Seperti juga vaksin jenis Sinovac atau Pfizer, AstraZeneca juga rupanya turut mempunyai kesan sampingan lain kepada penerimanya.
Agensi Ubat-ubatan Eropah (EMA) menyenaraikan gangguan neurologi Sindrom Guillain-Barre (GBS) sebagai antara kesan sampingan vaksin COVID-19 AstraZeneca.
Gangguan menyebabkan kelumpuhan sementara itu dikesan jarang berlaku kepada penerima vaksin berkenaan, namun EMA menyatakan bahawa wujud kaitan kemungkinan yang munasabah berlakunya kesan sampingan itu.
Laporan yang kemas kini semalam mencatatkan bahawa sehingga 31 Julai sejumlah 833 kes GBS dilaporkan di seluruh dunia daripada 592 juta dos vaksin AstraZeneca ‘Vaxzevria’ yang dikeluarkan.
“Oleh itu, GBS harus ditambahkan pada maklumat produk sebagai kesan sampingan penggunaan Vaxzevria.
Ads
“Sekali lagi ditekankan, GBS adalah kesan sampingan yang ‘sangat jarang’, berlaku pada nisbah kurang satu dalam kalangan 10,000 orang,” kata agensi yang berpusat di Amsterdam itu.
Kesan samping itu membabitkan keradangan saraf yang boleh menyebabkan kelumpuhan sementara dan kesukaran bernafas.
Di Amerika Syarikat (AS), sindrom yang sangat jarang berlaku itu dianggarkan dialami sekitar 3,000 hingga 6,000 orang setiap tahun dan kebanyakannya terus pulih.
EMA mengesyorkan supaya amaran ditambahkan pada maklumat mengenai vaksin, yang meminta orang ramai ramai mendapatkan rawatan perubatan jika mereka mengalami kelemahan dan kelumpuhan ketara pada bahagian dada dan wajah.
Ads
Pengawal selia ubat Eropah pada Julai lalu menyenaraikan GBS sebagai kesan sampingan ‘sangat jarang’ berlaku ekoran suntikan vaksin Johnson & Johnson (J&J), yang menggunakan teknologi adenovirus sama seperti vaksin AstraZeneca.
Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan AS juga memberi amaran Julai lalu mengenai ‘peningkatan risiko’ sindrom neurologi dengan pengambilan dos J&J.
Namun, kedua-dua agensi berkenaan menegaskan manfaat pengambilan vaksin itu melebihi risiko penggunaannya. – AFP
Siapa sangka, Ella Aminuddin yang terkenal dengan keletah manja dan bersahaja kini sudah meniti usia 57 tahun, namun dia kekal ampuh dalam liga sendiri tanpa tergugat oleh sesiapa.
Selain memiliki wajah tidak dimamah usia, pemilik nama sebenar Nor Zila Aminuddin itu memiliki aura dan masih mempunyai stamina yang kuat selain sangat aktif serta lincah setiap kali beraksi di atas pentas.
Ella Aminuddin Amalkan Senaman Ringkas
Ditanya rahsia kekal awet muda dan bertenaga, Ratu Rock Malaysia berkongsi, dia hanya mengamalkan rutin normal sama seperti orang lain. Bahkan tanpa ada sebarang petua ataupun amalan yang khusus.
“Saya cuma amalkan rutin senaman ringkas dan jaga pemakanan, tetapi paling penting ialah kena sentiasa positif dan gembira.
“Pemakanan amat penting dan perlu teratur kerana mampu mengekalkan kesihatan yang baik untuk tubuh kita,” katanya.
Suka Sayur Hijau Dan Buah
Biarpun begitu, sama juga seperti orang lain, isteri kepada juruterbang, Azhar Ghazali itu mengakui adakalanya dia melanggar ‘pantang’ gaya hidup sihat apabila sesekali ‘cheat day’ (hari ponteng).
“Seperti manusia biasa, saya juga ada cheat day iaitu hari menikmati makanan bergoreng.
“Tetapi pada hari lain saya mengambil makanan yang sihat seperti sayur-sayuran hijau dan juga buah-buahan,” katanya lagi.
Begitulah amalan pemakanan dan gaya hidup Ella apabila usianya semakin meningkat. Namun tetap dilihat jelita dengan auranya tersendiri. Jom lah, amalkan tip macam Ella, barulah awet muda!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pernah atau tidak anda mengalami situasi di mana rasa mengantuk walaupun sudah mempunyai waktu tidur mencukupi.
Bagaimana situasi ini boleh berlaku dan apakah bahaya pada diri kita jika hanya membiarkannya begitu sahaja.
Perkongsian Dr Zubaidi Ahmad menjelaskan situasi ini dan bagaimana cara menyelesaikanya.
KENAPA SELALU MENGANTUK WALAUPUN CUKUP TIDUR?
Rasa mengantuk akan hadir apabila tubuh badan dalam keadaan letih dan memerlukan istirehat. Biasanya pada waktu malam, memang lumrah alam dijadikan siang untuk kerja dan malam pula untuk tidur.
Persoalannya rasa mengantuk hadir pada waktu siang walaupun cukup tidur pada malam harinya. Simptom mengantuk yang teramat sangat ketika didalam kuliah atau tempat kerja membuatkan kita hilang tumpuan. Sebenarnya ini tanda badan kita berada dalam masalah.
PUNCA-PUNCA
Terdapat pelbagai punca kenapa anda boleh kerap berasa mengantuk.
Kekurangan tidur boleh disebabkan oleh banyak perkara. Kebanyakan orang dewasa memerlukan tujuh hingga sembilan jam setiap malam.
2. Tabiat tidur yang buruk
Juga dikenali sebagai “sleep hygiene”. “Sleep hygiene” yang tidak baik merujuk kepada tabiat yang menjejaskan kualiti tidur anda. Apakah tabiat tidur yang tidak elok?
a) Jadual tidur yang tidak teratur. Anda seharusnya tidur pada waktu yang sama setiap malam dan bangun pada waktu yang sama setiap pagi (termasuk hujung minggu) bagi meningkatkan kualiti tidur anda.
b) Mengambil kopi atau minuman berkafein lain pada waktu malam atau petang. Kafein berlegar di dalam sistem anda selama 8 jam atau lebih, mengganggu keupayaan anda untuk tidur.
c) Pengambilan alkohol. Pengambilan alkohol memberi kesan buruk kepada kitaran tidur anda.
d) Menggunakan peranti yang memancarkan cahaya biru, seperti komputer dan telefon bimbit, terutamanya beberapa jam sebelum tidur.
e) Tidur berlebihan pada waktu petang Tidur tidak lebih dari 30 minit adalah yang terbaik jika anda tidak mahu memberi kesan terhadap tidur malam anda.
f) Bersenam pada lewat petang atau sebelum tidur. Ini akan menyukarkan anda untuk tidur dengan baik pada waktu malam.Latihan yang meningkatkan denyutan jantung dan menyebabkan adrenalin melonjak, boleh memberi kesan kepada kualiti tidur anda.
Senaman perlu dilakukan pada waktu pagi atau petang supaya dapat membantu anda untuk tidur dengan lena dan bukan sebaliknya. Kurang bersenam boleh menyebabkan anda tidak cergas dan mengantuk pada siang hari.
g) Membaca di atas katil. Sebenarnya, melakukan aktiviti lain di tempat tidur seperti membaca boleh menjejaskan tidur anda.
h) Makan sebelum tidur. Anda harus berhenti makan sekurang-kurangnya dua jam sebelum tidur. Ini juga dapat mengelakkan masalah pedih ulu hati.
3. Sindrom Prahaid/Premenstrual Syndrome
Wanita sering mengalami insomnia sama ada semasa atau sebelum sebelum haid. Melatoniniaitu hormon yang dihasilkan oleh kelenjar pineal dan berperanan mengawal tidur, menurun semasa haid. Ini boleh menyebabkan insomnia.
• Mengantuk pada siang hari yang kronik mungkin adalah gejala idiopatik (penyebab yang tidak dapat dikenal pasti) hypersomnia (mengantuk yang berlebihan).
• Hipersomnia Idiopatik mengakibatkan perlunya tidur untuk jangka masa yang panjang, selalunya lebih dari sepuluh jam. Walaupun telah tidur untuk jangka masa yang panjang, ramai orang dengan hipersomnia idiopatik kekal mengantuk.
• Mengantuk yang berlebihan disebabkan oleh gangguan sistem saraf. Walaupun penyebab sebenar masih belum dikenalpasti. Disebabkan masalah ini tidak difahami sepenuhnya, tiada ubat untuk hypersomnia idiopatik.
• Ramai yang terkeliru antara hipersomnia idiopatik dan trypanosomiasis Afrika (juga dikenali sebagai “sakit tidur”). Trypanosomiasis Afrika mennyebabkan seseorang itu tidur secara berterusan.
5. Masalah insomnia
Terdapat pelbagai jenis insomnia. Jika anda letih tetapi anda tidak boleh tidur, ini dipanggil “onset insomnia”. Penyebab utama insomnia adalah:
• Masalah perubatan, seperti sakit kronik atau refluks
• Masalah psikiatri, seperti kebimbangan dan kemurungan
• Kerja shift yang memerlukan waktu bekerja yang tidak teratur
• Tabiat gaya hidup seperti yang dinyatakan di atas
• Tidur selepas makan atau makan kurang 30 minit sebelum waktu tidur
• Merokok, minum arak atau mengambil kafein
• Tekanan/stress
Insomnia jenis akan sembuh dengan sendirinya dan tidak memerlukan penilaian perubatan. Jika anda menghadapi masalah tidur sekurang-kurangnya tiga malam seminggu untuk sekurang-kurangnya tiga bulan, anda menghidap insomnia jenis kronik. Mengatasi masalah insomnia memerlukan perubahan gaya hidup atau pengambilan ubat. Insomnia jenis kronik memerlukan rawatan dan intervensi.
6.Fibromyalgia
Fibromyalgia adalah masalah kesihatan dengan gejala seperti rasa sakit, keletihan, masalah tidur, dan tekanan emosi. Jika anda menghidap penyakit fibromyalgia, anda mungkin mengalami masalah seperti kesukaran untuk tidur, masalah tidur, atau bangun terlalu awal.
7.Hypothyroidism
Tiroid adalah kelenjar yang terletak di belakang trakea. Tiroid menghasilkan hormon yang mengawal suhu badan dan metabolisme anda. Masalah hipotiroid mungkin disebabkan oleh rawatan hipertiroidisme. Masalah hipotiroid juga mungkin disebabkan oleh kekurangan iodin, atau mungkin akibat gangguan autoimun. “Hypothyroidism” lebih kerap berlaku dalam kalangan wanita.
Selain rasa lelah dan mengantuk sepanjang masa, anda juga mungkin berasa sejuk walaupun orang di sekitar anda berasa panas. Anda mungkin akan menghadapi kesukaran untuk menumpukan perhatian.
Sembelit adalah satu lagi gejala hipotiroidisme selain pertmbahan berat badan yang tidak disengajakan. Setelah diberi diagnosis, hipotiroidisme akan dirawat dengan ubat-ubatan.
8. Anemia
Anemia adalah keadaan apabila anda mempunyai paras hemoglobin yang rendah. Hemoglobin adalah protein dalam sel darah merah. Hemoglobin membawa oksigen dari paru-paru ke seluruh tubuh.
Dalam kes anemia, tisu anda tidak mendapat oksigen yang mencukupi, sama ada kerana bilangan sel darah merah anda rendah (terlalu sedikit sel darah merah) atau kerana beberapa keadaan yang mengurangkan paras hemoglobin anda.
Dalam hal ini, jantung anda perlu bekerja keras untuk mendapatkan oksigen yang cukup bagi tisu anda. Apabila jantung anda terpaksa bekerja lebih keras, anda akan menjadi lebih mudah letih, tanpa mengira sama ada anda mendapat tidur yang berkualiti atau tidak.
APAKAH PETUA UNTUK MENGELAKKANNYA?
• Patuhi jadual tidur yang tepat dan sama untuk setiap hari supaya anda tidak akan kekurangan tidur
• Dapakan vitamin D dari matahari setiap pagi bagi menyegarkan minda anda dan mengurangkan rasa mengantuk
• Basuh muka anda dengan air sejuk setiap kali anda mengantuk
• Makan sarapan pagi yang berkhasiat
• Bersenam setiap hari
BILAKAH ANDA HARUS BERJUMPA DOKTOR?
Anda harus berjumpa doktor bila rasa mengantuk yang dihadapi menganggu rutin harian anda atau rasa mengantuk menjejaskan perhatian anda sewaktu bekerja atau memandu. Rawatan untuk masalah ini bergantung kepada puncanya.
Anda boleh berbincang dengan doktor untuk mengetahui punca anda kerap mengantuk dan rawatan yang diperlukan.
Hanya berbaki 3 hari sahaja lagi sebelum habis kuarantin, namun pengacara popular Maria Tunku Sabri terpaksa dikejarkan ke Pusat ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Bersepadu (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps), Serdang.
Ini adalah selepas gagal bacaan darah tinggi rendah, degupan jantung laju dan demam gara-gara dijangkiti Covid-19.
Dalam satu hantaran di laman sosial Instaramnya Maria turut berkongsi perjalanannya dibawa menaiki ambulans ke PKRC untuk rawatan walaupun tempoh kuarantinnya cuma berbaki tiga hari untuk tamat.
“Pengakhirannya saya ke Maeps. Lagi tiga hari sahaja kuarantin, saya diarah ke Klinik Kesihatan Hulu Klang. Saya gagal bacaan darah tinggi rendah, jantung laju dan masih demam.
“Allahuakbar, subhanallah, aku reda Ya Allah. Aku terima sakit penghapus dosa, insya-Allah.
Dia juga dilihat turut mengalirkan air mata dan menangis kerana berasa gementar untuk di bawa ke Maeps bagi menjalani rawatan kuarantin di sana.
Turut mengingatkan rakyat Malaysia agar tidak ambil mudah dengan Covid-19, lebih-lebih lagi jika yang tiada bergejala.
Pengacara Jalan-Jalan Cari Makan ini turut memohon orang ramai mendoakan kesejahteraan dirinya sepanjang menjalani kuarantin nanti.
To all families and friends I would like to apologise and forgive me maafkan segala dosa dosa saya selama ini seikhlas ikhlasnya
Saya mohon keluarga dan sahabat sedekahkan saya surah Al-Fatihah semoga dengan khasiat surah dapat menyembuhkan saya dengan izin Allah SWT, Ameen3 Saya sayang anda semua
Dalam pada itu,melalui ruangan komen ramai rakan artis turut bersimpati dengan nasib yang menimpa pengacara itu dan mendoakan agar Maria bersama suaminya sembuh seperti sediakala.
elisyasandhaofficial Get well soon please
errafazira Syafakillah kak.. Moga diberi kesembuhan dan dpermudahkan segala urusan..
nurulsyuhadanurulain Semoga Kak Maria cempat sembuh dan semuanya dipermudahkan buat kak Maria. InsyaAllah Aminn
markadam1079 Semoga di permudahkan, semoga cepat sembuh kak
jojieaminuddin Get well soon darling. Dan dipermudahkan segala urusan mu. Insyaallah
shieraijoy Baik… Kami sentiasa doakan ya.. Semoga cepat sembuh hendaknya