Setiap dari kita pastinya mengimpikan kulit wajah yang halus, cantik dan bersih dari sebarang cela.
Namun tidak semua dikurniakan wajah bersih begini. Ada juga yang berdepan dengan masalah breakout teruk hingga boleh merosakkan wajah.
Dalam satu perkongsian di Facebook, Lina Shaari berkongsi tip untuk merawat kulit breakout dan hasilnya terus jadi flawless.
menurutnya kebanyakan kulit wajah yang bermasalah ini adalah disebabkan salah memakai produk kosmetik dan juga beberapa faktor lain.
Ayuh, ikuti perkongsiannya.
TIPS NAK RAWAT BREAKOUT
Kak Lina nak share produk yang boleh reduce korang punya breakout dan juga untuk kurangkan parut,tapi ingat yerr produk produk ni tak semuanya sesuai untuk setiap orang. Kulit kita kan berbeza.
Tapi produk ni sesuai untuk Kak Lina. Kadang penat nak mencuba setiap kali orang suggest kan, tapi tak salah berikhtiar. Semua produk ni boleh carik dekat farmasi, watson, sephora.
Kalau ubat jerawatyang ada antibiotik, seeloknya refer lah dulu pada yang pakar.
Kak Lina punya kulit agak kering, jangan ingat skin jenis oily jer yang mudah dilanda jerawat. Breakout ni tak semestinya akibat salah pakai produk kosmetik jer, banyak lagi sebab sebab lain.
Anda yang tengah breakout, boleh cuba produk yang Kak Lina sarankan. Kesan takkan dapat terlalu cepat terutama bab parut memang ambik masa yang agak lama. Kena sabar banyak banyak dan konsisten pakai.
Takde hari ini pakai, esok zass bertukar jadi snow white, tak ada okay. Tu semua khayalan semata mata
Alhamdulillah, bila Kak Lina dah cuba produk kat bawah,, Kak Lina punya skin is getting much much better. Tapi masalah parut ni memang tak boleh buat apa, susah giler nak bagi kurang tapi atleast dah pudar.
Ads
So apa yang Kak Lina cuba beli dan pakai? Boleh refer produk kat bawah nie..
Ini antara produk digunakan untuk membersihkan wajah. Boleh cari di drugstore
Pencuci Muka
(1) Cetaphill
(2) Az Clear Action
(3) Aiken Tea Tree Oil
Ini juga antara produk bagus. Sapu di bahagian yang berjerawat sebelum tidur dan keesokan hari pasti akan mengecut.
Ubat Jerawat (antibiotik)
(1) T3 Mycin
Ads
(2) Drying Lotion Marion Badescu
(3) Topicil
(4) Aiken Tea Tree
Dan lagi satu jangan sesekali skip. Pelembap ini akan membuatkan kulit kita sentiara terhiddrasi dan boleh menyihatkan kulit.
Moisturiser
(1) Cetaphill
Bila pakai produk merawat breakout dan jugak parut, biasanya kulit akan mudah kering. Apa yang perlu, korang guna pelembap kulit untuk bagi skin kembali lembap.
Ads
Dan jangan lupa juga untuk menggunakan produk ini bagi hilangkan parut. Walaupun ambil masa lama kesannya, tetapi dapat memudarkan parut yang ada.
Ubat Parut
(1) Mederma
(2) Dermatix
(3) VCO / Virgin Coconut Oil Moss Mayra
Apa kaitan dengan #MOSSMAYRA,yeah korang boleh jugaguna VCO ( Virgin Coconut Oil) sebagai skin oil untuk kurangkan parut dan Detox Cleanser sebagai la langkah mencegah dari miss jerawat muncul. Yang penting takde bahan terlarang. Ni hanyalah option.
Untuk lain lain tips best, jom klik link kat bawah ini :
Terpesona tiap kali melihat kecantikan kulit wajah pempengaruh digital, Sofea Shra, tak mekap pun cantik apatah lagi selepas disolek.
Cantiknya Kulit Sofea Shra
Sofea juga dilihat cukup menjaga kecantikan dan penampilannya. Selalu ada tip cantik di media sosialnya, jadi ini menarik ramai anak muda untuk belajar mekap cara simple dan cepat.
Satu yang orang suka tentang Sofea adalah solekannya yang flawless dan kreatif. Dia suka beri gaya yang minimal, mungkin itu juga selera generasi kini.Lebih tertarik bila dia suka guna cushion, cepat tapi hasilnya minimalis!
1. Solekan Nude
Cukup clean, solekan matanya yang menghasilkan pembayang mata ton warna terang dan sangat sesuai untuk setiap majlis. Memilih untuk menggayakan gincu bibir warna nude dan biasanya ton nude yang dipilih seakan punya asas warna koral yang membuatkan penampilan bibirnya tidak terlalu pucat.
2. Solekan Soft Goth
Menyarung busana putih, menyerlahkan penampilannya yang tampak anggun dengan auranya tersendiri. Malah Sofea bijak bermain dengan pembayang mata rona ton gelap dan disapu kemas pada bawah matanya.
3. Solekan Minimal
Kalau tengok perkongsian media sosialnya, Sofea memang suka solekan yang memberi fokus pada mata dan juga di bahagian pipi. Solekan yang menyerlahkan kecantikan dan kesihatan kulit lebih menawan untuk generasi dan trend masa kini.
Namun dalam look solekan minimal ini, masih terselit elemen ekstra. Sofea menggunakan sapuan pemerah pipi yang dapat menaikkan lagi seri wajah dan tampak lebih dimensi.
Sekeping gambar ini naikkan seri wajahnya, nampak ranggi tetapi cun! Sofea memilih satu gaya yang agak bold dengan bermain pembayang mata berwarna biru. Diberatkan lagi dengan penggaris mata berekor dan menggunakan eyeliner berwarna hitam untuk melukis bintang di bahagian hujung mata. Unik!
Jadi kalau anda rasa nak belajar mekap, boleh cuba tip yang dikongsi Sofea Shra ini, simple tetapi menarik!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rezeki pelakon Puteri Sarah Liyana, banyak kali berpeluang ke Mekah mengerjakan umrah dan menganggap ini adalah sebagai rezeki Allah selain mengakui tanah suci adalah tempat terbaik untuknya muhasabah diri.
Kata pemilik nama penuh Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin itu, umrah boleh dilaksanakan beberapa kali oleh semua umat Islam sekiranya mempunyai peluang dan rezeki dijemput ke sana.
Tanah Suci Tempat Terbaik Puteri Sarah Bertenang
Tulisnya di Instagram, “Ramai yang tanya kenapa asyik pergi umrah je ? Berapa kali pergi umrah? Takde limit pun. This is my rezeki. This is my healing place sambil beribadah dan muhasabah diri sendiri.
“In sha Allah, siapa yang baca ni Sarah doakan semoga anda semua dijemput ke rumah Allah juga.”
Bacakan Kiriman Doa Depan Kaabah
Pelakon drama Andai Itu Takdirnya itu juga memaklumkan, sempat membaca kiriman doa peminat di hadapan Kaabah selain turut memohon agar dirinya dijemput sekali lagi ke Tanah Suci bagi menunaikan haji pada masa akan datang.
“Alhamdulillah doa-doa yang anda semua mesej langsung (DM) atau WhatsApp saya sudah bacakan di depan Kaabah.
“Ya Allah panggilah hambaMu yang lemah, hina ini untuk kembali ke sini menunaikan umrah atau haji dengan takdir kekuasaanMu.
“Aku yakin jika Engkau berkehendak maka tidak ada satu pun yang boleh menghalangnya,” tulisnya panjang lebar.
Januari lalu, Puteri Sarah dan dua orang cahaya matanya iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5, bersama-sama menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah.
Sudah lama tidak kelihatan penyanyi dan pelakon era 90an, Arni Nazira, ini perkembangan terkini kehidupannya bersama anak-anak dan suami tersayang.
Lama Arni Nazira menyepikan diri dari bidang seni setelah mendirikan rumahtangga buat kali kedua pada tahun 2009, sesekali lalu wajah anak-anak perempuannya yang kini sudah berjaya dalam pendidikan.
Buat anda yang merindui pelantun lagu Cinta Antara Benua, penyanyi ini kini bahagia bersama suami tercinta, Wan Mohd Hazrie Wan Mokhtar yang merupakan seorang usahawan.
Suka Amalkan Jamu
Dalam usia 45 tahun, Arni nampak cantik dengan penampilan bertudung dan abaya, kelihatan manis dengan aura mak-mak.
Saat ditanya apa rahsia ‘awet mudanya’ Arni Nazira tidak lokek untuk berkongsi amalannya selama ini.
“Atas nasihat ibu dan nenek saya amalkan jamu, minum air kosong secukupnya dan ulam-ulaman sejak usia muda.
“Alhamdulillah berkat konsisten dengan amalan itu ia telah menjadi salah satu asbab untuk kelihatan awet muda dalam usia sekarang. Paling penting kesihatan dalaman turut terjaga.”
Jaga Badan Waktu Bersalin
Arni turut mendedahkan, dia berdisiplin dalam amalan berpantang ketika bersalin.
“Dulu setiap kali bersalin ibu akan jaga saya sepanjang berpantang. Ibu seorang yang sangat menitikberatkan amalan berpantang. Kalau ikut cara berpantang dulu-dulu memang sangat ketat.
“Contohnya, cara berjalan dan makan ada pantangnya. Makanan sejuk-sejuk tak boleh ketika dalam pantang. Amalan bertungku dan ‘menyalai’ juga penting untuk kecutkan peranakan.”
Tak lupa, Arni turut berpesan kepada kaum wanita agar sentiasa menjaga kesihatan dan kecantikan luar dalam.
“Kita wanita ni kena sentiasa beringat. Jaga badan elok-elok luar dan dalam. Kerana pada usia ini badan akan mula mudah jatuh sakit.
“Tahap kesihatan kita dah tak sama seperti muda-muda dulu. Jadi amalkan gaya hidup sihat termasuk jaga pemakanan.”
Untuk rekod, Arni Nazira Anuar merupakan anak kelahiran Terengganu. Arni mula digilap bakatnya menerusi pertandingan nyanyian Asia Bagus 1996.
Setelah bergelar penyanyi, lagu Arni Nazira berjudul ‘Cinta Antara Benua’ mula menjadi siulan sekitar tahun 1997. Filem lakonan Arni Nazira ialah Nafas Cinta (1998) dan Bara (1999).