Pernah atau tidak anda mengalami situasi tercekik tulang ikan dan akan menggunakan petua makan nasi bergumpal untuk mengeluarkannya.
Ada yang berjaya dan ada yang gagal mengeluarkan tulang berkenaan hingga menyebabkan terpaksa dimasukkan ke hospital gara-gara masalah ini.
Perkongsian di laman twitter Dr Che Puteh Osman yang juga bertugas sebagai Senior Lecture, memberitahu bagaimana dirinya boleh tercekik tulang ikan dan pengajaran daripada peristiwa ini.
Menurutnya, jika tidak pasti tulang apa yang terlekat tak payah makan nasi gumpal kerana boleh menyebabkan sesuatu yang tidak dijangka seperti peristiwa dialami.
Saya baru keluar hospital. Kisahnya saya tercekik tulang ikan hari Khamis yang lepas.
Ceritanya agak kelakar dan sadis juga. Kecuaian saya ketika makan menyebabkan saya terpaksa ditidurkan untuk mengeluarkan tulang ikan yang tersangkut di esofagus.
Ads
Pagi Khamis agak sibuk bagi saya. Saya memasak kari ikan awal pagi, sebelum memulakan syarahan. Selesai syarahan dan pastikan anak-anak makan, saya pun makan. Nasi sesenduk, ikan termenung, bendi dan kuah melimpah.
Ketika saya suap kali pertama, terus rasa benda tersangkut.
Saya cuba melepaskan tulang itu dengan makan nasi digumpalkan. Ia membuatkan tulang ikan bergerak lebih ke dalam dan masih tersangkut. Setelah gagal, saya bergegas ke unit kecemasan hospital berhampiran.
Kemudian doktor yang memeriksa tidak dapat melihat tulang. Saya dirujuk ke pakar ENT. Scope juga tidak nampak kedudukan tulang. Doktor ENT cadangkan xray. Barulah nampak tulang tersangkut di cartilage di esofagus.
Ads
Maka pakar ENT cadangkan supaya ia dikeluarkan dengan pembiusan am. Saya perlu ditidurkan supaya tulang ini dapar dikeluarkan. Selepas 6 jam dari waktu terakhir saya makan, saya diberi bius penuh. Pukul 8.30 malam ditidurkan dan 9.30 malam terjaga kembali setelah selesai prosedur
Nampak saya kecil, rupanya besar juga. Jadi, ambillah pengajaran kisah saya, jangan berangan semasa makan, jangan tengok handphone atau bergurau ketawa. Mujurlah tulang ini ke esofagus dan bukannya trakea.
Ads
Dan janganlah makan nasi gumpal kalau tidak tahu tulang apa yang tersangkut. Saya pernah saya buat sebelum ini berjaya, saya tidak bernasib baik kali ini. Sebenarnya kalau saya tak paksa makan nasi gumpal, ia boleh dibuang tanpa peru pembiusan am.
Ramai antara kita yang menggemari hidangan telur. Telur merupakan sumber protein paling mudah dan murah dan sangat bagus untuk kesihatan tubuh badan kita.
Namun ramai yang keliru adakah pengambilan telur rebus atau goreng lebih baik dan berkhasiat.
Apakah kandungan telur ini serupa dan bagaimana jika diambil secara berlebihan. Perkongsian dari Syaza Nutritionist menjelaskan perihal telur untuk elak keliru.
Telur Goreng VS Telur Rebus
Telur menjadi salah satu sumber makanan padat nutrien yang paling murah dan paling mudah diakses.
Telur juga boleh dipelbagaikan dari segi masakan, mudah dan boleh digabungkan dengan pelbagai makanan lain.
Cara yang paling mudah dan paling popular adalah telur rebus dan telur goreng.
Pasti anda tertanya-tanya pilihan manakah yang paling bagus jika ingin mengamalkan gaya hidup yang sihat terutamanya melalui kiraan kalori.
Jika mengikut kadar kalori telur rebus mempunyai kalori yang lebih rendah berbanding telur goreng. Jadi ia boleh menjadi pilihan terbaik
Bagi yang ingin mengawal kalori sebagai sumber protein.
Manakala dari segi jumlah vitamin, telur goreng memiliki jumlah vitamin akan berkurangan berbanding telur rebus. Dengan makan telur rebus maka anda akan mendapat 15 peratus daripada nilai harian yang disyorkan untuk riboflavin, 10 peratus daripada nilai harian yang disyorkan untuk vitamin B12 dan 11 peratus daripada nilai harian yang disyorkan untuk vitamin D.
Untuk makluman, riboflavin membantu menghasilkan sel darah merah dan menukar karbohidrat menjadi tenaga. Vitamin B12 adalah perlu untuk sistem saraf dan fungsi otak, manakala vitamin D memainkan peranan dalam fungsi imun dan penyerapan kalsium.
Telur goreng mempunyai kandungan mineral yang sedikit lebih tinggi daripada telur rebus. Mineral yang telur goreng yang terkandung dalam kuantiti yang banyak adalah fosforus, di mana satu telur goreng bersaiz besar menyediakan 10 peratus daripada nilai harian yang disyorkan. Manakala telur rebus menyediakan kira-kira 9 peratus daripada nilai harian yang disyorkan untuk mineral ini.
Fosforus adalah penting untuk tulang yang kuat, menghasilkan DNA, dan penting untuk fungsi buah pinggang.
Ramai yang mengatakan bahawa kandungan kolesterol dalam telur goreng adalah lebih tinggi, kerana ia digoreng menggunakan minyak. Tetapi, nilai kolesterol dalam telur rebus atau telur goreng sama, iaitu 258 mg.
Diet yang sihat had penggunaan kolesterol adalah 300 mg sehari. Jadi, dengan makan 1-2 telur setiap hari, sama ada direbus atau digoreng, sudah cukup untuk memenuhi keperluan badan untuk kolesterol yang baik.
Walaubagaimanapun, makan telur adalah sihat. Tubuh manusia masih memerlukan kolesterol yang baik. Telur kaya dengan vitamin, mineral protein dan mengandungi semua asid amino yang berguna untuk membuat hemoglobin baru, enzim, hormon, dan sel- sel. Jadi makanlah telur untuk mendapatkan manfaat nutrisi tapi ingat kawalan kuantiti adalah penting.
5 Mitos Tentang Telur
Nak amalkan corak pemakanan yang betul biar berdasarkan fakta bukan mitos. Barulah diet yang dijalankan akan lebih berkualiti dan tidak stress.
1. Telur menyebabkan peningkatan kolesterol
Ramai yang beranggapan bahawa makan telur/udang/kambing dan makanan lain yang mengandungi kolesterol akan meningkatkan kolesterol dalam darah dan seterusnyan menjadi penyebab risiko sakit jantung.
Faktanya : Kolesterol dalam makanan memang boleh mempengaruhi kolesterol dalam darah, tetapi sebenarnya majoriti kandungan kolesterol adalah dihasilkan oleh tubuh kita sendiri.
Kolesterol yang tinggi selalunya disebabkan oleh diet dan hidup yang tidak sihat seperti stress, kurang tidur, merokok, kurang senaman dan lain-lain, bukan sekadar disebabkan oleh makan telur, udang, kambing semata.
Buktinya: Ramai je yang dah jadi anti telur, anti udang, anti kambing tapi kadar kolesterol masih tinggi.
2. Telur mentah lebih tinggi kadar protein
Ramai yang beranggapan pengambilan telur mentah boleh membantu mendapatkan kadar protein yang lebih tinggi.
Faktanya: kadar protein dalam telur adalah sama walaupun telah dimasak. Yang berkurangan hanyalah dari segi vitamin dan mineral.
Walaubagaimanapun, kita tidak digalakkan untuk makan telur mentah ini adalah untuk mengelakkan risiko jangkitan salmonella.
Selain itu, penyerapan protein melalui telur yang telah dimasak adalah lebih tinggi berbanding telur mentah.
3. Putih telur adalah lebih baik berbanding kuning telur
Ramai yang beranggapan telur putih adalah lebih baik berbanding telur kuning.
Faktanya: vitamin dan mineral pada telur lebih banyak terkandung dalam kuning telur. Antara vitamin yang ada ialah: vitamin D, vitamin A, vitamin E, Choline, Lutein, Zeaxanthin yang berfungsi untuk menjaga kesihatan tubuh badan.
Jika tidak makan kuning telur, maka sebahagian mineral dan vitamin ini tidak diperolehi.
4. Kuning telur menyebabkan gemuk
Beberapa orang takut nak makan telur kuning sebab risau naik berat.
Faktanya: kuning telur mengandungi protein dan zat bermanfaat seperti vitamin D dan choline dimana membantu menyerap kalsium dan meningkatkan fungsi hati. Ini dapat mengelakkan kejadian hati yang berlemak. Selain itu, menurut The American Heart Association menyatakan 1 biji telur sehari bagus untuk amalan diet yang lebih sihat.
5. Wanita hamil tidak boleh makan telur
Ini sering menjadi dilema buat semua wanita hamil kerana ada larangan untuk pengambilan telur. Ini hanyalah mitos!
Faktanya: telur adalah sumber protein yang tinggi, vitamin, mineral dan asid amino. Jadi wanita hamil amat digalakkan untuk makan telur, ikan dan kekacang. Cuma wanita hamil perlu mengelakkan pengambilan makan telur yang mentah untuk elak risiko jangkitan samonella.
Siapa kita hambanya yang boleh menidakkan kuasa Allah. Segala yang kita rancang adalah dengan kehendakNya. Begitulah juga dengan takdir yang telah tersurat.
Bagi Siti Rohayu Ibrahim, 31 tahun tidak menyangka kalau dulu suaminya Muhamad Ridhwan Mohd Zaki hanya mampu terbaring lemah dan mengalami hilang ingatan akibat kemalangan jalan raya pada 2017.
Biarpun suaminya begitu, dia sebagai isteri tetap setia dan tabah menjaga kebajikan suaminya serta anak yang masih kecil.
Malah turut mengabadikan kisah pengorbanan dalam sebuah novel bertajuk 100 Hari Catatan, Menggapai Syurga Terindah.
Menurutnya dia akan menjaga suaminya yang terlantar itu hingga ke hujung nyawa. Dan kini setelah 5 tahun peristiwa ngeri itu, suaminya kini mula beransur sihat seperti biasa.
Ternyata keajaiaban yang Allah berikan itu benar-benar memberi seribu rahmat dan kesyukuran tidak terhingga buat dirinya.
Menerusi platform TikTok, Siti Rohayu berkongsi beberapa video mengenai kesihatan suaminya yang dilihat mula menunjukkan perkembangan positif sejak akhir tahun lalu.
Koleksi video lain memaparkan Muhamad Ridhwan sudah boleh bertutur secara perlahan-lahan dengan bergurau senda bersama isterinya selepas beberapa tahun terlantar ‘membisu’ tanpa kata.
Malah dia juga sebagai isteri yang setia tidak pernah rasa jemu untuk mengembalikan ingatan suaminya.
Ternyata pengorbanan Siti Rohayu ini mendapat pujian ramai kerana dilihat tidak berputus asa dalam menjaga kebajikan suaminya yang ketika itu sakit.
Malah, rata-rata turut tumpang gembira melihat daya ingatan Muhamad Ridhwan kembali pulih serta keadaan fizikal yang sihat sekali gus bersyukur dengan kebesaran Allah SWT.
Wanita memang cukup suka dengan petua naikkan seri wajah, maklum lah semkain berusia, semakin rasa ada kekurangan di wajah.
Kalau bukan kedut, mungkin akan nampak kusam dek kerana kurang masa membelai wajah sendiri. Kali ini anda boleh cuba tip cantik daripada Puan Sarifa Redzuan, petua yang digunakan oleh orang dulu-dulu dan sememangnya berkesan.
Jimat poket dan caranya mudah sahaja, jom baca.
Naikkan Seri Wajah Guna Cara Orang Lama, Sembur Saja Bila Perlu
Orang dulu-dulu nak naik seri, mereka minum air rebusan inai dan kunyit hidup. Air ini juga dibuat basuhan muka untuk cantikkan kulit dan untuk basuhan faraj.
Lebihan air ini saya buat spray muka. Letak dalam peti sejuk. Sejuk-sejuk spray muka memang seronok.
Bahan-bahan diperlukan:
Segenggam daun inai segar
1 ketul kunyit hidup size sederhana kecil
Cara penyediaan:
– Basuh bersih daun inai dan kunyit. Kemudian rebus dengan 2 cawan air sampai didih. Tutup api biar suam dan tapis.
1. Untuk buat minum
– 1/2 cawan air rebusan tu di tambah dengan 1-2 sudu madu asli. Boleh amalkan seminggu 2 kali.
2. Untuk kecantikan wajah
– Masukkan dalam botol spray dan simpan dalam peti sejuk. Boleh spray wajah setiap
hari.
– Selain itu, setelah mendidih boleh tuang dalam besen sederhana dan buat wap muka. Boleh amal seminggu 2 kali. Bagus untuk kecutkan jerawat
3. Untuk cucian atau rendaman faraj
– Lepas didih masukkan dalam air rebusan besen dan tambah air untuk suam. Boleh cuci atau buat rendam.
Nanti cuba, ya! KAlau anda rajin sembur dua kali seminggu pun sduah mencukupi untuk naikkan seri wajah.