Sebelum ini pernah tular kisah penyanyi Aishah yang melakukan pembedahan bariatrik atau pintasan perut demi untuk kesihatan.
Kaedah yang popular dengan nama ‘potong perut’ ini membolehkan seseorang itu mengawal pemakanannya dan hasilnya sangat mengagumkan.
Dalam satu perkongsian di laman sosial Instagram Datuk Nurul Hidayah turut mengakui pernah menjalani pembedanan berkenaan disebabkan mengalami pertambahan berat badan mencecah 100 kilogram.
Menurutnya beliau mengambil keputusan melakukan keadah bariatrik ini kira-kira 11 tahun lalu demi kesihatan.
Kita buat Bariatric Surgery – Sleeve Gastrectomy (sila Google)
Kita makan sikit jer sebab perut tak boleh terima makanan dalam kuantiti yang banyak.
Kita mengaku kat ramai orang yang kita buat prosedure kecilkan kantung perut.
Tambah anak kepada Presiden Umno, Datuk Seri Zahid Hamidi ini berat badannya kemudian terus turun menjadi 58 kg dalam tempoh setahun setengah.
Beliau turut mencadangkan bagi mereka yang mengalami masalah obesiti untuk melakukan kaedah sama. Ketika melakukannya dulu kos tidak semahal seperti sekarang.
Dari 100kg pernah turun sampai 58kg dalam masa setahun setengah. Tapi kita tak tipu. Kita siap suggest/cadangkan orang yang obesiti buat. Tak mahal pun, sebab 11 tahun lepas kita buat RM15k. Sekarang dah mahal tapi berbaloi.
Tambahnya lagi, beliau membuka cerita berkenaan bukan untuk menjadi manusia negatif, sebaliknya memberitahu apa tujuan sebenar melakukan kaedah berkenaan.
Dalam pada itu, Nurul Zahid juga menasihatkan individu supaya positif dan jangan malu berterus-terang apabila menjalani pembedahan bariatrik.
Di samping, beliau menyarankan agar jangan sesekali menipu bahawa kejayaan kurus itu kerana bersenam, berdiet atau makan produk kurus jenama sendiri.
Kita nak cerita, bukan nak jadi manusia negatif. Kita nak cerita kalau buat proses potong usus ker kecik kan perut ker jangan la bagi tau exercise. Jangan la bagi tau diet atau makan produk kurus jenama sendiri.
Ads
Pendapat saya. Berlaku jujur dan jangan malu kongsi perkara baik. Nak malu apa potong usus/kecik kan perut? Bukan untuk kecantikan pun untuk kesihatan. Kalau memang cantik gemuk 200kg pun cantik lagi. Tapi dengan prosedur macam yang saya bagi tau tadi lebih cepat dan kita lebih sihat. Itu jer.
Jangan tipu. Tipu dosa. Tapi kubur masing-masng. Ikut la macam mana
So, yeah. Kita kurus dulu sebab buat Bariatric Surgery.
Perkongsian jujur Nurul Zahid mengenai pengalaman melakukan bariatrik pendapat respon positif daripada warga maya. Majoriti teruja bertanya lebih lanjut pro dan kontra mengenai prosedur terbabit.
Antaranya, ada followers yang memikirkan kesan pada kulit badan selepas menjalani prosedur bariatrik sama ada ia akan mengelebeh ataupun tidak.
Ads
“Soalan yang bagus. Ia bergantung kerana kalau gemuk jawapannya, ya. Cuma lepas tiga bulan kena rajin bersenam.
“Lakukan facial urut muka. Kalau malas bersenam pergi menjalani urutan badan dua kali seminggu bagi mengelakkan kulit kendur,”
Sementara itu, menerusi ruangan IG Stories pula beliau menjawab pertanyaan daripada warga maya yang bertanyakan tentang selera makan selepas pembedahan.
“Selepas menjalani pembedahan selera makan tak menurun kerana keinginan untuk menikmati makanan itu sentiasa ada.
“Memang saya stres sebab apabila makan akan muntah. Saya mengambil masa selama setahun untuk membiasakan diri dengan situasi ini. Jadi saya makan dalam kuantiti yang sedikit,” jawab beliau yang memiliki ketinggian 167 sentimeter.
Penting ke pakai toner sesuai ikut jenis kulit? Sedangkan nampak jenis texture air, semua macam sama dan boleh pakai.
Ini jawapan untuk soalan ni, ya sangat penting!
Sebenarnya, bila anda membersihkan kulit muka dengan pencuci muka, ini boleh menyebabkan kulit menjadi kasar dan boleh menggangu keseimbangan pH pada kulit muka.
Bila keseimbangan pH kulit terganggu, mula lah kulit pun akan rasa kering dan kasar, nampak kusam, kulit berminyak secara berlebihan dan tumbuh jerawat.
Jadi salah satu cara untuk mengatasi masalah ini ialah dengan memakai toner selepas cuci muka.
Kegunaan Toner
Semasa kita mencuci kulit muka, sebahagian kotoran degil masih melekat pada kulit muka. Ini akan menyebabkan liang-liang pori kita tersumbat.
Di sinilah toner memainkan peranan. Toner digunakan untuk menyempurnakan proses cleansing dengan membuang lebihan yang tertinggal di kulit muka contohnya makeup, lebihan minyak, sel kulit mati dan juga lebihan cleanser.
Tips Pakai Toner Ikut Kulit Muka
Tak semua orang sesuai untuk pakai produk toner yang ada di pasaran. Anda kena memilih toner berdasarkan bahan yang ada dalam toner tersebut untuk elakkan iritasi kulit.
Kulit kering atau kulit normal
Pilih toner yang boleh memberi kelembapan kepada kulit muka. Bahan utama yang anda boleh pilih adalah Hyaluronik Acid (HA) atau gliserin. Elakkan daripada menggunakan toner yang ada alkohol sebab ini boleh menyebabkan kulit bertambah kering dan dehidrasi.
Kulit berminyak
Pilih toner yang mengandungi zinc sebab ini akan memberi kemasan matte lepas pakai toner. Selain daripada itu, boleh pilih bahan astringen iaitu bahan asas daripada timun.
Pilih yang bebas alkohol.
Kulit kombinasi
Bagi yang berkulit jenis ini, agak susah untuk memilih toner yang sesuai sebab anda ada 2 jenis kulit muka yang berbeza. Kalau berani mencuba, anda boleh pilih toner daripada bahan organik atau semula jadi dan bebas alkohol.
Cara Pakai Toner
1. Bersihkan tangan anda. Pastikan tangan bersih daripada segala kotoran sebelum memakai toner.
Ada sesetengah toner yang memerlukan anda pakai guna tangan, bukannya pakai kapas. Kalau tangan tak bersih, ada kemungkinan kulit muka kena iritasi.
2. Kemudian, pastikan muka dicuci bersih agar segala kotoran yang menyumbat liang pori dapat hilang. Toner membantu untuk menutup liang pori yang terbuka selepas mencuci muka.
3. Titiskan toner ke atas tapak tangan, hanya 2-3 titis sudah mencukupi untuk penjagaan yang maksima. Kemudian, tepukkan ke wajah dengan perlahan untuk dapatkan kulit muka yang lebih lembut.
Hah, selepas ini anda boleh terus dapatkan toner ya. Nak cantik kena usaha lebih dan rajin pakai setiap hari. Barulah nampak kesannya!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila umur semakin meningkat, anda kena cari tip macam mana nak lambatkan proses kedut di wajah. Bukan nak cantik untuk orang lain tetapi lebih kepada kepuasan diri sendiri.
Baru-baru ini, tular satu tip menggunakan bahan sedia ada di rumah dikongsikan oleh Puan Zuriaty Musa untuk melambatkan proses penuaan. Jom semak, bahannya!
4 Bahan Lambatkan Proses Kedut
Katanya, empat ramuan digunakan ini cukup untuk menjadikan seseorang yang mengamalkan secara konsisten kelihatan lebih muda remaja.
Jeli petroleum perlu dimasukkan ke dalam ramuan diajar Zuriaty ajarkan.
Bahan-bahan
1. Jeli petroleum
2. Jus lemon
3. Serbuk kunyit
4. Minyak kelapa
Campurkan semua bahan ke dalam satu bekas dan kacau sebati sebelum disapu pada kulit yang berkedut.
Menurut wanita yang sering berkongsi tip di TikTok, lebih baik sekiranya bahan yang dihasilkan itu dipakai pada waktu malam.
Katanya, kedutan pada kulit boleh berkurangan dan melambatkan proses penuaan sekiranya diamalkan setiap hari.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kehadiran terlalu banyak produk kosmetik yang ingin mengejar keuntungan mudah ternyata menjadi peluang buat founder buat duit tanpa mempedulikan kesihatan orang ramai.
Terkini Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dato Seri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan semalam memaklumkan, terdapat empat produk kosmetik dikesan mengandungi merkuri dan Hydroquinone.
Dalam kenyataannya, beliau memaklumkan, produk-produk kosmetik yang dikesan mengandungi Racun Berjadual.
“Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti di bawah:-
Biela Beauty Glowing Night Cream – mengandungi Merkuri
BL Skincare Day Cream 1 – mengandungi Hydroquinone dan Tretinoin
BL Skincare Day Cream 2 – mengandungi Merkuri
BL Skincare Night Cream – mengandungi Merkuri
Susulan daripada itu, notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.
Penjual dan pengedar produk-produk kosmetik ini perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut dengan serta-merta. Penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
Produk yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat ahli profesional kesihatan.
Penggunaan produk yang mengandungi bahan-bahan tersebut tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh menyebabkan kesan-kesan sampingan yang tidak diingini.
Orang awam yang sedang menggunakan produk-produk kosmetik ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!