Tabiat makan yang tak berkhasiat sejak kecil boleh menjadi punca kepada masalah kerosakan rahim di kalangan wanita pada usia muda.
Bahkan menurut Pakar Sakit Puan terkenal, Datuk Dr Hamid Arshat, hari ini semakin ramai wanita yang menderita sakit akibat kerosakan rahim di usia muda.
Jadi, sebagai langkah berjaga-jaga semua wanita hendaklah tahu tentang kewujudan pelbagai penyakit yang mungkin boleh menyerang mereka serta cara-cara penjagaan kesihatan diri agar terhindar daripada menghidapnya.
Penyakit tumbuhan dalam rahim, fibroids dan adenomyosis pada suatu ketika dulu menimpa wanita-wanitaumur 40-an.
Zaman sekarang dalam umur 20-an tahun pun sudah mengidap penyakit tersebut. Malah ada yang amat besar tumbuhan tersebut.
Bagi adenomyosis, tanda pertama ialah senggugut sering didahului dengan penyakit endometriosis.
Adenomyosis
Berkeping-keping tumbuhan dan merosak hampir semua tisu-tisu otot rahim.
Dalam endometriosis, tisu-tisu darah haid (endometrium) tumbuh di luar rahim. Adenomyosis tisu-tisu tersebut tumbuh dalam otot rahim.
Ads
Tanda-tanda lain ialah perdarahan yang banyak dan/atau berpanjangan.
Adenomyosis telah merosak seluruh rahim.
Gejala-gejala ialah sukar hamil, mandul dan sering gugur.
Fibroids pula sering tiada tanda, tiada gangguan atau gejala. Malah ramai wanita yang hamil dan melahirkankan anak tanpa gangguan.
Fibroids
Banyak yang dikesan secara kebetulan waktu pemeriksaan untuk tujuan lain.
Ada juga yang mengalami perdarahan, kesakitan, keguguran, sukar hamil, gangguan-gangguan kencing dan buang najis.
Ads
Fibroid, bulat tumbuhannya, disekelingi capsule. Kurang kerosakkan pada tisyu otot lain.
Fakta Penting
Kedua-dua jenis tumbuhan tersebut ada faktor baka, ertinya jika emaknya mengidap penyakit tersebut, anak-anakperempuan ada risiko. Berwaspada!
Jika anak-anak gadis mengalami senggugut, gangguan pendarahan dan edaran haid, elok buat ultrasound scan perut untuk mengesan masalah peranakan dan ambil langkah-langkah awal untuk mengawal dan mencegah.
Ajar, pupuk dan sematkan tabiat makan yang baik sejak dari kecil lagi.
Jadi sangat penting mengambil pemakanan yang berzat dan berkhasiat. Paksa mereka makan sayur-sayuran dan buah-buahan.
Ads
Kawal dan cegah makanan fast dan junk food. Ramai ibu-ibu ambil jalan mudah bila anak-anak menangis, merengit atau merajuk mereka pujuk dengan memberi junk food.
Kesan buruk ialah kegemukkan anak dan kelemahan immunity anak-anak menyebabkan mereka ditimpa berbagai penyakit.
Mari kita amalkan tabiat makan yang terbaik, mulakan dari anak-anak kecil lagi.
Hepatitis B adalah sejenis penyakit berjangkit yang ketiga paling kerap berlaku di kalangan pelancong.
Penyakit ini menyebabkan radang hati. Ia berlaku secara endemik (penyakit yang sentiasa wujud di dalam suatu populasi).
Di Afrika dan Asia, kebanyakan jangkitan berlaku di kalangan bayi dan kanak-kanak manakala di Amerika Utara, jangkitan berlaku di kalangan dewasa.
Bagi negara membangun, Hepatitis B berlaku di kalangan kumpulan yang berisiko tinggi seperti penagih dadah yang (menggunakan jarum suntikan), individu yang mempunyai beberapa pasangan seksual dan anggota perubatan (contohnya doktor, pakar bedah, doktor gigi, pakar patologi, jururawat dan anggota pusat hemodialisis).
Agen penyebab:
Virus Hepatitis B (HBV), Hepadnaviridae.
Cara jangkitan:
Hepatitis B berjangkit melalui sentuhan dengan cecair badan (seperti air liur, air mani dan cecair faraj), pemindahan darah atau produk darah yang tercemar, hubungan seksual, atau melalui jarum suntikan yang tercemar.
Jangkitan juga boleh berlaku daripada ibu kepada bayi (semasa hamil) dan sekiranya kulit di tembusi jarum tercemar semasa akupunktur, bertindik dan bertatu.
Tempoh pengeraman:
45 hingga 180 hari, purata 60 hingga 90 hari.
Tanda dan gejala
Walaupun kebanyakan kes Hepatitis B tidak menunjukkan tanda dan gejala, antara gejala yang boleh berlaku adalah kurang selera makan, loya, muntah, perut rasa tidak selesa, sakit sendi, ruam serta kekuningan pada mata dan kulit.
Komplikasi
Sirosis hati (kerosakan hati yang teruk hingga menyebabkan kematian sel-sel hati) dan/atau kanser hati.
Rawatan
Rawatan simptomatik:
Berehat, lebihkan minum air dan gunakan ubat antipiretik (contohnya Paracetamol) untuk melegakan demam.
Pencegahan dan langkah berjaga-jaga
Individu yang berisiko di nasihatkan berhubung dengan pihak kesihatan untuk mendapatkan vaksinasi Hepatitis B
Jenis vaksin:
Virus yang telah dilemahkan.
Bilangan dos:
Tiga (3) dos. Vaksin disuntik di paha. Juga terdapat jenis produk vaksin yang hanya memerlukan dua (2) dos sahaja untuk golongan remaja.
Kontraindikasi:
Reaksi buruk terhadap dos sebelumnya.
Tindak balas buruk:
Terasa sakit dan kemerahan.
Sebelum perjalanan:
Dos kedua diberikan sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum perjalanan.
Disyorkan untuk:
Semua individu yang akan melawat kawasan berisiko jangkitan penyakit Hepatitis B tahap sederhana dan tinggi.
Langkah berjaga-jaga:
Amalkan seks yang selamat dan elakkan aktiviti yang mungkin menggunakan alat suntikan yang tercemar seperti bertindik dan bertatu.
Diet biasa tak menjadi, akhirnya Melly Geoslew pilih buat Bariatrik. Dah berusia mahu jadi lebih sihat. Bagi mereka yang mempunyai masalah berat badan berlebihan dan masih gagal untuk berdiet, tegar memilih untuk melakukan prosedur Bariatrik.
Salah seorang selebriti yang mengakui turut melakukan proses ini adalah penyanyi dari seberang Melly Goeslow.
Penyanyi dan komposer terkenal ini memilih untuk melakukan prosedur ini bagi mengatasi masalah obesiti yang dialaminya.
Menurut Melly, 48, dia sebelum ini pernah berusaha menurunkan berat badan namun beberapa amalan dietnya itu masih belum mengurangkan berat badan yang ideal.
Dia hanya berjaya menurunkan berat sebanyak 25kg dan masih mempunyai sekitar 35kg untuk diturunkan. Ini kerana berat badannya masih berada dalam kategori obesiti atau berlebihan.
“Walau saya berhasil turunkan berat badan sebanyak 25 kilogram, tetapi masih obesiti. Berat badan saya kekal begitu,” katanya yang mengambil keputusan untuk melakukan prosedur bariatrik untuk turunkan berat badannya itu.
Menurut Melly juga selepas 2 bulan melakukan Bariatrik, dirinya semakin sihat dan menyenangkan serta boleh memakai saiz baju diingini.
Dalam satu posting Public Health Malaysia memberitahu pembedahan ini bukan sebagai pembedahan kosmetik, tetapi fungsi utamanya bukan sekadar tampak kurus tetapi lebih kepada pemulihan kesihatan kerana obesiti dan mempunyai pelbagai penyakit kronik.
Bagi mereka yang disahkan positif Covid-19 dan perlu menjalani kurantin kendiri memang sangat digalakkkan untuk sentiasa memeriksa kesihatan diri terutama level oksigen menggunakan oximeter.
Jika paras di bawah 90, anda perlu segera pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Namun menjadi masalah jika mahu membawa ahli keluarga yang positif kerana bimbang turut dijangkiti.
Perkongsian Dr Hana Hadzrami memberi tip untuk membawa pesakit Covid-19 ke hospital dengan lebih selamat menggunakan kenderaan sendiri.
Menurutnya, anda perlu memakai pakaian perlindungan diri (PPE) yang asas.
“Pertamanya pemandu perlu memakai pakaian perlindungan diri (PPE) yang asas. Perlu memakai pelitup muka jenis N95 dan juga face shield (pelindung muka) dan juga menggunakan sarung tangan. Jika ada apron plastik ebih baik untuk anda memakainya.
“Manakala untuk pesakit Covid-19 pula tidak perlu memakai pakaian PPE sebaliknya hanya perlu memakai pelitup muka 3-ply surgical mask.
“Kedua amalkan penjarakan fizikal dalam kereta. Contohnya jika anda berada di seat pemandu,pesakit perlu berada di belakang berlawanan dengan kedudukan anda. Pastikan juga jarak anda sejauh mungkin dengan pesakit
“Ketiga, anda perlu pastikan pengaliran udara yang cukup dalam kereta. Elakkan guna penghawa dingin dan bukalah tingkap,” ujarnya dalam satu perkongsian video Tik Tok.
Tambahnya lagi, dengan membuka tingkap ketika kereta sedang bergerak, boleh mengurangkantransmisi virus lebih daripada 50 peratus.
“Jika anda memandu dengan kelajuan perlahán, anda boleh buka semua tingkap. Namun jika anda memandu laju atau tidak dapat membuat tingkap kerana hujan, anda boleh buka tingkap separuh iaitu tingkap berlawanan dengan tempat duduk penumpang.
“Pastikan tingkap dibuka secara diagonal berlawanan dengan anda dan juga pesakit. Anda juga perlu membuka tingkap setiap 10 minit dan separuh pun sudah cukup.
“Kemudian setelah balik ke rumah, mandi dan bersihkan diri serta jangan lupa untuk lap dan nyahkuman (bersihkan) kereta anda selepas itu,” katanya lagi.
Jadi bagi anda yang mahu membawa sendiri ahli keluarga yang positif, boleh ikut panduan diberikan Dr Hana Hadzrami memandangkan kos untuk perkhidmatan ambulance juga agak mahal terutama untuk pesakit Covid-19.