Sekitar tahun 2019, pelakon dan pengacara Uyaina Arshad pernah mengalami masalah komplikasi jantung hingga menyebabkan dirinya terpaksa berehat panjang.
Menyedari betapa berharganya menjaga kesihatan, Uyaina atau mesra dipanggil Yana kini begitu menitik beratkan pengambilan waktu rehat yang cukup.
Oleh kerana dirinya terdedah dengan pelbagai aktiviti sihat dan aktif, jadi mengambil kisah pengalaman dulu menjadikan dia kini sangat berhati-hati dalam menjaga kesihatan.
“Sebelum itu Yana ada terfikir (ketika sakit), bolehkah Yana teruskan aktiviti yang pernah dilakukan sebelum ini.
“Tetapi alhamdulillah, dengan langkah penjagaan kesihatan diri yang betul seperti mengambil ubat sepatutnya, paling penting mental kita main peranan perlu yakinkan badan kita yang diri kita ok sebenarnya.
“Kita kena tentukan untuk jaga tidur, rehat secukupnya, makan kena on time, makan ubat sepatutnya dan insyaAllah semuanya akan ok.
“Alhamdulillah, setakat ini tiada lagi episod (seperti pertama kali melaluinya) dan harapnya akan berterusan. Yana rasa dah tahu bagaimana nak menjaga diri dan jaga kesihatan. paling penting rest, rest dan rest,” ujarnya ketika ditemui dalam majlis Pencarian Superwomen anjuran Majalah Nona baru-baru ini.
Ads
Tambahnya dia juga jika masuk kereta, akan mengambil masa untuk berehat dengan melelapkan mata seketika. Menurutnya inilah waktu terbaik curi masa untuk tidur dan berehat seketika sebelum kembali bekerja.
Ketika ditanya petua untuk menjaga kesihatan diri pula, Uyaina memberitahu dia lebih gemar mengamalkan cara tradisional.
“Kakak Yana selalunya akan blend tomato. Kalau Ummi Yana pulak akan blend daun pegaga dibuat jus. Yana juga suka minum cuka epal yang dicampur dengan madu. Tiga benda ini dah cukup untuk Yana jaga kesihatan dalaman berbanding pengambilan suplemen lain.
Ads
“Cuma Yana ada juga cuba minum campuran air kunyit halia, manjakani yang diadun macam jamu tradisional. Dan Yana rasa benda ini bagus untuk menjaga kesihatan dalaman.
“Sebagai wanita bab menjaga kesihatan dalaman ini sangat penting. Selalunya Yana blend pegaga yang dibuat jus untuk stok seminggu,” jelasnya yang kelihatan tampil cukup berseri-seri ketika di majlis pernikahannya baru-baru ini.
Dia yang selamat diijabkabulkan dengan pasangan hatinya, Raja Syahiran pada Disember lalu di Colony Star Boulevard.
Ads
Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad berkata, dia bersyukur ke hadrat Ilahi apabila majlis akad nikah berjalan dengan lancar.
Pasangan selebriti ini mula berkenalan pada awal 2019 di sebuah program terbitan Astro dan Uyaina menerima rombangan merisik keluarga Syahiran pada Julai 2019.
Baru-baru ini ramai yang terkejut apabila adik Ainul Mardhiah berada dalam situasi kritikal apabila kanak-kanak ini berusia tiga tahun itu disahkan mengalami jangkitan kuman sehingga dimasukkan Unit Rawatan Rapi (ICU).
Malah sebelum itu pun Ainul turut di ventilate lagi dan ditidurkan bertujuan untuk merehatkan badan dan otaknya dari demam sawan berulang.
Kanak-kanak kecil ini juga kelihatannya nampak penat sangat selepas diserang sawan panas beberapa kali.
Namun perkongsian bapanya Ahmad Saifuddin Ahmad Razak di laman sosial Facebook, memberitahu berita gembira dengan memaklumlah keadaan anak kesayangannya itu yang dijangka akan sihat dua tiga hari lagi.
Dia melihat perubaan positif anaknya itu untuk kembali sihat sepanjang berada di wad dengan keadaan sebelum ini.
“Dalam 18 hari ini, dua kali Ainul kritikal, dua kali dia ‘ventilated’. Kesan ditidurkan dua kali dan sawan yang serang berkali-kali tu mesti perlukan masa untuk ainul pulih semula.
“Tapi Alhamdulillah, hari ini Ainul nampak semakin sihat. Dia dah mula tekan-tekan radio Omar Hana dia tu untuk tukar-tukar lagu,”
Walau bagaimanapun, menurut Safiuddin, Ainul seakan belum berupaya untuk duduk sendiri dan memerlukan sokongan daripada orang sekeliling jika ingin duduk.
“Nampak dia masih belum berupaya untuk duduk sendiri. Kami kena dudukkan dan bantu sokong belakang dia.
“Insya-Allah Ainul pasti boleh. Dia akan kembali sihat seperti sediakala dalam dua hingga tiga hari lagi. Semoga Allah izinkan,” ujarnya.
Sebelum itu dilaporkan keadaan Ainul sudah semakin stabil dan menunjukkan gerak balas positif selepas seminggu dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU).
Ubat-ubatan yang diberikan sudah banyak dihentikan dan kanak-kanak itu sudah tiada demam, oleh itu, hanya menunggu masa untuk dibenarkan pulang ke rumah.
Ainul menjadi perhatian ramai sejak tahun 2019. Perjuangannya setelah disahkan mengalami ketumbuhan ‘Germ Cell Tumour’ diikuti rakyat Malaysia.
Walaupun berada dalam bulan puasa tidak membataskan untuk kita melakukan rutin harian seperti bekerja.
Jadi perlu kekal sihat dan bertenaga untuk mengelak rasa letih sepanjang hari berpuasa. Coach Fadillah dari Go Fit With Me memberi tip untuk tidak rasa letih kekal cergas di bulan ramadan.
Tip pertama bersahur dan berbuka dengan makanan berkualiti. Kualiti bermaksud, pengambilan makanan yang cukup lengkap dari sumber protein dan karbohidrat dan fiber. Kena pastikan juga makan cukup portion.
Jangan jadikan alasan sebab berpuasa lebih 12 jam kita mengambil makanan secara berlebihan.
Jadi pastikan portion yang sesuai ialah pastikan dengan sepenumbuk karborhidrat, protein sepenampar dan sayuran pula sedoa tangan.
Menurutnya lagi cara memasak juga penting, iaitu dengan cara solehah, rebus, kukus, gril dan elakkan makanan bergpreng.
“Tip berikutnya ialah minum cukup air mengikut berat badan masing-masing. Contohnya kalau berat badan 60 KG, perlu minum tiga liter air. Minum ketika waktu sahur dan berbuka.
“Tetapi air dimaksudkan bukan minum air kopi, teh tarik tetapi sebaliknya adalah air kosong.
“Kita juga perlu tidur dan rehat yang mencukupi. Walaupun ada aktiviti terawih dan moreh, tetapi pastikan jangan tidur melebihi jam 12 malam. Ini adalah untuk memastikan kita mendapat tidur yang berkualiti.
“Kalau untuk tidur sebentar, boleh lakukan sebelum Zuhur. Tak perlu lama, 15 -20 minit sajaka untuk bantu tidak terlalu letih di bulan ramadan.
“Jangan lupa juga untuk lakukan senaman ringan ringan. Jika sebelum itu memang aktif lakukan ativiti, teruskan seperti biasa.
“Ini untuk mengekalkan stamina dan terpulang bila akan melakukannya sama ada selepas berbuka atau terawih.
“Tip terakhir pula, banyak lakukan aktiviti bersama keluarga. Contohnya masak sama-sama, kemas rumah atau berkebun bersama-sama. Jadi kita akan kekal cergas sepanjang masa,” katanya lagi.
Selain mengambil suntikan vaksin sebagai salah satu cara menjaga kesihatan diri disebabkan pandemik Covid-19, kita juga sangat digalakkan untuk mengambil suplemen.
Bukan saja orang dewasa tetapi kanak-kanak juga antara golongan yang perlu dilindungi untuk mencegah dan mengelak terkena serangan virus ini.
Antara vitamin paling sesuai diambil adalah Vitamin C. Namun begitu, sebelum membeli Vitamin C kita sebagai ibu bapa perlu kenal pasti vitamin bagaimana perlu dipilih.
Perkongsian Doktor Wan Asmara di laman Tiktok @DrWanAsmara memberitahu cara betul pilih vitamin untuk kanak-kanak.
Pastikan No Sugar
Menurutnya jika mahu membeli Vitamin C pertama sekali perlu pastikan no sugar atau memang betul-betul free sugar.
Jangan tertipu kerana ada kalanya pembuat vitamin akan tulis dalam perkataan lain seperti Sucrose, Multodextrin, Aspartame dan macam-macam lagi yang membawa maksud ia adalah gula.
Kandungan gula ini sangat tidak bagus diambil yang boleh menyebabkan budak jika makan menjadi lebih nakal.
Elakkan Ambil Yang Ada Pewarna Tiruan
Selain itu, jangan ambil Vitamin C yang ada kandungan pewarna tiruan. Walaupun ditulis di situ oren, sebenarnya bukan daripada buah oren tetapi pewarna Tartrazine atau guna kod tertentu digunakan.
Kalau ada kandungan ini sebenarnya tidak bagus ini kerana jika budak berusia bawah 12 tahun makan (yang mengandungi Tartrazine), akan jadi lebih nakal walaupun sudah makan vitamin.
Jadi sebagai ibu bapa, pastikan jika mahu membeli Vitamin C pastikan tidak ada benda ini dan juga kalau boleh jangan ada kandungan gluten.