Rawat wajah 8 Minit, rajin pilates & kick boxing. Rahsia awet muda Sandra Bullock di usia 58 Tahun! Siapa tidak mengenali pelakon wanita popular dalam filem Speed, Sandra Bullock. Cukup terkenal ketika era 90an, di mana lakonan mantap dan kejelitaan wajah pelakon ini sangat dikagumi ramai.
Sandra atau nama sebenarnya Sandra Annette Bullock lahir di Arlington, Viginia telah berlakon banyak filem popular yang kebanyakan bergenre komedi seperti Miss Congeniality.
Rawat Wajah 8 Minit
Selain bakat lakonan yang mantap, sandra Bullock juga adalah antara selebriti Hollywood yang masih kekal cantik, jelita dan awet walaupun usia sudah menjangkau 58 tahun.
Malah, dia yang pernah menang anugerah Pelakon Wanita Terbaik Oscar di Anugerah Akademi 2010 sering tampil menawan setiap kali muncul di karpet merah.
Rahsianya kejelitaan terletak pada senyumannya yang mampu mencairkan mata yang memandang.
Ads
Selain itu, selebriti ini juga turut mempunyai rahsia tertentu dalam regim kecantikannya.
1. Tidak Berlebih-Lebih Soal Penjagaan Wajah
Seorang yang minimalis pabila membabitkan kulit wajahnya. Menurut sumber Majalah InStyle, Sandar lebih suka mengamalkan yang minimum dalam rutin kecantikannya dan enggan berlebihan. ‘Saya menggunakan tuala muka dan krim Artistry’. Malah turut mengakui keseluruhan rutinnya dalam penjagaan kulit wajah hanya ambil masa 8 minit saja.
Ketika temubual bersama majalah Vogue, pakar kecantikan Selebriti Mila Morsi yang pernah bekerja dengannya berkongsi rahsia bahawa sandra membersihkan kulit wajahnya dengan produk eksfoliasi setiap hari sebagai sebahagian daripada rutin penjagaannya. Ini bagi membebaskan liang-liang wajah yang tersumbat daripada pencemaran dan minyak.
Jika dilihat fizikal kelihatannya dia seorang yang sangat fit dan cergas. Ketika tanya apakah rutin aktifnya, Sandara memberitahu dia banyak melakukan aktiviti seperti pilates, kickboxing serta latihan bebanan. “Apabila saya berada di Austin, saya gemar berlari atau menunggang basikal. Dan jika saya mempunyai masa untuk bersenam setiap hari, saya pasti akan melakukannya”. Menurut Trevante Rhides yang membintangi filem Bird Box bersama sandra, aktress itu dilihat sangat mementingkan kecergasan.
Tekanan boleh mandatangkan kemudaratan dalam semua aspek kehidupan kita dan kulit kita juga tidak terkecuali. Ditambah pula dengan tekanan populariti dan tuntutan kerja. “Setiap minggu, saya akan mencuri masa dengan memakai seluar jeans, menyisirkan rambut dan mencari tempat untuk menari dan berdansa, walaupun saya bersendirian. Itulah terapi saya,” katanya kepada majalah InStyle.
Walaupun Sandra seorang yang simple dalam rutin penjagaan kulit wajahnya, sandra juga mengakuti tidak takut untuk mencuba trend kecantikan terkini. ketika mempromosikan filem Ocean’s Eight, Sandra mengakui telah mencuba sesi perawatan wajah Epidermal Growth Factor (EGF) yang diperkenalkan oleh jurugaya Georgia Louise.
EGF adalah prpteion yang secara alami ada di kulit manusia dan membantu memproduksi klagen dan elastin yang menjaga kulit tampak awet muda. Seiring bertambahnya usia, wajah kita akan ulai kehilangan EGF yang kita miliki sejak lahir. Buloock menjelaskan bahawa serum EGF yang disapu ke atas kulit kemudiannya diulangi dengan pena mikro.
Kajian Dedah Pencemaran Udara Boleh Sebabkan Berat Badan Naik. Kaum Wanita Kena Peka! Sebenarnya bukan saja pemakanan diambil yang boleh menyebabkan kenaikan berat. Tetapi ada faktor lain menyumbang ke arah berat naik mendadak seperti gaya hidup atau kadar metabolisme diri.
Tetapi jangan tak percaya rupanya ada satu kajian mendapati pendedahan jangka panjang kepada pencemaran udara boleh meningkatkan berat badan, khususnya dalam kalangan wanita berusia lewat 40an dan 50an, seperti dilaporkan akhbat New York Post.
Menurut laman web EurekAlert, kajian tersebut membabitkan 1654 wanita berkulit putih, hitam, China dan Jepun dengan medium usia 50 tahun.
Kajian Dedah Pencemaran Udara Sebabkan Berat Badan Naik
Gambar sekadar hiasan.
Kajian ini dilakukan selama lapan tahun dari tahun 2000 hingga 2008.
“Wanita-wanita yang terdedah kepada kualiti udara buruk, khususnya kadar zarah halis lebih tinggi seperti nitrogen dioksida dan ozon, menyaksikan peningkatan dalam saiz badan mereka,” kata Pengarang kajian, Xin Wang yang merupakan penyelidik Epidemiologi di Universiti Michigan.
Menurut EurekAlert, pendedahan kepada pencemaran udara dikaitkan dengan lemak badan lebih tinggi dan jisim tanpa lemak yang lebih rendah dalam kalangan wanita pertengahan usia.
Tambah laman web tersebut, kajian itu menunjukkan lemak badan meningkat sebanyak 4.5 peratus atau kira-kira 1.17 kilogram dalam persekitaran udara tercemar.
Dalam kajian itu, pasukan penyelidik mengukur tahap pencemaran udara di sekitar kediaman responden bagi mencari hubung kait antara dua entiti tersebut.
Kaum Wanita Kena Peka
Walau bagaimanapun senaman dan aktiviti fizikal bertindak sebagai penghalang kepada kesan buruk penemuan tersebut, kata EurekAlert.
Sementara itu, Xin Wang berkata disebabkan kajian itu hanya memberi fokus kepada wanita pertengahan usia, hasil penemuan tidak boleh diguna pakai untuk wanita dan lelaki lebih muda atau lelaki tua.
Tidak dinafikan perjalanan menurukan berat badan akan jadi lebih seronok jika dilakukan bersama teman.
Pasti kita jadi lebih bersemangat dan berlumba-lumba dalam misi mendapatkan hasil berat badan ideal dan jadi langsing.
Seperti perkongsian pasangan kembar ini yang menginginkan mendapat berat idaman 49 kilogram sebelum raya tahun ini.
Berkat hasil diet konsisten yang diamalkan, keduanya berjaya menurunkan berat badan sebanyak 22 kg dalam tempoh enam buan saja.
Menurut Emylia Hamdan ketika ditanya rahsia berjaya mendapat berat idaman berkata mereka tidak membuat diet eat clean sebaliknya guna cara yang lebih mudah.
“Kami tak buat diet eat clean seperti orang lain. Sebaliknya guna cara yang memudahkan kami berdua.
“Malam tak makan langsung sebaliknya jika lapar hanya makan sebiji epal atau anggur merah untuk alas perut. Jika tak lapar kami selalaunya hanya akan minum air kosong sahaja.
“Itupun tak habis makan (epal) dan air kosong memang kena minum setiap hari. Bukanlah tak makan nasi langsung.
“Kadang-kadang kami gantikan nasi dengan roti wholemeal dan juga sebiji telur untuk lunch,” ujarnya yang turut memilih telur tebus sebiji bersama sekeping roti wholemeal untuk sarapan pagi.
Kredit: Pexel.com
“Kami jenis yang cepat kenyang jadi kalau tak makan malam pun tak apa. Bergantung pada tubuh badan seseorang. Ini kerana minum air kosong itu pun sudah boleh buat kita jadi kenyang.
“Dulu sebelum diet memang tak boleh kalau tak makan malam dan selalu cari makanan. Sekarang bila lapar kami akan ambil buah-buahan sekadar untuk alas perut.
“Selain itu, kami juga mementingkan latihan senaman. Bulan pertama kitaorang buat workout yang biasa-biasa. Tetapi masuk bulan kedua baru start buat skipping.
“Awal-awal skiping boleh 300 jump kemudian baru buat 1500 jump setiap hari,” katanya lagi yang mengakui jarang-jarang mengamalkan cheat day sepanjang proses diet ini.
Cuma menurutnya dalam sebulan itu hanya sekali cheat day kerana ketika itu begitu teringin minum air manis.
jadi bagi mereka yang sedang mencari-cari diet sesuai, boleh ikut cara pasangan kembar ini. Apa yang penting kesungguhan untuk melakukannya demi mendapatkan berat ideal.
Sebagai wanita normal, kita biasa akan tahu bila jangka waktu kedatangan haid setiap bulan.
Namun pasti bimbang jika haid tidak datang dalam tempoh sepatutnya dan situasi ini pasti akan membuat kita keliru apakah sebenarnya terjadi, lebih-lebih lagi selepas menerima suntikan vaksin.
Walau bagaimanapun haid datang lambat selepas vaksin, jangan risau! Perkara itu normal jika tempoh datang haid itu kurang lapan hari mengikut kajian yang dijalankan ini.
Setiap orang menerima impak berbeza setelah mendapat vaksin Covid-19, ada yang demam, malah ada yang sakit-sakit badan dan manakala ada segelintir wanita yang lewat datang bulan.
Haid Datang Lambat Selepas Vaksin
Wanita yang divaksinasi terhadap Covid-19 menyaksikan sedikit kelewatan dalam haid iaitu hampir sehari berbanding mereka yang tidak mendapat pelalian, demikian menurut satu kajian dibiayai oleh kerajaan Amerika Syarikat (AS).
Kajian yang dilakukan terhadap hampir 4,000 individu dan disiarkan dalam jurnal Obstetrics & Gynecology itu bagaimanapun menyatakan, tempoh datang bulan pada wanita tidak terjejas.
Pengarang utama kajian itu, Alison Edelman memberitahu agensi berita AFP bahawa kesan yang berlaku adalah kecil dan bersifat sementara, namun mengesahkan pengalaman sedemikian oleh sebilangan wanita sebelum ini.
Kajian itu juga membantu menangani maklumat salah mengenai topik tersebut oleh golongan antivaksin yang berleluasa di media sosial.
Berubah Jika Berada Dalam Kedaaan Tertekan
Peningkatan dalam jarak kitaran haid itu adalah tidak signifikan. Ia berikutan sebarang perubahan kurang daripada lapan hari adalah diklasifikasikan sebagai normal oleh Persekutuan Ginekologi dan Obstetrik Antarabangsa.
Kitaran haid biasanya adalah sekitar 28 hari, bagaimanapun tempoh sebenar adalah berbeza dalam kalangan wanita dan juga sepanjang hayat seseorang wanita. Kitaran haid juga berubah sekiranya seseorang wanita berada dalam keadaan tertekan.
Dalam kajian mereka, pasukan penyelidik berkenaan menganalisis data responden yang tidak didedahkan identiti mereka menggunakan aplikasi kesuburan dalam kalanganwanita berusia antara 18 hingga 45 tahun.
Sekitar 2,400 responden sudah menerima vaksinasi, manakala 1,500 yang lain tidak mendapat pelalian. – AFP