Tidak sukar sebenarnya untuk seseorang itu kelihatan cantik dan maintain awet muda walaupun usia sudah mencecah 30-an.
Sebenarnya tidak perlu menggunakan produk penjagaan wajah yang mahal sebaliknya hanya memilih makanan yang bukan saja menyihatkan dalaman badan, tetapi juga menyerlahkan kecantikan semula jadi.
5 Jenis Makanan Lambatkan Proses Penuaan
Air Kelapa
Boleh dikatakan amalan meminum air kelapa sudah diterapkan sejak kecil lagi. Bukan sahaja minuman tersebut mudah didapati, tetapi ia juga seakan menu wajib sekiranya berada di kawasan tepian pantai.
Bagi yang tidak menggemari air kelapa, anda sudah boleh mula untuk meminum minuman tersebut mulai sekarang. Hal ini kerana air kelapa mengandungi harmon estrogen yang dapat membentuk kolagen dan elastin.
Kedua-duanya berfungsi untuk mengekalkan keanjalan kulit dan melambatkan proses kedutan kulit wajah. Manfaat air kelapa lain ialah mencegah daripada dehidrasi, mengurangkan risiko penyakit jantung, menurunkan tekanan darah dan membantu meningkatkan stamina badan.
Ubi Keledek
Ubi keledek mempunyai pelbagai variasi warna seperti kuning, ungu, jingga, merah jambu dan putih. Ia juga tergolong dalam kategori tumbuhan menjalar. Kandungan ubi keledek yang kaya dengan vitamin C dan E dapat membantu mengekalkan keanjalan termasuk kelembapan kulit wajah.
Ads
Lobak Merah
Kandungan vitamin A, E dan C yang ada dalam lobak merah dipercayai dapat membantu untuk melawan sel kanser. Selain vitamin, lobak merah juga kaya dengan kandungan mineral seperti kalsium, potasium, alpha karotin dan beta-carotene.
Pengambilan lobak merah baik kerana kandungan antioksidan dapat melindungi kulit daripada sinaran matahari, mengelakkan jerawat, kulit kering, kedutan pramatang dan mencerahkan kulit wajah.
Ads
Bayam
Tumbuhan ini sangat mudah untuk didapati di Malaysia dan yang popularnya ialah bayam merah dan hijau. Selain enak dimakan tumbuhna ini juga berfungsi sebagai salah satu agen anti-penuaan dan dapat melicinkan kulit wajah.
Bayam juga dapat menguatkan akar rambut manakala kandungan vitamin K boleh mengurangkan masalah keradangan dalam sel.
Kacang Badam
Sering dijadikan sebagai bahan kudapan saat membaca buku atau menonton televisyen, pengambilan kekacang juga sebenarnya baik untuk kulit wajah.
Ads
Kekacang seperti badam mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi termasuk vitamin E yang sangat baik untuk kulit seperti menghapuskan sel kulit mati dan mengurangkan lingkaran gelap bawah mata.
Tular sulam bedak yang dikatakan jadikan kulit cantik, malah ramai yang sanggup buat untuk dapatkan efek glowing dan flawless dalam sekelip mata.
Salah satu cara untuk dapatkan efek tersebut adalah teknik sulam bedak (atau BB Glow) yang tular semula di TikTok.
Sulam Bedak Buat Kulit Cantik, Tapi Ini Pesanan Doktor!
Sama fungsi seperti pakai foundation atau BB Cream setiap hari, tetapi sulam bedak ini tak perlu dipakai setiap hari, malah anda akan dapat kesan ‘makeup ready face’ setiap masa. Walaupun trend ini menjimatkan masa dan wang, tetapi tak bahaya ke?
Nak tahu jawapannya, baca perkongsian doktor dermatologi berikut;
‘Tatu’ foundation atau BB Cream hanya sekali saja
Menggunakan Micro Needle Theraphy System Derma Rolling, teknik ini fungsinya untuk menyamarkan cela di wajah; hiperpigmentasi, kemerahan, lingkaran hitam, pori, parut dan banyak lagi.
Hanya perlu lakukan sekali, kesannya adalah separa kekal dan tak perlu top-up dengan kerap.
Disebabkan kita guna kaedah ‘tatu’, sulam bedak ini tak akan hilang walaupun anda dah cuci wajah berulang kali, mandi atau berpeluh.
Memang best, tapi doktor dermatologi pula kata ini…
Berdasarkan Doktor Arthur, SpKK, FINSDV, di TikTok berkongsikan teknik sulam bedak ini dari segi tujuan dan kaedah rawatannya.
Katanya sulam bedak ini merupakan tatu tetapi ianya tidak dilakukan terlalu dalam seperti tatu yang kebiasaannya. Tujuan sulam bedak ini dilakukan adalah untuk menutup cela di wajah seperti bekas jerawat, parut, bintik hitam dan banyak lagi.
Walaupun sulam bedak beri kesan yang segera, tetapi doktor ini mendedahkan ramai yang alami kesan sampingan yang buruk.
Ada yang alami alahan, jerawat makin muncul dengan banyak dan kulit makin rosak. Bukan itu sahaja, sulam bedak boleh juga akibatkan kesan seperti:
Penggunaan micro needle secara berulang boleh mendedahkan pengguna pada HIV atau cross-contamination Hepatitis B/C.
Menyebabkan kerosakan sel kulit wajah, alergik yang teruk dan paling berisiko adalah kanser kulit.
Sulam bedak tinggalkan pigmen di bawah kulit secara kekal dan ianya mengandungi lebih 40 bahan kimia (yang mungkin berbahaya untuk jangka masa panjang).
Agak-agak, anda sendiri berminat tak nak buat sulam bedak?
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terpesona tiap kali melihat orang Thai kulit yang berkulit cerah, biasanya mereka hanya amalkan masker beras untuk penjagaan wajah.
Patutlah kulit licin dan gebu, nak cari yang ada masalah jerawat tu, memang jarang sangat. Kalau anda rajin, boleh lah cuba petua cantik orang belah sana. Nah, cuba godek sendiri buat pakai di rumah.
Amal Masker Beras Pulut, Ini Rahsia Orang Thai Berkulit Cerah
Masker daripada beras pulut ini dikongsikan oleh Siti Zainab, jom tengok apa bahan-bahannya.
Masker Beras Pulut
Bahan-Bahan:
4 sudu besar beras pulut
2 sudu besar Rose Bud
1 sudu besar susu tepung
Sedikit air mawar
Cara Buat:
1. Kisar kering semua satu persatu. Kisar sampai jadi halus.
2. Kemudian bancuh ketiga-tiga bahan ini ikut keperluan yang anda nak guna.
3. Kemudian baru titikkan air mawar mengikut tahap kepekatan. Paling penting senang nak sapu pada muka nanti.
4. Sapu pada seluruh wajah dan boleh juga digunakan pada seluruh badan.
5. Biarkan kering, sekurang-kurangnya 30 minit.
6. Sebelum bilas dengan air bersih, basahkan masker dan lulurkan dahulu sebentar.
7. Sental kulit muka dengan perlahan-lahan.
8. Basuhlah kulit muka dengan air suam hingga bersih.
Kelebihan Masker Rose & Beras Pulut
Setelah dah cuba baru anda akan tahu hasilnya. Gabungan beras pulut dan rose bud ini buat muka jadi lebih cerah dan gebu. Malah ia juga boleh menghilangkan parut-parut jerawat serta menghaluskan lagi kulit anda. Jadi rugi kalau tak cuba!
Rose bud mengandungi dua kali Vitamin C berbanding buah oren. Susu tepung pula bagi kesan cerah dan lembap. Lakukan rawatan ini dua tiga kali seminggu untuk hasil superb glow dan cerah gebu.
Kredit: Siti Zainab
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ya, suatu masa semua orang akan berkedut juga tetapi sekurang-kurangnya anda ada usaha untuk elak wajah cepat tua daripada umur. Bukan habiskan duit beribu untuk cucuk sana sini tetapi cukup 3 langkah ini sahaja.
Elak Wajah Cepat Tua, Pakar Kulit Kata Cukup 3 Langkah Ini
Menurut sumber tentang kecantikan wajah, ada tiga produk siang hari yang pakar dermatologi jelaskan ada cara yang berkesan untuk meminimumkan kesan penuaan mengikut jenis kulit masing-masing.
Ingat ya, anda wajib melakukan rutin secara konsisten di bawah ini pakar dermatologi memecah tiga produk yang anda perlu lakukan dalam harian.
1. Pembersih yang lembut
Cuci lah muka tu walau cuma sekali sehari. Tetapi jika anda jenis pakai mekap tebal, pastikan dua kali cucian dibuat, itu paling selamat untuk elakkan jerawat muncul.
Pastikan bersihkan wajah dengan sabun lembut dan tidak keringkan kulit, ini penting untuk mengeluarkan sisa produk yang telah anda gunakan seharian.
2. Serum antioksidan dengan vitamin C dan asid ferulik
Mencipta penghalang untuk melindungi kulit daripada radikal bebas adalah kunci. Pakar mencadangkan menggunakan serum yang mengandungi kedua-dua vitamin C dan asid ferulik hasil gabungan kuasa antioksidan dan keupayaan untuk membawa sinaran pada kulit.
Vitamin C pada kepekatan sekitar 12 peratus membantu dengan pigmentasi dan menyokong sintesis kolagen. Selain menjadikan vitamin C tersebut lebih berkesan, asid ferulik juga akan membantu meningkatkan ketegasan kulit sambil melembapkan dan memberikan kesan anti-radang. Dan jika kulit anda sangat kering? Cari formula dengan vitamin E.
3. SPF yang cukup
Kalau dah pakai pencuci dan pelembap, pastikan anda ada juga sunscreen untuk melindungi kulit pula! Inilah anti penuaan paling utama, guna yang ada SPF tetapi persoalannya, adakah anda perlu menggunakan pelembap juga sebelum sapu sunscreen? Ia bergantung pada kulit anda.
Sebagai contoh, menggunakan SPF spektrum luas dan bukannya pelembap, sama ada untuk menggunakan krim tambahan bergantung pada perasaan kulitnya setiap pagi. Jika anda menggunakan pelembap, pastikan mengandungi asid hyaluronik atau seramida dan letakkannya selepas serum anda tetapi sebelum SPF.
Hah, dah tahu cara macam mana nak elak wajah cepat tua dari umur anda, maka amalkan tip ini ya!