Minuman bergas (bersoda) memang tidak asing kerana ianya menjadi pilihan utama kita terutama semasa makan di restoran makanan segera.
Tetapi tahukah anda bahawa satu tin (300 ml) minuman bersoda ini, terdapat sembilan sudu besar gula di dalamnya?
Namun, terdapat juga minuman “diet bersoda” dengan kosong kalori sekaligus memberi tanggapan yang baik terhadap diet bersoda ini.
Ads
Gambar sekadar hiasan.
Namun adakah minuman diet bersoda ini benar-benar sihat kerana tiada kandungan gula dan kalori
Walaubagaimanapun, adakah minuman diet bersoda ini benar-benar sihat kerana tiada gula dan kalori?
Untuk minuman diet bersoda ini, mereka menggunakan pemanis tiruan (gula sintetik) yang kini sering dikaitkan dengan obesiti dan diabetis.
Pemanis tiruan ini mampu memberikan rasa yang lebih manis daripada gula putih dalam jumlah sedikit. Terdapat pelbagai jenis pemanis tiruan yang sering digunakan di dalam makanan seperti Aspartame, Sakarin, Sucralose, dll.)
Mengapa pemanis tiruan ini bebas kalori?
Ini kerana pemanis tiruan ini tidak dipecahkan semasa pencernaan ke dalam gula semulajadi seperti glukosa, fruktosa dan galaktosa, yang kemudiannya digunakan untuk tenaga atau diubah menjadi lemak.
Ads
Ini berbeza dengan pemanis tiruan kerana mereka tidak ditukar kepada kalori. Contohnya, aspartame yang menjalani proses metabolik yang berbeza yang tidak menghasilkan gula mudah.
Contoh lain seperti sakarin dan sucralose yang tidak dipecahkan sama sekali tetapi terus diserap ke dalam aliran darah dan diekskresikan melalui air kencing.
Gambar sekadar hiasan.
Sebenarnya pengambilan kandungan pemanis di dalamnya akan menyebabkan badan gagal mengawal pengambilan kalori dan mengakibatkan obesiti.
Walaubagaimanapun, ini bukanlah alasan untuk mengamalkan diet bersoda. Ini kerana, pemanis ini dapat mengubah proses metabolik yang sihat dengan cara lain, khususnya dalam usus.
Ads
Pemanis tiruan, seperti sakarin dapat menukar jenis dan fungsi mikrobiotik usus dan komuniti mikroorganisma yang hidup di dalam usus. Aspartame pula mampu mengurangkan aktiviti enzim usus yang biasanya melindungi usus daripada diabetes jenis 2.
Kajian lain juga mendapati pengambilan satu tin diet bersoda sehari secara berterusan boleh menganggu metabolisme sekaligus menyumbang kepada pengumpulan lemak dan menyumbang kepada penyakit jantung. Pemanis tiruan ini juga menyebabkan badan gagal mengawal pengambilan kalori seterusnya menyebabkan obesiti.
Walaupun terdapat banyak kontroversi kesan gula tiruan ini, ianya tidak menjadi masalah jika diambil secara sederhana dan tidak berlebihan.
Ramai orang mendakwa, kononnya penggunaan deodoran boleh menjadikan kulit ketiak gelap.
Tetapi realitinya, ketiak gelap boleh disebabkan oleh kaedah pencukuran, geseran dan kondisi kulit yang disebut sebagai acanthosis nigricans.
Dalam beberapa kes, warna bawah lengan yang gelap juga boleh terjadi dek kerana faktor genetik.
Hapuskan Masalah Ketiak Gelap, Exfoliate Dulu Dan Pilih Deodoran Ada Bahan Ini
Kalau anda ada masalah ketiak gelap, cari deodoran yang ada Alpha Arbutin dan Niacinamide, macam yang saya sedang guna ni.
Rajin-rajin exfoliate badan dua atau tiga kali seminggu, buang daki badan itu. Texture kulit pun makin lembut.
Kemudian pakailah deodoran tanpa rasa waswas, cari deodoran dengan agen pelembab dan tidak mengandungi alkohol atau paraben untuk menjaga keadaan kulit ketiak anda.
Namun, kalau anda mahu kurangkan masalah ketiak gelap dengan bahan alami, ini dua bahan yang cukup membantu.
Guna Lemon
Lemon adalah pemutih kulit secara semula jadi yang mungkin mampu untuk mencerahkan kembali semua bahagian pada tubuh badan yang gelap termasuk kulit bawah lengan.
Lemon juga berfungsi menghilangkan bau bahan antiseptiknya. Cuma, pastikan anda tidak selalu gosok pada ketiak kerana ini boleh jadi punca iritasi.
Kunyit
Kunyit juga efektif untuk mengembalikan tona warna ketiak, memulihkan iritasi dan alergi serta menyelesaikan masalah pigmentasi hanya dengan serbuk atau ekstrak.
Untuk lebih berkesan, anda juga mungkin boleh jadikan kunyit sebagai masker untuk bahagian kulit tubuh badan termasuklah pada ketiak.
Sementara itu, menerusi satu ciapan @secretlyfura, ini deodoran paling berfungsi untuk kawal bau peluh dia guna sebelum pergi gym dan setiap hari.
Tambahan baunya segar macam mint, vibes minyak angin gitu. Best! Anda boleh lah cuba!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masih ingat dengan penyanyi wanita, Waheeda Wassini yang sekian lama menyepi dari industri hiburan?
Haaa.. rupanya Waheeda masih belum melupakan minatnya dalam bidang muzik. Walaupun tidak lagi muncul di kaca televisyen, Waheeda sebenarnya masih bergiat aktif dalam dunia seni yang diminatinya.
Lama Waheeda Wassini Menyepi, Rupanya Masih Aktif Dalam Dunia Seni
Menerusi sebuah video yang tular di laman TikTok, rata-rata warganet meluahkan kerinduan terhadap penyanyi muslimah ini.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat mula mengimbau semula kenangan ketika zaman Waheeda begitu popular dengan kecantikan dan keayuaan dirinya dalam berpakaian dan bertudung.
Terdahulu menerusi sebuah laporan berita, wanita yang berusia 45 tahun itu akui sukar untuk menjauhkan dirinya dari seni muzik, namun dia memilih untuk berhijrah setelah mendirikan rumah tangga.
“Niat asalnya, saya ingin meletakkan noktah dalam dunia nyanyian. Namun dalam diri saya, saya rasa tak boleh (berhenti).
“Pendapat saya, ini adalah kerja Allah, walau macam mana pun saya menolak, ia tetap kembali,” kata Waheeda yang menikahi penyanyi nasyid, Akhil Hayy.
“Saya sebenarnya pemuzik di hati. Lima tahun saya dihantar ke kelas muzik, sampai sekarang, tetap muzik dalam hati saya. Muzik tidak salah kerana ia sebahagian daripada fitrah manusia.
“Namun, saya meletakkan diri sebagai pemuzik, bukan penyanyi. Jadi, apabila anda pemuzik, anda tidak akan berhenti.
Sudah hampir dua tahun kita hidup dalam pandemik Covid-19 sejak ia tercetus awal tahun 2020.
Dan sejak itu jugalah kita perlu menjalani hidup dengan situasi berbeza berdepan ‘new norm’ serta mengikut SOP ditetapkan.
Bukan itu saja, seluruh dunia juga perlu menerima suntikan vaksin sebagai perlindungan untuk diri daripada jangkitan virus ini.
Walaupun kerajaan mengadakan kempen kesedaran mengenai perlunya mengambil suntikan vaksin ini, namun ada juga golongan yang menolaknya.
Sejak itu timbul bermacam-macam mitos menakutkan orang lain mengenai vaksin yang juga telah hampir mencapai sasaran imuniti kelompok
Perkongsian Dr. Arisman MD di laman sosial Facebook mengenai 7 mitos popular mengenai virus merbahaya ini.
7 MITOS TENTANG VAKSIN COVID-19
MITOS 1: Vaksin Covid-19 mRNA boleh menyebabkan spike protein hidup dan membiak selama-lamanya dalam tubuh badan kita.
MITOS 2: Vaksin Covid-19 mempunyai bahan logam magnet yang disuntik pada tempat suntikan. Menjadikan badan kita magnetik.
MITOS 3: Vaksin Covid-19 diperbuat dari unsur-unsur babi dan haram.
MITOS 4: Vaksin Covid-19 boleh mengubah struktur DNA kita. Ia akan mengubah kod genetik anak kita jika disuntik pada ibu mengandung. Tingkah laku manusia akan berubah kerana ini.
MITOS 5: Vaksin Covid-19 mengandungi microchips.
MITOS 6: Vaksin Covid-19 boleh menyebabkan badan kita dijangkiti Covid-19 dan jatuh sakit.
MITOS 7: Vaksin Covid-19 boleh menyebabkan ujian PCR menjadi positif.
Ini semua adalah kumpulan mitos. Ianya adalah tidak benar dan hanya mengelirukan. Tujuan mereka (antivax) sebarkan MITOS ini adalah untuk menakutkan dan menghasut supaya tidak mengambil vaksin tetapi ambillah produk-produk sampah kesihatan yang mereka jual atau promosikan.
Jawapan kepada setiap mitos ini sudahpun dijawab dalam penulisan-penulisan saya sebelum ini dan doktor-doktor bertauliah lain dalam media sosial. Termasuklah Fb KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA sendiri.
Dr. Arisman, MD.
Sumber: CDC and WHO / Myths and Facts about Covid-19 vaccines