
Selain wajah, penjagaan bahagian perut juga sangat dititik beratkan. Namun, bahagian ini paling sukar untuk menjadi ‘flat’ disebabkan lemak degil terkumpul di situ.
Tidak perlu menggunakan sebarang produk, anda sebenarnya boleh cuba petua tradisional untuk mengempiskan perut terutama bagi mereka yang baru lepas alami pembedahan bersalin.
PETUA KEMPIS PERUT UNTUK BERSALIN CEASER
Yang bukan lepas bersalin tapi perut buncit pon boleh try tau. 2 minggu dah boleh nampak kesan dah, pecahkan lemak degil sebab ada lada hitam..
Bahan2 :
– Halia 3cm (lebih kurang besar ibu jari)
– Halba 3 sudu besar
– Lada hitam 1 sudu kecik (lebih kurang 15biji)
– Bawang putih 3 ulas




Cara buat :
1. Tumbuk halba sampai hancur, masukkan lada hitam pulak. Lepas tu halia, last sekali bawang putih. Tumbuk sampai hancur.
2. Dah lumat, gentel bulat-bulat. Lepas itu keringkan dalam 30 minit. Tak payah jemur tempat panas. SIAP !


** Simpan dalam bekas kedap udara
** 1 adunan ni tahan seminggu
– Tak rasa apa pun bila makan, telan saja.
– Selepas itu tunggulah, asyik kentut dan sendawa. 
Cara makan :
1. Makan 2 biji – 4 biji setiap hari ikut ketahanan badan. 
2. Sesuai sangat untuk bersalin cser sebab angin banyak dalam badan.

Info Tambahan
– Ibu menyusu boleh amalkan kalau anak tahan
– Ibu mengandung TAK BOLEH.
– Fungsinya untuk kempis perut, buang angin. Pecahkan lemak degil.
– Ibu bersalin normal boleh, tapi kebiasaanya yang czer perut buncit lebih sikit kan. 
– Lelaki dan perempuan yang banyak angin dalam badan.
Jangan lupa SHARE !
Follow IG : pakarhamil_malaysia
Nur Afiqah
Sumber: Kelab Pakar Hamil
Artikel Berkaitan:
Rahsia Perut Kempis Guna 3 Bahan Dapur. Selain Buang Lemak, Boleh Kurangkan Selera Makan!
“Jangan Gelojoh Makan, Tip Elak Kembung Perut Lepas Berbuka Puasa” – Dr Zubaidi
Lepas Habis Pantang Perut Nampak ‘Flat’. Scha Alyahya Dedah Rahsianya Amal Menyusu Badan!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Fasha Sandha – Rahsia Disiplin, Sihat & Kekal Popular 16 Tahun Dalam Dunia Seni


Fasha Sandha: Disiplin Kerja & Komitmen Tiada Tandingannya
Memulakan karier sebagai model, Fasha Sandha, atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, sentiasa menepati masa. Jika penggambaran bermula jam enam pagi, Fasha pasti tiba setengah jam lebih awal! Sikap inilah yang menjadikannya antara pelakon pilihan utama pengarah untuk drama dan filem terbaru.
Rahsia Kekal Sihat & Bertenaga Fasha Sandha
- Tidur mencukupi: Walau jadual padat, Fasha akan pastikan dapat tidur cukup.
 - Minum air secukupnya: Sentiasa bawa air dan pastikan hidrasi terjaga.
 - Sikap positif: Mental yang sihat penting untuk stamina dan kecergasan.
 - Senaman ringan: Berjalan sekitar rumah setiap pagi untuk kecergasan badan.
 - Ambil vitamin: Fasha tidak pernah culas mengambil vitamin yang tidak memudaratkan.
 - Rutin bangun awal: Sudah menjadi tabiat sejak 16 tahun lalu untuk bangun awal dan solat Subuh sebelum memulakan aktiviti harian sebagai ibu, isteri dan pelakon.
 
Disiplin & Sikap Profesional: Inspirasi Untuk Generasi Baru
Fasha Sandha sering menasihatkan pelakon muda agar sentiasa memperbaiki diri dan menjaga disiplin serta komitmen kerja. Menurut beliau, populariti itu bonus, namun disiplin adalah kunci rezeki berpanjangan dalam dunia seni.
“Kalau tak bagus tak apa, usaha untuk perbaiki kelemahan dan sentiasa belajar. Dua hal penting – disiplin & komitmen – saya tak boleh berkompromi. Insya-Allah rezeki akan sentiasa ada.”

Rezeki Jadi Duta Produk & Pilihan Jenama Terpercaya
Biar berganti generasi selebriti, Fasha Sandha tetap jadi pilihan sebagai duta produk kecantikan. Lebih 15 produk telah memilih beliau menjadi duta. Terbaru, beliau dilantik menjadi duta produk vitamin C Gebu Glow keluaran Wawawien Beaute.
- Produk Gebu Glow hadir dalam bentuk serbuk – mudah diambil dan serasi untuk kulit sihat (bukan semata-mata putih).
 - Edisi terhad Fasha Box Gebu Glow – kombinasi perisa blackcurrant & strawberi dalam satu sachet.
 - Hanya 25,000 kotak edisi khas dengan harga RM29.90 (10 sachet/box), boleh didapati melalui agen sah dan tanda pagar #GGboss.
 

Bantu Golongan Wanita & Ibu Ketika Pandemik
Hati Fasha mudah tersentuh melihat kesusahan wanita dan ibu terjejas ketika pandemik. Beliau menyokong penuh usaha membantu wanita bangkit dan berjaya sebagai ejen Gebu Glow dengan modal serendah RM299.
Info: Produk Wawawien diasaskan oleh dua beradik Kedah: Maizatulnazwa Mohd Zulkifli (Wawa) & Nurul Nazwin Mohd Zulkifli (Awien), kini mencipta kejayaan sebagai usahawan wanita Malaysia.

Penutup: Inspirasi Fasha Sandha Buat Semua
Kisah Fasha Sandha membuktikan bahawa disiplin, gaya hidup sihat, serta komitmen adalah kunci kejayaan dan kekal relevan, walaupun sudah berkeluarga dan beranak tiga. Amalkan rutin sihat, kekalkan sikap positif dan sentiasa berusaha perbaiki diri. Jadikan inspirasi Fasha sebagai motivasi untuk anda terus berjaya dalam kerjaya mahupun kehidupan seharian!
Artikel Berkaitan:
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
5 Krim Anti Jerawat Paling Berkesan Bajet Bawah RM30, Paling Senang Cari Di Drugstore

Masalah jerawat yang sering datang tanpa diundang ada kalanya boleh menganggu emosi seseorang itu hingga boleh sebabkan hilang keyakinan.
Ada yang mengambil masa lama untuk sembuh, malah jika dibiarkan masalah jerawat kecil ini boleh menjadi breakout.
Lebih-lebih lagi jika salah menggunakan produk penjagaan wajah yang tidak sesuai dengan kulit wajah.
Masalah jerawat timbul apabila terdapat kotoran tertinggal dalam lubang liang pori bersama minyak dan sel kulit mati sehingga terdapat bintik atau benjolan pada permukaan kulit.
Artikel Lain: Silap Pakai Boleh Ada Masalah Jerawat Nanah. Pakar Kulit Kongsi Jenis Pelembap Sesuai!
Jerawat juga dikategori kepada dua jenis iaitu jerawat tanpa keradangan seperti bintik hitam dan bintik putih.

Kedua, jerawat berserta keradangan kulit dan mengandungi nanah dalam benjolan tersebut.
Bagi mengatasi kedua-dua masalah ini, penggunaan ubat jerawat paling berkesan adalah langkah yang betul.
Ada beberapa ubat jerawat yang didapati paling berkesan untuk mengatasi masalah jerawat.
1. Nixoderm Ointment
Krim jerawat Nixoderm ini bukan saja berkesan untuk mengecutkan jerawat, tapi bagus untuk membuang blackheads dan kurap kulit.
Mengandungi Benzoic Acid yang mempunyai fungsi antikulat dan Salicylic Acid yang terbaik untuk mengurangkan jerawat.
Ubat jerawat paling berkesan ini sesuai digunakan untuk mengurangkan gatal kaki, eczema dan kurap kulit kepala.
Cara pakai anda perlu sapu di kawasan yang bermasalah selama 7 hari dan berhenti guna selama 3 hari berturut-turut. Kemudian, boleh sambung semula guna krim ini selama 7 hari berikutnya.

2. Himalaya Herbals Acne & Pimple Cream
Dengan krim jerawat Himalaya ini, tiada lagi masalah jerawat besar pada wajah sehingga menyebabkan anda kurang keyakinan diri.
Produk yang telah diuji secara dermatologi ini bukan hanya dapat mengawal jerawat, malah ia juga boleh mengurangkan jerawat daripada muncul semula pada wajah.
Ini kerana ia mengandungi bahan-bahan yang boleh melegakan jerawat seperti Silk Cotton Tree, Barbados Aloe dan Five-leaved Chaste Tree. Ia juga boleh digunakan oleh lelaki dan wanita yang ada mempunyai masalah jerawat.

Artikel Lain: Jangan Sesekali Skip Cuci Muka Setiap Pagi, Cara Terbaik Cegah Jerawat Timbul Di Wajah
3. Aiken Tea Trea Oil Pimple Cream
Produk Aiken terkenal dengan kualiti sabunnya kerana mengandungi minyak Tea Tree (Melaleuca Alternifolia).
Bahan ini dapat melindungi kulit daripada jerawat tanpa menyebabkan wajah mengelupas. Memang sesuai digunakan pada wajah yang cenderung tumbuh jerawat dan berminyak.
Lebih elok sapu krim ini dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam untuk kesan lebih sempurna.

4. Hiruscar Post Acne
Bagi yang ingin memudarkan tompokan hitam bekas jerawat, produk Hiruscar Post Acne adalah pilihan yang tepat.
Ubat parut jerawat jenis ini sesuai untuk kulit berminyak dan cenderung naik jerawat.
Mengandungi vitamin B3, Allantoin dan MPS (Mucopolysaccharide) yang boleh mengurangkan parut jerawat. Sekali gus boleh juga menghalang pembentukan parut jerawat baru.
Paling penting, anda boleh pakai mekap seperti biasa walaupun lepas guna produk ini. Krim hilangkan parut jerawat ini juga tidak melekit dan boleh disapu pada kawasan bermasalah 2-3 kali sehari (pagi dan malam).

5. T3 Pimple Gel Plus
Bagi yang mahukan ubat jerawat murah yang boleh didapati di farmasi, disarankan untuk cuba krim bentuk gel jenama T3 yang boleh mengecutkan jerawat degil.
Selain itu, ia juga boleh mengurangkan kesan jerawat dan turut berkesan untuk mengawal penghasilan minyak kerana ada Niacinamide.
Ekstrak kulit kayu Willow dan ekstrak herba Willow Kanada pula boleh membersihkan pori serta melegakan jerawat untuk kurangkan kemerahan.
Manakala minyak Tea Tree semula jadi Australia dalam produk yang tak melekit ini mengandungi bahan antimicrobial semula jadi untuk kurangkan keradangan. Untuk kesan yang terbaik, digalakkan untuk guna 2 kali sehari lepas cuci muka.

Artikel Lain: Salah Guna Produk Penyebab Breakout. Lepas 4 Bulan Berjaya Pulihkan Wajah Berjerawat!
Sumber: Productnation.co
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hati-Hati Pilih Hidangan, Ini 6 Penyakit Sering ‘Menyerang’ Waktu Raya

Sambutan Syawal yang paling ditunggu-tunggu setiap tahun kerana inilah masanya tuan rumah ambil peluang mengadakan jamuan rumah terbuka bagi merai tetamu yang datang berkunjung.
Dan pastinya pelbagai juadah enak tersedia menanti tetamu seperti ketupat, lemang, kuah lodeh, sate ataupun pelbagai jenis rendang serta kuih muih dan manisan.
Rugi pulak tak menjamahnya kerana sajian disediakan semuanya enak dan menyelerakan.
Namun begitu perlu diingatkan jangan terlalu beri-ia menjamah semua makanan ini kerana sudah tentu mengandungi kolesterol, karbohidrat, garam dan gula yang tinggi.
Artikel Lain: Pakai Baju Ketat Salah Satu Tip Dikongsi Pakar, Nak Beraya Tanpa Risau Badan Naik
Jika tidak ambil mudah, dibimbangi pelbagai penyakit lain yang datang seperti kencing manis, serangan gout dan sebagainya.
Keracunan Makanan
Mengulas lanjut, Pakar Endokrinologi Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Ng Ooi Chua, keracunan makanan sering berlaku jika terdedah dan dihinggapi serangga atau lalat, selain yang tidak dipanaskan secukupnya.
“Tanda keracunan apabila mengalami sakit perut, cirit-birit, loya, muntah dan pening,” katanya.
Dr Ooi Chuan berkata, bagi yang serius ia boleh menyebabkan koma atau pengsan. Namun yang tidak serius perlu rehat dan minum banyak air dan garam hidrasi oral (ORS) bagi menggantikan kehilangan garam galian penting dalam darah.

Penyakit Kencing Manis
Bagi penderita kencing manis, mereka perlu lebih berwaspada kerana akan menjadi lebih teruk ketika Aidilfitri disebabkan terlalu banyak mengambil makanan manis.
“Pengambilan karbohidrat berlebihan akan menyebabkan paras gula dalam darah naik mendadak. Juga kerap membuang air kecil dan rasa haus kerana badan menjadi semakin kering.
“Justeru, kurangkan makan nasi, kentang, mi, bihun, roti, biskut, ais krim dan kuih-muih,” katanya.
Bagi yang tiada penyakit diabetes, tetapi ada sejarah keluarga perlu berhati-hati bagi mengelak dapat diabetes dengan menjaga pemakanan dan bersenam.
“Pesakit yang ada diabetes perlu makan ubat setiap hari bagi mengawal kandungan gula kerana sistem insulin dalam badan tidak normal,” katanya.
Artikel Lain: Gembira Dah Tak Alami Gastrik & Migrain. Hanya Guna Kaedah Defist Kalori, Rahsia Kurus Wanita Ini!
Serangan Gout & Radang Sendi
Pesakit kategori ini perlu berhati-hati memilih makanan dengan kurangkan makanan laut seperti kerang dan udang.
“Bagi pesakit kali pertama mendapat gout adalah disebabkan asid urik dalam darah menyerang sendi. Gout selalunya menyerang sebelah kaki biasanya pada jari kaki dengan tiba-tiba.”
“Justeru, jaga makan dan banyak minum air kerana jika dehidrasi pembentukan asid urik menjadi lebih mudah,” sambil menegaskan pesakit perlu mengambil ubat anti radang bagi mengurangkan kesakitan.
Jika pesakit cuai dan paras asid urik terlalu tinggi ia boleh merosakkan buah pinggang pesakit dan batu karang.

Penyakit Gastrik
Gastrik berpunca daripada keracunan makanan, pedih ulu hati dan penghasilan asid berlebihan
“Ketika raya ramai kena gastrik kerana terlebih makan yang mengakibatkan refluks asid perut ke hujung esofagus serta mendapat radang yang teruk.
“Bagi ada simptom refluks yang serius seperti sakit pada abdomen, loya atau muntah boleh mendapatkan rawatan dengan makan ubat penyekat pam asid (PPI),” katanya.
Jangkitan COVID-19
Katanya, negara masih dilanda COVID-19 dan dijangka penyakit itu mungkin akan merebak dengan teruk pada sambutan Aidilfitri kali ini.
Ini berlaku kerana ramai akan berkumpul di bawah satu bumbung atau kawasan sesak nanti, sekali gus berisiko tinggi terdedah kepada udara tercemar dengan virus itu.
“Oleh itu, mereka mendapatkan suntikan COVID-19, mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. Jika berasa tidak sihat atau mempunyai simptom seperti demam, sakit tekak atau batuk segera asingkan diri.
“Bagi yang disahkan positif, perlu mengambil langkah kuarantin bagi mengelak menjadi penyebar virus,” katanya.
Obesiti Ketika Aidilfitri
Mereka yang berpuasa lazimnya akan turun berat badan pada Ramadan, namun berat naik semula selepas Aidilfitri.
Ini berlaku disebabkan gangguan hormon leptin dihasilkan oleh sel lemak dan dibawa oleh darah ke otak untuk bertindak pada pusat kawalan selera makan.
“Kebanyakan mereka menghidap obesiti kerana kesan hormon leptin pada pusat selera makan semakin lemah dengan penambahan berat badan.
“Penurunan berat akan membawa kepada penurunan paras hormon leptin seterusnya akan meningkatkan selera makan, iaitu dua hingga tiga minggu selepas Aidilfitri.
“Sebaiknya kawal ketat pengambilan kalori secara konsisten setiap hari dan jika berjaya dilakukan, respons otak terhadap hormon leptin akan pulih,” katanya.

Sumber: Berita Harian
Artikel Lain: Badan Sebu Disebabkan ‘Gemuk Air’. Jurulatih Kecergasan Ini Kongsi 8 Cara Mudah Elakkannya!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!


