Kebiasaannya kita hanya akan melakukan rawatan tradisional seperti bertungku ketika dalam berpantang selepas melahirkan anak kecil.
Namun sebenarnya amalan bertungku ini juga banyak manfaatnya untuk kesihatan tubuh badan terutama kaum wanita.
Seperti perkongsian Fatin Amani yang memberitahu badannya sering diserang angin. jadi menggunakan cara ratawan bertungku bagi meredakan masalah angin dalam badannya.
Gambar sekadar hiasan.
Sekadar perkongsian. Mungkin suri boleh buat juga jadikan amalan harian.
Badan saya jenis berangin. Memang tak boleh buat apa. Bila sakit urat je mulala badan rasa lemau lesu. Lagi-lagi saya ini jenis gastrik.
So selama saya mengurut 2 3 bulan sekali, tak pernah org mengurut bagitau benda ni. Tapi hari sabtu haritu saya cuba mengurut dengan orang lain and dia bagi saya tips ni.
Ads
Katanya, bila kita selalu stress, urat memang mudah nk blocking (tersimpul), masuk angin. Katanya x de istilah pantang makanan sejuk ke apa.
Yang jadi sakit badan bila salah makan itu sebab badan kita sendiri urat dah blocking, pastu makan benda sejuk-sejuk, berangin, itu yang jadi sakit-sakit urat sebab aliran darah tak lancar.
Kalau urat ok tak ada blocking, badan tak akan sakit walaupun makan macam-macam katanya.
Pastu dia kata amalkan bertungku. Selalu bertungku kat tempat-tempat yang kita rasa sakit. Biar urat yang blocking itu lembut. Sebab katanya tak guna kalau selalu mengurut tapi tak bertungku.
Ads
Gambar sekadar hiasan.
Sebab tak akan nak mengurut hari-hari kan katanya. Suruh suami urut pun suami tak pakar dalam buat urutan yang betul. Sekadar hilangkan rasa sakit kejap je tapi urat yang blocking itu tak hilang.
So dia kata amalkan bertungku, hari-hari buat senaman stretching especially tang bahu dengan kaki. Dua tiga jam skli buat dia kata. Dia kata bila aliran darah kita lancar, kita tak kan stress takkan lesu and mudah nak tido malam.
So saya dah 2 hari cuba bertungku, alhamdulillah badan rasa ringan. Suri-suri bolehla cuba tips2 yang bidan ini bagi saya. Mana tau InshaaAllah kita semua cergas sentiasa.
Sebenarnya tak semua produk buat kulit cantik berseri. Dalam satu tinjauan yang dilakukan oleh sebuah laman produk kosmetik online di Amerika, wanita menggunakan purata 16 item kecantikan sehari.
Dari pencuci wajah sampailah krim mata dan sebagainya. Namun hakikatnya tak semua produk kecantikan yang dikatakan terbaik untuk kulit dan kecantikan diri ini berbaloi untuk dibeli.
Ada antaranya yang tak memberi perubahan pada kulit walaupun digunakan dalam jangka masa panjang termasuklah 6 item kecantikan berikut
1. Krim malam
Krim malam selalunya mengandungi komponen seperti retinol yang tidak berfungsi pada waktu siang kesan daripada cahaya mata hari. Ia sebenarnya tidak perlu jika kita menjaga kulit dengan baik kulit pada siang hari. Lebih dari itu harga krim malam ini juga agak mahal
2. Pore strip untuk blackhead
Bintik hitam ini muncul akibat pengumpulan bakteria dan kulit mati pada bahagian dalam liang roma. Pore strip bagaimana pun hanya menarik kotoran di bahagian permukaan kulit.
Ini juga boleh menyakitkan sekali gus menarik lapisan perlindungan yang perlu untuk kulit. Selain hanya membuang kotoran bahagian atas, pore strip ini juga tidak mencegah untuk blackhead berlaku sekali lagi. Jadi lebih baik anda membeli pembersih wajah jenis gel bersama asid salicylic berbanding pore strip.
3. Krim leher
Kulit bahagian leher adalah cukup lembut dan nipis. Ia memerlukan pelembap yang banyak. Namun tidak perlulah hingga memberi krim khusus untuknya. Krim muka biasa pada waktu siang sudah mencukupi.Oles krim dari bawah ke atas.
4. Spray wajah
Kalau lihat iklan penyembur ini berfungsi untuk memastikan kulit wajah selalu lembap ketika siang hari dan memberi kesan segar. Namun pakar kulit pula berpendapat sebaliknya.
Lembapan dari kulit akan disejat bersama dengan air semburan yang akhirnya akan menyebabkan kulit kering. Semburan yang didakwa untuk melembapkan itu sebenarnya tidak berlaku. Lebih merugikan harga produk ini agak mahal.
5. Tisu serap minyak
Kononnya ia adalah untuk menyerap lebihan minyak pada wajah. Sebenarnya tisu biasa pun memberi kesan yang sama cuma kesan minyak itu tidak dapat dilihat sebagai jika menggunakan kertas tersebut.
6. Krim dengan SPF50+
Anda mungkin menyangka lebih tinggi jumlah SPF lebih baik perlindungan dari sinar matahari. Tapi kadar perlindungan SPF yang terbaik adalah antara 15-50 saja. Tak perlu lebih.
Dapat sesuatu dalam perkonsian kali ini? Jadi selepas ini anda boleh betulkan rutin kecantikan harian ya! Barulah kulit anda cantik tanpa cela.
Sama seperti keledek berwarna oren, rupanya keledek warna ungu juga mempunyai banyak khasiatnya.
Keledek ungu ini juga merupakan superfood yang sangat bagus untuk otak dan usus.
Ikuti perkongsian Dr Rizal Abu Bakar mengenai khasiat keledek ungu ini untuk kesihatan.
Khasiat Superfood Keledek Ungu
Pssttt mai sat. Ni nak bagitau. Bukan sembang kencang. Bukan sembang kari.
Tapi nak bagitau KELEDEK UNGU adalah SUPER FOOD.
Anti oksida tinggi. Juga anti radang
Bagus untuk OTAK. Bagus untuk usus.
Saiz sederhana besar bekalkan 400% vitamin A.
Vitamin A untuk apa?
Vitamin A perlu untuk kulit. Untuk mata. Zaman ber’smart phone’ penting ambil vitamin ini.
Supaya mata tajam menikam walau dalam kelam. Pandangan tidak suram.
Dalam kajian yang dimuat di Journal Food Functional 2015, KELEDEK UNGU turunkan uric asid sebanyak 30%. Terima kasih pada anti oksidanya – anthocyanins.
Banyak lagi kebaikan KELEDEK UNGU. Dengan fiber yang tinggi ia tinggikan rasa kenyang. Laporan tentang ubi ini turunkan berat badan ada di Journal Nutritional Research 2011. Berat turun seawal minggu ke 4.
Boleh cuba. Masak dengan kreativiti masing masing. Yang penting hidup akan lebih sihat.
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kes pertama virus Covid-19 Omicron yang dikesan oleh seorang pelajar di sebuah universiti di Ipoh, Perak yang tiba dari Afrika Selatan melalui Singapura.
Dan terbaru satu lagi kes yang dikesan seorang rakyat Malaysia pertama membabitkan seorang kanak-kanak berusia 8 tahun, dikenal pasti telah dijangkiti varian tersebut.
Perkara ini diberitahu oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ) melalui sidang akhbar di Parlimen .
Ini antara info lengkap mengenai kes pertama membabitkan rakyat Malaysia.
1. Kes yang baharu dikesan itu merupakan seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang menetap bersama keluarga di Lagos, Nigeria.
2. Keputusan ujian RT-PCR COVID-19 ke atas kes, ibu dan adik perempuannya sebelum berlepas ke Malaysia adalah negatif Covid-19.
3. Kanak-kanak tersebut tiba di Malaysia bersama ibu dan adik perempuannya pada 5 Disember 2021 dari Lagos, Nigeria dengan penerbangan transit di Doha, Qatar.
4. Kes dan ahli keluarganya telah menjalani ujian RT-PCR Covid-19 semasa ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang. Mereka dikuarantin.
5. Ujian saringan kedua RT-PCR mendapati mereka positif Covid-19.
6. Selepas seminggu, kes itu disahkan sebagai Omicron pada 14 Disember.
7. Kanak-kanak itu yang tidak mempunyai sebarang simpton menjalani perintah kuarantin di rumah selama 14 hari bermula 7 Disember.
8. 18 orang lagi mungkin dijangkiti Omicron tetapi ia belum dapat disahkan sementara menunggu ujian penjujukan genom. Keputusan itu dijangka diumumkan esok.
Justeru orang ramai diingatkan untuk terus menjaga SOP kendiri bagi mengelak jangkitan virus Covid-19 yang lebih serius.