Pernah tak anda rasa putus asa apabila melakukan senaman bersungguh-sungguh tetapi hasilnya masih sama tiada perubahan seperti sebelumnya.
Situasi ini menyebaban anda tidak bersemangat untuk melakukannya lagi. Lebih-lebih lagi senaman menggunakan energi berlebihan.
Namun sebenarnya ia berlaku di atas kesilapan anda sendiri. Terdapat pelbagai faktor yang membuatkan senaman anda tidak berkesan. Ini yang perlu Anda Tahu.
REHAT MENCUKUPI
Tahukah anda, manusia memerlukan tidur yang cukup sekurang-kurangnya enam jam sehari bergantung kepada aktiviti harian anda. Bagi mereka yang sangat aktif pasti memerlukan rehat yang cukup.
Hampir 90 peratus tubuh badan kita akan mengalami proses pemulihan otot semasa kita dalam keadaan tidur. Mereka yang tidak mempunyai tidur yang cukup akan merencatkan tumbesaran otot dan sebagainya.
NUTRISI
Pemakanan yang sihat membantu dalam meningkatkan prestasi anda. Anda perlu bijak merancang pemakanan anda secara seimbang. Walaupun anda bukanlah seorang atlit profesional, anda perlu mengamalkan rentak pemakanan yang seimbang dan berkualiti.
Ads
ATUR PROGRAM
Anda perlu juga bijak mengatur latihan anda. Di samping itu, anda perlu mempelbagaikan bentuk latihan dari segala aspek termasuklah latihan kardiovaskular dan latihan regangan. Sekiranya anda hanya fokus hanya pada satu bentuk latihan, anda telah meninggalkan aspek penting untuk kekal cergas.
Kemungkinan anda mempunyai badan yang sasa tetapi anda tidak cergas dari aspek kardiovaskular. Anda juga perlu menyeimbangkan latihan anda dengan melatih kesemua otot anda. Ketidakseimbangan otot boleh mengakibatkan kecederaan pada jangka masa panjang.
GUNA STRATEGI
Latihan anda perlu ada peningkatan dari segi bebanan dan pengulangan. Latihan anda perlu diubah setiap 6 hingga 8 minggu bagi memberi keserasian dan menambah impak yang lebih efektif kepada tubuh badan anda.
Ads
PROSES REGANGAN
Aktiviti regangan penting bagi mempercepatkan pemulihan otot dan sendi di samping meningkatkan julat pergerakan (ROM). Secara amnya, kita tahu bahawa mereka yang mempunyai otot yang begitu sasa, sukar untuk melakukan regangan. Hal ini kerana mereka jarang melakukan aktiviti regangan. Dari masa ke masa, mereka yang kurang melakukan aktiviti regangan ini akan terdedah kepada kecederaan otot dan sendi.
SENAMAN KARDIO
Latihan ini sangat penting bagi menyokong latihan bebanan tetapi tidak diperlukan dengan kerap kerana ini akan melambatkan tumbesaran otot anda. Cukup sekadar melakukan latihan kardiovaskular 2 hingga 3 kali seminggu selama 30 minit. Selain itu juga, anda boleh menerapkan latihan ini ke dalam latihan circuit dan crossfit.
Sebelum anda campur bahan skincare yang anda beli, ambil tahu dulu kesannya sebab tak semua boleh digabungkan bersama. Jika salah gaya, muka akan makin teruk dan rosak!
Jadi, jemput cedok ilmu kecantikan daripada perkongsian GlamStation, yang mana ini adalah senarai beberapa jenis gabungan produk yang boleh dan tidak boleh digabungkan bersama.
Awas, Jangan Campur Bahan Skincare Ini Kalau Tak Nak Kulit Rosak!
Ini antara bahan ingredient skincare yang boleh dan tak boleh dicampur/gabung. Jangan sembarangan campur dikhuatiri akan memudaratkan kulit.
1.Retinol dan Niacinamide- BOLEH
For the most part, niacinamide boleh gabung dengan semua serum dan krim termasuk retinol, asid Hyaluronik, Vit C, AHA/BHA. Keduanya berfungsi dengan baik bersama-sama.
2.Retinol dan Vitamin C – TAK BOLEH
Retinol tak elok gabung dengan Vit C sebab kedua-duanya bahan aktif. Gabungan boleh sebabkan lebih banyak kerengsaan. Sebaliknya, gunakan retinol waktu malam dan Vitamin C waktu siang.
3.AHA/BHA dan Ceramide – BOLEH
Boleh gabungkan ceramide dgn AHA/BHA. Sebenarnya sangat bagus gabungan dua ni! Pengelupas AHA/BHA tanggalkan lapisan kulit mati, jadi lebih mudah ceramide diserap oleh kulit.
4.AHA/BHA dan Retinol- TAK BOLEH
Gabungan retinol dan AHA/BHA berkesan untuk hiperpigmentasi yang disebabkan oleh jerawat, namun boleh menyebabkan kekeringan dan kerengsaan.
5.Benzoyl Peroxide dan Niacinamide- BOLEH
Ya, anda boleh gunakan benzoyl peroxide + niacinamide pada masa yang sama. Malah, ramai pakar mencadangkan penggunan gabungan kedua-dua bahan ni.
6.Benzoyl Peroxide dan AHA/BHA- TAK BOLEH
Kedua-dua BHA dan benzoyl perokside berkesan terhadap jerawat, tapi bila guna pada masa yang sama boleh sebabkan kulit terlalu kering. Cuba gunakannya alternate days.
Haa.. jaga-jaga ya, jangan sampai tersilap gabung bahan dalam produk. Nanti buruk kesannya pada kulit, boleh breakout jika silap gaya.
Tidak dinafikan kita akan jadi kurang selesa jika orang di sebelah mempunyai mulut yang berbau.
Terutamanya apabila setelah makan bawang atau petai yang meninggalkan bau tidak menyenangkan. Hendak ditegur bimbang membuat rakan sebelah terasa.
Sebenarnya selain menggosok gigi atau menggunakan pembersih mulut, ada lagi beberapa jenis makanan boleh membantu hilangkan bau mulut ini.
1.Makan Epal
Epal adalah buah yang cukup baik bagi mengatasi masalah bau mulut. Ini kerana epal mengandungi polifenol yang dapat memecahkan senyawa penyebab bau mulut. Tidak hanya itu, epal juga mampu membantu mengeluarkan sisa makanan yang tersekat di celah gigi.
2. Pilih Sayuran Hijau
Sayur-sayuran hijau seperti bayam, sawi dan kangkung sangat bagus untuk melawan bau mulut. Tiga jenis sayuran tersebut dapat membantu menyeimbangkan tingkat pH yang pada akhirnya membantu mencegah mulut daripada kering. Ini kerana mulut kering adalah salah satu sebab penyebab mulut berbau.
3. Kayu Manis
Kayu manis mengandungi minyak esensial yang terbukti memiliki kemampuan melawan bau mulut dengan membunuh bakteria yang mungkin berada di dalam mulut kita.
4. Ambil Timun
Timun cukup kaya dengan kandungan air yang mampu menghilangkan bau mulut. Air timun dapat mencegah mulut kering dan membersihkan sisa makanan yang mungkin terselit di celah gigi selepas makan. Jika tak suka timun, boleh gantikan dengan batang saderi yang memberi kesan sama.
5. Sentiasa Minum Air Putih
Air putih membantu menghasilkan air liur dalam membersihkan sisa makanan dan menghalang pertumbuhan bakteria jahat dalam mulut. Apatah lagi, air putih cukup baik untuk kesihatan secara keseluruhannya.
6. Amal Minum Air Lemon Setiap Pagi
Pada waktu pagi, biasanya mulut akan mengeluarkan bau kurang enak. Bagi mengatasinya minum air lemon pada waktu pagi. Air lemon dapat merangsang produksi air liur sehingga masalah bau mulut hilang.
Tidak dinafikan walaupun ada pesakit positif yang sudah sembuh daripada jangkita Covid-19, tetapi ada juga yang masih mengalami masalah pernafasan.
Selalunya bagi mereka yang mengalami jangkitan tahap 4 dan 5. Mereka ini pastinya sebelum itu mengalami masalah sesak nafas dan ada yang membawa maut.
Dalam perkongsian di Public Health Malaysia ada memberitahu cara paling baik untuk memulihkan semula paru-paru.
Caranya dengan berlatih menggunakan mesin spirometer yang boleh membantu proses pemulihan Covid-19.
Ini adalah bagi menguatkan otot pernafasan. Alat ini mudah dan mampu milik, jadi diingatkan untuk tidak berkongsi dengan orang lain bag elak risiko jangkitan.
Paru-paru organ yang penting. Ia menyedut oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida. Tanpa paru-paru, seluruh organ akan rosak.
C19 melumpuhkan dan merosakkan paru-paru kita. Kerosakannya ada yang tidak kekal dan ada juga yang kekal.
Jika terkena penyakit ini, kita semua ingin kembali kepada aktiviti sebelum ini tanpa masalah seperti semput, sesak nafas dan kurang stamina.
Jadi, adalah penting untuk paru-paru kita kembali kepada keadaan asal seperti sebelum terkenanya jangkitan ini. Jika tidak boleh kembali kepada 100% jadikan ia hampir kepada asal dengan cara fisioterapi dan rehabilitasi.
Gunakan spirometer 3 bola ini sebagai senaman. Senaman memang membantu. Lebih cepat anda mulakan senaman, lebih tinggi peluang anda untuk pulih kepada keadaan asal.