Selain sayuran, kita juga digalakkan untuk mengambil buah-buahan sebagai diet untuk suplemen tambahan.
Buah-buahan adalah makanan yang mengandungi vitamin yang dapat membantu memberi nutrisi kepada kulit.
Tidak hanya itu, kandungan antioksidan di dalamnya juga dapat mencegah keradangan. Tanpa produk mahal, 5 pilihan buahan ini dapat mencantikkan kulit anda secara semulajadi.
5 Pilihan Buahan Untuk Rahsia Kecantikan Semulajadi
1. Epal
Kandungan vitamin A dan C pada epal boleh membantu kulit anda bercahaya. Antioksidan, kalium dan magnesium yang terkandung di dalamnya juga dapat melindungi kulit dan merawat kerosakan akibat paparan radikal bebas.
Ads
2. Tembikai
Tembikai kaya dengan vitamin C, A dan B1 yang mampu membuatkan kulit seseorang sihat dan bercahaya. Ini kerana nutrisi di dalamnya mampu memperbaiki tekstur kulit tidak sekata, mencegah kerosakan kulit dan mengurangkan keradangan.
3. Lemon
Tidak hanya mencerahkan kulit, kandungan vitamin C pada lemon juga mampu melindungi kulit daripada paparan radikal bebas.
Selain itu, lemon juga bekerja untuk mengurangkan bintik hitam, hiperpigmentasi, jerawat dan menutup parut kecil pada wajah.
Ads
4. Mangga
Tidak hanya mempunyai rasa yang enak, mangga juga mempunyai pelbagai manfaat untuk kulit memandangkan ia kaya dengan vitamin A, E, C dan K serta serta flavonoid, polifenol, betakaroten, dan xantofil yang semuanya menjaga kulit tetap sihat dan bercahaya.
Mangga juga dapat membantu mengurangkan jerawat dan memperbaiki tekstur kulit.
5. Nanas
Selain vitamin C, nanas juga mengandungi vitamin A dan K yang mampu membantu mengatasi jerawat dan mengurangkan bintik-bintik hitam pada wajah.
Ads
Tidak cukup dengan itu, ia mampu melambatkan proses penuaan wajah dan membuatkan kulit nampak lebih cerah dan bercahaya.
Tidak dinafikan sejak minggu lalu anak tunggal Erra Fazira, Engku Aleesya jadi sebutan ramai dan menjadi perhatian apabila muncul cukup manis di majlis perkahwinan bapanya Engku Emran Zainal Abidin.
Mengenakan kurung moden rona cerah dengan selendang panjang cukup menyerlahkan penampilan kanak-kanak berusia 12 tahun ini.
Penampilannya meraikan majlis perkahwinan bapanya itu sangat mencuri tumpuan sekaligus mendapat pujian warga net.
Rata-rata memuji kecantikan Engku Aleesya yang dilihat sentiasa melemparkan senyuman manis sepanjang sesi fotografi bersama keluarga barunya.
cintaryna Aleesya lawa
nurul_uzair Cantiknye aleesya…like puteri raja
wan_fary Cantiknya eleesya. Manis
wawa_kosmetik02 Cantiknya engku aleesya. Paling menyerlah. Simple tapi cntik. Nampak ayu sopan. X bleh move on tengok engku aleesya ni
Ketika bertemu Erra Fazira pada majlis memperkenalkan beliau dan Wany Hasrita sebagai duta baharu pelitup muka Himaya di sebuah hotel terkemuka di ibu kota pada pagi Selasa, sempat bertanya rahsia kecantikan anak daranya ini.
Adakah beliau yang merupakan bekas Ratu Cantik dan juga seorang primadona menjaga kecantikan Aleesya seperti dirinya yang sangat mementingkan penampilan dirinya.
Menurut Erra, sebagai ibu beluau juga turut mengajar dan mengingatkan anak kesayangannya itu untuk menjaga kecantikan wajah sejak kecil lagi.
“Saya pesan macam-macam pada Aleesha supaya pakai itu ini bagi mengelakkan berlaku masalah kulit wajah dan juga bab penjagaan rambut. Tetapi sebab dia masih budak akan buat apa yang dia mahu.
“Apabila tanya dah pakai, dah katanya. Tapi bila kita tengok tak pakai. Tapi tak apa sebab saya dulu pun begitu.
“Saya ingat lagi emak membebel-bebel belum tentu kita nak pakai. Tetapi bila kita ada kesedaran barulah tahu betapa pentingnya apa yang diingatkan dulu.
“Jadi sekarang ini biarlah saya membebel-bebel pada Aleesyaa dan hopefully satu hari nanti dia ada kesederan dan nampak betapa pentingnya sesuatu benda itu,” katanya ketika ditemui ketika majlis berkenaan.
Tambah Erra, turut mengakui anaknya itu nampak lebih matang dari usia sebenar. Ini kerana setiap kali mereka berbicara macam orang dewasa.
“Ada la time dia manja, tetapi bila nak jelaskan sesuatu itu saya ada fakta, saya bagi contoh supaya dia buka minda.
“Ceritakan macam mana kehidupan, dewasa nanti apa expectaion kita. Tidak kisahlah betapa cantiknya kita, comel macam manapun nanti kalau perangai tak elok orang tak suka. Walaupun nampak wajahnya macam keliru, tapi itu tanggungjawab saya,” katanya lagi yang sering mengingatkan Aleesyaa pembawakan diri bila bersama dia dan juga ketika bapanya.
Biarpun mengakui ada cabaran tersendiri dalam membesarkan anak perempuannya yang kini meningkat remaja nanti.
“Saya sudah terasa bahangnya membesarkan anak yang makin meningkat remaja. Jadi menjadi tanggungjawab ibu-ibu zaman sekarang perlu banyak membaca untuk tambah pengetahuan dalam mendidik anak-anak,” kata penyanyi yang terkenal dengan lagu Pasrah.
Dalam majlis berkenaan, Himaya bekerjasama dengan dua ini bagi memperkenalkan dua warna terbaharu sekali gus memenuhi tuntutan pasaran pelitup muka medikal bergaya buat wanita-wanita berhijab.
Ketua Pegawai Eksekutif Anggun Kirana Sdn Bhd dan pemilik jenama Himaya, Datuk KK Chua berkata, pihaknya berbangga dapat berkerja sama dengan ikon selebriti tempatan.
“Pelitup muka medikal hijab berjaya mendapat sambutan hangat dan antara sebab utama ialah kualiti yang bagus serta berfesyen dengan pilihan warna yang menarik.
“Selain itu, dengan pengiktirafan dari Kementerian Kesihatan Malaysia untuk pelitup muka medikal Himaya yang mendapat kelulusan MDA (Medical Device Authority) juga dapat memberikan keyakinan kepada pengguna,” katanya yang turut memberitahu Himaya dilengkapi head-loop untuk keselesaan maksimum, berbeza dengan topeng muka ear-loop biasa serta diiktirafkan Asia Halal Brand Awards (AHBA).
Oleh kerana pandemik yang melanda sekarang, kebanyakan dari kita perlu bekerja dari rumah atau istilahnya WFH.
Walaupun bekerja dari rumah, tetapi tanggung jawab pada kerja sama seperti bekerja dari pejabat (WFO).
Dan kita juga akan terdedah dengan masalah stres. Apatah lagi dalam masa sama perlu menguruskan kerja-kerja rumah.
Situasi ini sebenarnya menyebabkan minda tidak sihat kerana perlu bekerja 24 jam. Jika tidak dibendung boleh membawa kepada fenomena emosi ‘burnout’.
Antara gejala burnout ini adalah seperti sentiasa berasa penat, ada masalah tidur, tidak bermotivasi untuk bekerja, sering marah-marah dan juga sakit badan dan sendi.
Perkongsian Doktor Redza Zainol ini di laman sosial twitter memberitahu bagaimana isterinya menangani masalah burnout ini.
Saya perhati je dari pagi.
Isteri saya duk baring-baring di sofa. Tak lama lepas tu, dia bangun dan masuk ke bilik. Ditariknya laptop naik ke atas katil dan dia mula tengok cerita Korea pula.
Sambil melayan cerita tu, saya nampak dia tersenyum seorang diri dari celah pintu.
“Tengok cerita apa tu?” saya tanya.
Entah dia jawab. Baru tengok katanya. Dalam hati ni, saya rasa dah 1 jam juga.
Masuk waktu tengahari, dia pergi ke meja dan mula baca buku kegemaran dia sampai ke petang.
Serius dulu saya ingat aktiviti berehat ini sia-sia je.
Dulu saya ni jenis yang agak serius. Saya cuma fikir kalau ada masa, baik kita buat kerja. Masa tu pada pendapat saya, berehat ni hanya untuk orang yang malas.
Itu dulu.
Sampailah beberapa tahun yang lepas isteri saya tak sihat waktu berpantang.
Saya kena jaga anak, kena melayan kehendak anak sepanjang hari.
Mengadap perkara yang sama setiap hari buat saya jadi letih. Penat pada fizikal dan paling ketara ialah penat pada emosi.
Waktu tu, kalau saya dapat keluar rumah sekejap pun dah rasa gembira.
Kalau dapat buat perkara lain selain dari menjaga anak, rasa lega sangat.
Masa tu baru saya sedar pengorbanan isteri saya. Banyak kali dia mengadu penat dan saya cakap rehatlah.
Saya silap.
Selama ni saya ingatkan dia penat fizikal, rupanya dia penat pada emosi. Penat pada emosi itu tak boleh hilang dengan tidur atau rehat semata-mata.
Sebenarnya, selama ni isteri saya ambil masa berehat hanya untuk dia keluar dari “Emotional burnout”.
Suami kena hati-hati. Penat pada emosi ni tak nampak pada mata kasar.
Kadang-kadang, suami nampak isteri macam malas sebab terbaring lesu. Tak ramai faham, itu bukan malas tetapi kemungkinan besar si isteri itu sedang burnout.
Suami kena hati-hati. Penat pada emosi ni tak nampak pada mata kasar.
Kadang-kadang, suami nampak isteri macam malas sebab terbaring lesu. Tak ramai faham, itu bukan malas tetapi kemungkinan besar si isteri itu sedang burnout.
Percayalah, bila isteri dapat cukup rehat begini, dia akan mula bekerja keras semula untuk keluarga.
Sebab waktu tu, emosi dan psikologinya jadi segar dan terjaga semula.
Bantu saya #sebarkan supaya lagi ramai suami isteri yang tahu. Kesihatan mental sama penting dengan kesihatan anggota badan yang lain
Nak pakai foundation pun ada tip dan caranya, kalau tidak hasilnya jadi bercapuk, tak smooth atau pun cakey.
Mungkin ada yang rasa tak selesa sapu foundation atau bedak asas ini tetapi sebenarnya kalau ada ilmu mekap, anda mampu tutup cela di wajah dengan cara yang lebih muda. Malah wajah nampak lebih bersih dan cantik!
Sekiranya kamu hadapi situasi ini, jangan risau kerana setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Salah satunya, ikut tip yang dikongsi oleh makeup artist keluarga Kardashian-Jenner, Mary Phillips.
Dedah makeup artist ini bila nak pakai foundation, Mary akan berpegang pada tiga tip berikut. Barulah foundation nampak smooth, seolah-olah tidak sebarang produk di wajah.
Ikut langkah-langkah ini:
Tip 1: Picit atau letak foundation di belakang tapak tangan. Tujuaannya untuk tetapkan berapa banyak foundation yang sesuai dan cukup untuk digunakan di seluruh wajah.
Tip 2: Pastikan pakai foundation bermula di bahagian tengah wajah dulu. Kemudian sapu keluar ke arah garis rambut, supaya foundation tak melekat dengan banyak di rambut.
Tip 3: Akhir sekali pastikan kamu sapu foundation guna berus dalam upward strokes (gerakan ke atas).
Bagi anda yang baru belajar pakai foundation, jangan lupa ikut langkah-langkah di atas, cara ini sesuai untuk setiap jenis kulit wajah. Barulah mekap nampak kemas!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!