Pernah mengalami masalah kenaikan berat badan selepas melahirkan anak, namun bagi pelakon dan juga usahawan Tya Arifin. Tidak pernah mengalah untuk tampil cantik.
Baginya penampilan yakin dan menyenangkan memberi aura positif setiap kali bekerja memandangkan dirinya juga seorang usahawan.
Mempunyai cara tersendiri dalam menjaga kecantikan diri, Tya Ariffin tidak lokek berkongsi amalannya.
“Tiada rahsia tertentu menjaga kecantikan. Cuma saya banyak minum air kosong dan setiap pagi amalkan minum jus Mutyara. Saya juga akan sentiasa bersihkan wajah yang mekap bila sudah pulang ke rumah.
“Seawal pagi rutin haria saya akan bangun sekitar jam 5 pagi dan waktu itu saya akan terus bersemangat memulakan kerja.
“Kemudian saya akan ambil sarapan pagi sihat seperti bijiran dan sayur dan tidak dilupakan suplemen Mutyara sebagai penambah tenaga untuk kekal cergas sepanjang hari,” ujarnya yang sentiasa murah dengan senyuman ini.
Menurutnya memang dia akan masuk tidur lewat sekitar jam 12 malam tetapi akan bangun awal pagi untuk memulakan rutin harian.
“Walaupun masuk tidur agak letat, tetapi alhamdulillah masih diberi tenaga berpanjangan untuk kekal cergas keesokan harinya.
“Saya masih ingat lagi ketika masih kecil lagi sudah diajar oleh ibu saya agar mengamalkan minuman herba yang dibuat olehnya. Minuman herba ini diperbuat daripada campuran halia, kunyit dan beberapa bahan lain dan rasanya memang pahit. Tetapi mempunyai banyak khasiat dalam mengekalkan kesihatan tubuh.
“Jadi apabila suda ada produk sendiri ini,Tya jadikan ia seperti herba yang dibuat ibu tya untuk diamalkan setiap hari sehingga hari ini. Kesannya memang Tya akan kekal bertenaga sepanjang hari.
“Idola dalam menjaga kecantikan pula, adalah mereka yang berumur 50 tahun ke atas tetapi masih boleh menjaga badan dan kesihatan dalam dengan sangat baik sekali.
“Saya sangat respek dengan mereka yang pandai menjaga kecantikan diri luar dan dalam dan inilah yang Tya idamkan satu hari nanti. Jadi untuk capai impian itu inilah apa yang saya lakukan dengan menjaga kesihan diri sebiak mungkin,” jelasnya lagi.
Ads
Bercerita perihal kerja pula, menantu kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, berkata dia bakal bergelar pengacara untuk satu program television.
Bukan tamak mahu melakukan semua cabang kerja, namun ibu kepada Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa ini akan mengendalikan program bual bicara dalam talian, Bersama Tya.
Malah pandemik COVID-19 yang sudah lebih setahun melanda dunia juga turut menjentik semangat Tya Arifin berkongsi hal positif dan suntikan inspirasi menerusi program berkenaan.
Bersiaran secara langsung setiap Isnin, Selasa dan Rabu jam 10 malam di ‘Instagram Live’ sejak 14 Jun lalu, Tya juga dalam masa sama membiasakan norma baharu bekerja dari rumah.
Terdahulu, isteri kepada Asyraf Khalid ini pernah berlakon, menyanyi dan menceburi perniagaan jus kesihatan, Mutyara.
“Dalam membiasakan norma baharu sekalipun berdepankekangan tertentu di era pandemik ini, kenapa tidak saya manfaatkan platform media sosial seperti Instagram hingga ke YouTube.
“Sebenarnya, dulu di negara kelahiran sendiri, Indonesia… saya pernah juga jadi penyampai radio. Cuma tak sempat berjinak jinak jadi pengacara,” katanya.
Malah dalam membiasakan norma baharu ini juga, segala serbikerja dilakukan sendiri wanita kelahiran Palembang, Indonesia ini.
“Untuk tugasan program ini, saya banyak melakukan semua kerja sendirian. Awalnya pasukan kerja saya yang menguruskan set program, tetapan gajet, bahan grafik dan sebagainya. Lagi pun saya sudah terbiasa buat ‘live’ di Instagram, jadi tidak canggung.
“Selepas itu, pendek kata semua saya uruskan sendiri. Termasuklah menata rias diri, menentukan pakaian yang mahu dipakai. Malah tetamu atau panel jemputan pun saya sendiri yang undang.
“Lagipun mudah kerana saya bersiaran di rumah. Anak pula jam 9 malam sudah masuk tidur. Jadi masa ‘live’ saya tak diganggu mereka. Pembantu rumah hanya ‘standby’ tekan butang ‘live’ di telefon bimbit saja,” katanya.
Setakat ini sudah lebih 30 episod bersiaran yang kemudiannya turut dikongsi di pelbagai platform termasuk di ‘feed’ Instagram dan dimuat naik di saluran YouTube Tya Arifin.
Tidak hanya mengundang rakan artis dan personaliti di Malaysia, Tya atau nama penuhnya, Nurtria Wulandari Arifin ini turut mengundang selebriti dari Indonesia.
Datuk Seri Siti Nurhaliza, Tengku Zawiyah, Nina Ismail Sabri, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad antara yang pernah diundangnya.
“Saya fikir ketika pandemik ini ramai yang bergelut. Malah terlalu banyak hal negatif di media sosial. Setidak tidaknya perkongsian inspirasi dan positif daripada tetamu jemputan boleh menyebarkan aura baik.
Ads
“Isu yang dikupas juga sangat dekat dengan kita. Malah ada yang bersifat semasa dan terkini. Malah saya juga tak bataskan hanya tetamu jemputan di kalangan wanita saja. Nanti tetamu lelaki pun ada. Dulu perkongsian atau motivasi saya mungkin terbatas di kalangan usahawan.
“Tapi sekarang ini, sesiapa saja yang mengikuti saya di media sosial boleh mendapat benda sama. Malah saya juga ada kumpulan telegram Tya Arifin. Menerusi saluran itu banyak juga hal dikongsi. Boleh juga ke Instagram @bersamatya,” katanya yang meminati Ellen Degeneres dan Mata Najwa.
Dalam pada itu, Tya juga berharap suatu hari nanti dapat mengundang wanita berpengaruh termasuk Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali sebagai tetamu jemputan.
“Dapat jemput Tun Dr Siti Hasmah jadi tetamu pasti saya akan rasa bangga. Begitu juga di kalangan figura wanita yang menjadi kekuatan pemimpin di Indonesia.
“Malah saya bercita cita mengundang tokoh pemimpin dan motivasi lain selepas ini,” katanya.
Di akhir bicara, Tya tak lepas ditanya mengenai kerinduannyaterhadap keluarga di kampung halaman selepas dua tahun tidak bersua.
“Bab rindu ini sebenarnya bagaisudah kering air mata. Kerinduan itu terlalu berat. Tapi apa daya kita melawan ujian pandemik ini. Nak rentas negara, bukan perkara mudah. Saya reda,” katanya yang sudah lengkap dos dua vaksin.
Tonyoh Tomato Beku Di Wajah, Petua Hilangkan Jerawat Halus & Jeragat. Kulit Pun Jadi Tegang Dan Cantik! Jerawat adalah antara masalah kulit wajah yang sering muncul tanpa kita sedari. Kalau seketul dua tiada masalah, tetapi agak rimas pula jika berbiji-biji halus muncul di kawasan sekitar pipi.
Ada pelbagai produk atau cara dilakukan untuk mengatasi masalah jerawat halus ini dan salah satunya dengan menggunakan petua tradisional.
Perkongsian Afy Al Habibi mmberitahu amalan petua tradisional untuk menutup pori menghilangkan jerawat halus dan jeragat.
Tidak susah, hanya gunakan tomato dan roller saja di muka. Tetapi pesannya jika mahu hasil yang lebih mantap, kenalah buat rutin ini setiap pagi.
Tonyoh Tomato Beku Di Wajah, Petua Hilangkan Jerawat
Cikgu mula perasan kedutan garis halus kat tepi birai mata dah timbul. Salah satu punca asyik menghadap telefon lama sangat ni. Hii faktor penuaan pun ya.
Cikgu juga ada masalah pori sedikit terbuka. Harapkan boleh tepek dengan foundation je untuk sedapkan mata.
Jerawat tanpa segan dah timbul sekarang. Sebabnya suka tukar-tukar pro duk. Asal lalu iklan kat T T cikgu cepat je bawa masuk bakul. Selagi tak be li asyiklah teringat. Ermm lepas tu pesen perangai gini tunggu sampai baranglah di rumah. Aha.
Ermm lagi satu bintik jeragat .
Walaupun tengok sekadar macam nampak tak nampak, bahaya kalau biar berterusan. Nak belek muka pun jadi mudah mood lari.
Penyelesaiannya paling cepat buat rawatan moden di pusat-pusat kecantikan di luar sana. Ermm kalau pergi selalu mesti makan mo dal banyak.
Jadi cikgu nekadlah kali ini pilih untuk kembali mengamalkan petua tradisi. Langkah pertama cikgu cari kat Sopee bekas ais muka di sini;
Senang buat jadi ‘roller’. Kalau bekukan seketul-ketul, cikgu malas nak balut dalam kain tuala.
Maka untuk menghilangkan jerawat halus dimuka cikgu kisar setengah biji tomato dengan sedikit sahaja air. Masukkan ke bekas tadi dan biar semalaman dalam peti.
Cara cikgu guna boleh baca dekat gambar okey.
Amal rutin ini setiap pagi.
Banyak manfaatnya dengan menjadikan bahan semulajadi dan ais sebagai perawatan wajah. Senang cerita, boleh mengembalikan kulit menjadi sihat dan awet muda semula.
Kuncinya kena rajin. Sekadar buat sekali dua memang payah nak berkesan. Jangan tinggal walau satu hari.
Selain tomato, banyak lagi bahan semulajadi yang mudah didapati dalam peti sendiri di dapur tu.
Nanti cikgu nak tukar kisar timun batang, lemon, campuran bunga-bunga.
Wahh tak sabarnya! Jom kita sama-sama konsisten.
Bolehlah raya tahun depan pakat nampak berseri-seri semua.
4. Okeh cara apply: Lebih bagus kalau kita buat sebaik buka mata. Lepas Solat Subuh tu. Basuh kulit wajah bersih-bersih dulu. Nampak ‘berjurus’ pula cikgu air muka begini.
5. Kemudian tonyohlah perlahan-lahan ais roller tomato ni ke seluruh wajah. Gerakan dari bawah ke atas lagi baik. Buat lama-lama sikit. Relaks je duduk atas kerusi hayati rasa sejuk dan tegang kulit muka mula terasa. Haa lepas tu biarkan sampai ia mengering sendiri.
6. Betul-betul tonyoh cikgu ni. Ouh cikgu selit juga hirisan tomato yang tidak dikisar untuk dicampur dalam roller ini.
7. Ok kemudian lepas mengering, pergilah basuh muka semula. Tak payah guna sabun @ pencuci ya. Bilas dengan air paip sahaja. Tak tipu serius rasa segar dan kulit anjal. Secara tak langsung manfaat rawatan ais tomato yang kita bekukan memang boleh buat kulit jadi tegang cantik. Jangan lupa lakukan setiap pagi.
8. Cikgu beli di sini ice roller face ni: https://shope.ee/AUJxZvLAbQ Ada 7 warna. Belilah 2-3 terus. Murah je ni. Senang nak kisar air timun, lemon, aloevera, roses ke. Boleh tukar-tukar bau. Best kan.
“Berlaku pendarahan banyak dan berpanjangan, jangan biarkan.” Usahakan detect & rawat awal kanser rahim terutamanya bagi wanita yang telah mengalami simptom atau tanda kanser rahim.
Jika berlaku sesuatu di luar dugaan seperti pendarahan yang banyak, berjumpa doktor dan buat pemeriksaan untuk mencegah kanser rahim sedari awal.
Hari ini dukacitanya saya dimaklumkan pesakit saya telah kembali ke rahmatullah pada Raya Aidiladha yang lepas.
Sama-samalah kita memfidyahkan jika ada seumpama pahala bacaan Al Fatihah kepada roh allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang-orang beriman.
Banyak Dan Berpanjangan
Doktor, makcik takut doc!
Me : Tak apa makcik… Yang penting kita detect awal dan rawat awal. Kita usaha ya!
Masih teringat lagi perbualan saya dengan allahyarham, tiga tahun lepas. Dia disahkan mengidap kanser rahim. Saya rujuk allahyarham ke hospital besar untuk rawatan lanjut.
Apakah tanda-tanda kanser rahim (endometrial cancer) doktor?
Pendarahan selepas menopause. Kanser rahim selalunya pada wanita berumur 60 tahun ke atas.
Pendarahan yang banyak atau berpanjangan pada wanita yang :
– Mengalami obesiti
– mengambil atau makan pil hormon oestrogen post menopause
– mempunyai sejarah kanser breast/ovari/usus
– memiliki sejarah PCOS with endometrial hyperplasi (prakanser)
– makan tamoxifen (rawatan untuk kanser payudara)
– tidak pernah mengandung
– datang haid awal, putus haid (menopause) lambat.
Usahakan Detect & Rawat Awal Kanser Rahim
Adalah penting untuk buat pemeriksaan dan rawatan awal. Selalunya saya akan mengambil sample dinding rahim melalui prosedur hysteroscope atau pipelle untuk pastikan kanser atau tidak selepas memeriksa pesakit dan buat scan rahim.
Jangan suka-suka letak kaki pada ‘Dashboard’, jika kemalangan boleh cacat seumur hidup. Ada macam-macam cara untuk hilangkan rasa bosan sepanjang perjalanan dalam kereta. Lagi-lagi jika memakan masa berjam-jam lamanya.
Salah satunya adalah tabiat dengan meletakkan kaki depan dashboad. Walaupun nampak santai tetapi rupanya ada bahaya menanti jika anda gemar bersikap begini.
Ini kerana sikap begini boleh mendatangkan kecacatan seumur hidup jika berlaku kemalangan.
Seperti perkongsian Public Health Malaysia yang turut memberi ingatan untuk menghentikan tabiat meletakkan kaki di dashboard.
Bahaya Letak Kaki Pada Dashoard
Allahu.. bahayanya.
Perempuan-perempuan atau segelintir lelaki yang suka letak kaki di dashboard sudah boleh hentikan tabiat meletakkan kaki di dashboard.
Ini kerana perbuatan ini merbahaya dan anda mungkin cacat seumur hidup.
Air bag merupakan komponen keselamatan yang boleh menyelamatkan nyawa anda ketika kemalangan. Kereta-kereta moden biasanya mempunyai airbag. Jika kemalangan impak dari depan, airbag dashboard akan terbuka.
Seorang ibu anak tiga meletakkan kakinya di atas dashboard semasa dalam perjalanan. Apabila kemalangan dari arah hadapan berlaku, Airbag mengembang dan terus menolak kaki mangsa ke atas dan mengepit ke muka.
Mangsa lumpuh selepas tulang pinggulnya patah dan terkeluar dari soket. Hidungnya patah disebabkan kepala lutut kakinya menyentuh hidung.
Agensi keselamatan menyarankan agar tidak meletakkan kaki di atas dashboard. Kerana anda mungkin mengalami perkara sama atau kepala lutut tersebut tembus ke lubang mata.