Biasanya wanita lebih cepat tua berbanding lelaki, akan timbul garisan kedut sekitar mata dan kulit pula kelihatan kusam berbanding lelaki.
Kalau tak jaga memang ketara sangat perbezaan rupa, nak-nak pula selepas bersalin dua tiga orang anak. Malah beberapa punca ini juga berkait dengan faktor tua sebelum usia:
1. Kelenjar minyak lelaki lebih banyak
Semakin banyak kelenjar minyak, semakin lambat seseorang itu mengalami penuaan. Jadi disebabkan kelenjar minyak lelaki lebih banyak, penuaan yang akan berlaku pada lelaki akan kurang berbanding wanita.
2. Putus Haid atau menopause
Apabila usia kita semakin meningkat, jumlah hormon estrogen akan menjadi semakin sedikit. Apabila wanita mengalami menopause, tahap hormon estrogen akan menurun, membuatkan kulit lebih kusam, muncul kedutan dan hilang rona segar pada wajah.
3. Wanita Mudah Stress
Kalau nak dibandingkan tugas lelaki dan wanita, wanita lebih banyak berfikir dan lebih banyak tanggungjawab berbanding lelaki. Antaranya bekerja, jaga anak, dan tidak ketinggalan tanggungjawab sebagai seorang isteri.
4. Penyusutan Tulang
Kajian menunjukkan, wanita lebih mudah mengalami osteoporosis berbanding lelaki. Penyusutan tulang juga terjadi lebih cepat pada wanita. Ini membuatkan wajah akan kelihatan lebih kecil dan kulit mengendur.
Mungkin sebab itu, ramai wanita lebih inginkan lelaki yang lebih berusia berbanding mereka.
Namun kalau anda orang yang jaga pemakanan dan suka amalkan makanan sihat, mungkin usia anda itu hanya sekadar nombor. Tetap ‘bergetah’ dan nampak muda berbanding usia sebenar.
Ads
Nak lagi bagus cuba amalkan minuman ini awal pagi waktu perut kosong.
Minuman Awet Muda
Bahan-bahannya:
Madu
Serbuk Kunyit
Madu dan serbuk kulit kayu manis, campuran ini anda boleh minum setiap pagi waktu perut kosong. Yang nak awet muda dan turun berat badan elok amalkan.
Lagi bagus kalau campur dengan perahan lemon. Sebaiknya boleh amalkan senaman ringan juga, tetapi bila minum air ni pun dah cukup buat anda berpeluh.
Ads
Boleh buat 600ml air suam, 1 sudu besar madu dan secubit serbuk kulit kayu manis.
Cara Lain Untuk Awet Muda Dan Kulit Cantik
Namun hakikatnya penjagaan kecantikan dan kesihatan kulit itu semestinya bermula dari dalam. Jika cantik luaran, dalaman juga perlu seiring agar tidak dikata usia tua sebelum waktunya.
Perfect Glow, produk terbaik dari rangkaian jenama Yatt Beauty by Yatt Shafie menawarkan segalanya yang diperlukan kulit.
Ads
Dirumuskan melalui formulasi Korea, Prefect Glow bertindak sebagai supplemen pelengkap untuk memudarkan parut dan kesan pigmentasi, merawat masalah kulit dari dalam serta mencerahkan kulit badan.
Pengambilan secara konsisten juga berupaya mengatasi masalah Pre-Menstrual dan menaikkan seri wajah di samping bertindak sebagai antioksida.
Menggunakan serbuk campuran buah-buahan dan serbuk tembikai susu, sekotak Perfect Glow mengandungi 15 pek kecil yang cuma perlu diambil setiap hari untuk hasil yang efektif.
Hah, tak susah pun nak cantik dan masuk kategori awet muda, bukan? Anda sendiri boleh pilih mana yang terbaik untuk dapatkan kulit cantik.
Sudah hampir dua tahun kita hidup dalam pandemik Covid-19 sejak ia tercetus awal tahun 2020.
Dan sejak itu jugalah kita perlu menjalani hidup dengan situasi berbeza berdepan ‘new norm’ serta mengikut SOP ditetapkan.
Bukan itu saja, seluruh dunia juga perlu menerima suntikan vaksin sebagai perlindungan untuk diri daripada jangkitan virus ini.
Walaupun kerajaan mengadakan kempen kesedaran mengenai perlunya mengambil suntikan vaksin ini, namun ada juga golongan yang menolaknya.
Sejak itu timbul bermacam-macam mitos menakutkan orang lain mengenai vaksin yang juga telah hampir mencapai sasaran imuniti kelompok
Perkongsian Dr. Arisman MD di laman sosial Facebook mengenai 7 mitos popular mengenai virus merbahaya ini.
7 MITOS TENTANG VAKSIN COVID-19
MITOS 1: Vaksin Covid-19 mRNA boleh menyebabkan spike protein hidup dan membiak selama-lamanya dalam tubuh badan kita.
MITOS 2: Vaksin Covid-19 mempunyai bahan logam magnet yang disuntik pada tempat suntikan. Menjadikan badan kita magnetik.
MITOS 3: Vaksin Covid-19 diperbuat dari unsur-unsur babi dan haram.
MITOS 4: Vaksin Covid-19 boleh mengubah struktur DNA kita. Ia akan mengubah kod genetik anak kita jika disuntik pada ibu mengandung. Tingkah laku manusia akan berubah kerana ini.
MITOS 5: Vaksin Covid-19 mengandungi microchips.
MITOS 6: Vaksin Covid-19 boleh menyebabkan badan kita dijangkiti Covid-19 dan jatuh sakit.
MITOS 7: Vaksin Covid-19 boleh menyebabkan ujian PCR menjadi positif.
Ini semua adalah kumpulan mitos. Ianya adalah tidak benar dan hanya mengelirukan. Tujuan mereka (antivax) sebarkan MITOS ini adalah untuk menakutkan dan menghasut supaya tidak mengambil vaksin tetapi ambillah produk-produk sampah kesihatan yang mereka jual atau promosikan.
Jawapan kepada setiap mitos ini sudahpun dijawab dalam penulisan-penulisan saya sebelum ini dan doktor-doktor bertauliah lain dalam media sosial. Termasuklah Fb KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA sendiri.
Dr. Arisman, MD.
Sumber: CDC and WHO / Myths and Facts about Covid-19 vaccines
Air jamu memang terkenal dengan manfaatnya untuk cantikkan badan dan membantu melancarkan masalah dalaman.
Kalau nak makan begitu sahaja, rasanya pelik dan tak mampu nak telan. Jadi untuk mendapatkan khasiat daripada bahan alami ini, eloklah kita jadikan jus dengan merebus beberapa bahan tertentu seperti yang diamalkan oleh Puan Nurasykin Ali ini.
Amal Air Jamu Untuk Segarkan Badan
Dia yang lebih mesra dikenali dengan nama Kak Ekin mempunyai laman sendiri dan akan menggali isi kunyit yang ditanam untuk dibuat jamu bagi segar badan.
Kak ekin memang dari lepas bersalin berjaga-jaga nak makan jamu. Takut susu badan kering dan sembelit.
Tapi jamu yang ni sesuai dengan kak ekin. Badan rasa sedap, lawas angin, buang darah kotor yang masih tersisa dalam badan. Susu badan pun tak efek.
Kak ekin dapat resepi ni dari bibik ibu. Asal jawa. Badan kuat dan masih cantik lagi. Banyak jugak jenis jamu yang dia ajar.
So, dah alang kak ekin buat siang tadi. Ni saja kak ekin kongsi “Jamu ringan”. Sesuai minum 2 kali sebulan. Sebaiknya selepas atau hujung haid. Supaya darah yang tersisa dapat keluar lancar, badan rasa ringan dan lawas angin.
Menjadi amalan kita disaran menggosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari iaitu pada setiap pagi dan malam.
Namun selepas menggosok gigi waktu pagi biasanya kita akan bersarapan. Jadi bagaimana dengan makanan yang terlekat di celah-celah gigi selepas makan pagi.
Adakah sebenarnya kita lebih baik menggosok gigi sebelum atau selepas sarapan?
Sebenarnya dalam hal ini, doktor gigi akan menyarankan agar kita menggosok gigi selepas bersarapan.
Ini kerana itu adalah waktu terbaik untuk membersihkan sisa-sisa makanan dan minuman yang melekat pada gigi. Jika memberus gigi setelah sarapan, gigi akan berada dalam keadaan lebih bersih.
Tetapi jika kita mengambil makanan atau minuman berasid ketika sarapan seperti kopi, jus oren atau buah-buahan lain, seseorang itu disarankan untuk menggosok gigi sebelum sarapan.
Sebabnya, menggosok gigi selepas mengambil sesuatu yang berasid dapat merosakkan gigi. Untuk itu, American Dental Association menyarankan seseorang menggosok gigi sejam selepas makan.
Jika tidak boleh menunggu selama sejam, kumur mulut dengan air bagi menanggalkan sisa makanan dan kesan minuman seperti kopi pada gigi sebelum memberus gigi.
Bolehkah kita memberus gigi sebelum dan selepas bersarapan?
Bukan satu kesalahan menggosok gigi sebelum dan selepas bersarapan, namun seseorang itu perlu tahu terlalu kerap memberus gigi boleh mengikis gusi.
Menggosok gigi sepatutnya tidak perlu terlalu kuat memberus kerana tujuannya adalah untuk menghilangkan bakteria dan sisa makanan yang melekat pada celah-celah gigi.
Selain menggosok gigi, seseorang juga boleh menggunakan pencuci mulut, flossing selain mengamalkan memberus lidah.