Sebelum ini kesihatannya hanya baik-baik saja. Malah turut mengamalkan gaya hidup sihat dan boleh bekerja seperti biasa.
Namun siapa sangka awal Februari lalu menjadi detik menakutkan apabila dirinya tiba-tiba diserang ‘Bell’s Palsy’.
Bagi Nazira Noran, Ketua Peneraju Bernama Radio menceritakan pengalaman yang dianggap sangat menakutkan.
Menurutnya ketika diserang, dia tidak menyangka penyakit dialami akan menjadi serius. Dia hanya pergi mendapatkan rawatan di hospital beberapa hari mengalami sakit kepala dan radang belakang leher membengkak.
View this post on Instagram
Pengalaman Diserang Bell’s Palsy
Assalamualaikum semua sahabat. Semoga sihat semuanya dan dipermudahkan urusan. Hari ini saya nak share pengalaman diserang Bell’s Palsy pada Isnin 8/02/2021.
Hari ini sudah masuk hari ke 14 dan saya masih menjalani rawatan fisio.
Walau belum sembuh sepenuhnya, saya rasa saya perlu maklumkan juga keadaan kesihatan saya.
Terima kasih ustaz, ustazah, sahabat-sahabat mendoakan dan memberi kata-kata semangat untuk saya.
Saya akui, masa mula-mula kena, saya lambat pergi hospital dan ingat Bell’s Palsy ni tak serius, sepatutnya hari saya kena saya terus warded, tapi hari tu saya rasa nak selesaikan kerja-kerja ofis dulu.
Rupa-rupanya, sakit kepala saya 2-3 malam itu sudah tahap serius sehingga radang belakang telinga leher saya membengkak. Dan ini kemungkinan besar saya terkena Bell’s Palsy.
View this post on Instagram
Menurutnya, penyakit yang bukan dari keturunan ini tidak begitu popular. Antara selebriti yag pernah alaminya seperti Angelina Jolie, Adibah Noor dan pelakon Faye Kusairi.
Ketika mendapat tahu mengalaminya, Nazira berkata dia sangat takut kerana bimbang akan menjadi strok.
Masih diingati sewaktu kejadian sebaik bangun tidur, muka jatuh dan menjadi senget. Mulut juga tak boleh senyum dan mata tidak boleh berkelip.
Ketika itu dia rasadia bimbang dirinya menjadi cacat, rasa panik, sedih dan malu terutama bila mahu pergi kerja. Malu untuk berjumpa orang. Malah sebutannya juga jadi tak jelas dan muka menjadi senget.
Penyakit ini tak popular tapi ramai juga orang popular pernah kena macam Angelina Jolie, Adibah Noor dan Faye. Baru saya tahu, ia bukanlah strok. Masa mula-mula warded saya agak down, takut, sedih, panik, tak tau nak kata apa, semua perasaan ada.
Macam mana nak kerja? Nak bercakap tak jelas. Saya tak dapat sebut huruf B dan P. Lebih jadi levih. Perhatian jadi ferhatian.
Hari itu BP saya 146-126, gula 8, kolesterol 3. Doktor kata Bell’s Palsy ni sapa-sapa pun boleh kena. Stress pun salah satu faktor. So, jaga diri dan kesihatan, stress pun perlu dikawal diatasi dengan baik.
Saya akui saya agak kepenatan 2 minggu anak-anak mula PdPR. Saya tido 2-3 jam sahaja sepanjang 2 minggu berturut-turut itu. Macamana ye ibu-ibu urus anak lagi ramai ye?
View this post on Instagram
Tambahnya lagi, ramai yang tidak kongsi pengalaman terkena penyakit ini sebaliknya mereka hanya share ketika sudah sembuh.
Ada juga yang jadi down apabila diserang Bell’s Palsy ini dan jika malas berusaha serta tidak makan ubat, penyakit ini akan kekal sehingga dua tahun.
Ketika mula-mula kena perasaan dan emosi memang sedikit terganggu. Tatkala itu Nazira merasakan Allah memberi ujian dengan sedikit rasa menjadi ‘OKU’. Terasa hilang keyakinan diri tatkala berdepan masalah ini kerana bimbang jadi cacat.
Namun selepas mendengar penjelasan doktor yang memberi rawatan dan penerangan bahawa ‘Bell’s Palsy’ ini bukan strok dan ia boleh sembuh cuma masanya bergantung lambat atau cepat.
Dalam pada itu, Nazira yang bertugas sebagai penyampai radio walaupun bukan di kaca televisyen, tetapi perlu tampil di media sosial tetap bimbang jika hilang pekerjaan.
Namun alhamdulillah, Allah hantar ramai orang-orang baik, ustaz dan ustazah memberi tazkirah dan doa kepadanya secara peribadi. Ini membuatkan dirinya kembali tenang, redha dengan ujian ini dan perlu tahu ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.
Buat masa ini dia diberi cuti sakit sehingga dirinya benar-benar sembuh dan kini menjalani rawatan di hospital.
Terima kasih yang mendoakan kesembuhan saya. Allah yang beri ujian sakit ini, Allah juga yang memberi saya untuk rehat seketika, fokus ibadah lebih padaNya dan bergantung berserah padaNya. Allahu Ya Shafii Dia Yang Maha Penyembuh. Semoga semua yang sedang sakit juga cepat sembuh. Amin.
View this post on Instagram
Artikel Berkaitan:
Diabetes Rupanya ‘Pembunuh Senyap’, Penyebab Penyakit Kronik Boleh Bawa Maut. Kenal Pasti Gejalanya!
Tabiat Pemakanan Punca Utama Kanser Usus, Ini Bahayanya Perlu Tahu Lepas Payudara & Serviks
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI