Tidak dinafikan terdapat lambakan produk atau suplemen sama ada berasaskan buah-buahan ataupun perisa lain.
Tidak pasti sejauh mana keberkesanan produk dijual kerana masing-masing memberitahu baik untuk kesihatan dan boleh mengurangkan penyakit tertentu.
Namun, perlu diingatkan sebagai pengguna bijak, jangan sesekali percaya dengan apa yang diiklankan. Suplemen begini tidak begitu pasti keberkesanananya selagi tidak mendapat kelulusan dari pihak KKM sendiri.
Perkongsian Dr. Arisman MD memberitahu mengenai perkara ini sebagai panduan untuk mengelak terus jadi mangsa scammer ubatan overclaim ini.
“Doktor, kalau saya ambil jus ****** dan vitamin ****** ok tak? Untuk lawaskan kencing kotor saya.” tanya pesakit.
“Minta maaf puan. Saya tak tahu pasal jus dan nama produk vitamin puan ni. Jadi saya tak boleh nak cakap bagus atau tak.” jawabku
Ads
Pesakit cuba menunjukkan gambar produk dalam galeri handphone beliau “ … yang ni doktor, yang ni…”
“Maaf puan. Saya masih tak tahu pasal dua produk ni. Puan beli dari mana? Online? Pharmacy?” Tanyaku kepada pesakit.
“Yang ni (sambil tunjuk gambar dalam hp) saya beli online, yang vitamin ni ada anak kawan jual.” jawab pesakit.
Ads
“Beginilah puan. Saya ni doktor perubatan memang kami tak pernah belajar tentang produk-produk begini. Bukan bidang tugas kami untuk pastikan. Saya cuma tahu bahawa ada komponen-komponen tertentu yang tidak sepatutnya ada dalam satu produk minuman misalnya yang mengandungi steroid. Ia ubat terkawal dan tidak boleh dicampurkan dalam produk minuman.”
“Ada yang merasa sihat dan bertenaga selepas minum jus atau teh produk tertentu, padahal cuma teh biasa. Kenapa boleh jadi begitu? So kena hati-hati sebab boleh jadi ada campuran bahan terlarang didalamnya tetapi tidak dipaparkan dalam kotak produk.”
“Yang akan rosak nanti kemudian hari adalah buah pinggang dan hati kita.”
“Waktu tu kalau nak salahkan produk dan nak saman, amat susah nak menang sebab dah lama dan banyak produk lain yang diambil. Menyesal sangat nanti. Yang menanggung derita si pembeli. Saya ada pernah berjumpa pesakit saya yang buat dialisis beberapa kali kerana mengambil produk terlarang ini.” jawabku.
“Saranan saya kepada puan, untuk bersihkan buah pinggang dan cepat sembuh dari kencing kotor puan ni, pertama terpaksa ambil ubat antibiotik untuk bunuh kuman dulu puan. Kedua silakan minum air banyak supaya kencing kerap dan ini satu cara alami untuk sihatkan buah pinggang kita. Sangat mudah dan murah untuk sihatkan buah pinggang. Kan?” jawabku.
“Ya. Betul doktor. Faham.” pesakit tadi jawab dengan nada perlahan.
Berhati-hati dengan jualan produk kesihatan yang memberi tuntutan melampau. Apatah lagi jika produk itu tidak ada kelulusan dari KKM.
Begitu juga halnya apabila anda pergi berjumpa doktor di klinik atau pergi ke farmasi, jangan terpengaruh dengan promosi dan penjualan produk suplemen mereka yang sebenarnya tidak perlu pun. Berhati-hati ya.
(Gambar adalah contoh sahaja)
Dr. Arisman, MD. “Sama-sama belajar” Ekonomi sekarang tak stabil sangat, berjimatlah. Amalkan gaya sihat InshaAllah. (Gambar adalah contoh sahaja)
Doktor, apabila ibu menghidap Covid-19 semasa hamil, bagaimanakah kondisi anak di dalam kandungan? Mungkin doktor boleh ulas dari segi tahap kesihatan dan jangka hayat bayi?
JAWAPAN:
Pertama sekali, kita perlu memberi fokus kepada keadaan bayi yang dikandung itu.
Sekiranya ibu mempunyai komplikasi disebabkan oleh jangkitan virus Covid-19, kebiasaannya bayi dalam perut turut mempunyai masalah seperti mengalami kekurangan oksigen seperti yang terjadi kepada si ibu.
Oleh itu, kita kena faham, kemelut kekurangan oksigen dalam darah boleh menyebabkan masalah kegagalan beberapa organ seperti buah pinggang, jantung, otak dan sebagainya.
Jadi, dilema yang sama juga boleh berlaku kepada bayi yang sedang dikandung. Selain itu, mungkin masalah-masalah lain juga boleh tercetus, misalnya keracunan di dalam darah disebabkan oleh jangkitan kuman.
Pada masa sama, ibu-ibu hamil yang dijangkiti Covid-19, mereka juga berisiko untuk melahirkan bayi pramatang iaitu bayi dilahirkan tidak mengikut usia yang sepatutnya.
Bersalin Lebih Awal
Bayi yang sihat sepatutnya dilahirkan pada usia sekitar 35 hingga 36 minggu. Namun untuk pesakit Covid-19, kadangkala kandungan terpaksa dikeluarkan awal untuk menyelamatkan nyawa si ibu.
Kesannya, bayi yang dilahirkan pada usia tersebut cenderung untuk mendapat komplikasi seperti paru-paru yang tidak matang dan memiliki organ-organ yang belum sempurna pembentukannya.
Dalam pada itu, bayi yang mempunyai tempoh hayat kurang 22 minggu juga tidak dapat diselamatkan.
Namun, bayi yang berumur lebih daripada 22 minggu atau yang mempunyai berat 500 gram ke atas mungkin masih boleh diselamatkan dengan bantuan di unit khas sesebuah pusat perubatan.
DR NURUL YAQEEN MOHD ESA
Pakar Perunding Perubatan dan Paru-paru, Pusat Perubatan Sunway Velocity, Kuala Lumpur
Toner teh hijau adalah solusi semulajadi untuk anda yang mempunyai masalah kulit berminyak dan jerawat. Teh hijau kaya dengan antioksidan dan mempunyai ciri anti-radang yang membantu menenangkan kulit serta mengurangkan jerawat. Apabila digabungkan dengan cuka epal cider, minyak pokok teh dan minyak lavender, toner ini boleh mengecilkan liang pori serta mengawal minyak berlebihan pada wajah.
Khasiat Toner Teh Hijau Untuk Kulit Berminyak & Berjerawat
Teh hijau: Mengandungi antioksidan tinggi, mengurangkan keradangan & membantu atasi jerawat.
Cuka epal cider: Menyeimbangkan pH kulit, mengawal minyak dan membantu kecilkan pori.
Minyak pokok teh: Bersifat anti-bakteria & membantu melawan jerawat serta bintik hitam.
Minyak lavender: Melegakan kulit, bersifat anti-radang & menyembuhkan kerengsaan kulit.
Toner teh hijau DIY – semulajadi, mudah dan berkesan untuk kulit berminyak & jerawat.
Cara Buat Toner Teh Hijau DIY Di Rumah
Anda boleh buat toner teh hijau sendiri dengan bahan mudah berikut:
1 uncang teh hijau
3/4 cawan air panas
1/4 cawan cuka epal cider
Beberapa titik minyak pokok teh
Beberapa titik minyak lavender
Langkah-langkah:
Rendam uncang teh hijau dalam 3/4 cawan air panas selama 10-15 minit sehingga sejuk.
Tuang air teh hijau ke dalam balang bersih.
Masukkan 1/4 cawan cuka epal cider dan kacau hingga sebati.
Titikkan minyak pokok teh dan minyak lavender secukupnya, kacau sekali lagi.
Simpan dalam botol semburan atau botol bertutup, letak dalam peti sejuk.
Cara Guna Toner Teh Hijau Untuk Hasil Maksimum
Celup kapas dalam toner dan sapu perlahan pada wajah setiap pagi & malam, atau sembur pada muka selepas cuci.
Jangan bilas, biarkan ia kering di wajah untuk serapan penuh.
Toner teh hijau ini boleh tahan 10 hari jika disimpan dalam peti sejuk.
Untuk kulit sensitif, lakukan patch test terlebih dahulu untuk elak iritasi.
Tip & Info Tambahan
Pokok teh bantu lawan jerawat & bintik hitam.
Minyak lavender bantu tenangkan kulit & kurangkan keradangan.
Jangan tambah terlalu banyak minyak pati kerana ia pekat – beberapa titik sudah cukup.
Jika berlaku reaksi negatif, hentikan penggunaan segera.
Kesimpulan:Toner teh hijau buatan sendiri ini sangat berkesan untuk kulit berminyak, jerawat dan pori besar. Cubalah secara konsisten untuk lihat perubahan pada kulit anda!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mood raya masih ‘on’, jadi jom sambung deko langsir kabinet dapur rumah dengan menggunakan tiga bahan ini.
Sesuai untuk anda yang nak jimat tetapi nak rumah cantik, boleh cedok idea yang dikongsikan daripada Puan Ayza Nur yang telah ‘dipanjangkan’ oleh Puan Suzana Asmazul.
Deko Langsir Kabinet Dapur, Guna 3 Bahan Saja
Kabinet dapur bawah sinki nampak kurang kemas kalau dibiar terbuka tanpa langsir, malah semua barang yang tersimpan dibahagian ini akan terdedah dengan habuk dan binatang juga boleh masuk.
Akan kelihatan buruk juga bila tidak disusun dengan elok, jadi lebih cantik jika anda cuba buat tirai.
Mak-mak yang ada anak kecil pun boleh buat ni, sesambil main dengan anak. Hasilnya barang-barang di ruang ini terlindung dan dapur nampak teratur dan bersih. Selain itu langsir table top ini juga menceriakan suasana dapur.
Paling best modalnya jimat poket, tak sampai RM20 dan semua barang-barang ini boleh di dapati di kedai Mr DIY.
Caranya ikut langkah di bawah.
DIY LANGSIR TUTUP RUANG BAWAH SINKI (TABLE TOP)
BARANG-BARANG DIPERLUKAN:
2 keping shower curtain sekali dengan ring (2 keping x RM 14. 90)
4 batang curtain bar (4 batang × RM 3. 30)
Penyangkut jenis sticker (2 paket × RM 1. 30)
CARA MEMBUATNYA:
Potong shower curtain ikut ketinggian table top.
Lekatkan penyangkut jenis sticker. Gamkan jika rasa tidak kukuh.
Selaraskan panjang curtain bar.
Masukkan curtain bar/rod tadi ke dalam curtain ring.
kemudian sangkut langsir siap dipasang pada rod tadi pada penyangkut.
Kemaskan dan siap!
Selamat mencuba! Kongsikan andai bermanfaat untuk korang.
Sumber: Ayza Nur
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!