Menurutnya semua undangan nyanyian terpaksa ditolak dan reda serta yakin dengan rezeki yang ada.
Walaupun bergelar suri rumah, namun penampilan tetap dijaga sebaiknya. Dia seorang yang sangat mementingkan kesihatan luar dan dalaman.
“Saya bersyukur dengan kurniaan Allah Taala. Yang penting jaga kesihatan. Kaya macam mana sekalipun kita kalau tidak sihat tiada maknanya.Paling penting percaya dan redha dengan ciptaan Allah SWT.
Ads
“Untuk kekal sihat dan cantik, rutin harian saya dengan mengamalkan makan suplemen dan vitamin serta minum air kosong secukupnya. Tidur kena cukup, makan minum kena jaga lebih-lebih lagi kalau dah berusia 35 tahun ke atas, penyakit mudah datang.
“Saya juga jaga waktu makan. Paling penting ialah sarapan, jangan sesekali skip. Kalau tak makan tengahri sekalipun sekurang-kurangnya dahbersarapan kerana ia membekalkan tenaga.
Ads
“Sebagai suri rumah nak kena bekerja sepanjang hari. Kerja mesti selesai semuanya. Saya pula berbisnes jadi perlukan tenaga yang cukup.
“Saya sentiasa berdia agar diberikan kesihatan yang baik. Hati kena bersih, bila dalaman bersih akan terserlah kecantikan sebenar di luaran,” tambahnya lagi.
Tengok pelakon dan penyanyi Amerika Syarikat, Vanessa Hudgens berkongsi cara pakai foundation, baru rasa yakin nak sapu mekap di wajah. Sebab nampak kemas dan licin betul!
Mudah? Haa.. hanya orang yang kulit berminyak saja tahu betapa struggle nak buat solekan nampak matte bila menggunakan foundation.
Sesetengah orang ada yang menggunakan primer, atau mungkin ada yang ‘bake’ muka dengan bedak, manakala yang lain hanya menggunakan kertas blotting setiap beberapa jam.
Walaupun semua trik ini berfungsi dengan baik pada kulit berminyak, tapi menurut pakar, cara Vanessa Hudgens diakui lebih tepat.
Jangan malas, sebelum bersolek, kena prep muka. Vanessa hanya menggunakan satu produk di bawah solekan. Dengan hanya prep paling minimum, anda akan mempunyai lebih sedikit lapisan produk yang boleh menyumbang kepada kilauan berlebihan.
“Saya tidak mahu meletakkan sebarang serum atau minyak, itu semua saya lakukan pada waktu malam kerana saya mempunyai kulit yang sangat berminyak. Saya hanya menggunakan pelembap,” ceritanya.
Daripada menggunakan liquid foundation, Vanessa memilih concealer untuk litupan yang minimal. Menurutnya ‘less is more’ untuk kulit berminyak. Teknik ini membolehkan dia membetulkan kawasan yang bermasalah tanpa menumpukan terlalu banyak produk, yang membantu mengelakkan kemasan berminyak dan cakey.
Selesaikan solekan asas anda dengan powder foundation. Liquid foundation bukan pilihan Vanessa tapi dia tidak dapat tolak powder foundation. Itulah yang dia guna untuk menetapkan concealer dan meratakan wajahnya.
“Saya sangat menyukai kerana cara ini mempunyai litupan yang hebat tetapi anda masih boleh melihat kulit di bawahnya. Saya benci apabila tidak dapat melihat kulit. Tip ini bagus sebab kulit saya sangat berminyak, dan powder menjadikan saya kelihatan dewy dan tidak berminyak.
Betul, jangan sesekali tinggalkan powder foundation kalau anda mempunyai kulit jenis berminyak.
Lain orang lain cara dietnya. Ada yang mengamalkan Diet Suku-Suku Separuh, Intermittent Fasting dan juga Diet Atkins dalam usaha mendapatkan berat idaman.
Bagi wanita ini Azlina mempunyai cara tersendiri untuk kekal lansing. Tidak perlu amalkan kaedah itu, sebaliknya hanya elak minum air manis dan lebihkan pengambilan minum air kosong.
Ayuh, ikuti perkongsiannya yang menjaya mendapat badan yang cantik dan langsing walaupun sudah mempunyai 3 orang anak.
Walaupun posting ini pada tahun 2019, tetapi boleh dijadikan panduan untuk mereka yang mencari kaedah terbaik untuk langsing.
Asalamualaikum korang.Ok sapa nampk mak berbeza belanje mak satu emoji
Tag kan kawan korang yg diet ambik ubat entah ap-apa. Buat membazir je. Mari baca sikit ilmu sebelum start diet
Permulaan diet mak selain tinggal kan air manis, mak byk minum air kosong. Korang kene bersahabat dengan air kosong dan tandas.
Permulaan mak cuma minum 4 botol air mineral kecik tu berhenti pada pukul 9 malam. Dan naik kan lagi ikut besar mana badan. Di komen ade rujukan kiraan dia ye. Dan Selain bagus untuk penghadaman dan organ badan air kosong sangat bagus untuk kulit.
Buah dan air kosong akan menjadikan kulit bersih sebab toksin dan kotoran keluar dr air kencing. Kan mudah tu tak payah beli barang pelik-pelik mudah nye nak cantik air kosong tu free je pun boleh je minum air sejuk dara peti cuma elakkan ais batu .
Mak tinggalkan air batu lama dalam 5 bulan hasil nye perut flat dan tak buncit. Dan bagusnya perhatikan air kencing pada 3 hari pertama kuning selepas itu ia jadi jernih
CARA MUDAH MINUM AIR KOSONG BOLEH BANTU ANDA KURUS BUKAN MITOS
Berapa Liter Sehari Yang Perlu Kita Minum Air Kosong?
Melalui aktiviti harian kita mengeluarkan tenaga, membuang air kecil dan besar, bernafas, dan bergerak aktif seharian, menyebabkan air hilang dari badan, dan perlu digantikan semula agar proses tubuh dapat berjalan dengan baik
Azlina – berat 65 kg 1 liter =25kg Jadi Azlina perlu minum 2.5liter sehari sekurang-kurangnya bukan lah smpai paksa diri. Ini melatih kita cintakan air kosong.
Berapa berat anda? Jom semak, berapa liter anda perlu minum sehari untuk kekal sihat, cergas cantik dan bertenaga. (Berat Badan Bahagi 25kg = )
Saranan terbaik yang perlu diamalkan ialah minum air kosong 1-2 gelas 20minit sebelum waktu makan, ianya bagus untuk sistem penghadaman kita, dan dalam masa yang sama membantu mengelak kita makan terlalu banyak, bila waktu makan tiba.
1- Jadikan air kosong sebagai MINUMAN UTAMA. Air manis segelas sahaja sehari. Air karbonat, tinggalkan terus. 2- Biasakan minum 2 gelas air kosong sebaik sahaja bangun dari tidur. 3- Bawa botol air ke mana saja & tandakan waktu anda perlu minum. 4- Minum menggunakan straw. 5- bg yg susah minum air kosong begitu saja boleh perah kan sikit lemon atau hirisan lemon bg kurg kan rasa loya
Akhir kata gud luck untuk semua Dr mak diet viral malaysia
Ada antara kita yang sangat berpantang untuk makan atau menyentuh beberapa makanan kerana dikhuatiri mendatangkan masalah angin dalam badan.
Benarkah ia boleh berlaku dan apa kesannya jika terus diambil secara berlebihan. Masalah angin ini juga turut dikenali sebagai kembang urat.
Pakar Kimia dan juga Pensyarah Kanan di UiTM, Dr. Fatimah Salim dalam satu posting di laman sosial Facebook menjelaskan perkara ini dengan panjang lebar.
Ayuh, ikuti perkongsiannya.
Kenapakah memakan sesetengah buah atau sayur boleh menyebabkan ‘angin’ dan ‘kembang urat’?
Jawapan umum untuk pertanyaan mengenai ‘angin’ dalam badan:
Sebenarnya jenis tumbuhan seperti nangka, sukun, tarap, kekacang (legumes) dan yang seangkatan dengannya… mengandungi bahan kimia dari kumpulan karbohidrat seperti raffinose, stachyose, verbascose… yang tidak boleh dicerna oleh tubuh manusia kerana kekurangan atau ketiadaan enzim alfa-galactoside.
Dan keberadaan enzim ini adalah bergantung kepada genetik dan peningkatan usia. Maka, usahlah hairan jika dulu kita makan tiada masalah dan kini mudah terkesan.
Disebabkan ketiadaan enzim khusus, maka tugas pencernaan ini akan diambil alih oleh bakteria yang ada dalam usus besar kita melalui fermentasi. Semasa proses fermentasi, bakteria akan menghasilkan bahan kimia berbentuk gas seperti gas hidrogen dan metana. Gas ini kemudiannya akan dikeluarkan dari sistem usus besar sebagai kentut.
Sekiranya gas ini tidak dikeluarkan, ianya akan terus terkumpul/ terperangkap dalam usus yang juga dikenali dengan istilah ‘kembung perut’ atau orang kita bahasakan sebagai ‘angin’.
Harus diingat ‘angin’ ini ialah ‘benda asing’ yang berada dalam badan. Maka badan akan seboleh mungkin untuk mengeluarkannya dengan mekanisma yang mampu menggangu keseimbangan proses kimia badan yang lain.
Ketidakseimbangan kimia badan ini akan menyebabkan kita berasa ‘kurang selesa’ atau ‘sakit’ pada bahagian tertentu. Keadaan inilah yang agaknya orang lama istilahkan dengan ‘kembang urat’.
Tujuannya adalah sebagai ‘signal’ untuk kita berbuat sesuatu atau badan akan beradaptasi untuk mengembalikan semula keseimbangan kimia (Self-healing). Bahagian mana yang terkesan dan bagaimana, adalah bergantung kepada tahap kesihatan sedia ada dan mekanisma yang ‘paling’ kurang mudarat kepada system badan.
Untuk mengembalikan keselesaan, ada yang pergi berurut. Ada yang ambil ubat tahan sakit, ada juga yang ambil ubat buang angin. Ada yang baik sendiri hasil daripada pemakanan yang mengandungi pelbagai bahan kimia semulajadi yang membantu menyeimbang punca sakit tadi.
Pun begitu, sesetengah orang tidak mengalami masalah ‘angin’ ini disebabkan mempunyai enzim alpha-galactoside yang cukup dan/ atau juga memiliki kepelbagaian jenis bakteria dalam usus yang boleh saling ‘meneutralkan’ gas yang dihasilkan.
Tips untuk sistem penghadaman yang baik:
1) Amalkan senaman yang bersesuaian untuk mengaktifkan sel-sel badan termasuklah dalam sistem penghadaman. Bakteria yang baik sukakan badan yang sihat untuk ditumpang (win win situation).
2) Kunyah makanan jenis ini lama-lama untuk mengecilkan saiz makanan. Air liur mungkin mengandungi enzim alpha-galactoside yang boleh membantu dalam proses penguraian bahan kimia karbohidrat ini dan mengurangkan fermentasi oleh bakteria dalam usus besar.
3) Jenis kekacang atau beras pulut boleh rendam dulu untuk memudahkan proses penghadaman, seterusnya mengurangkan fermentasi oleh bakteria.
4) Amalkan sayuran dalam diet pemakanan sebagai sumber serat (prebiotik) dan fitokimia yang bagus.
5) Kurangkan makanan terproses. Kurangkan pengambilan gula tersedia.
6) Boleh tambahkan makanan difermentasi yang mengandungi mikrob baik (sumber probiotik) seperti yoghurt, tempoyak, tapai… untuk mempelbagaikan flora bakteria dalam usus.
Boleh ke makan telur setiap hari? Jangan risau, sis! Ketahui fakta sebenar tentang kolesterol dan bagaimana protein dalam telur boleh bantu anda kekal kenyang, bertenaga, dan ramping dengan cara yang sihat.