Sejak kecil lagi sudah mengalami kenaikan berat badan mendadak dan sukar untuk menurunkannya.
Malah bukan dirinya saja, tetapi seluruh keluarga memang jenis badan berisi kecuali adik bongsu.
Bagi Muhammad Zariff Mohd Zamaney, 22 tahun, pernah lakukan diet tetapi terhenti disebabkan mahu menghadapi peperiksaan SPM.
“Masa tingkatan lima, saya pernah diet dan berjaya turunkan 10 kg. lepas itu saya berhenti kerana nak fokus SPM.
“Bila badan berisi, kita rasa cepat penat untuk bersukan. Bukan itu je, nak main sukan pun orang pandang rendah.
“Body shamming pun ada tapi saya tak terasa sangat seban dah terbiasa. Saya ok saja sebab tahu kawan-kawan bergurau,” ujarnya.
Dia kemudiannya ambil keputusan untuk jalani diet sekitar September tahun lalu setelah mendapat inspirasi daripada tiga rakannya.
Ads
Setelah empat bulan diet, dia akhirnya berjaya turunkan berat daripada 101 kg sehingga 76kg.
“Turning point bermula ketika Perintan Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu, Saya tengok tiga orang kawan yang berisi dan kurus. Saya kata pada diri sendiri, why not kalau saya bermula sekarang.
“Ketika itu saya jalani intern dan setiap hari minta emak bekalkan ayam bakar dengan sayur.
“Saya juga berhenti makan makanan berminyak, minuman manis pun dah setahun berhenti.
“Dari segi senaman pula, saya bermula dengan hiking dan jogging, kemudian main futsal dan badminton. saya biasanya bersenam lima ke enam kali seminggu,” yang berjaya capai target berat badan pada 1 Januari lalu.
Ads
Graduan bidang Kejuruteraa Mekanikal dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) begitu gembira dengan kejayaannya dapat menguruskan badan.
Walaupun begitu, dia akan sentiasa beringat dengan pemilihan makanan diambil.
Dia akan terus jalani gaya hidup sihat dan sentiasa mendapat berat badan ideal pada masa akan datang.
Zariff juga turut berkongsi video transfromasi fizikalnya di Tik Tok hingga meraih lebih 140,000 tontonan.
Jika anda tak nak kulit kering terlampau, betulkan cara pakai pelembap dulu ya. Ini memang peraturan dalam menjaga kecantikan kulit bagi kelihatan glowing.
Hah, sekarang macam mana cara anda pakai pelembap? Jangan pula lepas cuci muka, anda lap muka sampai kering dan baru pakai pelembap? Ini cara yang salah!
Sepatutnya anda kena pakai pelembap waktu kulit masih lembap. Bukanlah pakai waktu muka basah lenjun. Cukup jika muka tidak kering.
Ini akan membantu mengunci kelembapan dan menghidrat kulit anda lebih baik daripada jika anda menggunakan pelembap ketika kulit sudah kering sepenuhnya.
Wanita Korea yang terkenal dengan kulit proselin menggunakan pelembap hanya dalam 3 saat mencuci muka.
Salah satu peraturan pelembapan 3 saat mengharuskan anda menggunakan pelembap anda tepat setelah mencuci muka, seperti dalam masa 3 saat. Anda tak perlu beria nak mengeringkan muka tetapi apply pelembap sebaliknya.
Membantu kulit menyerap produk dengan lebih baik
Sekiranya anda menggunakan produk penjagaan kulit sebaik sahaja mencuci muka, kulit anda akan memanfaatkan sepenuhnya produk ini. Kerana lapisan luar kulit anda berfungsi sebagai pelindung dan bertindak sebagai penghalang antara sel hidup dan persekitaran.
Menjadikan kulit anda kelihatan lebih muda
Kulit yang terhidrasi kelihatan plump dan awet muda, dan ini bukan sekadar ilusi optik. Apabila kulit anda kering, ia menjadikan semua garis-garis halus dan kedutan lebih kelihatan.
Menjadikan kulit anda lebih sihat
Sekiranya anda menggunakan pelembap anda sebaik sahaja mencuci muka, ia membantu kulit anda mengekalkan keseimbangan. Apabila kulit anda terlalu kering, kelenjar di bawah permukaan mula menghasilkan sebum lebih banyak untuk meneutralkan kekeringan, yang akhirnya boleh menyebabkan jerawat.
Melindungi kulit anda dari kerosakan akibat sinar matahari
Wanita Korea tahu bagaimana melindungi kulit mereka dari sinar UV yang berbahaya, dan menggunakan pelembap sejurus selepas membersihkan wajah anda adalah langkah penting.
Selepas ini cuba cara ini dan lihat perubahan ketara pada kulit. Selamat beramal!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengenal pasti satu produk kosmetik yang mengandungi merkuri dan boleh merosakkan organ dalaman seperti buah pinggang.
Dalam perkongsian di Public Health Malaysia, memberitahu produk Luffiya Treatment Foundation yang dipromosikan sebagai mesra wuduk ini dikatakan mampu membuat kulit jadi cerah, glowing dan kulit jadi semakin anjal.
Namun rupa-rupanya produk kosmetik ini mengandungi bahan merkuri yang ada bahayanya tersendiri.
Jika seseorang menggunakan produk ini, merkuri boleh menyerap masuk ke tubuh menyebabkan kerosakan buah pinggang dan masalah sistem saraf.
Jadi sehubungan itu, KKM memberi ingatan supaya pengguna berhenti menggunakan produk ini. Bukan itu saja, perlu juga untuk hentikan jualan dan sebarang bentuk promosi kepada orang ramai.
Kepada mereka yang sudah membeli produk ini dinasihatkan untuk mengikut saranan KKM bagi mengelak sebarang kemudharatan pada kesihatan nanti.
Sebelum itu KKM juga turut mengenal pasti beberapa produk lain yang juga mengandungi racun boleh merosakkan kulit wajah dan mendatangkan risiko kanser.
Tahukah anda, diet Atkins bukan sahaja dapat mengurangkan berat badan semata-mata, malah mengajar anda cara bagaimana untuk membuat peralihan secara beransur-ansur, kepada penyelenggaraan seumur hidup supaya akan kekal sihat dan langsing.
Biasanya diet Atkins menekankan pengambilan banyak protein dan lemak serta pengambilan karbohidrat pada kadar yang sangat rendah. Lihat sahaja hasil yang dibuktikan oleh pengamal diet Atkins iaitu Puan Fyra Orked, jemput baca perkongsiannya.
Buat Diet Atkins
Fyra kurus tanpa apa pun produk. Fyra dulu pada mulanya berat menghampiri 70kg. Asalnya memang dah rasa mustahil untuk kurus seperti sebelumnya. Apalagi bila di
fikirkan, Fyra gemuk bukan sebab kuat makan pun. Tapi cara pemilihan makanan yang salah.
Fyra pernah try produk yang agak terkenal. Fyra try seminggu je. Tapi dalam seminggu hampir 500 ringgit habis, hanya 1.5kg sahaja turun. Sangat tidak berbaloi dengan harga sedemikian rupa. Ini mungkin keluhan orang yang tak berduit macam Fyra ni. So, Fyra stop.
Pastu mula dengan diet yang kena kira kalori dan exersice untuk bakar kalori. Kita kan penuh dengan alasan. Setakat ke hulu ke hilir sibuk dengan tugas harian, mana mungkin nak makan je kena exersice. So, penat.
Selepas itu, study tentang diet Atkins.
Diet Atkins ada 4 fasa yang boleh diikuti.
Fasa 1: Induksi/Pengenalan (Induction)
Fasa 2: Proses penyusutan berat badan yang berterusan (Ongoing Weight Loss)
Fasa 3: Pra penyelenggaraan (Pre-Maintenance)
Fasa 4: Penyelenggaraan Seumur Hidup (Lifetime Maintenance)
Fasa 1 dan induksi memang strict tetapi pulangannya sangat membuat orang teruja. Mahu tak, ada yang 2 minggu rekod 14kg!
Peraturan semasa induksi:
Wajib makan 3 kali sehari dengan kadar bahagian makanan biasa atau 4-5 kali untuk bahagian makanan yang kecil. Dilarang berjaga lebih 6 jam tanpa makan. Ini kerana
berlapar boleh menyebabkan metabolisma badan menurun sekaligus membantutkan proses membakar lemak.
Makan dengan nutrisi yang cukup dan lengkap mengikut ketetapan diet atkins.
Fasa 2 slow sikit penurunannya. Begitu pun akan semakin perlahan jika fasa 3 dan 4. Tapi bagi Fyra, semua itu tak penting cepat atau lambat. Yang penting bagi Fyra, biar slow tapi berkekalan cara dietnya.
Diet nak kuruskan badan, bukan untuk hari ini. Tapi selama-lamanya. Fyra mulakan dulu dengan FASA 4.
Fasa 4, BOLEH MAKAN SEMUA TAPI TERKAWAL. Kalau yang dah kurus, ini fasa maintain bagi mereka.
Tapi yang nak kurus dengan fasa 4, kita kena elak semua yang manis. Baik minuman atau makanan. Makanan bertepung serta berproses seperti kuih muih, nuget, sosej roti
canai, kek… ehh semualah yang bertepung.
Ini untuk fasa 4
Pagi
Fyra hanya makan telur 2 biji serta kopi o stevia je. Pukul 10, fyra minum air kosong dan ayam goreng seketul atau dua.
Tengah hari
Kebiasaan fyra hanya ambik sesenduk nasi ikan atau ayam 2 ketul dan sayur berdaun sahaja. Lauk-lauk ini Fyra ambil yang kebanyakan masak stim, rebus atau panggang.
Begitu juga sayuran. Lebih pada yang mentah seperti timun, salad, kubis atau sawi bayam brokoli kangkung yang dimasak sekejap je.
Makan Malam Sebelum Jam 7
Malam fyra akan makan sebelum pukul 7 malam. Tak lagi ambil nasi, cukup hanya dengan sup ayam atau sup sayur pecah telur atau, Fyra akan makan kekacang sahaja.
Buat Lompat Bintang
Fyra memang tak hari-hari exersice. Seminggu 3 kali. Itu pun kat rumah je. Banyak lompat bintang sambil duduk dapur tunggu masak siap atau senaman pinggang dan push up/squat sambil tengok tv.
Tak Minum Manis
Yup, Fyra cut terus penggunaan gula pasir dalam masakan atau minuman, cut terus yang manis-manis. Buah-buahan pun Fyra hanya makan jambu air atau jambu batu dan epal hijau je. Yang lain memang tak ambil.
Tak Ambil Roti
Fyra jarang makan apa pun jenis roti. Seminggu mungkin sekali. Itu pun 2 keping. Fyra terus stop apapun jenis biskut atau cereal.
Minum Air Secukupnya
Minum air secukupnya. Ikut berat badan. 25 kg untuk 1 liter air. Senaman hanya untuk fit kan badan kita. Jadi, jangan lupa pada senaman walau ianya hanya menyumbang 20
persen dalam pengurusan berat badan.
Amal Chia Seed
Makanan tambahan untuk omega serta kalsium, Fyra ambil chia seed. Masukkan 2 sudu dalam minum. Cukup untuk sehari Fyra minum apple vineger untuk cegah kolestrol,
baik sistem penghadaman Fyra juga minum green tea, jenama Boh aje.
Ambil Vitamin E
Dan fyra hanya ambik vitamin E untuk kulit. Dengan cara diet ni, Fyra mampu hilang 6kg dalam sebulan.
Nasi beras rebus
Ayam grill berempah
Sambal belacan
Gravy curry
Egg wrap chicken + kacang kuda + kiwi
Haa… Nak ikut diet cara ini tak? Kalau dah mula, kena buat betul-betul ya. Yang tak mampu seawal diet, anda boleh mula dengan fasa 4 dahulu. Jika dah mula boleh kawal, try pula fasa 2. Jangan putus asa selagi tak capai berat idaman, selamat berusaha!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!