Mendengar ada seorang teman yang meninggal dunia disebabkan jangkitan virus Covid-19. Namun dia juga sebelum ini memang mengalami penyakit asma yang kronik.
Adakah ia saling berkaitan dan bagaimana bahaya mereka yang menghidap asma sekiranya diserang Covid-19 ini.
Perkongsian Dr Zubaidi Ahmad menerangkan penyakit asma yang memberitahu ia adalah penyakit paru-paru kronik yang membengkak dan menyempitkan saluran pernafasan.
Semasa serangan asma, pesakit mungkin mengalami ‘wheezing’ (bunyi bersiul apabila sedang bernafas), kesesakan dada, sesak nafas dan batuk.
Batuk yang sering berlaku adalah pada waktu malam atau awal pagi. Asma boleh menjadi penyakit yang mengancam nyawa jika tidak dirawat.
Walaupun tiada sebab yang khusus diketahui untuk penyakit asma, semua penghidap mempunyai persamaan yang sama iaitu keradangan saluran pernafasan yang kronik. Saluran pernafasan mereka adalah sangat sensitif kepada pelbagai sebab.
Jika terdapat faktor yang boleh menyebabkan asma berlaku, saluran pernafasan akan menjadi radang (saluran pernafasan mengandungi lendir, bengkak, dan sempit).
Seterusnya otot yang berhubung dengan saluran pernafasan ini menjadi lebih sempit daripada biasa. Ini menyebabkan pesakit sukar untuk bernafas dan boleh menyebabkan serangan asma.
FAKTOR PENCETUS ASMA
1. Jangkitan paru-paru dan saluran pernafasan seperti selesema.
2. Alahan terhadap bulu binatang, habuk, tepung, hama atau debunga.
3. Pendedahan kepada bahan bawaan udara seperti asap kimia, asap dan pencemaran udara.
Ads
4. Faktor cuaca sejuk, berangin, panas berdebu, lembap dan perubahan suhu drastik.
5. Keadaan bilik lembap, berkulat dan berhabuk.
6. Tekanan.
7. Emosi berlebihan seperti kesedihan berlarutan, terlalu marah dan ketawa.
8. Aktiviti fizikal seperti bersukan.
9. Ubat antiradang (aspirin, naproxen dan ibuprofen) dan beta blocker (biasanya diberikan kepada mereka yang mempunyai masalah jantung atau tekanan darah tinggi).
10. Makanan atau minuman termasuk makanan yang diproses, makanan siap, minuman botol jus buah-buahan, bir dan wain.
Ads
11. Alahan makanan seperti kacang.
12. Penyakit gastroesophageal reflux (GERD) atau penyakit menyebabkan asid perut kembali ke dalam esofagus sehingga merengsakan saluran gastrousus atas.
Jika seseorang menghidapi asma, dia perlu mengikuti pelan tindakan doktor sebagai langkah berjaga-jaga untuk bersedia menghadapi ancaman serangan asma.
Sesiapa yang merasakan boleh berada di dalam kesukaran untuk bernafas atau sesak nafas akut hendaklah segera mendapatkan rawatan di jabatan kecemasan.
Nasihat ini juga disarankan bagi penghidap asma yang merasakan keadaan mereka adalah lebih buruk/teruk daripada biasa atau tidak bertindak balas kepada rawatan yang biasa.
Gejala-gejala asma dan serangan boleh bertambah baik dengan rawatan. Jika asma tidak dirawat, pesakit boleh mendapat asma yang lebih teruk dari masa ke masa.
Ini boleh menyebabkan kerosakan di saluran udara yang kekal. Tujuan penjagaan asma adalah untuk mengelakkan serangan asma yang boleh memburukkan lagi keadaan pesakit.
Ads
UBATAN UNTUK PESAKIT ASMA
Terdapat dua jenis ubat-ubatan asma :
1. Ubat-ubatan pengawal – adalah untuk kawalan asma yang berterusan. Ubat-ubatan ini membantu mengurangkan keradangan ketika serangan asma. Ubat-ubat ini perlu diambil setiap hari sama ada seseorang mempunyai gejala atau tidak. Ubat pengawal termasuk kortikosteroid dihidu (jenis ubat utama) dan perencat leukotriene. Contoh ubat : Beclomethasone, Budesonide, Fluticasone.
2. Ubat Penyelamat – diambil apabila tanda-tanda serangan asma bermula dan ia boleh menghentikan serangan tersebut.Antara ubat yang digunakan termasuk beta-agonis dan anticholinergic. Contoh ubat: Salbutamol, Terbutaline, Fenoterol, Ipratropium bromide (Atrovent).
Bagi kedua-dua ubat pengawal dan ubat penyelamat di atas alat sedut adalah kaedah yang berkesan, dimana pesakit perlu mengendalikan alat sedut tersebut dengan betul supaya ubat tersebut boleh mencapai bahagian dalam paru-paru yang memerlukannya.
Adalah penting untuk mempelajari penjagaan dan penggunaan alat sedut tersebut dengan betul.
Kalau ada masalah kulit kemerah-merahan, anda jangan susah hati sebab ada produk yang sesuai untuk anda pulihkan kulit wajah anda itu.
Tidak perlu pergi ke Spa, anda boleh cuba ‘jalan selamat’ dan jimat dengan mencuba tips cantik seorang wanita yang berkongsi pengalamannya di laman group Beli Apa Dekat Drugstore Hari Ini.
Menerusi satu perkongsian wanita, Puan Syafika Lokman, dia hanya mencuba satu produk untuk sembuhkan masalah kulitnya. Jom, kita tengok produk apa yang best sangat tu!
Hilang Kulit Kemerah-merahan Pakai Ni, Yang Lagi Best Jadi Lembap!
Kulit muka rasa kering sungguh macam ada gelupas dah sikit lepas pakai cleanser. Bermula malam tu pakai je apa yang ada untuk bagi lembapkan kulit. Hydrating toner, spray, sheet mask, moisturiser rosken, tapi masih tak jalan.
Kemudian baru teringat malam sebelum tu pakai aha bha cosrx, terpakai juga krim nihon padahal dalam tu ada retinol.
Lepas itu ada pakai sekali anti acne cream acnes (baru beli sebab tu terus try) kering sangat!
Ini pesanan, untuk yang memang ada jerawat sangat tu, boleh cuba sebab terlalu dry up kita punya kulit.
Namun hari keempat, beli lah juga hada labo lotion red line sebab tunggu ceradan moisturiser lambat sampai.
Sebelum ini tak suka HL lotion ni sebab masa tu kulit still combi-oily jadi tak suka.
Pakai Mask Ini Juga
Sekarang dah okay. Kulit kemerah-merahan dah tak ada, lepas itu sheetmask brand Happymask (moisturising) best sangat. Melembapkan tapi tak rasa berminyak masa pagi tu.
Jadi kepada anda yang berdepan dengan masalah kulit seperti ini, boleh cuba cari produk ini untuk atasi masalah kulit. Jangan putus asa, anda masih ada peluang untuk cantikkan kulit!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hari ini kes jangkitan Covid-19 terbaru dikatakan telah turun ke angka 4 ribu lebih. Walaupun begitu, kita tidak boleh alpa atau leka denga situasi yang berlaku.
Masih perlu menjaga SOP Kendiri dan jangan keluar rumah jika tiada urusan yang benar-benar perlu.
Dan paling membimbangkan ketika ini adalah komplikasi yang dipanggil Long Covid. Apa itu Long Covid dan kenapa dipanggil dengan gelaran sebegitu.
Perkongsian ringkas tetapi padat dari Dr Samhan menjelaskan maksud sebenar perkataan ini.
Doktor, apa ke benda long covid ni?
Meh, saya nak cerita.
Sebelum tu nak kena faham dulu jangkitan covid ni ada 5 kategori.
Kategori 1: positif tapi takde gejala
Kategori 2: positif + ada simptoms tapi tak libatkan paru-paru
Kategori 3:positif + ada simptoms + ada jangkitan paru-paru
Kategori 4: positif + ada simptoms + jangkitan paru-paru + perlu bantuan pernafasan
Kategori 5: positif + ada simptoms + jangkitan paru-paru + perlu bantuan pernafasan + kegagalan organ
Yang kita bimbang ada kategori 2,3,4 dan 5. Bila dah masuk ketegori ni, kemungkinan besar pesakit akan mengalami komplikasi covid yang di panggil LONG COVID!
Kenapa dipanggil Long Covid?
Mudah cerita begini. Pesakit covid dah sembuh tapi menanggung komplikasi covid yang berpanjangan.
Seperti batuk tak hilang-hilang. Hidung tersumbat. Lendir di tekak. Kalau sebelum ini boleh jogging, sekarang jalan pun semput. Buah pinggang rosak sampai kena dialisis.
Sakit-sakit tubuh tak hilang. Sakit perut berpanjangan. Selalu sakit dada. Sakit kepala yang amat. Ada yang sampai hilang ingatan. Ada yang mandul. Memang menakutkan!
Itulah realitinya.
Apa yang kita nampak setiap hari, angka kes positif dan angka kes sembuh. Tapi hakikatnya, berapa ramai yang sembuh tapi menanggung Long Covid. Siksa tau!
Sebab itulah kena ambil vaksin. Tujuan ambil vaksin bukan tak nak kena covid. Tetap ada risiko dapat jangkitan covid cuma tak masuk ke Kategori 2,3,4 dan 5.
Itulah tujuan sebenar kena ambil vaksin. Long covid ni lebih menakutkan dari kesan sampingan vaksin. Itu kena faham.
Kongsikan info ini dalam group-group whatsapp kenapa pentingnya ambil vaksin untuk elak menanggung Long Covid yang amat menyiksakan.
Jangan biarkan menggeleber sebab masalah lengan besar bagi golongan wanita sedikit sebanyak akan mencacatkan penampilan seseorang itu.
Begitu juga bagi mereka yang mempunyai lengan menggeleber disebabkan penurunan berat badan mendadak.
Usah risau, ada senaman tertentu yang boleh dilakukan untuk memastikan lengan kembali pejal, kecil dan cantik.
Paling penting lakukan secara konsisten dalam mencapai misi diimpikan.
Walaupun gerak dilakukan sedikit menyakitkan pada mulanya tetapi jangan give-up lakukan senaman ini sebagai rutin. Hasinya anda akan lihat lengan semakin mengecil dan jadi pejal.