Cuaca yang panas sekarang ini menyebabkan anda kerap minum air yang banyak. Itu adalah perkara baik.
Namun, jangan anda bertahan tanpa memasukkan sebarang cecair di dalam badan. Ini boleh menyebabkan badan kehilangan air, seterusnya boleh mengundang kepada bahaya.
Apa Yang Anda Tahu?
Dehidrasi ialah kehilangan air dan garam daripada badan yang berlebihan. Kehilangan cecair badan dan bahan elektrolit yang terdiri dari garam akan mengganggu sistem tubuh manusia untuk berfungsi dengan sempurna menyebabkan gejala dehidrasi atau kekeringan dalam badan
Seseorang itu boleh mengalami dehidrasi apabila:
Demam tinggi dan berpanjangan
Terdedah kepada keadaan sekitaran yang panas
Muntah dan cirit birit
Tidah berupaya untuk minum
Luka terbakar yang besar di tubuh badan
Melalui pernafasan yang cepat dan berterusan
Antara tanda-tanda yang boleh anda ketahui bahawa anda mengalami dehidrasi ialah:
Mulut dan lidah kering
Dahaga
Kurang pengeluran air kencing dan berwarna kuning pekat
Pengsan disebabkan tekanan darah yang rendah
Kelesuan dan tidak bermaya
Tidak berupaya untuk berpeluh
Kekeliruan dan sawan
Berat badan yang turun mendadak dan mata cengkung
Kulit hilang keanjalannya dan kelihatan berkedut
Kekejangan di otot kaki dan lengan
Manakala tanda dehidrasi yang serius apabila:
Ads
Denyutan jantung yang terlalu cepat
Nafas terlalu cepat
Tiada air mata keluar apabila menangis
Demam
Paling serius apabila seseorang tidak sedarkan diri
Siapa yang berisiko?
Bayi dan kanak-kanak – mereka akan mengalami mengalami cirit-birit dan muntah-muntah sehingga kehilangan 6-9% berat badan. Lebih teruk apabila lebih daripada 10% kanak-kanak kehilangan berat badan
Warga tua.
Penduduk yang tinggal di kawasan beriklim panas.
Jangan Lupa Air!
Pengambilan air yang banyak sangat membantu dalam mengawal dehidrasi. Malah untuk mengembalikan dan menambah cecair dan elektrolit (garam) dalam badan, anda perlu:
Minuman sukan (isotonik)
Mengambil larutan garam rehidrasi oral (ORS)
Air nasi atau bubur sebagai rawatan rehidrasi awal
Makanan Lain Pulihkan Dehidrasi
Selain air, terdapat juga makanan yang boleh membantu atau mungkin lebih baik daripada air kerana nilai gizinya yang tinggi. Beberapa jenis makanan yang boleh anda ambil ketika dehidrasi.
Tembikai – Ia mengandungi air sehingga 92%, kaya dengan vitamin C, beta karoten, likopen dan hanya mengandungi 8% gula.
Timun – Ia jugam engandungi banyak air untuk mengawal dehidrasi, kaya kalsium, magnesium, kalium dan natrium
Seleri – Kadar airnya ssangat tinggi berbanding dengan sayuran lain iaitu sehingga 96%.
Sup – Kadar airnya yang tinggi dan sup bening lebih baik berbanding jenis sup yang pekat.
Agar-agar – Mungkin anda menganggap pencuci mulut tetapi air adalah bahan utama agar-agar dan ia sumber yang baik kerana mengandungi kolagen.
Kopi Penyebab Dehidrasi?
Dikatakan minuman yang mengandungi kafein seperti kopi dan teh boleh membuatkan seseorang itu mengalami dehidrasi. Ia juga mempunyai sifat diuretik yang boleh menyebabkan kencing berlebihan
Ads
Walaubagaimanapun, jika anda sudah terbiasa menikmati secawan kopi atau teh secara teratur dalam sehari, ia tidak akan menyebabkan anda kehilangan lebih banyak cecair dalam badan.
Menurut Lisa Renn, ahli diet dari Dietitians Association of Australia mengatakan pengambilan kafein dalan jumlah yang tinggi bertindak sebagai diuretik pada sesetengah orang tetapi pengambilan yang tidak berlebihan tidak akan memberi efek diuretik.
Alasan Kafein itu Dehidrasi
Minuman yang mengandungi kafein seperti kopi, teh, cokelat dan minuman tenaga memberi kesan kepada dehidrasi kerana ia diambil dalam jumlah yang banyak iaitu lebih daripada 500mg.
Ads
Penyakit Lain Disebabkan Dehidrasi:
Diabetes Mellitus
Kegagalan buah pinggang
Pesakit jantung
Kegagalan kelenjar pituitary
Radang usus
Tip Sihat:
Elakkan terdedah kepada cahaya matahari dalam jangka masa yang lama.
Memakai topi atau payung sebagai perlindungan dari cahaya matahari yang terik.
Minum air kosong yang banyak 7-8 gelas sehari.
Elakkan minuman keras
Elakkan memakai pakaian ketat dan berwarna gelap ketika cuaca panas.
Kurangkan aktiviti fizikal pada masa cuaca panas
Sumber: DR AIZAN HASSANUDDIN, DEMC SPECIALIST HOSPITAL SHAH ALAM
Tumit kaki merekah, kaki berbau masam atau kulit kering, anda boleh buat guna cara ini. Kalau ikutkan memang orang dulu-dulu pun biasa amalkan waktu nak mandi dan cukup berkesan kalau anda rajin buat.
Menurut Puan Jijah Ayop dia hanya menggunakan dua bahan sahaja bagi hilangkan masalah tumit kaki merekah. Nah, jemput amalkan ya.
Tumit Kaki Merekah Dan Kulit Kering, Gosok Limau Dan Garam Terus Baik
Bahan-bahannya:
1) Limau nipis
2)Garam kasar
Cara-cara buat:
1)Belahkan limau nipis jadi 2 bahagian, letakkan garam kasar pada permukaan limau.
2)Basahkan kaki terdahulu (rendam dengan air suam lebih bagus).
3)Gosokkan kaki dengan limau nipis yang ada garam.
4)Gosok tumit kaki terlebih dahulu dan ratakan seluruh kaki
5)Biarkan 5 minit baru cuci dengan air paip biasa.
Hasilnya kulit kaki anda akan rasa lembut, cerah dan tiada bau masam. Orang perempuan ini bukan saja muka je nak kena jaga, tetapi dari hujung rambut sampai ke kaki semua kena jaga.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai beranggapan sebelum bersenam tidak perlu ambil apa-apa makanan kerana boleh menganggu aktiviti senaman.
Sebenarnya, kita masih boleh mengambil makanan tetapi bukanlah jenis berat sepert nasi lemak.
Seelokanya pilih sajian yang boleh memberi tenaga, lebih-lebih lagi jika melakukan aktiviti dalam jangka masa panjang.
Perkongsian Syaza Nutritionist memberitahu apa diet boleh diambil sebelum melakukan aktiviti senaman.
Hari ni saya nak share pula tentang apa yang kita perlu ambil sebelum bersenam.
Sebab saya tengok ramai yang takut nak makan sebelum bersenam. Sebenarnya sangat penting untuk kita ambil makanan dulu sebelum bersenam untuk memberikan tenaga yang mencukupi ketika bersenam dan mengelakkan berlakunya pening kepala sesudah bersenam.
Ada tak yang perasan bila ketika atau sesudah bersenam jadi pening atau penat yang melampau, ini mungkin tanda-tanda badan kita kurang kalori. Jadi apa cadangan makanan yang boleh kita ambil sebelum bersenam??
1. Karbo – otot kita akan menggunakan karbo ini sebagai sumber tenaga. Jadi penting untuk kita ambil sekurang-kurang 1 hidangan dalam masa 15 minit sebelum mula bersenam.
2. Protein – pasti anda pernah dengar ada sesetengah orang ambil protein sebelum bersenam. Yes betul boleh membantu untuk boostkan performance ketika bersenam. Dan yang lebih menariknya kajian mendapati pengambilan protein bersama sedikit karbo boleh membantu meningkatkan pembentukan otot. 1 hidangan dah memadai tidak perlu berlebihan.
Jangan makan berat pula, sekejap lagi tak pasal-pasal muntah. Ok next, ini idea-idea makanan yang boleh anda ambil sebelum bersenam:
– Sandwich telur
– 1 gelas susu bersama buah
– 1 genggam kacang dan yogurt
– 1 cawan yogurt bersama buah
– 1 hidangan buah
– 1 gelas air coklat
So boleh lah anda cuba untuk makanan ni sebelum bersenam. Selamat mencuba!
Anda patut tahu tip tampil fresh ketika sesekali tidur lambat, ini sangat membantu hilangkan mata penat dan wajah yang nampak tak bermaya.
Apatah lagi jika esok harinya ada majlis tertentu untuk anda raikan, jadi pastinya bahagian sekitar mata akan jadi tumpuan mata yang memandang. Jom cuba beberapa tip ini dulu.
1. Gunakan ubat titis mata
Walaupun bersolek, agak mengganggu bila mata merah sebab tak cukup tidur. Untuk merawatnya, anda memerlukan ubat titis mata yang boleh melegakan dan melegakan mata merah. Kaedah ini juga berkesan untuk menyegarkan rupa.
2. Urut muka dengan batu kristal
Cara ini perlu untuk merawat muka atau mata yang bengkak. Anda boleh menggosok muka anda ke bawah ke beg di bawah mata anda dengan penggelek jed atau batu khas.
Sudah tentu, peredaran darah anda akan menjadi lebih sekata dan kulit anda akan kelihatan lebih sihat.
Apabila anda selesai, anda boleh menggunakan penjagaan kulit dan asas untuk membantu mekap anda menyerap dengan lebih baik.
3. Sapukan eyeliner di bawah mata
Jika mata anda merah atau letih, sudah tentu kedutan di bawah mata anda juga merah.
Beberapa petua untuk mengatasinya: Sapukan celak dengan warna semula jadi seperti kuning air di bawah mata. Mata anda juga akan kelihatan lebih besar dan segar.
4. Pilih warna terang untuk solekan
Memilih warna terang untuk solek bibir adalah perkara yang betul untuk dilakukan. Gunakan pewarna bibir merah jambu atau merah untuk menjadikannya kelihatan lebih segar. Anda juga boleh menggunakan lip balm untuk bibir yang lebih gebu.
Warna-warna cerah ini akan membuatkan anda kelihatan lebih segar. Jadi dengan menambah pembayang mata yang berkilauan menjadikan solekan lebih menarik.
Hah, selepas ini kalau rasa tak cukup tidur, anda boleh cuba beberapa tip ini untuk jadikan wajah anda nampak fresh!