Ubi kentang biasanya menjadi pilihan bahan untuk ditambah dalam masakan kari atau kurma.
Namun disebabkan membelinya dalam kuantiti banyak menyebabkan ada antara ubi kentang ini yang tumbuh tunas berwarna hijau.
Adakah selamat untuk kita makan ubi kentang yang mempunyai tunas sebegini atau ada bahaya yang tidak kita ketahui.
Perkongsian Pensyarah Kanan Kimia dan Penyelidik UiTM yang juga Pengasas Makmal Makanan (MAMA), Dr Fatimah Salim menjelaskan persoalan ini.
KENTANG BERTUNAS DAN BERWARNA HIJAU MENGANDUNGI RACUN?
Benar, ubi kentang (Solanum tuberosum) yang bertunas atau berwarna hijau menunjukkan kehadiran bahan kimia semulajadi yang bersifat toksin iaitu alkaloid glikosida seperti solanin (struktur kimia di bawah ).
Selain daripada ubi kentang, bahan kimia toksin ini juga terdapat pada tomato (Solanum lycopersicum), terung (Solanum melongena), iaitu tumbuhan dari genus Solanum.
Ads
Kehadiran bahan kimia toksin ini dapat dilihat dengan adanya warna hijau pada ubi kentang. Warna hijau ini sebenarnya disebabkan oleh kehadiran bahan kimia klorofil, namun meningkatnya klorofil ini menandakan banyaknya bahan kimia solanin terbentuk di situ.
Selain daripada warna hijau dan tunas sebagai penanda, bahagian kentang ini juga berasa pahit. Dan semakin tinggi terang warna hijau, semakin tinggi juga kandungan toksin yang wujud.
Bahan kimia toksin ini sebenarnya dihasilkan pada tunas sebagai salah satu cara (aka mekanisma) pertahanan ubi kentang untuk memastikannya tidak dimakan, serta tumbuh dan membesar dengan jayanya.
Sama seperti rebung atau pucuk sayuran lain. Boleh baca ulasan saya mengenai rebung di pautan ini
Bahan kimia toksin semulajadi ini tidak akan termusnah dengan haba memasak, namun kandungannya akan berkurangan sekiranya direbus dan air rebusan dibuang.
Antara kesan keracunan toksin ini ialah gatal pada mulut, pening, loya, muntah, cirit-birit, sakit perut… yang mana boleh berlarutan kepada radang, sakit sendi serta mampu menyebabkan lumpuh, kecatatan kepada bayi dalam kandungan dan kematian.
Pun begitu, kesan-kesan ini adalah bergantung kepada jumlah (aka dos) toksin yang wujud dan ketahanan sistem badan individu. Ada yang boleh terkesan dengan jumlah yang hanya sedikit, ada pula yang tidak. Bagi keracunan dengan simptom ringan, badan kita mampu detox sendiri.
Jadi ubi kentang ini sudah tidak boleh makan?
BOLEH, dengan membuang bahagian yang ditumbuhi tunas atau bahagian yang berwarna hijau. Ini kerana bahan kimia toksin ini hanya tertumpu pada tunas dan berhampiran kulit kentang yang berwarna hijau sahaja.
Guna Masker Putih Telur, Rahsia Kulit Nabila Razali Lebih Anjal & Awet Muda Di Usia 30 Tahun. Semalam merupakan hari lahir yang ke 30 buat penyanyi Nabila Razali. Walaupun sudah melangkah ke 3 series, namun raut wajah penyanyi ini masih seperti budak sekolah menengah.
Seiring dengan pertambahan usia, Nabila dikenali sebagai seorang artis yang sangat menjaga penampilan diri terutama bab kecantikan wajah.
Biarpun gaya hidup lebih kepada unsur moden, tetapi rupanya penyanyi lagi ini lebih selesa memilih petua lama untuk kecantikan wajah yang nampak lebih glowing dan anjal serta awet muda.
Guna Masker Putih Telur, Rahsia Kulit Nabila Razali
Menurut Nabila, dia rajin mengamalkan pemakaian putih telur sebagai masker. Petua ini yang telah lama diamalkan dan dipercayai dari perkongsian orang lama.
Pengambilan putih telur yang diambil untuk dijadikan masker pada kulit dan kemudiannya dibiarkan selama 5 minit sebelum dibasuh bersih.
Setelah dicuci, akan terlihat hasilnya kulit menjadi lebih anjal, awet muda dan lebih berseri. Tambah Nabila lagi, biasanya dia akan mengamalkan pemakaian masker putih telur ini tiga kali seminggu.
Selain itu bagi memastikan dirinya kkal sihat dan bertenaga, Nabila juga akan memastikan dia minum air masak secukupnya sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
Tahu tak kentang juga cukup bermanfaat bagi kecantikan kulit? Percaya atau tidak, masker kentang ‘glamour’ kerana mampu meremajakan kulit, berkhasiat untuk menghilangkan kerutan di wajah serta mampu mengatasi beragam gangguan kulit lainnya.
Kulit Cantik Dengan Masker Kentang, Rugi Kalau Tak Cuba!
1. Kentang dapat menghilangkan lingkaran hitam pada mata secara alami. Caranya kita kupas kentang dan iris kentang bentuk bulat. Letakkan irisan kentang pada mata anda selama 15-20 minit. Setelah itu, cuci atau bilas wajah anda dengan air hangat.
2. Masker kentang memiliki zat anti penuaan yang sangat efektif dan bermanfaat untuk mengurangi kedutan di wajah. Jika anda menggunakan masker secara teratur, maka kulit anda akan lebih lembut dan bercahaya.
3. Menghilangkan bintik hitam pada wajah. Jika kita mempunyai bintik-bintik hitam pada wajah, kita boleh melakukan dengan kisar kentang dan oleskan pada wajah sambil memberikan pijatan lembut. Biarkan selama lima minit, setelah itu bilas wajah dengan air bersih.
4. Menghilangkan luka bakar akibat sinar matahari. Yang perlu dilakukan adalah hiris kentang dan letakkan irisan tersebut pada luka bakar. Hal ini akan memberikan sensasi menenangkan.
5. Memutihkan kulit wajah. Parut kentang dan oleskan parutan kentang pada wajah anda. Setelah 30 minit, bilas wajah anda. Jika anda menggunakan masker secara teratur, kulit wajah akan terasa halus, putih dan cerah.
6. Masker yang terbuat dari kentang juga sangat baik untuk mengangkat sel-sel kulit yang sudah mati pada wajah. Anda cukup menggunakan masker selama 10 minit setiap hari. Dengan pemakaian secara teratur, akan membantu kulit wajah menjadi lebih remaja.
7. Mengubati mata bengkak. Untuk menghilangkan bengkak di sekitar mata atau kantung mata, gunakan campuran timun dan kentang lalu oleskan di sekitar mata.
8. Jika anda memiliki kulit yang kering, anda dapat menggunakan masker yang terbuat dari parutan kentang yang di campur dengan curd.
Untuk penggunaannya cukup oleskan masker pada wajah selama 20 minit, lalu bilas. Masker kentang ini membantu melembabkan kulit anda dan menghilangkan garis-garis halus pada wajah.
Agak-agak yang mana satu anda rasa mampu untuk diamalkan setiap malam? Yang penting kena konsisten ya, baru dapat hasilnya.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Roti putih karbohidrat sihat. Tapi makan lebih akibatkan risiko gemuk, kencing manis & jantung! Selama ini kita menjangkakan memilih karbohidrat dengan makan roti putih itu lebih sesuai bagi yang mengamalkan diet sihat.
Tetapi rupa-rupanya pengambilan roti putih yang tinggi akan mengakibatkan risiko kegemukan, kencing manis dan sakit jantung.
Roti Putih Karbohidrat Sihat
Ini kerana Roti putih merupakan Highly Processed food yang di proses dari gandum. Untuk menghasilkan tepung atau roti yang putih, pengilang perlu membuang bahagian Bran dan Germ gandung, meninggalkan bahagian Endosperm sahaja.
Proses tersebut menyebabkan kehilangan khasiat penting dari gandum termasuk serat, mineral dan vitamin.
Gemuk, Kencing Manis & Jantung!
Ia merupakan sumber karbohidrat yang ringkas. Selepas makan, gula dalam darah akan meningkat dengan pantas. Situasi ini jika berlaku terlalu kerap menyebabkan risiko penyakit diabetes.
Kerana jumlah fiber yang rendah, menyebabkan seseorang individu CEPAT LAPAR selepas paras gula berkurangan. Ini menyebabkan kita mengambil lebih banyak makanan dan menyebabkan risiko obesiti.
Pilihan alternatif yang lebih baik adalah roti jenis Wholemeal atau Whole wheat. Roti jenis ini masih ada kandungan serat, vitamin dan mineral.
Justeru Public Health Malaysia memberikan pilihan untuk memilih roti jenis Whole Wheat bread untuk kesihatan.
Ini kerana ia lebih berkhasiat dan gula dalam darah tidak meningkat dengan mendadak. Jadi untuk membuat apa juga makanan dari roti seperti sandwich atau roti telur, boleh memilih jenis ini untuk diet lebih sihat.