Doktor dedah silap cuci luka diabetes boleh hilang kaki. Ini punca sebenarnya! Bergelar seorang doktor pastinya seseorang itu terdedah dengan pengalaman pelbagai penyakit daripada pesakit datang mendapatkan rawatan.
Matlamat utama adalah untuk membolehkan pesakit yang mempunyai masalah dapat dirawat dengan sebaiknya.
Seperti perkongsian Dr. Arisman MD yang berdepan dengan pesakit datang ke kliniknya dengan pelbagai macam-macam jenis penyakit.
Salah satu pesakit diabetes dan cara untuk mencuci luka berkenaan.
Doktor Dedah Silap Cuci Luka Diabetes
It’s a wrap! Hari ini agak superbusy berbanding hari-hari kelmarin. Dari pada awal masuk kerja sampailah lewat petang, berbagai kes saya jumpa hari ni. Tak sempat langsung untuk menjamah makanan tengah hari.
Antara kes yang boleh dijadikan pembelajaran adalah luka diabetes.
Seorang wanita berusia yang mempunyai penyakit diabetes (kencing manis) datang untuk membuat rawatan cuci luka pada kaki (pertama kali datang). Pada asalnya luka itu hanya disebabkan luka lecur, tapi kerana selama 2 minggu luka tidak semakin baik, maka luka menjadi ulser.
Boleh Hilang Kaki
Pada awalnya saya memang mahu lakukan rawatan wound dressing biasa seperti yang dia nak tetapi apabila nampak luka ulser begitu, saya perlu lakukan prosedur debridement iaitu membuang kulit atau tisu mati / rosak supaya penyerapan ubat dan penyembuhan luka lebih baik dan cepat.
Sudah pasti yang mempengaruhi penyembuhan luka adalah bacaan kadar gula dalam darah pesakit. Oleh kerana bacaan gula darah beliau masih tidak terkawal, saya perlu tambahkan ubat kencing manis yang baharu. Dan itu perlu penjelasan panjang. Hampir 30 minit untuk sesi konsultasi sahaja.. Saya harap luka beliau cepat sembuh dan teruskan untuk rawatan berikutnya.
Ubat makan antibiotik saya berikan dan itu mesti. Jangkitan luka ulser turut disertai cellulitis.
Cuci luka perlu dilakukan dengan teknik sterile supaya tidak mengundang jangkitan kuman lain semasa prosedur. Sebaiknya dilakukan di klinik tetapi jika ada isu atau masalah pengangkutan dan sebagainya, sekurang-kurangnya setiap 2-3 hari perlu buat dressing lagi kemudian jika luka semakin baik, barulah kita jarakkan lebih masa.
Luka kencing manis memang lambat untuk sembuh terutamanya jika bacaan gula sangat tidak terkawal.
Ini Punca Sebenarnya!
Bagaimana nak tahu? Perlu periksa bacaan gula atau periksa HbA1C. Dapatkan ubat kencing manis untuk turunkan paras gula secepat dan semaksimal mungkin.
Jika merokok, sudah pasti perlu berhenti merokok hari itu juga. Takde istilah berhenti perlahan-lahan. Kerana kita risaukan, apabila tidak mahu berhenti, kaki pula yang berhenti berfungsi kerana dipotong. Menyesal kemudian.
Artikel Lain: Pesakit Diabetes Lebih Mudah Dijangkiti Covid-19. KJ Pesan Amal Gaya Hidup Sihat!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI