Selalunya kita menyangka golongan yang bergelar doktor pasti sangat menjaga kesihatan dan akan jarang berdepan masalah penyakit.
Namun hakikatnya mereka juga manusia biasa yang yang tidak lari dari berdepan dugaan apabila turut mengalami masalah kesihatan.
Ini yang berlaku pada Dr Say, Pengacara Program My Doctor yang sering berkongsi pelbagai tip kesihatan dan rumahtangga.
Dalam perkongsian terbarunya di laman sosial, Dr say memuat naik hasil pemeriksaan kesihatan dirinya memberitahu buah pinggang miliknya mengalami kerosakan tahap dua.
Ternyata keputusan diterima membuatkannya terduduk walaupun menunjukkan buah pinggang lebih baik berbanding sebelumnya.
Ini kerana didapati ada kandungan darah dalam air kencing membuatkanya sedikit cuak.
Walau bagaimanapun dalam masa sama dia lega kerana tidak perlu mengambil ubat kolesterol untuk masalah kesihatannya, sebaliknya harus mengubah cara hidup terutama dari segi pemakanan dan juga senaman dalam tempoh tiga bulan ini.
Semestinya berkait rapat dengan gambar ni yakni terduduk saya dibuatnya. Januari 2021 total cholesterol sy 8.3, Alhamdullilah tahun 2022 ni total cholesterol sy turun kepada 7.0.
Akan tetapi bacaan ni masih tinggi sebab normal value should be lower than 5.2. Bacaan cholesterol jahat (LDL) sy pulak dari 6.2 turun kepada 5.44 akan tetapi masih tinggi sebab normal value should be lower than 2.58. Selain tu buah pinggang saya berada pada kerosakan tahap 2 & pada masa yang sama pada air kencing saya ada darah detected.
Besar kemungkinan ada batu pada buah pinggang Wallahualam tapi sy nak check lagi later. Status hati okay, garam dalam badan okay, bacaan untuk gout okay, gula dalam badan okay.
Am i worried? Semestinya. Tang kolestrol & tang buah pinggang tu. Walaupun kalau dibandingkan status buah pinggang saya lagi elok keadaannya tahun ni berbanding tahun lepas tapi kali ni ada darah dalam air kencing tu yang buat saya sedikit cuak sebab normalnya takde darah pada air kencing unless ada jangkitan atau ada batu pada buah pinggang.
Ads
Mungkin nak kena buat ultrasound sebab taknaklah dari tahap 2 tiba-tiba makin teruk yang sampai nanti kena cuci darah kalau buah pinggang dah rosak tahap 5. Kalau tanya perasaan saya, saya sedikit lega tapi lebih kepada cuak ahaha. Sedikit lega tang bacaan kolestrol makin better & lebih cuak sebab kolestrol masih tinggi & kisah buah pinggang tu.
Adakah saya kena makan ubat kolestrol? Mengikut nasihat pakar perubatan saya, katanya tak perlu lagi. Cuba lifestyle changes dari segi pemakanan & senaman untuk 3 bulan ni & repeat balik ujian kolestrol bulan 4 nanti.
Kalau korang ikut story saya memang saya start jaga dah pemakanan & senaman sejak 1.1.2022 aritu. Moga dengan keputusan medical checkup ni buat saya kekal motivated untuk teruskan healthy lifestyle saya.
Ads
Badan nak guna lama peeps. Apa guna ada bini cantik, anak handsome, duit berkepok kalau kesihatan tunggang langgang. Siapa yang tak buat medical checkup lagi, nasihat saya malam ni puasa pukul 12 malam, esok 8 pagi pergi klinik berdekatan untuk buat basic medical checkup. The best investment you can make is in your own health.
Tidak sukar sebenarnya untuk seseorang itu kelihatan cantik dan maintain awet muda walaupun usia sudah mencecah 30-an.
Sebenarnya tidak perlu menggunakan produk penjagaan wajah yang mahal sebaliknya hanya memilih makanan yang bukan saja menyihatkan dalaman badan, tetapi juga menyerlahkan kecantikan semula jadi.
5 Jenis Makanan Lambatkan Proses Penuaan
Air Kelapa
Boleh dikatakan amalan meminum air kelapa sudah diterapkan sejak kecil lagi. Bukan sahaja minuman tersebut mudah didapati, tetapi ia juga seakan menu wajib sekiranya berada di kawasan tepian pantai.
Bagi yang tidak menggemari air kelapa, anda sudah boleh mula untuk meminum minuman tersebut mulai sekarang. Hal ini kerana air kelapa mengandungi harmon estrogen yang dapat membentuk kolagen dan elastin.
Kedua-duanya berfungsi untuk mengekalkan keanjalan kulit dan melambatkan proses kedutan kulit wajah. Manfaat air kelapa lain ialah mencegah daripada dehidrasi, mengurangkan risiko penyakit jantung, menurunkan tekanan darah dan membantu meningkatkan stamina badan.
Ubi Keledek
Ubi keledek mempunyai pelbagai variasi warna seperti kuning, ungu, jingga, merah jambu dan putih. Ia juga tergolong dalam kategori tumbuhan menjalar. Kandungan ubi keledek yang kaya dengan vitamin C dan E dapat membantu mengekalkan keanjalan termasuk kelembapan kulit wajah.
Lobak Merah
Kandungan vitamin A, E dan C yang ada dalam lobak merah dipercayai dapat membantu untuk melawan sel kanser. Selain vitamin, lobak merah juga kaya dengan kandungan mineral seperti kalsium, potasium, alpha karotin dan beta-carotene.
Pengambilan lobak merah baik kerana kandungan antioksidan dapat melindungi kulit daripada sinaran matahari, mengelakkan jerawat, kulit kering, kedutan pramatang dan mencerahkan kulit wajah.
Bayam
Tumbuhan ini sangat mudah untuk didapati di Malaysia dan yang popularnya ialah bayam merah dan hijau. Selain enak dimakan tumbuhna ini juga berfungsi sebagai salah satu agen anti-penuaan dan dapat melicinkan kulit wajah.
Bayam juga dapat menguatkan akar rambut manakala kandungan vitamin K boleh mengurangkan masalah keradangan dalam sel.
Kacang Badam
Sering dijadikan sebagai bahan kudapan saat membaca buku atau menonton televisyen, pengambilan kekacang juga sebenarnya baik untuk kulit wajah.
Kekacang seperti badam mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi termasuk vitamin E yang sangat baik untuk kulit seperti menghapuskan sel kulit mati dan mengurangkan lingkaran gelap bawah mata.
Jarang orang menggunakan getah kulit pisang untuk cantikkan kulit wajah, tetapi kali ini seorang lelaki berkongsi satu petua yang dia amalkan untuk jaga mukanya dari cela. Jom baca petuanya.
Getah Kulit Pisang Untuk Kulit
Tengok kulit lelaki ini, Nauf Safuan, licin dan flawless. Haa… jangan jeles ya. Ini tip yang dikongsikan untuk pudarkan parut jerawat.
“Petua dari sekolah lagi. Tiap sabtu ahad , abah akan beli pisang. Lepas makan, saya ambil kulit pisang ni.Saya pakai tenyeh kat muka ni.” Tulisnya ringkas.
Kesannya, rasa sangat best dan kulit jadi lebih bersih. Sangat berkesan untuk pudarkan parut jerawat dan mengecutkan jerawat.
Kalau nak tahu, dalam kulit pisang ni secara semula jadinya ada vitamin B & C yang dapat membantu untuk mengecutkan jerawat dan memudarkan jerawat.
Kongsinya, “Hampa pakai tiap hari selama seminggu dan hampa akan nampak perubahanya.”
Untuk masalah kulit sensetif dan kulit berminyak juga digalakan untuk mengunakan kulit pisang. Getah kulit pisang ni mengandungi anti oksida yang dapat mengawal masalah kulit berminyak dan mengurangkan radang pada kulit wajah.
Bahan-Bahan:
Kulit pisang
Cara Pengunaan:
Tenyeh kulit pisang pada bahagian muka. Biar selama 5-10 minit atau sehingga getah pisang kering. Bilas dengan air bersih. Ulang setiap hari di waktu pagi.
Boleh juga di pakai sebelum tidur. Bangun keesokkan paginya. Baru bilas.
Fungsi Lain Kulit Pisang
Selain itu, kulit pisang juga boleh dijadikan masker untuk lembapkan kulit. Cara ini juga mudah cuma perlukan campurkan dengan bahan lain. Nah, cubalah!
Bahan:
Pisang
Kuning telur
Caranya mudah, haluskan kulit pisang, lalu campurkan dengan satu kuning telur. Jadikan sebagai masker wajah. Biarkan selama 5 minit, kemudian bilas wajah hingga bersih.
Tak susah bukan? Anda boleh pilih dua petua di atas untuk diamalkan malam ini. Yang penting pisang kena ada di rumah. Mudah!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memiliki wajah bermasalah seperti jerawat hingga menyebabkan breakout pastinya membuatkan seseorang itu mudah hilang rasa keyakinan.
Malah situasi ini sedikit sebanyak membawa kepada rasa stress, lebih-lebih lagi jika telah mencuba bermacam-macam produk untuk menghilangkannya.
Namun begitu, bagi yang mempunyai masalah ini boleh mencuba perkongsian seorang gadis di akaun TikTok bagaimana mahu menyelesaikan maalah jerawat dihadapi.
Menggunakan akaun nama @znrh__ berkata dia mendapatkan rawatan di klinik kerajaan untuk mengatasi masalah ini.
Paling menarik kos untuk mendapatkan rawatan breakout ini sangat murah hanya mengeluarkan modal serendah RM1.
Tambahnya lagi bagi mereka yang mahu mendapatkan nasihat dari klinik kerajaan berkenaan kulit, hanya perlu maklumkan kepada front desk dan beritahu ada masalah kulit.
Kemudian ambil nombor dan tunggu gilira nama dipanggil untuk berjumpa doktor.
Menurut gadis dipanggil Juju ini, dia turut diberikan antibiotik, ubat sapu dan ubat cuci dari klinik keraaaan selepas sesi konsultasi.
Seterusnya doktor di kliniktersebut akan aturkan temujanji seterusnya untuk lakukan rawatan susulan.
Sebelum mengakhiri videonya, dia turut berpesan jika mahu dapatkan rawatan dermatologi, surat akan diberikan jika jerawat masih belum beransur pulih enam bulan lepas ambik antibiotik.
Juju juga berpesan bagi yang sedang mengalami masalah ini jangan rasa diri down kerana ia kitaran biasa dalam hidup dan merupakan perjuangan dan berkat kesabaran akan menang dalam ‘battle’ ini.
Menjengah ruangan komen, ramai berterima kasih dengan tip diberikan dan ada juga yang berkongsi pengalaman mendapatkan rawatan di klinik sama (klinik kerajaan) sebelum itu.