Bagi mereka yang sudah pernah dijangkiti Covid-19 dinasihatkan untuk terus menggantikan berus gigi dengan yang baru kerana ia dapat mencegah jangkitan berulang wabak berkenaan.
Perkara ini diberitahu oleh Pakar Pergigian Dr Pravesh Mehra menjelaskan ia bukan sahaja dapat melindungi bekas pesakit tetapi orang di sekeliling mereka apatah lagi sekiranya berkongsi bilik air.
Menurut Dr Pravesh juga, berus gigi yang digunakan ketika dijangkiti virus ini mempunyai bakteria yang melekat padanya.
“Sebaik-baiknya pesakit Covid-19 menggantikan berus gigi dan pembersih lidah selepas 20 hari gejala pertama muncul,” katanya.
Tidak hanya bagi pesakit Covid-19, Dr Pravesh memberitahu mereka yang mengalami demam, selesema dan batuk juga sebaik-baiknya menggantikan berus gigi selepas pulih daripada penyakit tersebut.
Tambahnya lagi, Covid-19 secara asasnya tersebar melalui droplet ketika pesakit batuk, bersin, bercakap, ketawa dan sebagainya ketika tidak menggunakan pelitup muka.
Covid-19 juga boleh menular menerusi berus gigi dan pembersih lidah kerana dua barang itu berkemungkinan tercemar dengan virus itu apatah lagi ia dibiarkan dalam keadaan terbuka di dalam bilik air.
Atas sebab itu, apabila pesakit sembuh, dibimbangi ia boleh menyebabkan pengulangan jangkitan atau menyebarkan kepada orang lain.
1. Jangan berkongsi berus gigi kerana ia boleh menjadi medium penularan pelbagai penyakit termasuk Covid-19.
2. Cuci tangan sebelum menggosok gigi kerana virus boleh ditularkan ketika tangan yang mungkin mempunyai virus menyentuh bahagian mulut.
3. Bersihkan berus gigi selepas digunakan atau sebaik-baiknya bilas menggunakan air suam.
4. Pastikan bahagian kepala berus gigi tidak bersentuhan dengan berus gigi yang lain.
5. Sentiasa mencuci bekas tempat menyimpan berus gigi anda menggunakan sabun.
6. Jauhkan berus gigi daripada tandas bagi mengurangkan penularan virus aerosol.
Hari ini pastinya detik paling menggembirakan buat selebriti yang juga pengacara, usahawan popular Neelofa apabila sah diijabkabulkan dengan pasangannya Haris Ismail atau lebih dikenali dengan nama PU Riz.
Pasangan ini dinikahkan oleh adik kandung Neelofa, Mohd Aqief Mohd Noor.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memberikan khutbah dan tazkirah ringkas pada hari bahagia pasangan itu.
Dapat dilihat majis berjalan cukup sempurna dengan kehadiran 200 tetamu terdiri daripada sanak saudara serta rakan terdekat kedua-dua-dua pihak.
Dekorasi dewan cukup indah ini seperti berada di sebuah taman dengan hiasan bunga segar memberi ketenangan kepada pengantin dan tetamu yang datang.
Bertemakan ala kayangan dengan rona putih menghiasi seluruh dewan yang diserikan dengan keindahan bunga segar seperti berada dalam taman.
Dikatakan sebanyak 4 tan bunga segar berwarna putih digunakan untuk menghiasi pelamin yang direka berbentuk Jabal Rahmah ini oleh Reeka Temor, yang sering dikaitkan sebagai lokasi untk memohoh jodoh.
Terdapat sekitar tujuh jenis bunga berwarna putih digunakan termasuk mawar, orkid dan baby breath.
Malah bukan itu saja tetamu yang hadir pula berpakaian baju kurung, berbaju Melayu atau jubah berwarna putih yang menjadi tema atas permintaan pihak pengantin.
Pengantin baru Neelofa juga tampil sangat antik mengenakan dress labuh warna putih ditaburi batuan indah rekaan pereka fesyen Alia Bastamam.
Biarpun mengenakan niqab, namun terserlah keserian dan kejelitaan pengantin baru mendapat sentuhan jurumekap Sharman Yee, disebalik niqab dipakai. Malah turut mendapat pujian netizen.
Mengulas detik perkenalannya, Neelofa yang juga seorang usahawan berkata, dia mengenali PU Riz pada Jun, 2017.
“Bagaimanapun, saya bekerjasama buat kali pertama dengan suami untuk sebuah projek pada 2018.
“Selepas kolaborasi ini, kami tidak berhubung sehinggalah setahun kemudian. Dari titik pertemuan semula ini, kami mula mengenali hati budi masing-masing,” katanya.
Bekas pengacara MeleTOP itu berkata, suami seorang yang sangat baik, lemah lembut dan matang.
“Apabila berbual dengannya, saya boleh bincangkan banyak hal dan ia membuatkan saya berasa selesa.
“Dia juga pendengar yang baik dan sentiasa cuba membantu memberi solusi jika saya menghadapi sebarang kesukaran dan masalah,” kata Neelofa.
Rapi ucapkan Selamat Pengantin Baru buat Neelofa dan Pu Riz, Moga keduanya kekal bahagia till jannah.
Menjaga kecantikan kulit wajah menjadi keutamaan bagi mengelak berlakunya masalah jerawat yang boleh mengakibatkan breakout.
Perlu tahu cara penjagaan yang sesuai dengan memilih produk bersesuaian dengan kulit wajah.
Paling penting mengetahui cara menjaga wajah yang basic iaitu proses membersih, menyegar dan melembapkan.
Perkongsian di laman twitter pemilik akaun @rjsarahhhh memberitahu cara untuk menjaga wajah dan mendapat kulit halus dan flawless seperti glass skin hanya guna bahan dapur.
Boleh ke makan telur setiap hari? Jangan risau, sis! Ketahui fakta sebenar tentang kolesterol dan bagaimana protein dalam telur boleh bantu anda kekal kenyang, bertenaga, dan ramping dengan cara yang sihat.