada pemandangan yang cantik dan menenangkan jiwa.
Anda perlukan khidmat nasihat profesional kerana mungkin anda ada masalah kesihatan ? Atau anda perlu gunakan alatan senaman yang sesuai ? Gimnasium merupakan lokasi yang paling sesuai. Anda boleh melanggan yuran perkhidmatan secara bulanan atau tahunan.
Nak buat aktiviti di dewan kena buat tempahan dulu. Tak kiralah dewan di hotel, sekolah atau dewan orang ramai. Tapi pastinya ada tujuan tertentu bila nak buat aktiviti di dewan kan? Sebagai contoh, anda mungkin mengatur (organize) aktiviti berkumpulan secara formal. Bersama persatuan , sekolah-sekolah, universiti atau lain-lain. Ianya lebih mudah dibuat di sini supaya senang dikawal.
Untuk aktiviti seperti yoga, tentunya anda boleh lakukan sahaja di rumah. Beli sahaja tikar yoga (yoga mat) dan anda boleh lakukan di rumah. Pergerakan senama yoga boleh dilihat melalui video atas talian (online) . Tak ada masalah bukan ? Senaman dari rumah juga sesuai pada mereka yang introvert atau pemalu. Ia pasti menjadi pilihan utama.
Inginkan kelainan atau sedang bercuti di pantai bersama keluarga? Apa kata lakukan aktiviti kecergasan di tepi pantai. Sambil menikmati pemandangan laut dan ombak. Boleh berjalan kaki, boleh TaiChi, boleh yoga dan macam-macam lagi. Yang penting ia pasti tak membosankan anda dan anda rasa sangat tenang.
Boleh ke makan telur setiap hari? Jangan risau, sis! Ketahui fakta sebenar tentang kolesterol dan bagaimana protein dalam telur boleh bantu anda kekal kenyang, bertenaga, dan ramping dengan cara yang sihat.