Memiliki kulit wajah yang halus, hidung mancung, rambut ikal mayang serta mata yang galak, sebenarnya wanita Turki ini ada rahsia kecantikan mereka sendiri.
Bagi mendapatkan kulit wajah dan tubuh badan yang cantik, kebanyakan wanita Turki ini sering mengamalkan penggunaan bahan-bahan semula jadi seperti:
Yogurt
Di Turki, yogurt bukan sahaja digunakan sebagai campuran dalam makanan tetapi secara topikal juga.
Ada yang sapu terus ke kulit untuk dijadikan masker. Dan ada juga yang campurkan dengan jus lemon untuk haluskan kulit secara semula jadi.
Air lavender
Sama seperti air mawar, air lavender ini sangat popular dan digunakan secara meluas untuk wanita Turki merawat kulit sensitif mereka. Kebiasaannya mereka akan sapu air lavender ini pada muka dan leher.
Ads
Selain boleh mempercepatkan proses penyembuhan luka dan melecur, air lavender ini juga boleh disembur di tempat tidur untuk membuatkan kamu berasa lebih tenang dan tidur dengan lena.
Turkish Hammam
Ritual dalam kalangan masyarakat Turki terutamanya wanita; Turkish Hamman atau mandian Turki ini adalah mandian yang membersihkan badan secara menyeluruh.
Mandian ini akan dilakukan di marmar tradisional yang menggunakan wap bagi melembutkan kulit.
Ads
Kemudian badan akan digosok menggunakan tuala atau sarung tangan mandian untuk buang kulit mati di badan. Selepas badan digosok, diurut dan dibilas, kamu akan dipakaian losyen bagi mengekalkan kelembapan dan kelembutan kulit badan.
Sabun semula jadi
Kalau nak tahu, masih ada wanita Turki yang hasilkan dan menggunakan sabun yang dibuat secara semula jadi.
Kebanyakan wanita Turki akan hasilkan sabun semula jadi yang diperbuat daripada ekstrak minyak zaitun dan minyak kelapa.
Ads
Kemudian dicampurkan sama ada dengan lavender, sage, argan, susu kambing atau ros ikut ‘selera’ masing-masing.
Prickly pear seed oil
Mungkin ada yang tak pernah dengar tentang minyak ini, tetapi di Turki hampir setiap wanita menggunakannya kerana sifat anti penuaannya; menjadikan kulit lebih tegang dan awet muda.
Anda juga boleh gantikan prickly pear seed oil dengan minyak argan yang terkenal dengan kandungan Vitamin E dan fatty acid untuk melembapkan dan melembutkan kulit.
Jadi, jangan lupa cuba semua tip kulit cantik daripada wanita Turki ini ya!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebut saja nama Datin Maria Arshad, pasti akan mengingatkan kita kepada penampilannya yang masih cantik serta awet muda biar pun sudah berusia dan berstatus nenek.
Kalau tengok sahaja tubuh badannya yang langsing, kalah anak dara!
Patutlah Datin Maria Arshad Bertubuh Langsing, Rajin Amalkan Puasa
Menjengah ke akaun Instagram peribadi menantu kesayangan Datin Maria Arshad iaitu pelakon serta penyampai radio terkenal, Sharifah Shahirah atau Shiera, tergambar hubungan yang cukup baik antara mentua dan menantu ini umpama isi dengan kuku.
Beruntungnya Shiera kerana disayangi dan sangat serasi dengan mertuanya itu yang dipanggil Mama.
Kredit Foto: Instagram @shieraijoy
Rahsia Awet Muda Datin Maria Arshad
Shiera mendedahkan rahsia sebenar awet muda ibu mentuanya itu: –
“Kalau orang tanya apa rahsia…
“Dia rajin puasa dari muda sampai sekarang. Puasa Isnin khamis.. puasa hitam putih memacam puasa semua dia memang rajin puasa.
Tak Suntik Wajah
Cerita Shiera berkenaan mentuanya, rawatan-rawatan moden macam suntik sana sini memang mak mentuanya tak pernah buat dan tak berminat pun. Baginya biar cantik semula jadi, jangan halang proses penuaan yang sememangnya pasti terjadi. Yang penting kena pandai jaga untuk maintain.
Shiera bersyukur kerana dikurniakan ibu mertua yang masih sihat, bertenaga dan cantik sampai sekarang walaupun usianya dah mencecah 60-an.
Ini antara yang dia amalkan:
1. Lepas makan setengah jam jangan duduk.
2. Party dengan kawan perempuan…holiday…positive live.
Tak ketinggalan, Shiera turut memuji ibu mentuanya yang rajin memasak.
“Dan rajin masak untuk menantu dan kengkawan menantu.”
Shiera merupakan ibu kepada lima anak. Isteri kepada pelakon, Ijoy Azhari ini bersyukur kerana dikurniakan ibu mertua yang masih sihat, bertenaga dan cantik.
Kredit Foto: Instagram @citarasa.mariaarshad
Untuk info, Datin Maria Arshad dilihat mengusahakan bisnes keknya secara kecil-kecilan di bawah jenama By CitarasaMariaArshad.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perkara yang golongan wanita selalu ragu-ragu waktu bulan Ramadan adalah pakai lipstik. Agak-agak boleh atau sebaliknya?
Tak pakai macam nampak pucat dan kering, jadi masalah ini sepatutnya anda tahu dan ambil peduli.
Okay jom baca perkongsian ilmu daripada penceramah bebas iaitu Ustaz Wadi Annuar tentang hukum memakai gincu ketika sedang berpuasa adalah makruh.
Pakai Lipstik Bulan Puasa
Jelasnya, makruh. Ini kerana pemakaian gincu dibimbangi boleh menyebabkan seseorang terjilat bibir dan menelannya sehingga membatalkan puasa.
Ciapan berkenaan telah mendapat pelbagai komen daripada netizen yang masih kurang jelas mengenai pemakaian lipstik ketika berpuasa sehingga ada juga yang bimbang jika puasa mereka sebelum ini tidak diterima.
Ulasan Daripada Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri
Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri juga pernah mengulas hal ini apabila menerima persoalan sama daripada orang ramai.
Beliau menjelaskan bahawa tidak salah untuk memakai lipstik ketika sedang berpuasa selagi mana individu itu tidak menelan masuk ke dalam rongga.
“Hukum penggunaan lipstik pada siang hari Ramadan adalah tidak membatalkan puasa selagi mana ia tidak menelan masuk ke dalam rongga.
“Sekadar terdapat ‘rasa’ di bibir maka ianya tidak membatalkan puasa,” jelasnya.
Sama juga dengan situasi seseorang yang merasa makanan dengan lidah, sudah pasti memberikan kesan rasa. Namun selagi mana individu itu tidak menelannya maka tidak batal puasa itu.
Jika hanya sekadar dirasai di bibir, maka ini masih tidak membatalkan puasa seseorang.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bekas pengacara Malaysia Hari Ini, Abby Fana pernah berkongsi tip untuk membuang toksik dalam badan sekali gus mengekalkan kesihatan.
Haaa.. mudah sahaja cara yang dikongsikan kerana anda hanya memerlukan garam dan juga lada hitam.
Tambahnya, cara ini juga bagus bagi merawat masalah strok dengan cara memijak campuran tersebut selama lima minit sahaja.
Dia yang selesa berbahasakan dirinya dengan panggilan Kak Bed, berkongsi di laman instagram miliknya.
“Sebelum tidur, Kak Bed nak pijak garam kasar dan lada hitam ni sekurang-kurangnya 5 minit. Menurut @ustazhanafiah petua ini elok untuk buang toksik dalam badan dan juga bagus untuk mereka yang mengalami stroke.
Kak Bed buat video demonstrasi tetapi memandangkan melibatkan bahagian kaki, maka kita tunjuk gambar sahaja,” tulisnya.
Bahan-bahannya:
2 kg garam kasar
100 g lada hitam
Senang sangat, tak salah pun untuk kita mencuba memandangkan tidak akan mendatangkan kesan buruk pada diri.
Yang mana rasa badan cepat penat dan asyik rasa tak sihat boleh amalkan petua daripada Abby Fana ini. Moga perkongsian ini membawa manfaat dalam hidup anda.