Menjadi tanggung jawab kita sebagai ibu bapa menyediakan makanan sempurna untuk keluarga terutama untuk anak-anak yang masih kecil.
Ini kerana tanpa penyediaan makanan yang tidak sempurna boleh menyebabkan timbul masalah lain membabitkan kesihatan.
Seperti perkongsian Dr Ahmad Luqman Bukhari yang menceritakan tentang kesan yang terjadi apabila ibu bapa menyediakan makanan kurang sempurna kepada anak mereka.
Sayu suara si ibu menjawab seraya menoleh ke arah anaknya yang sedang terbaring di atas katil.
Remuk hati melihat betapa lemahnya keadaan badan si kecil tu. Langsung tak bermaya. Kedua belah mata pun mencengkung. Dehydrated teruk!
Mana tak nya, sejak pagi tadi dah berbelas kali muntah dan cirit birit. Sampai je kat hospital, jarum branula terpaksa dimasukkan ke saluran darah di kedua-dua belah lengan untuk proses rawatan kecemasan.
Ads
Ada berikan nasi ayam balik dari tempat kerja
“Sebenarnya doktor, malam semalam saya ada suapkan nasi ayam yang saya bawak balik dari tempat kerja.
Silap saya. Mula-mula lagi saya perasan ada kesan darah pada bahagian sendi tulang ayam tu. Daging pun agak kemerahan, macam tak cukup masak.
Tapi dia beria mintak nak rasa, tak sampai hati saya nak tolak. Itu yang berikan jugak sikit.”
Si ayah tiba-tiba bersuara. Jelas ternampak raut kesal di wajahnya.
Selalu sangat kes kanak-kanak keracunan makanan ni berlaku. Sebahagiannya berpunca dari ayam yang tak dimasak sempurna. Memang patut pun sebab darah yang masih ada pada ayam tu jadi medium yang sesuai untuk kuman membiak.
Ads
Kalau yang termakan tu kita yang ada imuniti kuat mungkin setakat dapat perut cramp, muntah dan cirit birit. Boleh jadi kesannya tak berapa serius.
Tapi sangat bahaya untuk anak kecil.
Paling kita takut bila kuman tadi masuk ke dalam salur darah anak dan merebak ke seluruh tubuh (bacteremia). Pernah tau berlaku kes keracunan teruk sampai akibatkan kematian!
Periksa betul-betul jika nak bagi makanan pada anak
Sebab tu mak ayah kena tolong periksa betul-betul setiap makanan masa nak beri pada anak.
Ads
Jangan bagi kalau ada tanda-tanda ayam tak cukup masak seperti:
– Berbau hanyir – Berlendir – Tekstur daging berbeza dari biasa – Suhu di bahagian daging lebih sejuk – Ada kesan darah terutama dekat tulang ayam – Daging berwarna kemerahan
Bantu saya #sebarkan info ni pada mak ayah yang lain ya. Risau jugak, lagipun tak lama lagi dah nak mula puasa. Takut-takut nanti bila dah tak larat nak masak sendiri, kita terbeli makanan yang buatkan anak kesayangan keracunan dan jatuh sakit.
Makin hot pelakon, Nora Danish atau nama sebenarnya Nora binti Mohd Danish Hanif walau sudah mempunyai anak. Bukan sahaja mempunyai wajah yang gebu dan cantik, malah tubuhnya juga maintain kecil molek.
Nora yang dikenali ramai selepas memegang watak di dalam drama bersiri “Puteri” telah menghiasi banyak drama dan filem di Malaysia, antaranya ialah Sumpah Bunian, Khurafat The Series, Tentang Dhia, Ariana Mikhail dan banyak lagi.
Nora Danish dipuji bakat lakonannya ketika drama Tentang Dhia yang menjadi fenomena suatu ketika dahulu bersama pelakon lelaki Adi Putra.
Makin Berumur Makin Muda
Pernah berkongsi tentang petua kecantikan yang diamalkan menerusi portal Xtra, Nora mengamalkan diet yang sempurna seperti memilih akan ulam-ulaman, makanan organik, minum air secukupnya, mengambil makanan tambahan dan juga rajin melakukan senaman yoga.
Namun baru-baru ini, tular satu video di laman tiktok milik Nora Danish yang meraih perhatian ramai. Video tersebut kini meraih 931 ribu jumlah tontonan, 94 ribu tanda suka dansebanyak 5 ratus komen.
Di dalam video berkenaan memaparkan Nora Danish sedang menari mengikut trend yang terkini di laman tiktok tersebut.
Namun lain pula yang dilihat netizen selepas menonton video tersebut. Rata-rata mereka meninggalkan komen bahawa Nora Danish tampak semakin muda walaupun umurnya meningkat.
“Dia ni dari dulu sampai sekarang nampak muda je, my fav”– kata netizen.
“Makan apa je cantik sangat mummy ni”– ujar netizen.
“Ni lah salah satu bukti perempuan berada di tangan lelaki yang tepat, sentiasa cantik”-tambah netizen.
“Babyface sangat lahai dia ni laa. cantik betul kalau dalam movie ada Nora Danish ni aku wajib tengok yee sebab suka tengok cara dia berlakon”– tulis Netizen.
Apa-apa pun, Nora Danish sememangnya nampak semakin muda walaupun sudah mempunyai anak yang ramai.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Untuk jadi lebih sihat kala pandemik ini, selain ambik suntikan vaksin kita memang sangat digalakkan untuk melakukan aktiviti kecergasan dengan bersenam.
Ini adalah bagi memastikan kita sentiasa menjaga kesihatan serta kecergasan diri agar tubuh badan sentiasa sihat serta ada tahap imun yang baik.
Namun dalam satu perkongsian di laman twitter seorang jurulatih kecergasan Aidy Johan memberitahu tentang beberapa mitos berkenaan kesihatan dan kecergasan yang ramai orang masih amalkan.
Ayuh, kita lihat beberapa mitos seperti yang diterangkan oleh saudara Aidy Johan.
TIDAK BOLEH MAKAN MALAM
Waktu makan tidak menentukan akan naik atau turun berat badan seseorang. Apa yang menentukannya ialah berapa jumlah tenaga yang masuk dan berapa yang keluar. Kalori nasi lauk ayam pada waktu siang adalah sama dengan kalori pada waktu malam.
TIDAK BOLEH MAKAN NASI
Nasi adalah sejenis makanan karbohidrat. Tanpa karbohidrat badan kita tak ada tenaga untuk lakukan aktiviti seharian seperti bersukan dan sebagainya. Apa yang perlu dipantau adalah kuantiti jumlah pengambilannya sama ada bersesuaian atau tidak dengan aktiviti seharian yang kita dilakukan.
WANITA ANGKAT BERAT BADAN JADI MACAM LELAKI
Ini antara mitos yang paling popular. Buat pengetahuan anda badan wanita hanya banyak mengeluarkan hormon estrogen, tidak mengeluarkan hormon testosterone sebanyak lelaki. Justeru itu, untuk badan nampak macam lelaki adalah mustahil melainkan menggunakan bahan terlarang.
SIT UP SETIAP HARI PERUT JADI ‘FLAT’
Badan membakar lemak secara keseluruhan bukannya boleh disasarkan kepada kawasan spesifik. Ikuti prinsip kalori defisit/ keseimbangan tenaga. Sebanyak mana anda lakukan sit up sekali pun jika tidak jaga pemakanan, aktiviti seharian tak aktif, perut masih tetap tak akan flat.
BILA BERSENAM TIDAK PERLU JAGA MAKAN
Perlu ingat senaman hanyalah sebahagian gaya hidup sihat. Apa yang membantu kita untuk sihat ialah mendapat dapat vitamin dan nutrisi yang cukup adalah melalui pemakanan. Anda boleh sihat tanpa bersenam, tanpa supplement dengan hanya jaga pemakanan yang lengkap.
LEBIH BANYAK TURUN BERAT LAGI BAIK
Ukur prestasi diri dari segi kekuatan, keupayaan melakukan sesuatu aktiviti, inch loss di bahagian tertentu. Itu adalah lebih baik daripada berpandukan penimbang berat badan semata-mata. Itulah di antara beberapa mitos kecergasan yang mungkin masih ramai daripada anda tidak tahu.
Ada PCOS Tapi Lega Hamil Tanpa Buat Rawatan Kesuburan. Ini Yang Sheera Iskandar Amalkan! Sebelum hamil, pelakon ini disahkan mengalami masalah Polycystic Ovary Syndrome atau PCOS dan turut menjalani pembedahan membuang cyst di ovari.
Dalam temubual bersama Nona, pelakon cantik manis Sheera Iskandar memberitahu penyakit dialami ini adalah daripada keturunan dan genetik diabetic.
Ada PCOS Tapi Lega Hamil Tanpa Buat Rawatan Kesuburan
Menurutunya apabila sudah berumah tangga dia perlu jaga kesihatan agar tidak ada masalah lain berlaku.
“Sebelum bedah, bahagian yang ada cyst tu timbul tapi sekarang dah susut. Waktu saya kena bedah kalau tak silap tahun 2015. Masa tu saja pergi buat medical check uo memandangkan umur pun dah lebih 30 tahun.
“Start dari situ saya mula jaga pemakanan dan elakkan mengambil makanan yang boleh aktifkan cyst itu balik.
“Alhamdulillah, kahwin ada rezeki dapat mengandung semula jadi tanpa apa-apa rawatan kesuburan. Yang penting kena tahu keadaan badan macam mana. Jaga pemakanan itu penting.
“Sebelum kahwin lagi saya memang dah amalkan pengambilan folic acid dan fish oil. Saya dapat tahu saya hamil bulan September lepas,” ujarnya yang selamat melahirkan anak sulung, Puteri Long Harissa Mei lalu.
Walaupun sudah bergelar ibu, kecantikan Sheera tetap terserlah di sebaliknya kelembutan wajahnya.
Sebelum ini Sheera yang juga anak kepada pelakon Aznah Hamid cukup sinonim dan terkenal dalam drama kepolisan Gerak Khas.