Masih hangat cerita rumah tangga Shuhada ditumbuk suaminya yang merupakan pelakon drama, Hafidz Roshdi sebanyak tiga kali hingga menyebabkan kecederaan.
Menerusi temu bual bersama Melodi yang disiarkan tengah hari tadi, Shuhada atau nama penuhnya Nurul Shuhada Mat Shukri menyifatkan kesakitan pada bahagian wajahnya lebih perit berbanding jahitan bersalin.
Apabila ditanya sama ada suaminya membantu atau memohon maaf selepas kejadian itu, Shuhada sukar untuk menjawab.
“Hadiah hari jadi (penumbuk) saya ke-29, dapat lebih daripada 10 jahitan. Jahit ni lagi sakit dari jahit beranak, sakit sangat-sangat. Nasib tak kena kat mata, tak pasal buta sebelah lagi la susah kan.
“Tak boleh nak describe macam mana. Susah nak cakap. Kita tak tahu keikhlasan orang. Dah minta maaf ke? Hanya Allah yang tahu,” katanya.
Bagi Shuhada, cukup sudah dia bersangka baik terhadap Hafidz dan nekad untuk meneruskan kehidupan bersama anak-anak serta tidak mahu lagi toleh ke belakang.
“Rasanya dia lagi tahu. Shu tak boleh nak komen sangat, benda dah lepas. Shu harap perkara ini akan iktibar untuk semua. Kalau pun pernah terjadi, serahkan kepada pihak polis untuk selesaikan. Kita tahu kita di tangan yang betul,” katanya.
Dalam pada itu, Shuhada menafikan dakwaan netizen dia membuat provokasi sehingga suaminya bertindak sedemikian. Katanya lagi, meskipun rumah tangganya bergolak namun dia bercakap baik-baik dengan Hafidz.
“Dah tujuh tahun kahwin dengan Hafidz, dah tahu perangai dia macam mana. Macam mana nak handle. Dari pengalaman yang lepas.. kalau saya mengeluarkan kata-kata provokasi, memang saya bodohlah untuk dapat luka macam ni.
“Pihak luar sana, korang tak kenal Shu macam mana. Shu dan Hafidz still bercakap dengan baik. Dengan pihak ketiga pun, saya takkan jatuhkan maruah pergi tarik-tarik rambut,” katanya.
Menerusi perkongsian laman Instagram miliknya, nampak Shuhada berkongsi satu sekeping gambar yang jelas nampak penurunan kilo.
Terselit beberapa komen netizen yang menarik perhatian berkait turun berat dan kelukaan yang dialami wanita ini:
“Dah kurus banyak. Betul lah orang kata ubat kurus paling mujarab is makan hati.”
“Kenapa ko makin cantik dik..aku tak paham lah setiap kali baru berpisah tiba-tiba perempuan jadi makin cantik.. suka akak tengok.”
Kata Shuhada lagi, jika suaminya ditakdirkan berkahwin dengan orang ketiga yang didakwa mengganggu rumah tangga mereka iaitu Athira Yuhada, dia mendoakan agar mereka bahagia.
“Kalau betul Hafidz dan Athira berkahwin, saya mengucapkan selamat pengantin baharu. Hidup lah dengan bahagia, tenang, dirahmati Allah SWT. Semoga perkahwinan anda berdua kekal hingga ke jannah,” katanya.
Bukan mudah untuk mempertahankan rumah tangga, namun jika sampai tahap naik tangan, sukar untuk seorang perempuan terus bertahan. Apa lagi untuk melupakan selepas berparut bagai.
Rapi mendoakan yang terbaik buat Shuhada dan anak-anaknya, moga berjaya dalam dunia bisnes yang dia terokai.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Untuk tampil berkulit cantik tidak perlukan penggunaan produk mahal. Sebaliknya memilih bahan dapur juga boleh membuatkan wajah lebih halus, flawless dan awet muda seperti membuat rawatan di sapa.
Seperti perkongsian wanita ini Che Mira Kimora di laman sosial Facebook beberapa tahun lalu yang viral.
Petuanya masih relevan dan boleh dijadikan panduan bagi yang mahu menjaga wajah cara lebih selamat.
Melakukan amalan ini 2 hingga 3 kali seminggu dan boleh dilakukan hanya di rumah saja. Tidak perlu berbelana mahal sebaliknya bahan dapur ini pastinya sentiasa ada di rumah.
Amalkan cara yang paling mudah ini untuk kulit nampak bersinar, bersih dan berseri-seri. Kulit muka flawless dan menghilangkan flek-flek hitam pada wajah.
KHASIAT HALIA & CUKA PADA WAJAH
1 cawan cuka
2 ketul halia (bersih dikupas)
Sediakan 1 bekas kaca
1 mangkuk kecil ais cube
Rahsia saya dan cara-cara untuk menjaga kulit sentiasa nampak flawless dan awet muda.
Gosok kepingan halia yang sudah diperap dengan air cuka selama 10minit secara perlahan-lahan di permukaan kulit. Selepas itu bilas dengan air dan ambik ais cube,gosok di seluruh bahagian muka.
Halia dan cuka yang telah diperap simpan di dalam peti ais supaya tahan lama. Tahan sehingga 3 minggu.!
Manfaat cuka :
1. Mengecutkan jerawat
2. Zat anti aging
3. Mengurangkan bintik-bintik penuaan
4. Menghilangkan racun dari wajah anda
Kulit muka yangbersih mulus tanpa sedikit pun flek hitam timbul. Jeragat pun seram nak membiak. Paling penting menaikkan seri wajah.
Semua amalan ini saya memang amalkan setiap minggu 2-3 kali seminggu. Senang dan ringkas untuk saya yang mempunyai anak ramai. Nak pergi spa memang tak sempat. Konsisten amalkan akan dapat kesan yang sangat- sangat mulus.
Suka tengok lakonan Erysha Emyra, orangnya juga semakin cantik wajah anak dramatis Datin Sri Noniswara ini.
Anak gadis tunggal Datin Sri Noniswara iaitu Nurerysha Emyra atau Erysha mencuri perhatian ramai khususnya di media sosial kerana mewarisi kecantikan asli ibunya.
Malah Erysha juga pernah tular suatu ketika dulu kerana kecemerlangannya dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Dilihat selalu berkongsi cara mekap dan menjaga wajahnya di media sosial, tak pelik kalau Erysha mempunyai kulit yang cantik tanpa cela.
Salah satu set penjagaan wajah yang dia guna adalah pelembap jenis gel untuk kekalkan kelembapan kulit wajahnya. Ini salah satu cara untuk prep wajah sebelum mekap juga.
Katanya, sesiapa yang mempunyai kulit kering sepertinya, boleh biasakan pakai pelembap setiap hari. Nak-nak musim panas ini, elok meresap terus ke dalam kulit. Nampak glowing!
Sesekali anak perempuan kedua Noniswara ini juga rajin berkongsi barang mekap yang diguna menerusi akaun Tiktok, ramai yang memuji melihat rutin kecantikannya.
Tidak perlukan barang mahal pun, Erysha biasanya kongsi barang mekap yang biasa dia pakai, mudah nak dapatkan di pasaran. Yang pasti selepas mekap, hasilnya kemas!
Terkini, Erysha dilihat semakin aktif dalam industri seni dan berlakon dalam drama Aku Bukan Ustazah bersama MK K-Clique yang disiarkan di TV3 dan Astro Ria.