Selain mengambil suntikan vaksin sebagai salah satu cara menjaga kesihatan diri disebabkan pandemik Covid-19, kita juga sangat digalakkan untuk mengambil suplemen.
Bukan saja orang dewasa tetapi kanak-kanak juga antara golongan yang perlu dilindungi untuk mencegah dan mengelak terkena serangan virus ini.
Antara vitamin paling sesuai diambil adalah Vitamin C. Namun begitu, sebelum membeli Vitamin C kita sebagai ibu bapa perlu kenal pasti vitamin bagaimana perlu dipilih.
Perkongsian Doktor Wan Asmara di laman Tiktok @DrWanAsmara memberitahu cara betul pilih vitamin untuk kanak-kanak.
Pastikan No Sugar
Menurutnya jika mahu membeli Vitamin C pertama sekali perlu pastikan no sugar atau memang betul-betul free sugar.
Ads
Jangan tertipu kerana ada kalanya pembuat vitamin akan tulis dalam perkataan lain seperti Sucrose, Multodextrin, Aspartame dan macam-macam lagi yang membawa maksud ia adalah gula.
Kandungan gula ini sangat tidak bagus diambil yang boleh menyebabkan budak jika makan menjadi lebih nakal.
Elakkan Ambil Yang Ada Pewarna Tiruan
Selain itu, jangan ambil Vitamin C yang ada kandungan pewarna tiruan. Walaupun ditulis di situ oren, sebenarnya bukan daripada buah oren tetapi pewarna Tartrazine atau guna kod tertentu digunakan.
Ads
Kalau ada kandungan ini sebenarnya tidak bagus ini kerana jika budak berusia bawah 12 tahun makan (yang mengandungi Tartrazine), akan jadi lebih nakal walaupun sudah makan vitamin.
Jadi sebagai ibu bapa, pastikan jika mahu membeli Vitamin C pastikan tidak ada benda ini dan juga kalau boleh jangan ada kandungan gluten.
Kalau nak kulit glowing dan bersih, jangan sesekali ada rasa malas buat semua ini ya. Elok bermula dari zaman anak dara, malah rutin kecantikan patut dilakukan dengan konsisten untuk memastikan kulit wajah terus kekal berseri dan cantik.
Tahu tak, sinaran UV tidak bagus pada kulit. Bukan sahaja ia menyebabkan kulit menjadi kering, malah ia juga menjadikan kita tampak lebih tua. Jadi amalkan harian dengan menyapu krim perlindung matahari SPF minimum 15 hingga 30 perlindungan setiap hari.
Jika anda tidak suka mengambil masa untuk meletakkan kedua-dua pelembap dan pelindung matahari, beli sahaja pelembap yang mengandungi pelindung matahari.
Ini bukan mitos ya! Ramai yang beranggapan bawaha jika sering membasuh muka, muka akan sentiasa bersih dan berseri. Salah belaka! Sebenarnya, anda disarankan untuk membasih muka 2 kali sehari.
Jangan kerap membersihkan wajah kerana kulit anda akan menjadi kering. Apabila kulit menjadi kering, maka muka akan menghasilkan lebih banyak minyak dan berkemungkinan akan menyebabkan jerawat timbul dengan mudah. Boleh jadi juga jeragat akan keluar disebabkan kulit terlalu kering!
Antara salah satu rutin yang harus anda lakukan ialah skrub wajah anda. Gunakan skrub wajah dua kali seminggu untuk membuang sel kulit mati pada wajah. Tapi kalau kulit jerawat, dengar kata Doktor kulit dulu.
Banyak produk skrub dijual dipasaran dengan jenis tekstur dan fungsi yang berbeza. Jadi, pilihlah produk skrub yang betul mengikut jenis kulit anda!
Untuk memudahkan anda membeli produk kecantikan yang berkesan pada kulit, pastikan anda memahami jenis kulit anda. Kenal pasti tentang masalah kulit anda supaya anda dapat memilih produk yang bersesuaian. Cara ini juga dapat menjimatkan kos dan masa anda dari membeli produk yang tidak sesuai dengan kulit anda.
Bukan sekadar mengharapkan kepada produk kecantikan, tetapi gaya hidup anda juga harus sihat dan berkualiti. Berhenti merokok kerana tembakau membuatkan kulit anda menjadi kusam. Amalan diet yang sihat dengan perbanyakkan makan buahan dan sayuran. Dan jangan lupa buat senaman!
Cantik walau tanpa sebarang mekap, Gigi Hadid tak kedekut kongsi tip penjagaan wajah untuk peminatnya.
Melihat Gigi Hadid berjalan di pentas peragaan atau di halaman majalah fesyen, kita selalu memikirkan yang dia menjaga penampilan wajahnya dengan memakai jenama produk high end yang mencecah ratusan hingga ribuan Ringgit.
Namun sebaliknya, Gigi berkongsi kepada Vogue mengenai cara penjagaan wajahnya yang tidak memerlukan kos yang tinggi.
“Bila bercakap tentang penjagaan wajah, saya selalu akan kembali kepada produk drugstore. Saya selalu ingin produk yang bagus namun mampu milik Saya rela menjaga kulit sendiri, belajar cara yang betul dan tidak memerlukan pakar facial.
“Semasa saya sedang mengandung, saya lebih tertarik dengan produk pembersih yang natural.
“Kini setelah memasuki musim sejuk di sini, saya lebih gemarkan produk bertekstur lebih tebal kerana kulit saya mudah kering,” jelasnya.
Apa yang menarik, 5 jenis produk yang dikongsikan oleh Gigi ini boleh didapati di drugstore dan stor kecantikan di Malaysia.
Jom tengok apakah jenama pilihan model terkenal ini.
Dr. Jart++ Ceramidin Cream
“Saya mula menggunakan pelembap muka ini dan amat menyukainya.”
“Bila-bila masa saya memakai mekap, baru pulang dari penggambaran yang memerlukan saya memakai mekap tebal, saya akan gunakan Cetaphil kerana saya rasa benar-benar membersihkan kulit dengan baik.”
“Ini kedengaran agak pelik, tapi ibu saya yang mengajarnya. Saya akan meletakkan ubat gigi pada bahagian muka yang ‘naik’ bintik-bintik gatal jika terlalu kerap memakai mekap. Ini akan mengeringkannya dengan pantas.”
.
“Saya akan memakai lip balm sebelum mula bermekap. Jika kita biarkan lip balm untuk 10-20 minit semasa menyiapkan solekan pada bahagian lain, ia akan memberikan tekstur yang lebih sihat kepada bibir sebelum kita memakai gincu atau lipgloss.
“Saya juga akan gunakan 101 Oitment ini di bahagian muka lain yang terasa kering terutamanya di bahagian kening.”
Selain daripada empat jenis produk yang disebutkan tadi, Gigi turut berkongsi beberapa lagi produk yang digemari olehnya dan ada dijual secara atas talian. Cuma mungkin harganya agak mahal sikit.
Salah satu daripada termasuklah Oliveda yang merupakan jenama yang menggunakan kelebihan ekstrak pokok zaitun dan ia menawarkan pelbagai jenis produk seperti pembersih muka, pelembap muka dan minyak. Beli Di : Shopee
Gigi juga menggemari jenama Odacite bagi menangani kulit yang betul-betul kering. “Ini adalah botol baru kerana saya kerap menggunakannya.” Beli Di : Lazada
Apabila berkongsi mengenai soal mekap pula, Gigi turut menggemari beberapa jenama drugstore seperti Maybelline di mana dia juga merupakan duta bagi jenama tersebut. Anttara produkk Maybelline yang digemari oleh Gigi adalah foundation, pensil kening dan powder.
Haa… anda ada tak produk penjagaan yang sama seperti Gigi? Nak kulit cantik memang kena labur duit dan usaha keras, ya!
Tonton video penuh Gigi Hadid bersama Vogue di bawah:
Berdepan dengan dugaan cukup besar dalam hidupnya menjadikan diri wanita ini cukup tabah.
Biarpun sedang diuji menderita kanser usus tahap akhir, namun jiwa Noor Hafizahani Mohamad Yusof cukup kuat dan kental.
Menerima dugaan demi dugaan yang dilalui dengan tenang sememtelah dia juga kini sedang menjalani rawatan paliatif untuk mengurangkan kesakitan dialami.
Dalam satu temubual oleh Sinar Plus, dia yang juga seorang suri rumah memberitahu kisahnya bermula selepas dijangkiti kuman pada bahagian betis Ogos 2018.
“Disebabkan semakin membengkak, saya terus mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Fauziah Perlis.
“Pada masa itu, doktor pakar minta saya jalani ujian pap smear memandangkan kitaran haid saya tidak teratur. Saya juga sering sakit kepala, tumit kaki sentiasa berdenyut dan rasa nyeri pada bahagian abdomen,” katanya yang menetap di Felda Chuping, Kangar, Perlis.
Namun begitu, tatkala menerima satu panggilan dari klinik Pakar Obstetrik dan Ginekologi membuatkan kehidupan wanita ini berubah 360 darjah.
Masakan tidak, ketika itu pakar mengesahkan dirinya mengalami kanser pada dinding rahim tahap satu.
“Sebaik mendengar laporan kesihatan, saya terkedu dan tidak mampu untuk berkata-kata lagi. Ketika doktor menyarankan untuk membuang rahim, saya merasakan dunia menjadi gelap gelita.
“Bagaimana saya tak sedih, bayangkan masa itu saya baru saja mendirikan rumah tangga, usia perkahwinan tak sampai setahun lagi. Memikirkan impian untuk memiliki zuriat punah, membuatkan jiwa saya kacau-bilau,” katanya penuh sebak.
Namun, atas nasihat doktor dan pujukan suami, suri hati kepada Mohd Shahriman Anuar, 41, itu akur dengan prosedur yang disarankan.
“Dalam tempoh dua tahun, saya sudah jalani empat prosedur rawatan kemoterapi dan 25 kali kitaran radioterapi yang memeritkan. Selain itu, saya juga sudah empat kali dibedah. Akhirnya pada awal Januari lalu, saya disahkan bebas kanser,” tambahnya yang mesra dipanggil Hani.
Namun begitu, kegembiraan itu hanya sementara apabila selepas dua minggu, muncul simptom baharu seperti kurang selera makan, sering muntah dan perut membuncit pula.
Keadaan tersebut membuatkan anak kelima daripada 10 beradik itu tidak tenang. Apatah lagi badannya semakin lemah dan mudah pitam. Adakalanya diserang cirit-birit dan sakit perut yang menyakitkan.
“Sekali lagi saya dapatkan rawatan di hospital. Selepas pemeriksaan endoskopi pada saluran usus, doktor mengesyaki saya ada kanser usus pula. Sakit yang datang berulang kali membuatkan saya tidak bermaya sehingga terpaksa bergantung kepada tongkat empat kaki.
“Kemudian ujian imbasan Computed Tomography ketiga pula dilakukan. Kali ini, pakar maklumkan sel kanser datang semula, namun kali ini dikesan pada rongga tisu di antara perut dan usus,” katanya sambil memberitahu, tahap barahnya sudah berada dalam kategori empat.
Perkhabaran itu nyata memberi tamparan pada Hani. Lebih mendukacitakan apabila doktor berterus-terang bahawa peluang untuknya sembuh tipis. Tambahan pula, tiada perubatan khusus yang dapat merawat kanser yang dideritainya.
“Saya berkurung lebih tiga minggu selepas mendengar itu semua. Saya menangis hampir setiap hari dan terbaring sahaja. Namun, secara tiba-tiba pada satu hari, hati saya bagai dijentik.
“Secara automatik, fikiran saya mengenangkan pengorbanan suami yang banyak bersusah payah sehingga sanggup berhutang sepanjang rawatan kanser saya. Hal itu membuatkan saya belajar untuk bersyukur,” katanya yang bangkit dengan membantu suaminya yang juga kurang upaya penglihatan menjalankan bisnes menjual nasi lemak dan kuih-muih.
“Jika ditanya, saya sekarang hanya bergantung dengan ubat tahan sakit, namun saya tidak putus-putus berdoa kepada YANG MAHA ESA supaya diberikan kekuatan untuk meneruskan hidup.
“Kadang-kadang rasa down juga kerana sakit ini bukan biasa-biasa. Namun, saya sentiasa berdoa dan mengharapkan keajaiban untuk kembali sihat seperti dahulu,” jelasnya dengan tenang.
Dia juga menerima ujian menimpanya dengan reda dan selagi berpeluang bernafas di muka bumi, akan dicekalkan hati kerana mungkin terdapat ganjaran bermakna yang menanti di alam abadi.