Tidak dinafikan pisang memang mempunyai banyak khasiat terutama untuk kesihatan dan kecantikan.
Tetapi bagaimana pula dengan teh pisang. Apa pula khasiatnya Jika dicampurkan kedua-dua bahan makanan ini atau menggunakan bahan herba lain.
Sebenarnya, ada sesetengah wanita waima lelaki telah mengamalkannya untuk kecantikan. Campuran bahan utama pisang bersama herba lain dikatakan baik untuk kesihatan tubuh.
Minuman itu juga dikatakan elok dinikmati sebelum tidur. Ayuh, kita lihat manfaat serta cara membuatnya.
Ini Khasiat Teh Pisang
1. Meningkatkan Kesihatan Jantung
Teh pisang kaya dengan mineral penting seperti magnesium dan kalium yang terbukti dapat membantu mengurangkan tekanan darah dan menurunkan risiko strok dan penyakit jantung.
Menurut kajian yang diterbitkan dalam British Journal of Nutrition, sejenis antioksidan yang disebut catechin yang terdapat dalam teh pisang dapat menurunkan risiko penyakit jantung.
2. Tingkatkan Kualiti Tidur
Pisang adalah sumber magnesium dan kalium yang sangat baik dan terbukti dapat meningkatkan kualiti tidur kerana sifat relaksasinya pada otot.
Pisang juga mengandungi asid amino L-triptofan yang menghasilkan hormon serotonin dan melatonin yang merangsang tidur.
Ads
3. Mampu Bangkitkan Mood
Pisang mengandungi dipamine dan asid amino yang disebut L-triptofan yang menghasilkan serotonin.
Kedua-duanya bertanggungjawab untuk berfungsi dengan baik otak dan diketahui dapat mengurangkan gejala kemurungan dan kegelisahan.
4. Boleh Bantu Turunkan Berat Badan
Teh pisang mempunyai kemampuan untuk membantu menurunkan berat badan kerana kandungan kalori yang rendah dalam pisang.
Ads
Sebagai tambahan dalam sebahagian daripada diet, pisang akan membuka selera makan, meningkatkan metabolisme dan membuat anda rasa kenyang untuk jangka masa yang lebih lama.
5. Mencegah Kembung
Teh pisang yang kaya dengan kalium dan mineral yang penting untuk mengatur tekanan darah, keseimbangan cairan dan pengecutan otot.
Ia mampu mencegah masalah kembung dengan mengatur kadar natrium dalam badan dan dapat mengurangkan kembung yang disebabkan oleh garam.
Ads
Cara Membuat Teh Pisang:
1. Isi periuk dengan 2 hingga 3 cawan iaitu antara 500 hingga 750 mililiter air dan didihkan.
2. Kupas sebiji pisang dan potong kedua-dua hujungnya.
3. Masukkan pisang ke dalam air mendidih.
4. Kecilkan api dan biarkan ia mendidih selama 5 hingga 10 minit.
5. Kemudian, masukkan kayu manis atau madu (pilihan).
6. Angkat air didihan tadi lalu dibahagikan menjadi 2 hingga 3 cawan.
Selain senaman, faktor pengambilan pemakanan juga sangat penting dalam membantu mengurangkan berat badan.
Kita sangat digalakkan mengambil makanan dalam kadar suku-suku separuh selain perlu pastikan minum air masak mencukupi.
Melalui Hello Doktor, disenaraikan panduan 8 jenis makanan yang boleh membantu kita boleh kurus dengan sihat dan selamat.
1. Telur
Telur adalah makanan untuk diet yang popular, terutamanya sewaktu sarapan pagi, yang bantu mengurangkan berat badan.
2. Oatmeal
Oatmeal menyediakan lebih banyak protein, serat, dan kurang gula berbanding bijirin.
3. Sayuran hijau
Sayur-sayuran hijau seperti kale, bayam, collard dan swiss chards mempunyai rendah kalori dan karbohidrat serta sarat dengan serat yang baik untuk menurunkan berat badan.
4. Sup
Sesetengah kajian menunjukkan bahawa makan makanan bersup boleh membuatkan seseorang rasa lebih kenyang dan mengambil kalori yang jauh lebih rendah.
5. Kekacang
Dalam satu kajian populasi menunjukkan bahawa orang yang makan kacang cenderung lebih sihat dan lebih kurus berbanding mereka yang tidak memakannya. Hanya pastikan anda tidak makan berlebihan!
6. Buah-buahan
Walaupun buah mengandungi gula semula jadi, ia mempunyai ketumpatan tenaga yang rendah. Selain itu, kandungan seratnya membantu menghalang gula daripada dikeluarkan terlalu cepat ke dalam aliran darah.
7. Yogurt
Yogurt adalah makanan tenusu yang sangat baik. Sesetengah jenis yogurt mengandungi bakteria probiotik yang dapat meningkatkan fungsi usus anda.
8. Salmon
Ikan berlemak seperti salmon sangat sihat dan menjadikan kita kenyang selama beberapa jam dengan sedikit kalori. Salmon mengandungi protein berkualiti tinggi, lemak sihat dan pelbagai nutrien penting.
Siapa yang tidak menggemari air cincau atau disebut dalam bahasa Inggeris sebagai Grass Jelly.
Sangat popular dijdikan sebagai pemanis mulut yang dicampur dengan pelbagai jenis air seperti soya atau sirap bandung.
Dihasilkan dengan sejenis tumbuhan daripada sejenis tumbuhan daripada spesis Platostoma palustre (salah satu tumbuh-tumbuhan dalam keluarga pudina (mint).
Cincau yang cukup terkenal di nusantara ini kebiasannya adalah berwarna hitam yang biasanya terdapat di Malaysia dan Singapura. Manakala cincau berwarna hijau pula popular dalam kalangan masyarakat Indonesia.
Dalam proses membuat cincau pula, tumbuhan ini dipercayai dimasak dengan campuran tepung tapioca atau serbuk agar-agar supaya menjadi jeli cincau sebelum dipotong dadu atau memanjang.
Terdapat pelbagai khasiat cincau yang sangat baik untuk kesihatan. Walaupun ketika menyediakannya anda hidangkan bersama air manis.
Antara khasiat cincau yang mungkin ramai tidak pernah tahu adalah seperti berikut:
1. Berupaya Mengawal Paras Kolesterol
2. Antioksidan
3. Kurang Kalori
4. Tinggi Serat
5. Boleh Mengawal Paras Gula
Oleh kerana khasiat yang pelbagai, jadi tidak hairnlah ramai menjadikan cincau sebagai penambah bahan tambahan atau topping dalam suatu hidangan.
Berbeza dengan jenis kacang yang lain, kacang badam atau almond adalah paling lengkap kandungan nutrisi kerana kaya dengan vitamin, serat, asid folat dan protein.
Oleh sebab itu kacang termasuk dalam golongan superfood. Selain baik untuk pengambilan makanan, kacang badam juga mempunyai khasiat terbaik untuk kecantikan rambut melalui minyaknya.
Minyak badam memang sering digunakan untuk perawatan kecantikan rambut. Manfaat yang terdapat dalam minyak badam adalah sebagai pelindung rambut daripada kekeringan, radikal bebas dan pencemaran.
Selain itu kandungan lemak yang terkandung di dalamnya mampu meresap ke dalam rambut lantas menyuburkannya dari dalam. Malah mampu memperkuatkan serta melembutkan rambut.
Minyak badam juga kaya dengan vitamin A yang berfungsi untuk menjaga kesihatan sel-sel rambut dengan membantu memperbaiki tekstur dan warna rambut serta mencegah rambut daripada kerosakan.
Minyak badam turut mengandungi vitamin B6 yang boleh membantu mencegah keguguran rambut dan merangsang pertumbuhan rambut baharu.
Selain itu, minyak badam turut mengandungi vitamin E yang kaya dengan antioksida untuk melancarkan peredaran darah pada kulit kepala.
Badam Rangsang Kecantikan Rambut
1. Memelihara kesihatan kulit kepala
Minyak badam kaya dengan kandungan vitamin D dan E yang diperlukan untuk membantu pertumbuhan rambut baharu agar terus sihat dan kuat.
2. Mencegah keguguran rambut
Rambut mudah gugur kerana kekurangan magnesium dalam tubuh. Namun, kacang badam boleh membantu kerana mengandungi 25 peratus kandungan magnesium yang diperlukan oleh tubuh. Oleh itu, mula dengan mengambil ¼ cawan susu kacang badam secara konsisten agar khasiat yang diperlukan tubuh mencukupi.
3. Memperbaiki kerosakan rambut
Kacang badam memiliki sumber protein yang tinggi. Sumber protein ini dapat merangsang pertumbuhan rambut baharu dan mencegah keroskan rambut seperti rambut bercabang, rapuh, putus di hujung dan sebagainya.
4. Menggalakkan peredaran darah
Kacang badam mengandungi zat besi yang berfungsi untuk melancarkan peredaran darah serta oksigen ke seluruh tibuh. Dengan itu, turut melancarakan peredaran darah di atas kulit kepala dan setrusnya merangsang pertumbuhan rambut baharu.
5. Membersihkan kulit kepala
Kacang badam juga boleh dijadikan skrub untuk membantu menanggalkan sel-sel kulit mati di atas kulit kepala.