Ada antara kita yang sangat berpantang untuk makan atau menyentuh beberapa makanan kerana dikhuatiri mendatangkan masalah angin dalam badan.
Benarkah ia boleh berlaku dan apa kesannya jika terus diambil secara berlebihan. Masalah angin ini juga turut dikenali sebagai kembang urat.
Pakar Kimia dan juga Pensyarah Kanan di UiTM, Dr. Fatimah Salim dalam satu posting di laman sosial Facebook menjelaskan perkara ini dengan panjang lebar.
Ayuh, ikuti perkongsiannya.
Kenapakah memakan sesetengah buah atau sayur boleh menyebabkan ‘angin’ dan ‘kembang urat’?
Jawapan umum untuk pertanyaan mengenai ‘angin’ dalam badan:
Sebenarnya jenis tumbuhan seperti nangka, sukun, tarap, kekacang (legumes) dan yang seangkatan dengannya… mengandungi bahan kimia dari kumpulan karbohidrat seperti raffinose, stachyose, verbascose… yang tidak boleh dicerna oleh tubuh manusia kerana kekurangan atau ketiadaan enzim alfa-galactoside.
Dan keberadaan enzim ini adalah bergantung kepada genetik dan peningkatan usia. Maka, usahlah hairan jika dulu kita makan tiada masalah dan kini mudah terkesan.
Ads
Disebabkan ketiadaan enzim khusus, maka tugas pencernaan ini akan diambil alih oleh bakteria yang ada dalam usus besar kita melalui fermentasi. Semasa proses fermentasi, bakteria akan menghasilkan bahan kimia berbentuk gas seperti gas hidrogen dan metana. Gas ini kemudiannya akan dikeluarkan dari sistem usus besar sebagai kentut.
Sekiranya gas ini tidak dikeluarkan, ianya akan terus terkumpul/ terperangkap dalam usus yang juga dikenali dengan istilah ‘kembung perut’ atau orang kita bahasakan sebagai ‘angin’.
Harus diingat ‘angin’ ini ialah ‘benda asing’ yang berada dalam badan. Maka badan akan seboleh mungkin untuk mengeluarkannya dengan mekanisma yang mampu menggangu keseimbangan proses kimia badan yang lain.
Ketidakseimbangan kimia badan ini akan menyebabkan kita berasa ‘kurang selesa’ atau ‘sakit’ pada bahagian tertentu. Keadaan inilah yang agaknya orang lama istilahkan dengan ‘kembang urat’.
Tujuannya adalah sebagai ‘signal’ untuk kita berbuat sesuatu atau badan akan beradaptasi untuk mengembalikan semula keseimbangan kimia (Self-healing). Bahagian mana yang terkesan dan bagaimana, adalah bergantung kepada tahap kesihatan sedia ada dan mekanisma yang ‘paling’ kurang mudarat kepada system badan.
Untuk mengembalikan keselesaan, ada yang pergi berurut. Ada yang ambil ubat tahan sakit, ada juga yang ambil ubat buang angin. Ada yang baik sendiri hasil daripada pemakanan yang mengandungi pelbagai bahan kimia semulajadi yang membantu menyeimbang punca sakit tadi.
Ads
Pun begitu, sesetengah orang tidak mengalami masalah ‘angin’ ini disebabkan mempunyai enzim alpha-galactoside yang cukup dan/ atau juga memiliki kepelbagaian jenis bakteria dalam usus yang boleh saling ‘meneutralkan’ gas yang dihasilkan.
Tips untuk sistem penghadaman yang baik:
1) Amalkan senaman yang bersesuaian untuk mengaktifkan sel-sel badan termasuklah dalam sistem penghadaman. Bakteria yang baik sukakan badan yang sihat untuk ditumpang (win win situation).
2) Kunyah makanan jenis ini lama-lama untuk mengecilkan saiz makanan. Air liur mungkin mengandungi enzim alpha-galactoside yang boleh membantu dalam proses penguraian bahan kimia karbohidrat ini dan mengurangkan fermentasi oleh bakteria dalam usus besar.
3) Jenis kekacang atau beras pulut boleh rendam dulu untuk memudahkan proses penghadaman, seterusnya mengurangkan fermentasi oleh bakteria.
Ads
4) Amalkan sayuran dalam diet pemakanan sebagai sumber serat (prebiotik) dan fitokimia yang bagus.
5) Kurangkan makanan terproses. Kurangkan pengambilan gula tersedia.
6) Boleh tambahkan makanan difermentasi yang mengandungi mikrob baik (sumber probiotik) seperti yoghurt, tempoyak, tapai… untuk mempelbagaikan flora bakteria dalam usus.
Kalau muka anda breakout teruk, anda patut cuba spay air timun untuk pulihkan wajah yang sakit itu sekejap.
Seperti yang saudara Nauf Safuan ini buat, masalah wajah breakout semakin baik. Malah jerawat yang ada juga kecut.
Lebih menarik lagi apabila toner timun ini dikatakan boleh mengelakkan jerawat daripada terus merebak pada wajah. Malah, jika anda mengalami masalah pori yang besar pun digalakkan untuk memakai toner timun ini.
Ayuh kita baca perkongsian oleh Nauf Safuan ini.
Toner timun ni sangat sesuai untuk kecutkan En J yang berleluasa kat muka tu. Dan paling best. Toner timun ni boleh elak dari En J terus merebak. Pakai sebelah malam. Esok bagun pagi inshAllah En J akan segera kecut. Best kan?
Untuk yang ada masalah pori besar pun di galakan untuk pakai toner timun ni. Sat ja pori akan mengecut dengan pemakaian secara konsisten.
Kalau ada masalah kulit berminyak. Boleh perah sedikit lemon. Lemon ni nanti akan serap minyak minyak kat muka hampa. Kat bawah aku share bahan dan cara penyediaan.
Bahan-bahan:
1/2 Timun
1/2 Lemon
Penapis air teh
Penyagat
Cara penyediaan:
Sagat timun tu bagi habis. Kemudian asingkan air timun tu dengan hampas timun.
Amik air timun, campur dengan perahan lemon. Khas untuk kulit berminyak sahaja. Kalau kulit tak berminyak. Tak perlu lemon na.
Masukkan dalam botol. Simpan dalam peti ais sebelum guna. Toner timun ni boleh bertahan 2 minggu kalau simpan dalam peti.
Pakai sekali pagi dan sekali sebelah malam sebelum tidur. Lepas ni tak payah risau muka breakout lagi.
Bahan-bahan yang diperlukan.Step 1: Sagat menggunakan penyagatInilah rupanya bila dah disagat dengan penyagat tadiStep 3: Apabila timun sudah siap disagat, tapis menggunakan penapis air untuk mengambil airnya sahajaStep 4: Tambah perahan lemon sekiranya kulit anda berminyakStep 5: Masukkan air campuran timun &lemon tadi ke dalam botol.Siap! Sembur terus pada wajah pun boleh.
Hah, selepas ini anda boleh cuba guna tip ini untuk buat kulit bebas jerawat. Eh, memang timun ini bagus untuk kulit, bukan? Jadi tidak lah rasa was-was untuk cuba petua cantik ini. Jom. kita cantik berjemaah!
Susah hati nak hilangkan selulit yang mula muncul di bahagian tubuh, biasanya wanita yang dulunya badan kecil tetiba ‘kembang’ naik inci memang akan lalui masalah ini.
Jangan risau, anda boleh cuba petua yang dikongsikan Nur Tasnim ini. Menerusi perkongsiannya, kalau anda buat cara ini seminggu 2-3 kali, mesti puas hati dengan hasilnya.
Selain dari menghilangkan selulit, kulit akan jadi lembut sangat. Okay, pastikan ada dua produk ini:
Tip Hilangkan Selulit, Campur Minyak Ini Dengan Serbuk Kopi
1)Skin Therapy Oil
2)Massage Lotion
Caranya:
Anda ambil 1-2 sudu serbuk teh dan serbuk kopi, campurkan dengan skin therapy oul. Jadikan sebagai lulur sebelum mandi.
Kemudian selepas mandi, terus sapu losyen macam biasa. Apa yang penting, disiplin dan rajinkan amal.
Selamat mencuba!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seperti yang kita tahu, sarapan pagi adalah salah satu waktu makanan yang sangat penting.
Ini kerana ia dapat membantu membekalkan tenaga untuk tubuh badan agar dapat menjalankan aktiviti sepanjang hari dengan cergas dan aktif.
Jadi pilihan sarapan pagi berkhasiat penting, terutama bagi mereka yan mengamalkan diet. Ini antara pilihan boleh diambil untuk sarapan pagi anda sebelum memulakan kerja.
LEMPENG PISANG
Bahan-bahan
2 biji pisang
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
½ cawan oat
1 sudu besar serbuk kayu manis
Minyak zaitun
Cara penyediaan
1. Lenyek pisang di dalam mangkuk yang besar.
2. Masukkan telur dan esen vanilla dan gaul sebati.
3. Gaulkan bersama oat dan serbuk kayu manis hingga sebati.
4. Panaskan kuali leper yang disapu sedikit minyak zaitun kemudian sendukkan bancuhan pisang ke atas kuali.
5. Goreng sehingga kuning keemasan dan hidangkan bersama hirisan pisang.
TROPIKA SMOOTHIE
Bahan- bahan
I biji pisang (dibekukan)
1 cawan buah pic (dibekukan)
1 cawan nanas (dibekukan)
1 cawan susu badam
1 ikat sayur kale (dipotong halus)
Cara penyediaan
1. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisarkan sehingga halus. Minum setiap pagi. Ia amat berkhasiat dan mengenyangkan!
MUFIN OAT
Bahan – bahan
1 ½ cawan oat
1 biji pisang
1 biji telur
1 cawan greek yogurt
¼ cawan sirap mapel
½ cawan susu badam
I sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil serbuk kayu manis
Sedikit garam
Hiasan
Buah strawberi
Buah blueberi
Buah apple
Cip coklat gelap
Kekacang
Buah kering
Cara penyediaan
1. Lenyekkan pisang dan masukkan telur, esen vanilla, sirap mapel dan susu badam. Kacau sehingga sebati
2. Masukkan yogurt dan kacau sedikit sebelum masukkan oat, serbuk penaik, serbuk kayu manis dan secubit garam. Kacau sebati.
3. Masukkan 1 skop sebatian tadi ke dalam acuan mufin dan taburkan hiasan yang berbeza.
4. Bakar selama 30 minit dengan suhu 180 darjah Celcius.
5. Siap untuk dihidang.
LEMPENG TOMATO
Bahan 1
½ cawan cendawan
½ cawan tomato
Serbuk lada hitam
1 labu bawang putih
2 cawan bayam
Secubit garam
Minyak zaitun
Bahan 2
¾ cawan tepung kacang kuda
1 ½ sudu yis
½ sudu serbuk penaik
½ sudu serbuk bawang putih
½ sudu serbuk kunyit
1 sudu cuka epal
Cara penyediaan
1. Goreng cendawan dan tomato menggunakan sedikit minyak zaitun kira-kira dua minit.
2. Masukkan secubit garam, serbuk lada hitam, bawang putih dan sedikit minyak zaitun.
3. Goreng sehingga menjadi warnanya bertukar keemasan sebelum memasukkan bayam. Kemudian ketepikan.
4. Masukkan pula bahan 2 ke dalam mangkuk yang besar dan gaul sebati.
5. Panaskan kuali leper bersama sedikit minyak zaitun dengan api sederhana. Ratakan sesenduk adunan lempeng ke atas kuali.
6. Apabila ia sedikit garing, letak gorengan bahan-bahan 1 tadi di atasnya dan biarkan sebentar.
7. Tutup api dan biarkan selama lima minit di dalam kuali yang bertutup.
8. Sedia dihidang.
FRENCH TOAST BLUEBERRY
Bahan-bahan
2 keping roti (dipotong dadu)
2 sudu besar susu
¼ serbuk kayu manis
½ sudu esen vanila
Buah beri biru
Cara penyediaan
1. Campurkan susu, serbuk kayu manis dan esen vanila. Kacau sebati.
2. Letakkan roti ke dalam mug tahan panas dan taburkan buah beri biru.
3. Tuangkan campuran susu tadi ke dalam mug dan masak menggunakan microwave selama 2 minit.
4. Hidangkan bersama madu.