Dibuli Sejak Kecil, 22 Tahun Derita Kencing Manis. Nekad Berubah & Akhirnya Berjaya Jadi Langsing! Ketika zaman kanak-kanaknya tidak seindah yang disangka. Apa tidaknya ketika itu mengalami pertambahan berat badan menyebabkan dia dikategorikan sebagai kanak-kanak obesiti.
Sering diejek oleh teman-teman hingga membuatkan dirinya sering dibuli dan dipinggirkan. Namun tabiat suka makan itu sukar dikikis hingga akhirnya dia nekad untuk menguruskan badan.
Bagi Dr. Shalini, 34 tahun, dia mula mengalami berat badan ketika berusia 11 tahun dengan berat mencecah 124 kilogram.
“Dulu berat saya pernah cecah 124 kilogram ketika berusia 11 tahun. Ini disebabkan sifat saya yang suka makan. Tetapi disebabkan gaya hidup tidak sihat ini menyebabkan saya terkena penyakit kencing manis dan menderita selama hampir 22 tahun.
“Bukan itu saja, saya juga turut mengalami enam lagi masalah kesihatan yang menganggu rutin harian. Disebabkan itu saya ambil keputusan untuk mengubah gaya hidup sebelum ini.
“Jika saya berubah dan mahu tolong semua orang untuk berubah terutama bagi mereka yang mengalami kenaikan berat badan seperti saya,” ujarnya yang mahu memberi motivasi untuk orang ramai untuk terus mengamalkan gaya hidup sihat.
Turut berkongsi beberapa tip yang diamalkan dalam berdepan dengan masalah berat badan yang dialami sebelum ini.
Ads
“Sekarang berat saya sekitar 48 kilogram. Dan telah berjaya melenyapkan hampir 70 kilogram dan maintain berat begini hampir 11 tahun.
“Saya nak kongsi beberapa tip yang diamalkan, pertama adalah ‘be your self’ dan be passion. saya memang suka menjadi diri saya sendiri dan bukan untuk orang lain. Saya berusaha untuk berubah kerana tidak mahu lagi berdepan dengan masalah kesihatan.
“Kedua makan nasi. Siapa cakap nasi tak boleh makan. Ketiga kena minum air yang banyak dan yang keempat sentiasa bersikap positif. Tidak dinafikan body shamming memang terjadi pada semua orang, dan cara kita menanganinya penting bagi mengelak kita jadi down.
“Ketika berdepan body shamming di sekolah, oleh kerana saya tinggi dan berbadan besar sering disuruh duduk belakang kerana saiz badan besar menyukarkan pandangan orang lain. Sering diejek ‘gemuk sangat’ rambut kerinting dan macam-macam lagi kata-kata dilemparkan,” katanya yang menolak disebabkan body shamming menyebabkan dia mahu berubah.
“Sebenarnya kalau penampilan kita nampak elok, jadi kita nampak cantik di mata kita sendiri. Bukan untuk kepuasan diri orang lain. Dan faktor utama saya nak beruba kerana saya tidak mahu makan ubat sepanjang hayat kerana kencing manis.
“Dan bila saya kurangkan berat badan, jaga makan, lakukan exercise boleh kurangkan dos ubat berkenaan. Dan hari ini hampir 11 tahun saya tak makan apa-apa ubat kencing manis kerana kadar gula sudah berjaya dikawal dan menjalani gaya hidup lebih sihat.
“Saya merasakan buli dan body shamming yang saya terima ketika zaman kanak-kanak dulu menjadi motivasi. Jadi jangan kita pikir pasal negative side sahaja, sebaliknya ambik juga yang positive side. ya saya memang gemuk tapi saya sudah berubah,” katanya yang cukup berbangga dengan perubahan yang dilakukan sehingga ke hari ini.
Menurutnya juga ketika awal proses untuk menurunkan berat badan, dia juga ‘menipu’ apa-apa keadah yang senang untuk menurunkan berat badan. Tetapi apabila dia belajar pasal nutrisi dan senaman yang betul barulah berjaya mencapai apa yang diimpikan.
Tambahnya lagi tiada jalan pintas untuk jadi kurus, sebaliknya pengambilan kalori defisit dan pandai seimbangkan apa juga pengambilan makanan dan melakukan senaman untuk memastikan berat turun lebih cepat dan selamat.
“Saya paling suka makan coklat dan tak lepas mengambilnya setiap hari, tetapi lepas makan saya akan lakukan senaman.
“Oleh sebab itu walaupun saya berjaya kurangkan 70 kilogram tetapi badan saya tetap firm. Ini kerana saya jaga nutrisi badan saya dan paling suka buat senaman tarian, zumba dan pilates untuk kecergasan badan,” ceritanya lagi yang juga sangat berbesar hati apabila berjaya terpilih ke peringkat akhir Mrs Malaysia World kerana wanita berkahwin dan berkerjaya seperti dirinya juga mampu untuk bersaing dalam anugerah berprestij seperti itu.
Cantik walau tanpa sebarang mekap, Gigi Hadid tak kedekut kongsi tip penjagaan wajah untuk peminatnya.
Melihat Gigi Hadid berjalan di pentas peragaan atau di halaman majalah fesyen, kita selalu memikirkan yang dia menjaga penampilan wajahnya dengan memakai jenama produk high end yang mencecah ratusan hingga ribuan Ringgit.
Namun sebaliknya, Gigi berkongsi kepada Vogue mengenai cara penjagaan wajahnya yang tidak memerlukan kos yang tinggi.
Gigi Hadid Kongsi Rutin Penjagaan Wajah
“Bila bercakap tentang penjagaan wajah, saya selalu akan kembali kepada produk drugstore. Saya selalu ingin produk yang bagus namun mampu milik Saya rela menjaga kulit sendiri, belajar cara yang betul dan tidak memerlukan pakar facial.
“Semasa saya sedang mengandung, saya lebih tertarik dengan produk pembersih yang natural.
“Kini setelah memasuki musim sejuk di sini, saya lebih gemarkan produk bertekstur lebih tebal kerana kulit saya mudah kering,” jelasnya.
Apa yang menarik, 5 jenis produk yang dikongsikan oleh Gigi ini boleh didapati di drugstore dan stor kecantikan di Malaysia.
Jom tengok apakah jenama pilihan model terkenal ini.
Dr. Jart++ Ceramidin Cream
“Saya mula menggunakan pelembap muka ini dan amat menyukainya.”
“Bila-bila masa saya memakai mekap, baru pulang dari penggambaran yang memerlukan saya memakai mekap tebal, saya akan gunakan Cetaphil kerana saya rasa benar-benar membersihkan kulit dengan baik.”
“Ini kedengaran agak pelik, tapi ibu saya yang mengajarnya. Saya akan meletakkan ubat gigi pada bahagian muka yang ‘naik’ bintik-bintik gatal jika terlalu kerap memakai mekap. Ini akan mengeringkannya dengan pantas.”
.
Lanolips 101 Ointment
“Saya akan memakai lip balm sebelum mula bermekap. Jika kita biarkan lip balm untuk 10-20 minit semasa menyiapkan solekan pada bahagian lain, ia akan memberikan tekstur yang lebih sihat kepada bibir sebelum kita memakai gincu atau lipgloss.
“Saya juga akan gunakan 101 Oitment ini di bahagian muka lain yang terasa kering terutamanya di bahagian kening.”
Selain daripada empat jenis produk yang disebutkan tadi, Gigi turut berkongsi beberapa lagi produk yang digemari olehnya dan ada dijual secara atas talian. Cuma mungkin harganya agak mahal sikit.
Salah satu daripada termasuklah Oliveda yang merupakan jenama yang menggunakan kelebihan ekstrak pokok zaitun dan ia menawarkan pelbagai jenis produk seperti pembersih muka, pelembap muka dan minyak. Beli Di : Shopee
Gigi juga menggemari jenama Odacite bagi menangani kulit yang betul-betul kering. “Ini adalah botol baru kerana saya kerap menggunakannya.” Beli Di : Lazada
Apabila berkongsi mengenai soal mekap pula, Gigi turut menggemari beberapa jenama drugstore seperti Maybelline di mana dia juga merupakan duta bagi jenama tersebut. Anttara produkk Maybelline yang digemari oleh Gigi adalah foundation, pensil kening dan powder.
Haa… anda ada tak produk penjagaan yang sama seperti Gigi? Nak kulit cantik memang kena labur duit dan usaha keras, ya!
Tonton video penuh Gigi Hadid bersama Vogue di bawah:
Antara senaman paling mudah dilakukan tanpa guna alatan atau bajet adalah dengan berjalan kaki. Lakukan secara konsisten dan anda akan dapat melihat hasilnya sebulan selepas itu.
Namun begitu, berjalan kaki ini perlu dilakukan dengan mendapat 10 ribu langkah sehari dan sangat memberi manfaat untuk kesihatan seseorang.
Salah satunya adalah dapat meningkatkan kesdihatan jantung untuk menerima oksigen dalam darah dengan lebih banyak.
Semak beberapa lagi manfaat berjalan kaki 10 ribu langkah sehari ini menurut perkongsian Mohamad Faizal Saedon
8 kebaikan yang kalian akan dapat dengan melakukan secara konsisten 10,000 langkah sehari.
1. Meningkatkan kesihatan jantung. Aktiviti berjalan 10,000 langkah akan menolong jantung kalian menerima oksigen dalam darah dengan lebih banyak.
2. Menguatkan paru paru. Otot otot yang terlibat dalam sesi penafasan yang berlaku semasa aktiviti berjalan 10,000 langkah akan menjadi kuat.
3. Meningkatkan Kadar tumpuan. Aktiviti berjalan 10,000 langkah akan mengeluarkan hormon hormon yang baik seperti endorfin yang membuatkan kita menjadi gembira. Ini akan membantu kita fokus. Mana tidaknya, kita akan kurang stress dan dapat mengurus stress dengan baik.
4. Menguatkan tulang. Bergerak dengan lebih banyak dapat membantu menghindarkan esteoporosis.
5. Membina otot dalam badan. Bilamana kita berjalan secara konsisten 10,000 langkah sehari otot akan terbina. Otot yang banyak didalam tubuh berbanding lemak akan membantu kalian membakar dengan lebih cepat lemak didalam tubuh.
6. Menstabilkan kadar gula dalam darah. Bila kita aktif dan otot sudah terbina, Otot akan menggunakan glukos dalam darah secara lebih efisen.
7. Mengawal dan menurunkan tekanan darah tinggi. Aktiviti berjalan 10,000 langkah mampu membuat darah kita mengalir dengan baik dan ini akan membantu mereka yang ada masalah tekanan darah tinggi.
8. Meningkatkan tenaga seharian. Membina tabiat ini juga akan membuat kita menjadi semakin muda, hehe, tenaga akan semakin bertambah dan kita akan lebih bersemangat.
Kebaikan kebaikan diatas berlaku bila kita secara konsisten membina tabiat 10,000 langkah setiap hari. Ianya satu kebaikan yang banyak dengan satu aktiviti yang mudah.
Jadi saya sarankan bagi mereka yang baru nak bermula dalam perjalanan kalian nak turunkan berat badan, amalkan tips ini dulu. Pastikan kalian melangkah sebanyak minima 10,000 langkah sehari. Tak perlu buat dalam satu sesi, campur semua langkah kalian dari bangun pagi hingga ke malam.
Banyakkan berjalan di tempat kerja, pilihlah parking jauh sedikit dari lokasi yang ingin dituju. Dan yang paling baik buatlah jadual setiap petang berjalan selama 60 minit sekurang kurangnya.
Sejak Oktober lalu dilihat perubahan pada penampilan pelakon dan pengacara Daphne Iking yang mula mengenakan tudung.
Pada mulanya dia bertudung hanyalah sekadar untuk menutup uban di kepala terutama apabila keluar rumah.
Memberitau Kosmo, dia yang berusia 43 tahun berkata rambutnya mula ditumbuhi uban dan dapat dilihat tengan jelas sehingga membuatkan dia seboleh-bolehnya mahu menutup kepala dengan sesuatu.
Tetapi rupanya selain itu ada kisah tersendiri yang ramai tidak tahu mengenai rambut panjangnya itu.
“Bapa saya meninggal dunia akibat kanser. Sejak itu saya terbabit dengan aktiviti kesedaran kanser dan berniat mendermakan rambut kepada sebuah organisasi kebajikan kanser.
“Rambut saya sangat panjang melebihi paras pinggang. Syarat untuk mendermakan rambut mestilah tak boleh lakukan sebarang rawatan membabitkan bahan kimia selama enam bulan.
“Sepanjang tempoh itu, uban saya semakin jelas kelihatan. Ketika negara diberi kelonggaran keluar rumah, saya perlu menghadiri sebuah majlis bertemakan warna ungu. Sewaktu bersiap, saya cuba tutup uban dengan pakai turban.
“Tetapi saya cuma ada selendang berwarna ungu. Saya cuba gayakan ala-ala pelakon Grace Kelly tetapi tudung yang saya pakai tergelincir ke belakang. Solusinya, saya pakai topi selam warna hitam dan padankan dengan selendang itu,” ujarnya lagi.
Tambah Daphne, selepas seminggu bertudung menggunakan topi selam, dia ada pergi berenang dengan memakai bikini tetapi mengakui sangat janggal.
Justeru dia yang memeluk islam pada 2010 mengambil keputusan untuk menjual semua pakaian seksi miliknya selepqs mendapat persetujuan suaminya, Azmi Abdul Rahman yang turut memberi sokongan penuh kepadanya untuk bertudung.
Tambah Daphne lagi,dia rasa janggal jika membuka tudungnya. Malah terasa macam bogel jika keluar rumah tanpa tudung.
Ramai memuji penampilan terbaru Daphne Iking dan berharap perubahan ini akan berkekalan kerana dia dilihat sangat cantik dalam gaya seperti sekarang.