Setiap kali melihat aktiviti sihat dilakukan di laman sosial, dapat mengagak selebriti ini pasti sangat menjaga kesihatan diri.
Rajin melakukan aktiviti larian bersama teman-teman, pemilik nama Vanidah Imran ini sememangnya kelihata cukup fit dan bertenaga biarpun usia hampir mencecah 50 tahun.
Ketika ditanya rahsia bagaimana menjaga kecantikan dan kesihatan diri, Vanidah atau mesra dipanggil Vee tidak lokek memberi beberapa tip menarik.
Menurutnya dia sangat mengutamakan pengambilan makanan dan minuman dalam menjaga menjaga kesihatan.
“Memang menjadi amalan saya seiak dulu lagi akan minum air selepas bangun tidur. Selain itu saya juga Memang rajin lakkan exercise untuk peredaran darah jadi lebih lancar selain mengekalkan kekuatan otot.
“Setiap minggu jika ada masa terluang memang Vee akan ambil peluang buat aktiviti larian ini berama teman-teman,” ujarnya yang juga sangat menjaga pemakanan bagi mengelak masalah kencing manis, kolesterol dan juga jantung.
“Selain lain bagi mengekalkan kesihatan, saya juga akan ambil suplemen yang diperlukan sesuai untuk tubuh badan masing-masing.
“Manakala untuk perawatan wajah pula, selain rutin harian cuci muka, saya juga buat senaman dan urutan di wajah. Buat perlahan-lahan dan jadikan rutin harian.
“Dan jangan lupa sesekali penggunaan moisturizer dan sunblock walaupun hanya berada di rumah. Amalkan selalu dan kesannya akan menjadikan wajah lebih halus dan bebas cela,” tambahnya yang baru sahaja berjaya menggengam ijazah Sarjana Seni Persembahan sempena konvokesyen ke 61 di Universiti Malaya.
Pelakon Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia (FFM) ke-20 ini terlebih dahulu bergelar graduan ijazah sarjana muda Pengajian Bahasa Inggeris pada tahun 2015 di Universiti Terbuka Malaysia (OUM).
Motivasi Dari Ayah Untuk Berjaya
Kata bintang filem Red Kebaya itu, perjalanan empat tahun bagi melengkapkan tempoh pengajian itu bukan sesuatu yang mudah.
Ads
Apatah lagi perlu mengimbangi tanggungjawab sebagai ibu, pensyarah di Kolej Seni Kreatif, Universiti Teknologi MARA (UiTM), tuntutan seni dan belajar pada masa sama.
Vanidah juga beruntung kerana faktor motivasi lain diterimanya datang daripada ayah tercinta.
Bapanya selama ini sebenarnya seakan tidak gemar melihat diri beliau memilih jalan sebagai anak seni. Bagi bapanya, kerjaya seni dilihat tidak mampu menjamin masa depan dan berharap suatu hari nanti Vanidah akan membuat keputusan atau benda lain.
“Bapa tak pernah jemu dan berhenti meminta saya sambung belajar. Kata-katanya seperti sampai bila nak kerja berlakon balik lewat pagi terus berbekas. Saya bersyukur Tuhan gerakkan hati untuk saya jadi realistik sekali gus sambung belajar.
“Orang selalu kata buat sesuatu harus ambil kira nasihat ibu bapa. Ternyata apa yang bapa saya tekankan selama ini ada keberkatannya. Saya tak pernah menyangkaakan dapat tawaran masuk dunia akademik termasuk bergelar pensyarah.
Ads
“Itu semua antara hikmah yang dihamparkan apabila saya mula membuat keputusan besar dalam hidup untuk mengutamakan sisi akademik selain mengimbangi kehidupan hakiki.
“Paling penting bapa yang tidak menentu tahap kesihatannya masih berpeluang menyaksikan kejayaan ini,” katanya yang akan meneruskan pula pengajian di peringkat PHD.
Terselit petua cantik Sasha Saidin, walaupun sudah hampir 50-an tetapi tetapi nampak muda dan seolah-olah tidak dimakan usia.
Bekas penyanyi dan pelakon ini yang juga merupakan kakak kepada Zain Saidin tidak kedekut untuk berkongsi kepada peminatnya tentang rutin harian yang diamalkan sepanjang bergelar ibu kepada Adam Aryasenna Notosoemarsono.
Mempunyai raut wajah kacukan, ini menjadi satu bonus buat Sasha yang dilihat agak pandai jaga badan dan penampilannya.
Sasha yang kini menetap di Dubai menzahirkan rasa syukur apabila dikurniakan kesihatan yang baik dan rupa paras jelita.
Kecantikan Warisi Genetik Ibu
Kongsinya, “Rutin tak banyak mana cuma kami beruntung bila ada yang kata saya dan Zain nampak muda dari usia. Kalau tengok Arya dan Aaisyah (anak Zain dan Che Ta), gen mak keturunan Inggeris memang kuat.
“Dari anak-anak sampai ke cucu warisi gen mak. Alhamdulillah, mak pun nampak muda dari usia, fizikal dan mental.
“Bahkan masa saya remaja umur 13 ke 14 tahun dulu muka saya nampak lebih macam budak-budak lagi. Sebabkan wajah keanak-anakan, saya tak popular dalam kalangan budak lelaki yang ingat saya masih kanak-kanak. Tapi sekarang ia satu kelebihan buat saya,” dedahnya sambil ketawa.
Petua Awet Muda Sasha Saidin
Ketika disoal adakah terdapat sebarang amalan-amalan atau petua kecantikan yang diamalkan hingga kini, ini respon yang diberikan oleh Sasha.
“Dari dulu saya pastikan muka bersih dan cuci mekap. Penat macam mana pun saya akan cuci muka dan tak masuk tidur tanpa buang mekap. Saya juga guna skrub di T-Zone dan bahagian hidung. Pakai pelembap, dan letak minyak kelapa dara untuk kesihatan rambut.
“At my age, rambut still sihat. Dari dulu sampai sekarang, saya letak minyak tersebut yang ada bau bunga jasmin sekurang-kurangnya once every two weeks.
“Sekarang pun saya dah mula pergi gym dulu tak pernah pergi. Pergi sebab suami aktif ke gim. Kalau tak sempat, saya pergi walk at least 5 km or more. To get the heart going and stamina.
“Sejak usia cecah 40 tahun ke atas, jujur berat badan sebenarnya dah naik. Masa remaja dulu saya bertuah sebab high metabolism walau kuat makan tapi tak naik berat. Dalam kalangan Elite pun saya yang paling kuat makan. Bila dah 40, susah nak turun berat badan.
“Sekarang semua kena sederhana. Makan kena cut down. Kalau dah berumur nak kurus macam dulu tak boleh dah. Jadi, saya akan enjoy pergi gim sambil tengok Netflix ke. Tapi tak terlalu ekstrem dan kira kalori makanan. Yang penting, moderation dan terus amal gaya hidup aktif serta sihat,” jelasnya lagi.
Untuk rekod, Sasha melangsungkan perkahwinan kali ketiga bersama duda anak dua, Sirhan Wahab pada Januari 2020 dan pasangan ini menetap di Dubai.
Empat tahun berada di Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sasha yang juga suri rumah tangga tetap aktif dan bekerja secara sambilan di sana sebagai pengacara majlis, modelling dan memenuhi tawaran nyanyian.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika anda berniat nak buang sel kulit mati dan daki pada wajah serta tubuh badan, tips ini sangat membantu. Tidak memerlukan bahan yang mahal tetapi kesannya sangat berkesan.
Namun ambil tahu dahulu tentang sel kulit mati ini. Kulit terdiri daripada banyak lapisan. Sel-sel kulit biasanya tumbuh semula sekitar 25-30 hari. Apabila kulit rasa berminyak dan tebal dengan mekap, anda mesti membersihkannya.
Tetapi macam mana cara yang betul nak bersihkan kulit wajah? Ada banyak cara buang kulit mati di wajah. Sesetengah sabun dan krim akan menawarkan pengelupasan, namun cara ini tidak digalakkan kerana ini boleh mengeringkan kulit anda dari semasa ke semasa.
Haaa.. kali ini ada beberapa cara untuk membersihkan sel kulit mati tanpa menggunakan produk kecantikan, jom semak.
Buang Sel Kulit Mati Dan Daki, Gosok Je Masker Tiga Bahan Ini
Bahan bahannya, agak agak sahaja:
Kunyit (Sebaik baiknya kunyit hidup)
Beras
Asam jawa (Ini pes asam jawa Adabi)
Cara-cara nak guna lagi mudah.
Kisar beras dan kunyit sampai hancur, agak agak tak halus dan tak kasar sangat.
Bila nak guna, tambahkan sedikit pes asam jawa dan sedikit air.
Gaul rata, kemudian sapu dan gosok pada keseluruhan wajah.
Bilas dengan air bersih.
Senang kan?
Cuba lah amal selalu, cara ini boleh buang daki dan sel kulit mati.
Lagi pun kunyit dan asam jawa memang banyak khasiatnya untuk kulit.
Lihat hasilnya selepas beberapa ketika di amalkan. Mesti anda rasa kagum dengan perubahan wajah nanti.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Doakan yang baik-baik, pelakon veteran era 1980-an, Datin Maria Arshad berada dalam keadaan separuh sedar selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di salah sebuah hospital swasta setelah mengalami kekejangan badan.
Datin Maria Arshad Dalam Keadaan Separuh Sedar
Menurut pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah atau Shiera dalam kenyataan menerusi portal Kosmo!, doktor masih belum mengetahui punca sebenar masalah Kesihatan yang dialami ibu mentuanya.
“Mama (ibu mentua) masih dalam keadaan separuh sedar. Dia boleh melihat orang, cuma tidak memberikan sebarang respon (tindak balas).
“Sekarang doktor masih pantau keadaan mama dan nak naikkan bacaan garam dalam badan. Doktor sudah pun buat ujian imbasan pada otak dan tidak ada apa-apa masalah.
“Esok pagi baru doktor akan lakukan ujian Pengimejan Resonans Magnetik (MRI),” kata Shiera.
Bebas Daripada Masalah Penyakit Kanser
Ujar isteri kepada pelakon Ijoy Azhari itu lagi, doktor juga telah melakukan ujian imbasan untuk mengesan sebarang sel kanser dan mendapati ibu mentuanya bebas daripada sebarang masalah berkaitan penyakit tersebut.
“Doktor juga ada lakukan ujian imbasan untuk mengesan sebarang sel kanser, tapi semuanya baik-baik sahaja. Keputusan lain seperti gula, jantung dan lain-lain juga baik,” katanya.
Kata Shiera, buat masa sekarang dia tidak dapat memberikan maklumat terperinci kerana doktor sendiri belum mengetahui punca atau masalah yang dihidapi ibu mentuanya.
“Saya nak cakap lebih-lebih pun, saya tidak tahu masalah yang dihadapi. Apa-apa pun kita tunggu Keputusan ujian MRI yang akan dilakukan nanti,” jelasnya.
Sakit Bahagian Belakang
Jelas Shiera, ibu mentuanya mula mengadu mengalami sakit urat pada bahagian belakang badan sejak Selasa lalu dan telah dibawa ke hospital oleh anaknya, Ijoy untuk pemeriksaan. Pemeriksaan yang dilakukan mendapati wanita itu tidak mengalami sebarang masalah penyakit serius.
Sakit belakang yang dialami Maria atau nama sebenarnya Kamariah Arshad kemudiannya melarat ke tangan sehingga anggota tersebut menjadi lemah dan sukar diangkat.
“Adik ipar kemudiannya bawa mama sekali lagi ke hospital. Keputusan ujian darah yang dilakukan mendapati semuanya baik-baik sahaja. Mama tiada darah tinggi, kencing manis, jantung dan buah pinggang semuanya baik.
“Jadi doktor hanya beri mama ubat tahan sakit dan juga koyok,” jelasnya.
Difahamkan, keadaan pelakon itu makin teruk sejak malam semalam, selepas mengalami muntah-muntah dan kejang otot akibat menahan sakit.
“Mama beritahu dia sangat sakit. Tidak tahu apa yang hendak dibuat, kami buat bacaan Yasin untuknya. Tidak lama selepas itu, dia alami kekejangan dan saya terus minta anak hubungi ambulans,” jelas.
Menerusi hantaran terkini dalam Instagram miliknya, Shiera meminta orang ramai untuk mendoakan agar ibu mentuanya berada dalam keadaan baik dan sembuh seperti sedia kala.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!