Selalunya sipmtom mereka yang dijangkiti Covid-19 adalah seperti demam, selesema, batuk, sakit sendi atau sakit kepala.
Ada juga gejala lain seperti muntah, hilang deria bau, tiada selera makan dan ada juga yang mengalami masalah ruam pada kulit.
Dalam artikel oleh Mstar Menurut pakar Dr Joseph Khabbaza, gejala tersebut merupakan reaksi normal yang dialami penderita Covid-19.
Namun, masih banyak gejala lain yang muncul dan sedang dikaji oleh para pakar.
“Pesakit Covid-19 kebiasaannya menunjukkan simptom serupa bagaimanapun ada sesetengah orang mengalami gejala luar biasa,” katanya lagi.
Terdapat pesakit Covid-19 mengalami brain fog, kebingungan, halusinasi, atau delirium. Brain fog merupakan keadaan yang menyebabkan penderitanya tiba-tiba lupa perkara atau perkara yang ingin dikatakan.
Sementara halusinasi dan delirium pula boleh terjadi kepada pesakit yang mengalami penyakit kronik. Gejala ini biasanya berlaku pada orang tua kerana tubuh mereka berusaha melawan jangkitan. Ia juga berlaku disebabkan tindak balas antibodi yang menyerang sistem saraf dan melumpuhkan kemampuan otak untuk berfikir.
Beberapa pesakit Covid-19 juga ada yang mengalami peningkatan degupan jantung walaupun tidak melakukan aktiviti fizikal. Gejala ini biasanya seiring dengan peningkatan suhu badan. Ia berlaku disebabkan tindak balas sistem kekebalan badan yang menyerang saraf otonom yang bertindak mengatur degupan jantung dan suhu badan.
Kulit adalah organ terbesar dan memiliki jumlah pembuluh darah terbanyak. Ketika virus menjangkiti tubuh, aliran darah juga terganggu. Secara automatik, kulit juga mengalami gangguan seperti kegatalan atau ruam.
Hilang suara juga boleh terjadi ketika virus mula memasuki tubuh manusia. Ini kerana, virus tersebut juga boleh menjangkiti saluran peernafasan dan menyebabkan suara serak, sukar bercakap, sesak nafas dan sukar menelan makanan dan minuman.
Baru-baru ini pelakon wanita, Diana Danielle enggan ambil pusing komen netizen mengenai bentuk badannya yang nampak berisi berikutan pertambahan berat badan.
Menerusi portal Kosmo! pemilik nama penuh Diana Danielle Danny Beeson memahami pandangan dan komen netizen yang hanya melihatnya dari luaran.
Kata Diana, “Itulah bayaran yang perlu diterima menjadi individu dikenali. Orang hanya nampak perubahan badan kita sahaja dan mungkin mereka tiada niat pun nak ‘body shaming’.
“Itu hanya pendapat apabila melihat bentuk fizikal kita yang berubah. Kalau semua benda nak sentap susahlah.”
Pelakon filem Imaginur itu bagaimanapun tidak menolak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya komen yang ditinggalkan agak melampau.
Namun, sekiranya komen hanya sekadar ingin bertanya dan bergurau, dia akan membalas secara sinikal.
“Selagi mereka tak guna ayat yang pedas, tak menjatuhkan kita, saya okey tetapi jika sebaliknya, boleh saman!
“Itu boleh ambil tindakan tapi yang komen orang suka cuit-cuit, kalau balas dengan kata-kata memerli pun sudah cukup,” ujarnya.
Kalau ikutkan, selepas tular kisah kisah rumah tangganya, bentuk badan Diana mula menjadi tumpuan ramai kerana nampak lebih berisi.
Perkara itu membuatkan ramai mendakwa isteri kepada pelakon Farid Kamil itu sedang berbadan dua selepas kembali rujuk dengan suaminya sekitar Ogos lalu.
Kata Diana, berat badannya bertambah sebanyak 10 kilogram (kg) apabila selera makan meningkat sejak beberapa bulan lalu.
Diana juga pernah berkongsi tentang Farid yang turut melalui fasa pertambahan berat badan sehingga mencecah 90kg.
Untuk rekod, Diana dan Farid mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Aurora, 8, tahun.
Minggu lalu sepasukan bomba telah berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun yang tersekat kemaluan pada zip seluar selepas keluar dari tandas.
Dengan menggunakan peralatan khas usaha menyelamat ini berjaya dilakukan tanpa sebarang perkara buruk terjadi pada kejadian yang berlaku di Semporna Sabah.
Mengulas perkara ini, seorang Pakar Perubatan Kecemasan Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr Ahmad Zakimi Abdullah memberitahu panduan menyelamatkan mangsa yang mengalami situasi begini.
“Doktor! Doktor! Tolong murid saya doktor!” Jeritan seorang guru bergegas masuk ke Jabatan Kecemasan.
“Nape ni cikgu?” Tanyaku. “Tersepit ni! Tersepit!” Cikgu tersebut kelihatan panik.
“Apa yang tersepit ni cikgu? Bertenang… bertenang,” ujarku sambil menenangkan cikgu.
“Bebird… bebird anak murid saya ni tersepit kat zip seluar, doktor.”
“Ohhh. Takpe cikgu. Nanti saya usahakan. Mana mak ayah dia?”
“Ayah dia on the way ke sini, doktor”
Kelihatan murid darjah 1 yang dibawa menangis teresak-esak. Sakit sangat barangkali. Kami tau macamana sakitnya tu. Perempuan apa tau. Ngilu tau.
Begitulah. Banyak juga kes-kes kemaluan khususnya kanak-kanak lelaki tersepit atau tersangkut zip seluar. Biasa kanak-kanak pra-sekolah sehingga darjah 3 ada saja. Dalam tempoh ini mereka belum berkhatan.
Senang tersepit adalah bahagian kulit hujung zakar atau kita panggil ‘preputial skin’. Risiko tersepit pada yang belum khatan berbanding yang sudah berkhatan.
Aku terangkan langkah-langkah yang boleh dilakukan jika zakar anak-anak tersepit zip seluar; 1. Ibubapa atau guru jangan panik. Tenangkan mangsa. 2. Jangan gunting atau tanggalkan seluar. Minta pertolongan atau bawa ke klinik atau hospital yang berdekatan jika tak pasti atau tak mampu lepaskan zakar yang tersepit. 3. Jika mahu cuba, kalian boleh terus baca kaedah atau teknik dibawah. Ada beberapa kaedah atau teknik untuk lepaskan zakar tersepit zip jika kalian yakin untuk lakukan. Kalian boleh rujuk gambar kedua untuk tahu anatomi zip.
KAEDAH LEPASKAN SECARA MANUAL 1. Sapukan minyak zaitun atau mineral dengan kadar yang banyak dibahagian kulit zakar dan zip. Biarkan selama 10 minit. 2. Cuba buka zip perlahan-lahan. 3. Jangan cuba membuka zip seluar dengan cara memaksa yang boleh mengakibatkan avulsi atau luka pada kulit. 4. Jika tak berjaya mencuba sila bawa ke Jabatan kecemasan dengan kadar segera.
KAEDAH PEMOTONGAN ‘MEDIAN BAR’ Jika kulit tersepit di antara ‘slider’ dan gigi zip (rujuk gambar ketiga) 1. Potong ‘median bar’ zip dengan pemotong wayar jenis heavy-duty. 2. Plat depan dan belakang zip akan terpisah dan kulit yang terperangkap juga akan terlepas. Jika kulit zakar tersepit di antara dua gigi zip (rujuk gambar keempat). 1. Potong ‘median bar’ pada ‘slider’ zip. 2. Tarik dua-dua baris gigi secara manual untuk melepaskan kulit yang terperangkap.
KAEDAH MEMOTONG KAIN SEKELILING GIGI ZIP (rujuk gambar kelima) Kaedah ini boleh dilakukan jika kulit terperangkap di antara dua gigi zip dan jika tiada pemotong wayar. 1. Gunting kain bahagian memegang zip pada seluar (garis putus-putus panjang sepertidalam gambar). 2. Potong kain di antara gigi yang memerangkap kulit dengan menggunakan gunting kecil (garisan putus-putus kecil seperti dalam gambar). 3. Pisahkan gigi dan bebaskan kulit yang terperangkap. Di hospital, biasanya kami guna ubat bius (kebas) jenis sapuan dan ada juga bius secara suntikan sebelum prosedur dilakukan.
Jika bahagian kulit zakar tercedera barulah kami akan pertimbangkan untuk khatankan. Secara dasarnya lebih baik kita pakaikan seluar dalam untuk anak-anak bagi mengelakkan ‘bebird’ tersepit.
Burung adik tersepit, insyaAllah Dr Zek bebaskan ya. Dr Zek