Kadang-kadang tanpa disedari, kita turut terdedah dengan pelbagai jenis bahaya. Antaraya adalah gigitan serangga kecil.
Walaupun kecil tetapi sebenarnya berbisa dan boleh nmenyebabkan pelbagai masalah kesihatan terutama jangkitan pada kulit.
Perkongsian dari laman web Farmasi @Farmacora ini memberitahu bahaya serangga yang boleh hidup bawah kulit manusia dan tanda-tanda perlu tahu sebelum itu.
1. Kutu/sengkenit
Kutu suka kawasan yg hangat tetapi tersorok seperti ketiak & kepala untuk menghisap darah. Digigit kutu tak bahaya tapi ada beberapa jenis kutu yang bawa kuman berbahaya dan boleh menyebabkan penyakit seperti demam tompok Rocky Mountain (RMSF) atau penyakit Lyme.
2. Hama Gatal/Skabies
Hama gatal betina duduk pada bawah lapisan kulit manusia untuk bertelur selama berminggu-minggu lamanya tanpa dikesan oleh perumah. Haiwan ini cuma bertelur dan tidak akan membiak di bawah kulit manusia.
Skabies boleh menjangkiti orang lain dengan sangat cepat menerusi sentuhan fizikal. Disebabkan penyakit ini mudah berjangkit, doktor selalunya akan mencadangkan satu keluarga mendapatkan rawatan secepat mungkin.
Ads
Doktor akan merawat hama gatal menggunakan sejenis racun. Selalunya, ia boleh didapati dalam bentuk krim dan losen dan amat efektif dalam membunuh hama dan juga telur-telurnya.
Sesiapa yang pernah tinggal di asrama kebiasaanya pernah terkena skabies ni.
3. Ulat Skru (Screwworm)
Ulat skru merupakan serangga pemakan daging yang berbahaya dan boleh mencetuskan pelbagai masalah. Rupanya yang sama macam ulat sampah membuatkan ramai yang keliru.
Ads
Ulat skru dewasa akan jadi lalat dan mencari perumah yang mempunyai luka terbuka. Kemudian, lalat ini akan bertelur pada kawasan tersebut. Selepas beberapa jam, telur akan menetas dan mengeluarkan larva.
Larva ini ada garisan pada badannya yang menyerupai skru. Ulat ini akan makan tisu di sekelilingnya dan jangkitan hanya boleh dibuang melalui pembedahan.
Jangkitan oleh serangga berbahaya ini susah dirawat. Oleh itu, sebarang luka yang dijangkiti ulat skru perlu ditutup secepat mungkin.
Buat masa ini, hanya pembedahan sahaja yang boleh menyelesaikan masalah jangkitan oleh ulat skru. Selepas serangga ini dibuang, doktor akan menggunakan antibiotik untuk elakkan jangkitan pada kawasan luka.
Ads
Kalau mengalami masalah kulit disebabkan gigitan serangga, sila berjumpa doktor secepat mungkin.
Perhatikan tanda-tanda seperti ruam yang merebak dan sukar sembuh, rasa ketulan atau pergerakan di bawah lapisan kulit, demam, susah bernafas, tak dapat melihat dengan baik & sawan.
Sila berjumpa doktor secepat mungkin untuk rawatan lanjut. Jangan sesekali abaikan rasa sakit yang dialami disebabkan gigitan serangga. Jika tak berhati-hati, boleh membawa maut!
Untuk info kesihatan setiap hari, jangan lupa follow @Farmacora
Pelakon wanita yang sedang meningkat naik, Rita Nadira dipuji ramai tentang lakonannya dalam telemovie Saat Hilang Cintamu yang ditayangkan di TV3 baru-baru ini, malah sesetengah babak drama terebut masih tular di media sosial.
Telemovie yang mengisahkan tentang Razil (Zamarul Hisham) yang tetap setia dan menyayangi isterinya, Salinah (Rita Nadira) walaupun telah meninggalkannya demi lelaki lain.
Dipuji Ramai Drama Saat Hilang Cintamu, Ini Tip Cantik Rita Nadira
Susulan tayangan telemovie tersebut, para peminat dilihat bertanya pelbagai soalan terhadap Zamarul Hisham termasuklah sikap Rita Nadira apabila mereka berdua digandingkan bersama dalam telemovie tersebut, ketika sesi live bersama peminat di TikTok.
“Seorang pelakon yang tak langsi kat set shooting, tak banyak songeh. Dia very humble, pandai bergaul dan hormat-menghormati,” dedah Zamarul ketika sesi live di TikTok.
Pernah disamakan dengan Zahirah Macwilson dan Rita Rudaini, rata-rata peminatnya memuji kecantikan pelakon itu dan mengatakan mereka seperti adik-beradik. Natural beauty, tak perlu mekap yang tebal untuk nampak cantik.
Menerusi satu video dari Bougasbeauty, Rita Nadira tak kedekut kongsi tip cantiknya kepada umum.
“Nak cerita panjang… jadi yang paling utama pencuci muka, serum, pelmbap dan sunscreen. Untuk remaja di luar sana, kalau anda nak jaga kulit, anda kena cuci muka sekurang-kurangnya dua kali sehari.
“Lepas tu pakai produk yang sesuai dengan kulit anda dan anda kena ambil tahu apa bahan yang terkandung dalam produk tersebut. Kalau boleh ambil yang natural produk sebab dia sesuai untuk semua jenis kulit, kongsinya.”
Haa… patutlah cantik bersih kulitnya, dia memang jenis menjaga kulit dari usia remaja ya! Jadi, anda pun boleh ajar anak dara dengan penjagaan kulit yang betul dari peringkat remaja lagi, barulah kulit bersih tanpa masalah cela!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cuci wajah guna tomato, rahsia cantik Mas Idayu walau usia dah cecah 50 tahun. Minggu lepas berlangsung penuh meriah majlis perkahwinan Ratu Dangdut, Mas Idayu dengan pasangannya Muhammad Suffian Che Isa, yang turut dihadiri rakan selebriti kedua-dua pasangan berkenaan.
Setelah 16 tahun hidup sendiri, Mas Idayu atau mesra dipanggil Mummy bersedia untuk menerima insan lain dalam hidupnya.
Terpancar kegembiraan dan kejelitaan di wajah Mas Idayu yang memilih persalinan rona merah jambu untuk akad nikah dan rona putih untuk majlis resepsi bertema fairytale.
Walaupun usia sudah mencecah 50 tahun, tetapi Mas Idayu tetap kelihatan menawan dan tampil berseri-seri dengan persalinan pengantin.
Bergelar selebriti lebih dua dekad, penyanyi yang popular dengan lagu Senggol-Senggolan ini rupanya sangat menjaga kecantikan wajah sejak dari muda lagi.
Dalam satu perkongsian dengan Nona di TV3 dulu, Mas Idayu berkongsi petua lama menjaga kecantikan wajah.
Menurutnya sebaik saja habis sesuatu pertunjukan pentas, dia akan segera mencuci wajah daripada solekan yang dipakai sebelum itu.
Jika dia terlepas pandang perkara ini yang akan menyebabkan kulitnya menjadi bermasalah.Dan Mas Idayu juga lebih gemar kulit wajahnya sentiasa free dari mekap jika tidak ada sebarang kerja-kerja seni.
Untuk menjaga kecantikan wajah pula, dia sangat gemar makan tomato mentah yang akan diratah begitu saja tidak kira tomato muda atau yang tidak berapa masak.
Selain itu dia juga turut manfaatkan tomato yang sudah masak dengan ramas dan menghancurkannya, kemudian disapu ke seluruh wajah. Amalan tradisional ini dilakukan setiap pagi dan telah dibuat sejak dia berusia belasan tahun lagi.
Mas Idayu lebih gemar menggunakan cara tradisional ini untuk merawat wajah tanpa menggunakan produk rawatan lain seperti suntikan botox atau vitamin C.
Walau Usia Dah Cecah 50 Tahun
Dalam perkongsian berkenaan, Mas Idayu turut berkongsi senaman dilakukan sebelum masuk tidur.
Senaman ini adalah dengan cara baring dahulu kemudian angkat kaki ke bawah punggung sedalam mungkin. kemudian tarik kaki kita ke bawah punggung sampai badan terangkat. Buat beberapa kali untuk hasil lebih efektif.
Sebelum majlis perkahwinannya juga, mas Idayu turut mengadakan majlis adat bersiram dan berinai di sebuah hotel sebagai persiapan sebelum menjelangnya hari bahagia Jumaat lalu.
Apabila seseorang dijangkiti virus Covid-19, pelbagai simptom akan dapat dikesan seperti hilang deria bau selain mengalami demam dan batuk.
Malah jika dijangkiti dalam stage 5, berkemungkinan boleh menyebabkan kematian dan dan sehingga hari ini di Malaysia virus Covid-19 telah membunuh lebih 3000 pesakit.
Dan satu lagi pembunuh senyap Covid-19 yang juga patut kita takuti adalah Happy Hypoxia, terutamanya bagi golongan muda.
Dengarkan penjelasan Dr Samhan di laman twitter berkaitan Happy Hypoxia ini.
Ini kerana pesakit Covid-19 kelihatan tenang, normal dan ceria seperti biasa tetapi tahap oksigen mereka rendah.
Mereka tidak menunjukkan sebarang gejala sukar bernafas walaupun tahap oksigen dalam badan rendah.
Ini menyebabkan kekeliruan apabila doktor sukar mengenal pasti pesakit Covid-19 yang alami Hypoxia kerana otot pernafasan mereka tidak menunjukkan tanda sukar bernafas.
Happy Hypoxia ini boleh menjadi pembunuh senyap kerana apabila masalah kekurangan oksigen ini tidak dapat dikesan dan dirawat lebih awal, pesakit Covid-19 boleh meninggal dunia.
Gambar sekadar hiasan.
Jadi, bagaimana ingin mengesan Happy Hypoxia?
Sekiranya pesakit Covid-19 ini berada di hospital, maka Hypoxia boleh dikesan awal kerana tahap oksigen pesakit sentiasa dipantau setiap empat jam.
Bagi pesakit Covid-19 yang dikuarantin dirumah, kalian digalakkan membeli Pulse Oximeter(gambar) untuk memantau tahap oksigen mereka dan segeralah ke hospital jika tahap bacaan oksigen kurang daripada 95 peratus.
Guna Pulse Oximeter untuk pantau tahap oksigen.
Baru-baru ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba mendedahkan, Happy Hypoxia mula dikesan menyerang segelintir pesakit Covid-19 di negara ini hasil pemerhatian klinikal yang dibuat kebelakangan ini.
Tidak hanya di Malaysia, gejala ini yang kebanyakannya menyerang pesakit Covid-19 dalam kalangan individu muda turut berlaku dilaporkan di seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, India dan Indonesia.