Hari ini pastinya detik paling menggembirakan buat selebriti yang juga pengacara, usahawan popular Neelofa apabila sah diijabkabulkan dengan pasangannya Haris Ismail atau lebih dikenali dengan nama PU Riz.
Pasangan ini dinikahkan oleh adik kandung Neelofa, Mohd Aqief Mohd Noor.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memberikan khutbah dan tazkirah ringkas pada hari bahagia pasangan itu.
Dapat dilihat majis berjalan cukup sempurna dengan kehadiran 200 tetamu terdiri daripada sanak saudara serta rakan terdekat kedua-dua-dua pihak.
Dekorasi dewan cukup indah ini seperti berada di sebuah taman dengan hiasan bunga segar memberi ketenangan kepada pengantin dan tetamu yang datang.
Bertemakan ala kayangan dengan rona putih menghiasi seluruh dewan yang diserikan dengan keindahan bunga segar seperti berada dalam taman.
Dikatakan sebanyak 4 tan bunga segar berwarna putih digunakan untuk menghiasi pelamin yang direka berbentuk Jabal Rahmah ini oleh Reeka Temor, yang sering dikaitkan sebagai lokasi untk memohoh jodoh.
Terdapat sekitar tujuh jenis bunga berwarna putih digunakan termasuk mawar, orkid dan baby breath.
Malah bukan itu saja tetamu yang hadir pula berpakaian baju kurung, berbaju Melayu atau jubah berwarna putih yang menjadi tema atas permintaan pihak pengantin.
Ads
Pengantin baru Neelofa juga tampil sangat antik mengenakan dress labuh warna putih ditaburi batuan indah rekaan pereka fesyen Alia Bastamam.
Biarpun mengenakan niqab, namun terserlah keserian dan kejelitaan pengantin baru mendapat sentuhan jurumekap Sharman Yee, disebalik niqab dipakai. Malah turut mendapat pujian netizen.
Mengulas detik perkenalannya, Neelofa yang juga seorang usahawan berkata, dia mengenali PU Riz pada Jun, 2017.
“Bagaimanapun, saya bekerjasama buat kali pertama dengan suami untuk sebuah projek pada 2018.
“Selepas kolaborasi ini, kami tidak berhubung sehinggalah setahun kemudian. Dari titik pertemuan semula ini, kami mula mengenali hati budi masing-masing,” katanya.
Ads
Bekas pengacara MeleTOP itu berkata, suami seorang yang sangat baik, lemah lembut dan matang.
“Apabila berbual dengannya, saya boleh bincangkan banyak hal dan ia membuatkan saya berasa selesa.
“Dia juga pendengar yang baik dan sentiasa cuba membantu memberi solusi jika saya menghadapi sebarang kesukaran dan masalah,” kata Neelofa.
Rapi ucapkan Selamat Pengantin Baru buat Neelofa dan Pu Riz, Moga keduanya kekal bahagia till jannah.
Kata orang untuk berjaya kena mencari ilmu sebanyak mungkin. Bukan itu saja, dalan misi diet juga kena ada ilmu agar tidak tersalah cara yang salah.
Seperti perkongsian wanita ini Siti Izah Acidic ZH yang berjaya lenyapkan berat badan hingga mencapai berat ideal.
Kalau dulu beratnya sekitar 72 kg dan kini mampu tersenyum kerana memiliki berat ideal iaitu 41.6 kg. Berjaya hilangkan 31 kg dalam masa 4 bulan saja.
Ketika mula mengamalkan diet dia hanya follow cara orang melalui grup Diet Suku-Suku Separuh.
Dan bila PKP dan bekerja dari rumah secara tidak engaja mengikut live coach Izi Yahaya dari VistaFitt di Facebook.
Dan dengan usaha cuba cara diet mengikut saranan diberikan, dia berjaya capat berat 56 kg. Tetapi kemudian berat stuck pada angka berkenaan sebelum Coach sarankan pula join kelas lain.
Kemudian dia masuk kelas Nak Ubah Badan & Advance Ilmu Kurus dan tuntut ilmu diet yang betul.
Menurutnya perkara utama sebenarnya adalah menuntut ilmu diet dengan betul. Kedua kena bijak kuasai mindset dan terakhir kena disiplin betul-betul.
Jika ketiga-tiga dapat dicapai, insya-Allah baru boleh fokus diet pemakanan.
Siapa sangka berkat pembelajaran ilmu diet, dia berjaya mendapat berat diidamkan iaitu sekitar 41.6 kg dalam masa hanya 4 bulan.
Apabila tercapai, terasa macam mimpi mendapat BMI yang ideal. Ternyata berbaloi apa yang telah diusahakan selama ini.
Baginya memang berbaloi join kelas coach Izi Yahaya VistaFitt.
Ini kerana Coach ajar cara diet makan apa saja. Makanan real food 5 kali sehari ikut sukatan keperluan kalori harian kita tanpa ubat produk dan juga suplemen.
Menurutnya juga diet diamalkan ini diet yang sangat enjoy dan sustainable. Jadi bagi sesiapa pun boleh capai impian bila ada ilmu.
Seperti mimpi bila kurus tanpa sedar.
Dulu pun gemuk tak sedar. Sakit tumit, asyik la terpelecok bila berjalan. Bangun pagi terhencot-hencot berjalan. Solat pun macam-macam kesulitan.
Paling sadis, orang kutuk macam-macam… Gemuk, hodoh tak sedar diri
Bila hati sedih, nekad ubah diri.
Dari 72kg dahulu ke 41.6kg sekarang.
Memang momentum personality.
Solat pun mudah. Sakit tumit, sakit lutut pun tiada lagi.
Seronok toksah habaq la.
Sesiapa pun pasti boleh capai impian. Kuasai mindset dan disiplin betul-betul.
Setiap kali melihat lakonannya di kaca televisyen, mata pasti terpukau dengan kecantikan dan keanggunan wanita kelahiran Kuala Langat Selangor ini
Malah tatkala melihat raut wajahnya penuh kelembutan dengan susuk tubuh yang langsing bagaikan tidak percaya aktres berdarah Filipina-Melayu ini sudah menjangkau usia 53 tahun.
Dalam satu artikel Astro Gempak, Maria yang ditanya pengikutnya di laman InstaStory bagaimana dia menjaga tubuh, rambut dan kulit memandangkan Maria kelihatan lebih muda daripada usia sebenar.
Dia juga sebenarnya sangat beruntung kerana dilahirkan dalam keluarga yang mewariskan wajah baby face dan tiada masalah kulit.
Menurut pelakon serba boleh ini, segala yang menyerlahkan kecantikan seseorang itu bermula dari minda.
“Segalanya tentang minda. Jika kamu terasa muda dan gembira, ia akan terlihat pada penampilan kamu. Oleh sebab itu kamu perlu sentiasa berpandangan positif dalam hidup dan jangan benarkan perkara negatif memasuki hidup kamu.
“Untuk kekal muda pula kita kena jaga kesihatan, mangan merokok, selalu menjadi baik dan mangan kuat mengumpat,” katanya mengingatkan pengikutnya supaya melakukan perkara digemari untuk kekal muda, selain sentiasa berfikir benda-benda elok saja.
Manakala dalam satu temubual di Majalah Nona, Maria yangmempunyai pesona aura jelita seperti anak dara ini memberitahu dia sebenarnya tidak mempunyai rutin penjagaan kulit wajah yang khusus.
“Sebenarnya dahulu saya tidak menjaga kulit dengan begitu serius. Namun, bila usia dah meningkat 50 tahun dan bila lihat perubahan ketara pada kulit saya jadi risau.
“Malah apabila berada dalam industri ini memerlukan saya untuk menjaga kecantikan diri. Kalau tidak, tak ada produser yang akan panggil kita berlakon lagi. Saya tak boleh duduk diam dan masih nak berlakon. Oleh sebab itu barulah saya risau tentang penjagaan diri.
“Sejujurnya saya tidak ada rutin penjagaan kulit kerana kulit saya sangat sensitif. Saya tak boleh guna produk yang diaplikasi ke kulit secara terus. Jika salah produk pasti akan keluar ruam atau kulit jadi gatal.
“Cara saya menjaga kecantikan kulit adalah membersihkan kulit dengan tisu basah sahaja, itu pun dengan jenama tertentu sahaja,” katanya yang menolak rawatan cucuk wajah kerana lebih suka yang natural.
Menurut pemilik nama Maria Farida Atienza ini juga memberitahu susuk tubuhnya yang langsing bukan sebab dia tak makan nasi. Seperti orang lain, Maria juga makan nasi dengan lauk kegemaran.
“Siapa kata saya tak makan nasi. Hari-hari saya makan nasi dengan lauk kegemaran saya. Cuma bila saya on set shooting, saya akan kurangkan nasi. Ini kerana bila shooting kita akan nampak besar. Jadi bila tak shooting time itu saya akan gasak semua nasi,” ujar ibu kepada 3 anak ini yang turut melakukan kaedah diet intermittent fasting.
Menurut isteri kepada Datuk Abdul Rahman Shakur dia akan berhenti makan sebelum pukul 8 malam dan makan semula pada pukul 12 tengah hari.