Selain pengambilan roti wholemeal, ramai juga memilih makan yogurt terutama yang rendah lemak dalam pengambilan harian untuk menjaga diet.
Dan selalunya kita akan membeli dalam kuantiti yang banyak sebagai simpanan di rumah. Namun ada kalanya terlupa untuk memakannya menyebabkan yogurt berkenaan sudah melepasi tarikh luput.
Adakah dibolehkan dan selamat untuk kita makan jika sudah melepasi tarikh luput ini. Dengarkan penjelasan Ahli Kimia, Dr Fatimah Salim berkenaan isu ini.
Bolehkah Yogurt yang melepasi Tarikh Luput (expired) dimakan?
Yogurt merupakan makanan separa pejal yang disediakan melalui fermentasi susu oleh bakteria yang baik (aka probiotik) seperti Lactobacillus delbrueckii subspecies bulgaricus dan Streptococcus thermophilus. Dengan kata lain, susu sengaja dibasikan.
Semasa proses fermentasi, bahan kimia lactose (iaitu komponen gula dalam susu) akan ditukarkan oleh bakteria kepada bahan kimia asid laktik. Peningkatan jumlah asid laktik akan membuatkan rasa yogurt menjadi masam dan teksturnya menjadi padat.
Sekiranya anda takut untuk memakan makanan yang telah melepasi tarikh luput, ketahuilah kecuali susu formula bayi, untuk kebanyakkan produk makanan lain, tarikh luput hanya bertujuan menentukan kualiti, bukan isu keselamatan produk berkenaan. Ini bermaksud makanan sebegini adalah SELAMAT untuk dimakan.
Begitulah juga yogurt. Ya, tarikh luput pada yogurt adalah untuk pengeluar menjamin kualitinya sehingga tarikh ini sahaja. Ini benar kerana yogurt yang sudah melepasi tarikh luput, akan berubah menjadi lebih masam dan teksturnya akan menjadi lebih berair disebabkan pertambahan jumlah bakteria yang beraktiviti. Inilah yang dinamakan kualitinya sudah berkurangan.
Ads
Apabila dimakan begitu saja, sesetengah sistem penghadaman tidak tahan lalu boleh menyebabkan cirit birit dan sakit perut. Namun jika dicampurkan dalam masakan, tiada masalah kerana bakteria ini akan mati dengan suhu memasak.
Namun, tidaklah bermakna yogurt itu boleh disimpan selama mungkin. Umumnya yogurt kosong (plain yogurt) yang BELUM dibuka boleh dimakan setelah sebulan daripada tarikh luput. Bagi produk yang telah dibuka terutamanya yang telah disenduk ke mulut, biasanya selamat setelah tempoh seminggu. Ini kerana yogurt telah terdedah dengan bakteria luar daripada air liur pada senduk dan udara yang akan mempercepatkan ianya rosak.
Untuk yogurt berbuah atau berperisa pula, biasanya lebih mudah rosak disebabkan pertumbuhan yis dan kulat.
Yogurt yang sudah rosak ini sebenarnya boleh ditentukan melalui deria melalui hidung, mata dan lidah kita. Selain daripada yogurt menjadi lebih masam dan berair, perubahan lain dari segi rupa, warna, bau dan rasa adalah indikasi ianya sudah tidak selamat dimakan.
Ads
Makanan yang telah dicemari bakteria luar, berkulat atau beryis boleh menyebabkan keracunan makanan. Antara gejala keracunan makana ini adalah cirit birit, sakit perut dan muntah-muntah. Sekiranya gejala berterusan, dapatkan rawatan dengan segera.
Tips untuk memanjangkan jangka hayat yogurt:
• Setelah dibeli, cepat-cepat simpan dalam peti sejuk. Suhu yang sejuk boleh memperlahankan aktiviti bakteria sedia ada dalam yogurt.
• Tidak perlu membuka bungkusan yogurt selagi belum dimakan atau digunakan.
• Sekiranya anda menyenduk yogurt, pastikan senduk adalah bersih termasuklah tidak terdedah dengan air liur. Ini boleh mengelakkan kontaminasi bakteria luar daripada udara dan air liur.
Ads
• Dan pastikan tutup rapat yogurt bagi mengelakkan cemaran silang dari peti sejuk dan udara disebabkan aktiviti kerap membuka peti sejuk.
• Untuk simpanan yang lebih lama, bekukan yogurt dalam peti sejuk beku. Suhu beku akan merencatkan aktiviti bakteria dalam yogurt. Cuma mungkin teksturnya sedikit berubah apabila dinyahbeku kelak.
Kesimpulannya, yogurt yang sudah melepasi tarikh luput masih lagi boleh dan selamat dimakan. Cuma pastikan rupa, warna, bau dan rasa yogurt masih berkeadaan elok.
Biasalah apabila masuk bulan puasa pelbagai keinginan dan selera memuncak untuk menikmati pelbagai sajian enak ketika berbuka.
Apatah lagi jika yang rajin pergi ke bazar Ramadan, jadi rambang mata melihat pelbagai juadah yang dijual.
Dan apabila masuk waktu berbuka, akan makan semua makanan dibeli dek kerana selera berpuasa ini hingga menyebabkan ada sesetengah akan mengalami masalah kembung perut.
Bagaimana untuk mengatasi masalah ini jika berlaku pada diri kita. Dalam satu pertanyaan di laman sosial Facebook Dr Zubaidi Hj Ahmad menjelaskan jika berlaku situasi begini.
MENGELAKKAN KEMBUNG PERUT SELEPAS BERBUKA DI BULAN RAMADHAN
Soalan:
“Salam doktor. Bagaimana hendak mengurangkan kembung perut selepas berbuka puasa di bulan Ramadan ini? Mohon pencerahan. Terima kasih”
Jawapan:
Kembung perut berpunca dari pengumpulan gas di dalam perut dan usus besar. Ia berlaku kepada hampir semua individu bergantung bagaimana dia makan dan apa yang dia makan.
Cara mengelakkan kembung perut selepas berbuka dengan cara :
1. Jangan makan secara berlebihan sehingga terlalu kenyang. Makan dalam jumlah yang kecil dan boleh diulang semula selepas solat maghrib dan terawih.
2. Kurangkan makanan yang yang banyak lemak (santan) atau pedas. Makanan yang berlemak menyebabkan perut terpaksa bekerja lebih untuk menghadamkannya. Pedas pula akan meningkatkan asid dalam perut.
3. Jangan makan dengan cepat atau terlalu gelojoh. Minum air dahulu dapat menyediakan perut untuk bekerja semula setelah berehat ketika berpuasa. Makan secara perlahan-lahan. Walaupun kita makan sedikit, rasa kenyang akan dapat dirasakan selepas 20 minit mula makan.
4. Banyakkan makan buah-buah seperti kurma, pisang dan tembikai untuk memudahkan penghadaman.
Dek kerana sayang nak buang, ramai lagi yang rela makan kentang bertunas. Memang beli pakai duit tetapi kalau ada kesan sampingan yang tak elok pada tubuh badan, eloklah kita ketepikan. Nak-nak pula kalau masak nak bagi anak makan.
Merujuk pada perkongsian Doktor Perubatan, Mazliana Mazlan pun ada menulis jelas tentang kesan daripada makan kentang yang bertunas. Nah, jemput baca ya.
Kentang Bertunas
Kentang kalau dah rupa macam ni, terus buang sebab tinggi dengan kandungan glycoalkaloid.
Kalau tak nak buang, tanam pun boleh.
Glycokoid adalah bahan kimia yang secara semulajadi ada dalam kentang.
Kentang bertunas yang dah lama ada di dapur kita, tinggi dengan kandungan glycoalkaloid, berbanding kentang baru tidak bertunas.
Glycoalkaloid, tidak mengapa jika kandungannya tak banyak bila kita makan. Tapi jika berlebihan, akan buat penyakit lain pulak yang timbul.
Terutama untuk ibu mengandung dan anak kecil. Lebih hati-hati ya, jika rumah kita ada 2 golongan ini.
Muntah. Cirit. Sakit perut.
Antara kesan sampingan jika makan kentang bertunas yang tinggi kandungan glycoalkaloid.
Jika terlampau banyak kandungan glycoalkaloid yang diambil, ada risiko lain yang lebih membahayakan.
Rendahkan tekanan darah. Tinggikan denyutan nadi. Demam. Sakit kepala.
Malah, boleh juga bawa kepada kematian.
Pernah saya tengok cerita Hindi, dia kupas biji epal banyak-banyak, dan kisar. Kemudian masukkan dalam protein shake orang yang nak diracun.
Sebab dalam biji epal ada kandungan cyanide, yang kalau makan sebiji je tak jadi apa. Tapi kalau makan dengan kuantiti yang banyak, boleh sampai akibatkan kematian.
Ada Kesan Sampingan
Dulu saya sayang juga nak buang, sebab dua biji je kentang yang tinggal, dan dah nak masak pagi tu buat sup ayam pulak. Tapi bila teringat kesan sampingan yang anak-anak ada kemungkinan boleh dapat, tak fikir panjang dah saya.
Kalau diorang sakit, lagi teruk saya nak handle lepas tu. Apalah sangat dua biji kentang dan sup tanpa kentang kan.
Boleh ya, sama-sama kita cuba.
Macam mana? Rasanya anda boleh pilih makanan terbaik untuk anak-anak tersayang ya. Sebelum menjemput penyakit bahaya, lebih molek jika kita ada kesedaran untuk mengelak memberikan kentang bertunas pada anak-anak.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selain mengambil vitamin yang dibeli di farmasi, terdapat juga cara atau petua tradisional digunakan untuk menguatkan antibodi bagi mengelak mendapat penyakit.
Salah satunya dengan mengamalkan pengambilan lemon madu. Cara membuatnya cukup mudah dan boleh dijadikan amalan harian.
Perkongsian Norhaniza Kamaruddin di laman sosial Facebook dalam Grup Masak Apa Hari Ini memberitahu cara membuat lemon madu ini. Boleh dijadikan stok di rumah dan digunakan pada bila-bila masa sahaja.
Cara Buat Lemon Madu Homemade
Bahan-Bahan:
– 4 biji lemon
– 1 peket gula batu
– Periuk nasi (masak dalam rice cooker mudah)
Cara-Cara Membuatnya:
1.Cuci lemon dengan garam.
2. Lepas itu potong nipis-nipis. Susun dalam periuk.
3. Tabur gula batu selapis-selapis, sampai habis lemon. Tekan cooking biar sampai dia naik warm sendiri.
4. Apabila color sudah bertukar perang dan agak kering baru tutup. Tanpa air ye kawan-kawan.
5. Setelah sejuk boleh simpan dalam botol & peti ais. Bahagian biasa sahaja, nak minum ambil dalam 3-4 keping bersama sedikit cengkih. Letakkan air panas. Rasa agak payau sikit tapi itulah ubat paling mujarab.
Khasiatnya:
Sesuai untuk antibodi kita. Diminum 3 kali seminggu sudah menecukupi. Kita ikhtiar selebihnya Allah yang tentukan. Maaf kalau salah apa yang saya share. Saya kongsi petua ini dari group tiktok. Moga bermafaat untuk anda semua.