Menurut Pakar Kecantikan & Spa Tradisional Safah Herbs, Puan Foziah Mohd Foad atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Gee berkongsi teknik urutan sengkak wajah yang dikatakan mampu menjadikan wajah berbentuk tirus dan runcing, menaikkan pipi sekaligus tampil awet muda.
“Sebenarnya ramai yang bertanya boleh ke muka kita ini disengkak atau ada ke rawatan untuk itu. Sebenarnya muka kita ini sama juga seperti anggota badan.
Ads
“Yang mana kita akan rasa penat, lesu, letih. jadi facial sengkak adalah satu satu teknik rawatan paling bagus untuk kembalikan seri wajah untuk kekal awet muda,” katanya yang turut menunjukan teknik rawatan ini yang mengambil masa hampir sejam bermula dengan pembersihan dan penyentalan wajah.
Ini adalah untuk membuang kotoran, sisa mekap serta mendapat minyak pori, bahan yang digunakan adalah cleansing milk serta scrub kacang bijan.
Proses seterusnya dilakukan adalah pengewapan untuk melembutkan urat saraf limfatik dan melembutkan kulit wajah.
Kemudian dilakukan pula proses laser frequency yang bertujuan untuk matikan kuman dan bakteria pada muka.
Puan Foziah juga turut menunjukkan proses berikutnya iaitu proses pembuangan bintik hitam/putih bagi memastikan wajah licin dan memastikan pori tidak tersumbat.
Dan langkah berikutnya adalah jurus sengkak wajah yang bertujuan untuk mengaktifkan saraf di titik limpatik pada wajah agar berseri dan segar.
Turut dilakukan proses jurus pipi membutlat bagi melancarkan aliran darah sekitar wajah terutama pipi. kemudian dilakukan pula jurus pipi bersilang untuk membentuk dan menaikkan tulang pipi.
Ads
Selain itu turut dilakukan jurus rahang bersilang bagi memastikan dapat membentuk muka tirus dan runcing.
Manakala jurus pipi berkait pula adalah untuk membentuk tulang pipi yang tinggi dan montok. Sementara jurus sinaran mata pula dilakukan bertujuan untuk mengurangkan lingkaran gelap, bengkak dan sembap mata.
Akhir sekali dilakukan jurus sengkak bertaut untuk mengaktifkan saraf limpatik, sel kulit dan kolagen pada wajah.
Dan proses ini ditutup dengan proses berpupur wajah bagi membantu mengembalikan vitamin kulit, menganjal dan mencerahkan kulit wajah. Tidak dilupakan jurus tepuk getar untuk membangkitkan saraf, menyegar dan menegang otot wajah.
Ramai yang gigih pakai skrub wajah tetapi kurang ilmu cara pemakaian dengan betul. Main sapu tanpa ada ilmu kecantikan yang betul.
Jadi produk yang dipakai tidak berkesan dan tidak mendatangkan hasil yang baik. Untuk elakkan daripada berlaku demikian, cuba semak kesalahan waktu pakai skrub ini dulu…
Kesalahan Pakai Scrub:
1. Scrub sebelum cuci muka
Wajib buang segala kotoran dengan mencuci muka dulu, kemudian barulah boleh skrub.
2. Scrub dengan cara menyental
Gosok dengan perlahan sahaja, tak perlu kuat sangat.
3. Pilih size bijian yang mengasari kulit
Sebaiknya cari yang anda boleh rasa ada biji waktu skrub wajah, ini lebih membantu untuk buang kotoran.
4. Terlalu lama dan kerap scrub kulit
Scrub pada area berjerawat aktif
– Kalau jerawat itu pecah, ia akan merebak keseluruh muka.
5. Tidak pakai moisturizer selepas scrub
– Pakai moisturizer untuk elak kulit daripada kering
Ada yang mencadangkan guna skrub yang organik macam ini, kalau nak cuba boleh teruskan.
Artistry Signature Select Polishing Mask
– biji halus
– larut di kulit
– kulit lebih cerah lepas pakai
– 100% organic dan tiada bahan mengeringkan
Apa pun banyak lagi pilihan skrub lain yang mungkin sesuai untuk kulit anda. Yang penting cari yang organik dan jenis biji yang membantu buang sel kulit mati untuk cerahkan kulit wajah.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nak hilangkan jerawat pasir ini memang tak mudah, nak-nak pula kulit anda rosak sebab salah pakai produk. Dan kalau silap sapu lagi, boleh makin sakit wajah nanti.
Malah jerawat pasir, walau keci-kecil tetapi bila dah penuh satu muka pun pening juga. Pakai apa pun tak jadi. Tangan tu pula tak berenti nak sentuh, itu yang tak molek.
Pengumpulan lemak yang bercampur dengan kotoran di kulit muka, jangkitan bakteria membuatkan pori muka tersumbat dan jadi punca jerawat pasir naik makin banyak.
Jadi, macam mana nak buang minyak yang menyumbat pori kat muka tu? Nah, boleh cuba tips yang dikongsi oleh Puan Rosnani Ikan ini.
Hilangkan Jerawat Pasir, Amalkan Skrub Lemon Dan Kopi Je
Jom cuba master kopi lemon ni. Kandungan antioksidan dalam serbuk kopi ini bantu untuk memperbaharui sel kulit baru supaya lagi tegang dan sangat glowing.
Bahan:
Serbuk kopi
Jus lemon.
Cara Buat:
Campurkan kedua-dua bahan sehingga menjadi seperti skrub.
Lumurkan secara nipis ke seluruh muka untuk mengangkat sel-sel kulit mati.
Guna jari, buat urutan membulat keseluruh muka selama 1-2 minit. Gosok secara lembut, jangan terlalu kasar sebab boleh merosakkan liang pori wajah.
Biarkan selama 15 minit dan cuci guna air bersih.
Lakukan 1-2 kali seminggu.
Apply toner selepas lakukan skrub ni supaya dapat neutralize PH kulit kita semula.
Haaa.. selepas ini cantiklah wajah anda yang ada masalah jerawat halus itu ya. Selamat mencuba!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Susah hati nak hilangkan selulit yang mula muncul di bahagian tubuh, biasanya wanita yang dulunya badan kecil tetiba ‘kembang’ naik inci memang akan lalui masalah ini.
Jangan risau, anda boleh cuba petua yang dikongsikan Nur Tasnim ini. Menerusi perkongsiannya, kalau anda buat cara ini seminggu 2-3 kali, mesti puas hati dengan hasilnya.
Selain dari menghilangkan selulit, kulit akan jadi lembut sangat. Okay, pastikan ada dua produk ini:
Tip Hilangkan Selulit, Campur Minyak Ini Dengan Serbuk Kopi
1)Skin Therapy Oil
2)Massage Lotion
Caranya:
Anda ambil 1-2 sudu serbuk teh dan serbuk kopi, campurkan dengan skin therapy oul. Jadikan sebagai lulur sebelum mandi.
Kemudian selepas mandi, terus sapu losyen macam biasa. Apa yang penting, disiplin dan rajinkan amal.
Selamat mencuba!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!