Bagi mengelak jangkitan virus Covid-19 kita digalakkan menjaga kesihatan kendiri dengan memakai pelitup muka.
Walaupun mengenakan pelitup muka, tetapi tidak membataskan untuk kita mengenakan solekan biarpun hanya dengan secalit gincu bibir.
Namun begitu, ada beberapa tip tertentu boleh dikongsi bagaimana memakai gincu bibir walaupun ketika mengenakan pelitup muka ini.
Perkongsian tip dari usahawan kosmetik dan pemilik empayar pemilik empayar perniagaan MERVE Cosmetics Malaysia, Joy Refva memberitahu cara terbaik bagi memastikan bibir sentiasa lembap biarpun terselindung di sebalik pelitup muka.
1. Harus amalkan minum air putih 8 gelas setiap hari supaya bibir tak pecah, tak kering & sekaligus melembapkan bibir.
2. Pilih lipstick yang dapat merawat bibir seperti magic lipstick atau pelembap bibir yang mengandungi formula asas seperti minyak kelapa dan petroleum jelly
3. Jika ingin menggunakan lipstick biasa, boleh apply terlebih dahulu lip primer supaya bibir tidak jadi kering / mengelupas. Ini sangat perlu supaya kulit bibir lebih anjal dan bibir kekal terlindung
4. Tak ramai yang sedar bahawa bernafas melalui mulut menyebabkan bibir kering. Ganti teknik pernafasan anda dengan bernafas melalui hidung sebagai cara melembapkan bibir yang berkesan
5. Jika ingin lipstick pada bibir tahan lama boleh apply powder di atas lipstick yang anda pakai supaya warna lipstick lebih tahan lama pada bibir
6. Boleh letakkan sedikit bedak tabur pada mask supaya lipstick & makeup yang anda pakai kekal cantik dan tidak comot
Ads
7. Jangan amalkan membeli lipstick yang anda tidak tahu apa isi kandungan, tamat tempoh atau tidak berkualiti kerana ini menyebabkan bibir menjadi lebam, hitam & rosak
8. Hindari menjilat bibir. Biasanya apabila bibir kering, kita akan menjilat bibir menggunakan lidah bagi melembapkan namun sebenarnya cara itu akan menyebabkan masalah bibir pecah bertambah teruk.
Tip ini dikongsi ketika bertemu Joy Revfa di majlis pelancaran koleksi gincu edisi terhad,
dipanggil BlackRevfa yang juga produk ke-30 dikeluarkannya syarikatnya MERVE Cosmetics Malaysia yang berdaftar di bawah nama MERVE Group Holdings Berhad.
“Saya sifatkan ia sebagai misteri kerana menampilkan gincu yang bagai ada elemen magis. Ia berwarna hitam, namun apabila dioles atau dipakai di bibir, sekelip mata berubah menjadi merah semula jadi yang cantik dan mengghairahkan.
“Baunya juga sangat ‘lazat’ dan menyenangkan. Ia boleh bertahan selama 24 jam. Ia bukan saja boleh dioles di bibir, malah berfungsi pelbagai untuk digunakan di pipi, hidung, kelopak mata, kuku dan sebagainya. Gincu ini juga boleh merawat bibir merekah, kering, kusam, kesat dan gelap.
Ads
“Jadi jelas perubahan warna gincu yang diketengahkan ini menjadi kelainan dan obsesi terbaru produk syarikat saya. Tanda pagar #blackisred mengiringi kehadiran dan penerimaan produk itu yang mampu menzahirkan bibir sensual kemerahan, sihat, licin dan lembut,” katanya yang pernah viral sebelum ini disebabkan perkahwinannya dengan seorang penyanyi nasyid.
Hingga kini dia juga masih lagi single dan ibu tunggal dengan membesarkan anaknya Muhammad Arryan Firdaus berusia tujuh tahun hasil perkahwinan terdahulu.
Serentak dengan pelancaran produk berkenaan, Joy mengalu-alukan sesiapa yang terkesan dengan keadaan pandemik COVID-19 ini untuk mulakan perniagaan dan menjana pendapatan.
“Kami tawarkan perniagaan tanpa modal dan tidak perlu memegang stok. Semuanya akan diuruskan oleh ibu pejabat.
“Pada waktu sama turut dilancarkan #mervetiktokchallenge bermula 6 Disember ini sehingga 6 Januari tahun depan. Cabaran TikTok ini menawarkan hadiah menarik berupa sebuah telefon bimbit Iphone 13.
Ads
Pemenang akan ditentukan berdasarkan jumlah tontonan, tanda suka dan perkongsian terbanyak. Peserta wajib memegang gincu ketika melakukan cabaran ini.
“Pastikan tanda pagar #MERVEtiktokchallenge, #Blackrevfa, #MERVEblackisred dan #MERVEcosmetics turut disertakan apabila memuat naik video berkenaan,” katanya yang cukup terkenal dengan tagline ‘Cantik Bukan Lagi Fantasi’.
Koleksi BlackRevfa ini boleh didapati melalui laman web rasmi di pautan http://www.mervecosmetics.com.my/ . Gincu berkualiti antarabangsa ini boleh dijual dengan harga mampu dimiliki serendah RM59.90.
Tidak dinafikan, bahaya itu ada di mana-mana. Bukan sahaja di luar, tetapi juga boleh berlaku dalam kawasan rumah kita sendiri.
Dan biasanya jika situasi ini berlaku membabitkan anak-anak disebabkan mereka yang masih tidak dapat membezakan mana satu bahaya atau tidak barang disentuh.
Seperti perkongsian Dr Lyana Kamal ini yang memberitahu bahaya kesan daripada seorang kanak-kanak ini bermain ‘solder paste’ milik ayahnya.
Menurut Dr Lyana lagi, ‘solder paste’ ini umpama gam kuat yang digunakan untuk melekatka besi dan perlu berhati-hati menggunakannya kerana mungkin mengandungi asid yang kuat.
Ayuh, ikuti perkongsiannya di laman twitter menggunakan akaun nama @Dr_Aween_LiaNa memberitahu kesan kulit yang terbakar disebabkan bahan kimia yang terkena pada kulit.
Dia juga turut mengingatkan mereka yang ada anak kecil supaya baca dan faham apa yang ingin disampaikannya.
Kesian adik ni. Meraung sakit di klinik saya. Sebab kulit yg paling atas tu (epidermis) sudah mati. Dan sudah ada yang melecet. Bayangkan kalau kulit kita tersiat, sakit boleh menggelupur kita kita kan? Macam tu la kalau sakit chemical burn.
1) Chemical burn boleh berlaku dengan pelbagai jenis produk yang ada di rumah kita – bahan cucian, bleach, fertilizers, gam kuat, paint thinner, disinfectants. Maka, tolong simpan semua ini di tempat yang selamat dan susah dicapai oleh anak-anak.
2) Mangsa keadaan di rumah selalunya kanak-kanak. Mereka mungkin main dan terpegang mata, atau kulit bahagian badan lain. Ada kes telan bahan toksik itu.
3) Tanda-tanda awal chemical burn adalah sakit, kulit merekah, kulit mejadi merah, menggelupas, lepuh air dan bengkak.
So, apa yang kena buat kalau anak kita yang jadi mangsa chemical burn?
1) Jika ada pakaian yang terkena, guna sarung tangan dan gunting pakaian tu.
2) Jika bahan toksik tu kering dan berserbuk, buang gunakan brush. Jangan sapu dengan kain basah!
3) Jika terkena mata atau kulit, lalukan dengan air secepat mungkin. Air yang digunakan mestilah suam, banyak dan tekanan yang tidak kuat. Pressure air yang terlalu kuat boleh menyebabkan bahan kimia itu masuk lebih mendalam dalam kulit dan menyebabkan luka yang lebih teruk.
Baru-baru ini telah disambut hari menderma darah di mana kita memang sangat digalakkan untuk menjadi salah seorang penderma.
Sebenarnya banyak faedah pada kesihatan dan kelebihan yang kita boleh dapat daripada amalan menderma darah ini.
1. Boleh Selamatkan Nyawa
Setiap kali manderma darah, anda akan dapat menyelamatkan sekurang-kurangnya satu nyawa. Selain itu ia juga membantu melancarkan pergerakan darah penderma sekaligus memberi faedah kepada kedua-dua penderma dan penerima.
2. Dapat mengurangkan risiko penyakit jantung
Kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat mendapati, menderma darah dapat mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 88%. Zat besi yang berlebihan dalam tubuh badan kita boleh meningkatkan risiko mendapat serangan jantung dan lain-lain penyakit jantung. Darah kita terdiri daripada zat besi, sebab itu lah pendermaan darah boleh membantu menyeimbangkan jumlah zat besi dalam badan kita.
3. Kurang Risiko Penyakit Kanser
Zat besi yang berlebihan yang ada didalam tubuh badan kita juga boleh menyebabkan penyakit kanser. Dengan menderma sejumlah darah kepada mereka yang memerlukan kita dapat menyeimbangkan zat besi dalam badan dapat mencegah penyakit kanser berlaku.
4. Dapat Kurangkan Kalori
Menderma darah dapat mengurangkan jumlah kalori dalam badan. Lebih kurang 650 kalori dapat dikurangkan setiap kali anda pergi menderma darah. Mitos yang mengatakan derma darah boleh menaikkan berat badan adalah mengarut, malah menderma darah boleh mengurangkan berat badan.
Untuk maklumat yang lebih lanjut anda boleh cuba derma darah di mana-mana tabung darah berdekatan dan bertanya semua kemusykilan anda pada jururawat atau doktor yang bertugas.
5. Percuma Saringan Kesihatan
Setiap kali anda pergi menderma darah, jururawat atau doktor yang bertugas akan membuat pemeriksaan kesihatan kepada anda. Pemeriksaan kesihatan yang dilakukan ini adalah percuma dan jenis-jenis pemeriksaan yang dilakukan agak terperinci serta menyeluruh.
Kebiasaannya jika anda pergi membuat medical checkup di hospital atau klinik-klinik swasta anda sudah tentu akan dikenakan pembayaran. Antara saringan kesihatan yang akan diperiksa seperti, tekanan darah, jenis darah, jumlah kandungan gula dalam darah dan lain-lain saringan bertulis yang terperinci.
6) Dapat Gantikan Sel Darah Baharu
Umur anda dalam lingkungan 30 hingga 60 tahun? Tapi tak pernah derma darah? Sangat rugi, kerana selain dapat menyeimbangankan jumlah zat besi dalam badan, menderma darah juga dapat menggantikan sel darah yang lama kepada yang baharu.
Ini dapat membuatkan tubuh badan anda menjadi lebih sihat. Ia juga boleh mengekalkan kecergasan tubuh badan anda dan boleh membuat penderma menjadi lebih produktif dalam melakukan kerja.
Antara Keistimewaan Derma Darah
– 1 kali: Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan (tidak termasuk bayaran X-ray dan pembedahan) serta wad kelas dua untuk tempoh 4 bulan.
– 2 kali (dalam tempoh 12 bulan): Percuma suntikan pencegahan Hepatitis B.
– 2 hingga 5 kali: Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan serta wad kelas dua untuk tempoh 4 bulan.
– 6 hingga 10 kali: Percuma rawatan pesakit luar selama 1 tahun serta rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 6 bulan.
– 11 hingga 15 kali: Percuma rawatan pesakit luar selama 2 tahun serta rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 1 tahun.
– 16 hingga 20 kali: Percuma rawatan pesakit luar serta rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 2 tahun.
– 21 hingga 30 kali: Percuma rawatan pesakit luar serta rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 3 tahun.
– 31 hingga 40 kali: Percuma rawatan pesakit luar serta rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 4 tahun.
– 41 hingga 50 kali: Percuma rawatan pesakit luar serta rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 6 tahun.
– Lebih 50 kali bagi penderma darah lengkap, lebih 150 kali bagi penderma aferesis: Percuma rawatan pesakit luar serta rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 10 tahun. Wad kelas dua seumur hidup selepas 10 tahun di wad kelas satu.
Pernah habis ribuan ringgit tapi hasilnya teruk. Rupanya Zara Zya serasi guna skrub beras pulut nak cantik. Populariti pelakon ini begitu melonjak naik tatkala melakonkan watak sebagai Aisyah dalam drama rantaian Risik Pada Hati yang ditayangkan sekitar bulan lalu.
Ternyata kecantikan pelakon berusia 36 tahun ini tidak dipertikai. Malah tanpa mengenakan solekan tebal juga Zara Zya tampil cantik dengan gaya tersendiri.
Sebagai seorang selebriti Zara Zya mengakui perlu bijak menjaga kecantikan wajah serta penampilan agar sedap mata memandang setiap kali berada di khalayak.
Dalam satu temubual bersama Nona, Zara Zya tidak lokek berkongsi regim kecantikannya yang hanya menggunakan petua tradisional secara bahan alami saja.
Pernah Habis Ribuan Ringgit
Tidak perlu menjalani rawatan wajah yang mahal, sebaliknya dia memilih cara lebih ringkas, murah dan selamat.
Menurutnya juga petua cantik ini dikongsi oleh ibunyanya sendiri yang mengajar cara menjaga wajah menggunakan buah-buahan dan beras saja.
“Saya hanya amalkan petua yang diajar oleh Mama. Salah satu petua Mama ialah kisar buah tomato dan letak yogurt asli.
“Bila muka nampak kusam dan badan penat sangat, sapu kisaran tomato dan yogurt ini dekat muka untuk dijadikan sebagai mask. Petua ini bagus untuk jeragat sebab Mama memang ada masalah jeragat yang banyak.
Tapi Hasilnya Teruk
“Macam-macam rawatan Mama buat termasuk laser tapi tetap tak hilang. Alhamdulillah lepas dia amalkan petua buah tomato dan yogurt ini, jeragat Mama berkurangan. Satu lagi tip cantik yang selalu saya buat ialah menggunakan beras pulut.
“Caranya, beras pulut disangai dan dikisar sampai halus. Boleh digunakan sebagai skrub badan. Memang inilah yang saya buat dari dulu lagi. Hendak lagi berkesan, beras pulut tadi dicampur dengan madu atau minyak zaitun,” ujarnya yang pernah menggunakan set penjagaan wajah bernilai ribuan ringgit tetapi hasilnya tidak seperti diharapkan.
“Ya, saya pernah habis sampai lebih seribu ringgit beli set produk jenama antarabangsa tapi sayangnya tak berkesan dengan keadaan kulit saya. Sudahnya, terpaksa berhenti guna set ini.
Skrub Beras Pulut Nak Cantik
“Justeru saya beralih gunakan petua diajar oleh Mama dan alhamdulillah sesuai dengan kulit saya. Inilah yang saya amalkan dari dulu hingga kini,” katanya yang terpancar aura kecantikan dari wajahnya yang halus dan mulus.