Nampaknya penyakit Tangan, Kaki & Mulut atau HFMD ini semakin menular dan kebanyakan mangsanya adalah kanak-kanak.

Apatah lagi kala lebaran yang lebih bermakna tahun ini di mana pasti ibu ayah sibuk memenuhi undangan ke rumah terbuka.

Namun dalam kesibukan beraya, jangan sesekali kita sebagai ibu bapa lupa untuk melindungi  anak-anak kita daripada dijangkiti penyakit HFMD tanpa disedari.

Perkongsian Dr Izzar Anwari ini boleh dijadikan panduan dan ingatan buat ibu bapa dalam mengelak anak-anak daripada dijangkiti virus ini.

Demam, Ulser, Lepuh Di Tapak Tangan & Kaki Petanda Dijangkiti HFMD. Doktor Beritahu Langkah Pencegahan!

Artikel Lain: Doktor Dedah Rahsia Pesakit Usia 51 Tahun, Tiada Masalah Kolesterol & Maintan Awet Muda

Ads

Hand, Foot & Mouth Disease (HFMD)

HFMD adalah penyakit yang disebabkan oleh virus Coxsackie A16(COX A16) dan Enterovirus 71 (EV 71). Kebiasaannya ia berlaku pada kanak2 bawah 6 tahun, tetapi sesiapa pun boleh kena HFMD ni.

Kawan saya pun ada kena tahun lepas. Penyakit ini selalunya tak serius tetapi ia cepat merebak (contagious). Tambah2 kalau berkumpul ramai seperti di sekolah dan pusat jagaan kanak2. Tetapi, ada juga kes jangkitan HFMD serius oleh virus EV71 yang boleh menyebabkan komplikasi radang otak atau jantung.

HFMD merebak melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh (blister), dan najis kanak2 yang dijangkiti serta melalui sentuhan permukaan yang tercemar dengan virus HFMD.

Ads

Anak2 yang dijangkiti HFMD biasanya akan bergejala seperti
– Demam
– Luka di mulut (ulcer)
– Lepuh (blister) di tapak tangan dan kaki

Demam, Ulser, Lepuh Di Tapak Tangan & Kaki Petanda Dijangkiti HFMD. Doktor Beritahu Langkah Pencegahan!

Langkah2 pencegahan untuk mengelak anak dari dijangkiti adalah :
– Menjaga kebersihan diri dan anak2. Selalu cuci tangan tu
– Ibu bapa dapatkan rawatan segera untuk anak. Jangan bawa ke tempat jagaan anak pula kalau dah tau anak demam atau ada ruam/lepuh . Kang anak orang lain dijangkiti
– Pusat jagaan kanak2 buat pembersihan pembersihan permis dan saring anak2 yang masuk ke premis tiap hari.

Ads

Artikel Lain: Minuman Bertenaga Tak Selamat Diambil Untuk Pesakit Jantung? Doktor Jelaskan Risikonya!

Kes HFMD tengah meningkatlah kat Malaysia sekarang ni. Terkejut saya masa buat laporan wabak kebangsaan sebelum raya haritu. Tu pun sebelum raya tau.

Ni masa raya anak berjumpa dengan ramai orang, ada kemungkinan HFMD atau penyakit lain boleh merebak lagi. Jadi ibu bapa pantau keadaan dan kesihatan anak2 ya. Pusat jagaan kanak2 pun kena peka. #drizzarshares

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr. Izzar Anwari (@izzar)

Artikel Lain: Pakar Dietetik Kongsi Panduan Pemakanan, Cara Mudah Jaga Anak Dijangkiti HFMD

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI