Rajin buat rawatan ‘Ice Facial’ segarkan kulit muka, rahsia wajah comel & awet muda Mira Filzah. Pelakon Mira Filzah antara selebriti yang beruntung kerana dianugerahkan kulit yang cantik, halus dan bebas tanpa masalah jerawat.
Malah wajah comelnya yang kelihatan seperti budak sekolah ini kekal berseri, biarpun tanpa mengenakan sebarang solekan.
Bagi ibu kepada seorang cahayamata ini pernah berkongsi rahsia dalam satu portal memberitahu beberapa tip untuk mengelak wajah ditumbuhi jerawat.
Rajin Buat Rawatan ‘Ice Facial’ Segarkan Kulit Muka
Menurut Mira Filzah untuk atasi masalah utama wanita ini dengan menasihat pengikutnya agar tidak mengambil makanan berminyak, banyakkan minum air putih dan elakkan diri daripada terlalu kerap menyentuh bahagian muka.
Selain itu, Mira yang berusia 29 tahun turut berkongsi rahsia untuk kekal awet muda adalah dengan mengamalkan ice facial.
Tambahnya ice facial ini mempunyai banyak manfaat antaranya mampu mengecutkan jerawat, melembut dan mencerahkan kulit, kurangkan kesan gelap bawah mata dan banyak lagi manfaatnya.
Ads
Jadi bagi yang mahu wajah kekal maintain awet muda boleh cuba petua daripada pelakon cantik ini.
Penyakit Jilatan Jin, Gatalnya Sedap Bila Digaru. Lepas 24 Jam Tak Baik, Doktor Nasihat Buat Ini! Pernah atau tidak anda berdepan dengan masalah ruam kemerahan yang berbintik-bintik atau bertompok kecil di kawasan tertentu.
Ada kalanya rasa gatal yang menyucuk menyebabkan gatal tangan untuk menggarunya. Makin lama digaru makin sedap sampai tidak sedar boleh mencederakan diri.
Ada macam-macam nama untuk menyebut penyakit ini. Dalam perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Saadan memberitahu penyakit jilatan jin atau ruam seperti ini adalah tanda alahan atau alergik.
PENYAKIT JILATAN JIN
Ruam seperti ini adalah tanda alahan atau alergik. Nama-nama yang biasa digunakan selain daripada jilat/ludah jin adalah: ◾B. Melayu: gegata, kelopak garam ◾B. Inggeris: wheals, hives ◾Perubatan: urticaria
Alahan adalah reaksi tubuh terhadap allergen, atau bahan alah yang merangsang tubuh menghasilkan histamine. Histamin inilah yang menghasilkan gejala-gejalan alahan.
Gejala alahan yang lazim adalah urticaria, diikuti dengan semput, bengkak dan pengsan akibat tekanan darah rendah.
Urticaria selalunya ruam yang timbul dan leper (bintat), berwarna kemerah-merahan, dan gatal. Gatalnya selalu digambarkan sebagai merenyam atau miang, dan sedap bila digaru.
Jika alahan tidak serius, urticaria akan hilang sendiri dalam masa 24 jam, namun jika ragu-ragu anda digalakkan berjumpa doktor untuk pemeriksaan.
Rawatan urticaria: ◾Antihistamine (hilangkan gatal) — Contoh: chlorpheniramine, cetirizine, loratadine — Boleh dibeli di farmasi tanpa preskripsi ◾Losyen/krim (hilangkan kerengsaan) — Contoh: calamine, pramoxine — Boleh dibeli di farmasi tanpa preskripsi ◾Steroid pil atau suntikan (jika alahan teruk) — Contoh: prednisolone, betamethasone — Perlukan preskripsi doktor
Jika alahan kerap berulang dan alergen tidak dapat dikenalpasti, doktor mungkin merujuk anda kepada pakar kulit untuk ujian alergi untuk mengenal pasti punca alergi.
Mengenal pasti alergen bukan perkara mudah kerana setiap orang alah kepada benda berlainan, mungkin sesuatu yang dimakan, dihidu, bersentuh dengan kulit/mukosa, sengatan haiwan, sinaran matahari atau suhu sejuk.
Doktor pakar akan cadangkan ubat sesuai dengan keadaan pesakit. Walaupun urticaria ini digelar jilat/ludah jin, ia bukan akibat perbuatan jin. Ia berlaku akibat kita terdedah kepada alergen. Mungkin kita kena ubah namanya kepada jilat/ludah alergen.
Semoga bermanfaat! Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan #notakesihatandrkamarul
Bermula esok akan dilakukan pemberian vaksin menggunakan pendekatan ‘walk in’ atau secara terus di Lembah Klang.
Sebelum itu Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, ketika mengumumkan perkara itu berkata, suntikan inokulasi bagi tujuan berkenaan akan dimulakan secara berperingkat.
Mulai 2 Ogos, katanya keutamaan pemberian vaksin akan diberikan kepada individu berusia 40 tahun ke atas dan yang mempunyai komorbiditi.
“Kita akan buka (pemberian vaksin secara terus) mengikut kategori dahulu, justeru pada 2 Ogos, kita akan menerima ‘walk in’ untuk mereka yang berumur 40 tahun ke atas dan golongan komorbidi.
“Pada 5 Ogos, kita akan buka kepada semua, 18 tahun ke atas. Kaedah pelaksanaan ‘walk in’ akan kita akan umumkan menerusi siaran media daripada Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) dalam tempoh terdekat.
“Untuk kita elak daripada masalah berita palsu, bukan semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) terima ‘walk in’, kita akan maklumkan senarai PPV mana yang terima dalam tempoh beberapa jam nanti.
“Yang tular baru-baru ini, mengenai senarai PPV dengan jenis vaksin tertentu, itu tidak betul. CITF akan tentukan dan keluarkan senarai PPV, hari ini,” katanya dalam satu sidang media.
Jadi kepada mana-mana individu yang belum mendapat suntikan vaksin boleh hadir di mana-mana Pusat Pemberian Vaksin seperti ti bawah ini.
Walau bagaimanapun, anda diingatkan untuk hadir pada masa ditetapkan untuk mengelak kesesakan di tempat PPV ini nanti. Jangan lupa bawa kad pengenalan dan sentiasa update aplikasi MySejahtera.
Tak ramai yang tahu macam mana langkah cegah asma apabila anak-anak jadi salah seorang pesakit, jadi mak ayah wajib ambil peduli tentang penyakit ini.
Penyakit asma selalu dianggap sakit yang ‘biasa’ bagi sesetengah pihak. Tetapi anda kena sedar dari awal, jika tidak dirawat boleh mengancam nyawa.
Penyakit asma atau penyakit lelah ialah masalah radang paru-paru kronik yang disebabkan oleh pelbagai rangsangan luar. Antaranya debu, bulu haiwan, debunga, asap, cuaca sejuk, alergik dan jangkitan pernafasan.
Tetapi disebabkan penyakit asma boleh diwarisi secara genetik (penyakit keturunan), anak-anak kepada penghidap penyakit asma lebih berisiko untuk mengalami masalah ini.
Ini antara langkah-langkah yang patut anda lakukan jika ada ahli keluarga mempunyai asma.
1. Jauhkan diri dari bahan alergik
Elakkan diri daripada bulu binatang, debu dan debunga. Kalau pakai karpet tu, sebaiknya pilih yang tidak berbulu.
2. Hindari asap rokok
Ini paling asas ya, payah macam mana pun kena berhenti rokok sebab asap rokok boleh mengganggu saluran pernafasan. Elakkan juga dari duduk bersebelahan dengan orang yang sedang merokok ya! Jadi, ayahnya dulu kena berhenti merokok.
3. Rajin bersenam
Senaman ringan dapat membantu melatih stamina otot pernafasan dan memperkuatkan daya tubuh penderita asma. Berenang adalah antara sukan yang paling digalakkan.
4. Jaga Diet
Gastrik atau GERD adalah faktor yang menyumbang kepada serangan asma. Jaga diet! Elakkan juga dari mengambil kopi, makanan pedas dan masam.
5. Vaksinasi
Pesakit asma digalakkan mengambil vaksin supaya mendapat perlindungan yang lebih baik terhadap pesakit asma.
Dianggarkan kebarangkalian pesakit asma di Malaysia telah meningkat daripada 6.4% kepada 9.4% dalam kalangan kanak-kanak berumur 6-7 tahun dan daripada 9% kepada 13% dalam kalangan kanak-kanak berumur 13-14 tahun.
Melihat kepada peningkatan bilangan pesakit asma di Malaysia dan kepentingan untuk mendidik masyarakat mengenai pengurusan asma, Asthma Malaysia dan AstraZaneca sekali lagi telah bekerjasama menganjurkan kempen awam ‘Breathe Better’ bertempat di Mont Kiara, bersempena Sambutan Hari Asma Sedunia.
Majlis ini telah diadakan bagi meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan menguruskan asma secara efektif dan ianya telah dirasmikan oleh Dr Helmy Haja Mydin, Perunding Perubatan Pernafasan, Dina Nadzir, selebriti tempatan dan Ashwini Saha, Pengarah Perubatan Negara dan Peneraju Kawasan Metabolisme Kardiovaskular, Perubatan Terapeutik Kawasan Asia, AstraZaneca.
Bertemakan “Kawal Asma Anda”, kempen ini mendidik pengunjung mengenai kepentingan penggunaan ubat terkawal dalam mengurus dan merawat gejala asma dalam jangka masa panjang dan bukan hanya sekadar bergantung kepada ubat pelega.
Statistik menunjukkan di Malaysia, jumlah kematian akibat komplikasi asma setiap tahun adalah sekitar empat angka dengan kira-kira 1700 kes dilaporkan pada 2014.
Ya, angka ini mungkin dianggap kecil jika dibandingkan dengan punca kematian yang lain. Tetapi menurut pakar, kebanyakan kes kematian disebabkan asma boleh dielakkan sekiranya rawatan awal dan teratur diberikan.
Asma yang teruk biasanya memerlukan rawatan dan pengurusan perubatan sepanjang hayat. Sukar untuk dirawat dan tempoh pemulihan daripada serangan asma yang teruk adalah berbeza berdasarkan situasi individu.
Jadi sangat penting mendidik orang awam tentang pengetahuan mengenai asma. Mari kita sebarkan dan panjangkan ilmu ini kepada orang ramai. Jangan lupa kongsi!
Boleh ke makan telur setiap hari? Jangan risau, sis! Ketahui fakta sebenar tentang kolesterol dan bagaimana protein dalam telur boleh bantu anda kekal kenyang, bertenaga, dan ramping dengan cara yang sihat.