Jika seseorang itu mengalami sakit belakang, adakah boleh melakukan senaman.
Sekiranya boleh boleh, senaman bagaimana yang dibolehkan agar tidak memudharatkan lagi keadaan.
Sakit belakang biasanya datang dalam 2 bentuk iaitu akut dan kronik.
Kesakitan akut timbul apabila anda tercedera akibat terjatuh, mengalami kecederaan sukan, atau mungkin mengangkat berat dengan cara salah. Ia akan berlaku secara tiba-tiba dan anda segera merasakannya.
Ini mungkin angkara disc atau otot yang tertarik, tetapi apa pun penyebabnya, jika ia berlaku, anda harus segera mendapatkan rawatan perubatan!
Bagi sakit kronik pula, sebaliknya, ia akan meningkat dari masa ke masa. Menariknya, ia berpunca daripada salah satu penyebab ini: aktiviti yang terlalu banyak atau tidak mencukupi.
Dan bagi mereka yang mengalami sakit belakang, ini antara señaman boleh dilakukan bagi mencegah atau mengurang rasa sakit di belakang.
Full body roll-up
Langkah ini akan menguatkan teras anda dalam gerakan perlahan dan terkawal, mengajar anda untuk mengartikulasikan tulang belakang dan meregangkan otot di bahagian belakang serta kaki yang menyebabkan rasa ‘ketat’.
1. Berbaring telentang dengan tangan di atas kepala.
2. Tarik nafas, hembuskan nafas, dan perlahan-lahan bangun dan melengkungkan badan seperti huruf C, seakan cuba menyentuh jari kaki.
3. Hembuskan nafas semasa anda hendak kembali kepada posisi telentang.
Pastikan kaki anda tetap di tikar semasa melakukan pergerakan ini.
Lakukan senaman ini sebanyak 6 ke 8 kali.
Ads
Glute bridge
Senaman ini akan menguatkan glute dan hamstrings termasuklah bahagian bawah belakang anda.
Bukan itu sahaja, ia juga akan memberikan regangan bahagian dada dan bahu yang baik.
1. Baring telentang dengan keadaan lutut membengkok dan kaki terletak di atas lantai, di bawah lutut.
2. Libatkan teras dan tekan bahagian glute anda semasa mengangkat pinggul ke atas. Tahan seketika dan kembali baringkan badan anda.
Lakukan senaman ini sebanyak 6 ke 8 kali.
Regangan kucing
Pose kucing tradisional daripada senaman yoga ini akan meregangkan keseluruhan tulang belakang dengan berkesan serta meningkatkan kelenturan badan.
1. Mulakan pada tangan tepat di bawah bahu dan lutut anda di bawah pinggul.
Ads
2. Mulakan dengan tulang belakang anda dalam posisi neutral atau panjang, kemudian perlahan-lahan tarik belakang anda dan turunkan bahagian kepala, sehingga bahagian belakang kelihatan seakan membulat.
Sama juga, lakukan senaman ini sebanyak 6 ke 8 kali.
Bird dog
Senaman ini pula mengajar tubuh menggunakan kestabilan teras, menguatkan perut dan seterusnya, bahagian bawah belakang.
Di samping itu, ia juga memanjangkan spinal column dan memperbaiki postur.
1. Berada dalam posisi dengan keempat tangan dan kaki di atas lantai. Angkat satu lengan ke hadapan, regangkan bahagian perut, dan angkat kaki arah bertentangan jauh ke belakang.
2. Kemudian, ulangi di sisi lain.
Ads
Lakukan senaman ini sebanyak 6 ke 8 kali setiap sisi. Bergerak secara perlahan dan stabil, bertahan dengan posisi tersebut buat sementara waktu sebelum menukar sisi lain.
Downward dog
Pergerakan ini mampu meregangkan bahagian bawah belakang, hamstrings, betis dan juga kaki.
1. Mulakan dalam keadaan berlutut di atas tikar anda dengan tangan yang berada di bawah bahu, manakala jari melebar.
2. Letakkan jari-jari kaki ke bawah dan tekan perut semasa anda menolak badan ke atas sehingga hanya tangan dan kaki yang menyentuh tikar.
3. Melalui tolakan tangan anda, dekatkan dada secara perlahan ke arah paha sehingga tumit menyentuh tikar.
4. Rehatkan kepala dan leher serta cuba untuk bernafas sepenuhnya. Lakukan senaman posisi ini selama 30 saat.
Ada petua mudah untuk hilangkan jerawat, melembabkan kulitkan dan mencerahkan kulit wajah. Sesuai untuk anda yang tak rajin nak pakai banyak produk, cukup cuma amalkan sembur air timun ini sahaja.
Dikongsikan oleh Puan Nur Anis Najme, anda boleh dapatkan tiga bahan yang diperlukan ini dahulu.
Petua Hilangkan Jerawat
Bahan bahannya:
Botol
Timun batang
Lemon
Cara buatnya:
Kisar timun dengan campur sedikit air dalam bekas blender. Kemudian tapis dan campurkan air perahan lemon ke dalamnya dan kacau sebati.
Dah siap, nanti pati lemon anda boleh letak dalam peti ais.
Boleh guna pada waktu malam atau bila-bila masa bila anda ingat.
Best sangat, kuli jadi sihat tanpa jeragat dan yang penting tak kering.
Kalau nak lagi mudah, boleh rujuk video ini, senang sangat nak buat dan anda boleh guna setiap hari.
Nanti cuba, ya!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rumah berbau macam-macam waktu jiran datang, situasi ini tidak boleh dipandang remeh walau ada yang berpegang pada kata-kata ‘masuk rumah orang mata kena pejam dan mulut patut dikunci’.
Nak-nak waktu raya, lagi lah anda kena jaga. Patut bersedia selalu dan mencari punca rumah anda berbau.
Rumah Berbau, Guna Tip Ini Wangikan Dengan Cara Kilat
Punca rumah berbau busuk bukan hanya disebabkan oleh udara daripada luar sahaja, malah boleh jadi disebabkan sisa makanan terbiar, pakaian terpakai, bau masakan dan sampah yang tidak dibuang seharian.
Hah, jangan risau, Rapi akan kongsikan tip untuk hilangkan bau busuk rumah dengan menggunakan cara semula jadi. Lebih murah dan berkesan, jom cuba!
1. ARANG
Walaupun arang sering digunakan sebagai alatan membakar tetapi ia juga mampu menghilangkan bau busuk di dalam rumah. Cara penggunaannya mudah sahaja iaitu ambil beberapa ketul arang dan letakkan di sudut rumah. Bau busuk pasti akan hilang!
2. KULIT LIMAU & KULIT KAYU MANIS
Selain menggunakan arang, anda juga boleh menggunakan kulit limau dan kulit kayu manis. Caranya adalah dengan mendidihkan air bersama kulit limau. Kemudian masukkan sedikit serbuk kulit kayu manis dan biarkan sehingga naik bau beraroma.
Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam botol spray. Sembur di ruang dapur dan rumah untuk menghilangkan bau busuk.
3. DAUN PANDAN
Buat pengemar bau daun pandan, anda boleh cuba menggunakan ia sebagai bahan untuk mengharumkan rumah. Caranya mudah sahaja iaitu simpulkan daun pandan dan letak di dalam bekas.
Kalau nak lebih wangi, boleh hiriskan dan letak di dalam bekas yang terbuka.
4. LIMAU KASTURI
Siapa sangka limau kasturi sebenarnya boleh membuatkan rumah berbau harum. Anda hanya perlu menghiris limau kasturi dan letak ke dalam bekas berisi air.
Kalau nak cantik, letak di dalam bekas kaca dan boleh dijadikan dekorasi ruang tamu. Mudahkan?
5. SODA BIKARBONAT
Selain boleh digunakan dalam masakan, soda bikarbonat juga membantu menghilangkan bau busuk di rumah. Hanya perlu letakkan soda bikarbonat di dalam bekas kecil dan letakkannya di sudut rumah.
Wangi Cara Kilat
Atau kalau nak lagi mudah, beli sesiap di kedai yang boleh membuatkan anda rasa tenang dan selesa dengan baunya.
Apa pun, sebelum keluar ke mana-mana raya nanti, jangan lupa buang sampah ya. Kalau rasa tak cukup tangan, boleh bagi sesiap tugasan sebelum raya. Yang penting, rumah kena bersih!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidak dinafikan bukan mudah untuk mendapatkan berat badan idaman. Pelbagai cara dilakukan termasuk pengambilan sumplemen, diet makan, tetapi semuanya tidak menjadi.
Namun jika kekal berusaha dan disiplin, pastnya impian itu akan terlaksana.
Seperti perkongsian gadis ini yang berkongsi cara menurunkan berat badan tanpa perlu mengelak pengambilan nasi.
Menurut Ameera dalam perkongsiannya di laman twitternya tahun 2019, perjalanan penurunan berat badannya bermula pada November tahun 2018. Selain berdiet, dia juga turut melakukan senaman.
Ujarnya lagi, dia tidak mengikut diet tertentu yang popular seperti diet atkins, IF dan sebagainya. Dia hanya berdiet mengikut caranya sahaja.
Gadis 27 tahun ni berkongsi rahsia dietnya. Menurutnya, dia hanya makan dalam kuantiti yang banyak pada sebelah pagi.
Untuk sarapan dia akan mengambil nasi dan lauk seperti biasa. Namun, untuk makan tengahari, dia hanya akan makan buah-buahan dan tidak mengambil apa-apa untuk makan malam.
Tambahnya lagi, dia akan mengambil 2 senduk nasi, lauk ayam dan sedikit kuah untuk sarapan.
Katanya, jika kita tidak bersarapan kita lebih cenderung untuk mengambil lebih banyak makanan pada tengahari
“Saya mula lakukan diet dan senaman ini pada November tahun lalu. Pada awalnya berat saya 83kg dan terkini berat saya turun ke 69kg,”
Untuk tengahari, dia akan mengambil buah potong dan tidak meletakkan sebarang perisa asam atau kicap.
Untuk makan malam, permulaan memang agak sukar untuk anda tidak mengambil sebarang makanan. Jadi anda bolehlah mengambil biskut atau roti high fiber.
Dia mula melakukan senaman seperti berlari/jogging selama 30 minit atau berbasikal selama 30 minit.
Ini merupakan antara tip lain yang dikongsikan olehnya adalah seperti berikut:
– Untuk permulaan anda memulakan senaman, untuk orang yang berat lebih baik buat cycling dulu.
– Kemudian baru boleh buat joging secara perlahan. Jangan terlalu paksa diri masa buat kardio. Buat ikut kemampuan, tapi kena sentiasa konsisten.
– Perlu displinkan diri dengan jangan mengambil sebarang makanan ringan, makanan segera dan makanan yang manis-manis.
Jadi diingatkan bagi yang mahu turunkan berat badan cara sihat, boleh ikut tip dikongsi Ameera ini. Apa yang penting keazaman untuk kembali langsing.